-Kawan Aku-

Pengisian minyak by liter

Assalamualaikum...

Harini nak cerita isu semasa. Sekarang ni sibuk aku tengok wassup group,facebook dan juga bolg-blog cerita pasal rounding kat pam minyak. Pastu mulalah timbul suruh pengguna mengisi minyak cakap nak isi berapa liter bukan ringgit. Logik kah?




Jawapan aku sebagai seorang pekerja pam minyak ianya adalah logik. :) sebulan adalah tak kurang daripada RM5.00 untuk rounding sahaja. Harap maklumnya.

Nak dijadikan cerita memang sekarang ni pelanggan yang datang dah mula cakap..dik isi 20 liter ye... Staf aku pon mula la buat soalan 20 liter berapa ringgit ek?? Hahaha. Bersedia kalkulator jela jawab ye. Sebagai pengguna sebenarnya ada satu button kat pam tu korang boleh tekan supaya bagi amount ringgit ataupon liter tu menjadi genap tapi itu bagi pengguna yang mengisi penuh. Kalau tak memang rounding tu sentiasa ada ye. Tengok setting pam tu pon iya jugak. Pihak syarikat minyak itu yang mahukan ada sampai 3 titik perpuluhan. Pengusaha hanya pasang je ye. Jangan tunding jari terus ke pengusaha pam minyak. Kesian diorang.hahaha. Fikir balik nape diorang perlu buat sampai 3 titik perpuluhan? Mesti ada sebabnya kan. Faham-faham jela.

Nak cakap banyak pon tak pandai. Yang pasti ada logiknya kalau cerita pasal rounding ni. Apa pon bila barang keperluan naik kenala bijak buat perbelanjaan dan bijak dalam mengurus wang anda.

Nasib makan gaji gamaknya. Nak berniagalah nanti boleh mohon TEKUN. TEKUN kan dapat peruntukan banyak bajet 2015 ni. Meh la berniaga semua.huhu ^^










7 pesanan buat ayut :

Rizziela said... Reply To This Comment

akk pun dah start isi dlm Liter..no more RM20 or RM30

idzwa kamaruddin said... Reply To This Comment

ermmm.....

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

guna motor leh mintak pakai liter dak? hihihi

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Tak faham. Heheh.

Pokok Manggis Depan Rumah said... Reply To This Comment

Saya pun dah mula isi dalam liter.

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

Kak Ayut nie, keje tokey pam minyak ke??????


hehehe

azizah :) said... Reply To This Comment

ooo begitu ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...