-Kawan Aku-

10 days challenge:Day 8-8 Fears

Assalamualaikum...

Bertemu kembali di lewat malam selasa. Esok Deepavali. HAPPY DEEPAVALI semua!! Seronokla semua cuti. Beraya sakan.hihihi.

Harini masuk hari ke lapan. Cerita pasal takut. Bab takut ni aku pon jenuh fikir sebenarnya. Apa yang aku takut ek? Takpela aku senaraikan je apa yang berkaitan sebab aku macam lupa je apa perasaan takut tu. :p    

8 yang ditakuti oleh Ayut

1. Bersendirian. Aku bukan takut apa. Cuma bila duduk sorang aku jenis yang fikir macam-macam. Bila macam-macam tu memang sakitla. Tu jadi takut duduk sorang.

2. Kemalangan. Lagi kalau ada nelibatkan kehilangan nyawa. Memang takkan pandang pon la. Takla aku menambah kesesakan lalulintas kan? ;p

3. Bersalin. Eh??!! Hahaha.betulla ni. Sakit kan tapi taku-takut nak juga rasa 3 4 kali ke. Hahaha.

4. Suami di lautan.  Risau ditambah takut. Takut sebab takde daratan. Kalau jadi apa-apa mane nak cekau tanah ye.huhu. 
  
5. Kena marah. Lagi-lagi kalau suamiku itu marah. Tapinya dia marah-marah pujuk balik. Tak dan la nak takutnya. :p

6. Haiwan yang berbisa dan ganas. Kucing je aku berani giler nak pegang dan dekat ye. Selain kucing memang memikirla nak buat apa-apa.



7. Berucap/bercakap depan orang ramai. Ini memang penyakit dari zaman dulu kala. Nampak je ramai orang seram. Takut nak berkata-kata. Darah gemuruh la kot orang cakap tapi aku senang ceritanya takut.

8. Keluar malam. Haaa...ni memang aku takut. Kalau aku keluar malam pasti berteman. Lagipon kalau keluar mesti lepas pukul10 tu dah debar dah. Tak tahula apehal tapi takut ye tu sebab otak fikir macam-macam.

Cukup dah 8 yang aku takutkan. Perasaan takut ni pon sebenarnya boleh dikikis ikut dengan persekitaran jugak kan sebenarnya. Ada je memula takut tapi bila lama-lama dah biasa dengan suasana atau keadaan tu kita jadi berubah. Apa yang pasti benda baik yang kita takutkan baik teruskan tapi kalau sebaliknya baik cari cara mengatasi perasaan tu. Psikologi je kadang tu.hihihi ^^


5 pesanan buat ayut :

KorN said... Reply To This Comment

takut bersebab tak apa. jangan ak berani sangat org kata. ye tak..?

ayut said... Reply To This Comment

Betul...berani sgt pon lg payah...

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Kalau saya punya takut, memang tak habis sehari nak senaraikannya. Heheh.

ziezah.com said... Reply To This Comment

lebih kurang la takut kita ni ayut.. tp kalau berani sgt pon tak boleh gak.. berpada2 org bilang

ros_reeza said... Reply To This Comment

no 8 tu sama. hihi.. tak tahu knape.. bukan takat keluar sorang, kalau berteman pun sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...