-Kawan Aku-

10 days challenge:Day 6 - 6 Places

Assalamualaikum...

Wah..nak masuk cabaran ke enam dah.ok. Aku rasa boleh abiskan ikut masa dah ni. Gigih aku fikir setiap masa apa nak tulis.hohoho. Cabaran hari ke enam nak aku cerita pasal tempat. Bila tajuk tempat ni terus aku terfikir nak cerita pasal 6 tempat kenangan aku. Malu pon ada jugak nak cerita.hahaha. Boleh gitu??:p

Aku menulis dengan penuh senyuman dah ni.hahaha.ok jom mulakan 6 tempat kenangan bagi aku.

1. Pantai Cherating, Terengganu.

Hanya sekali aku datang sini. Nak tahu tak datang dengan siapa?? Hahaha. Mestilah dengan suami aku sekarang. Tapinya aku pergi masa baru berkawan dan pertama kali aku keluar dengan dia. See? Terkenang pulak tetiba perbualan waktu tu :p B ingat tak lagi wqktu ni kereta kamu mati tengah jalan.Stress!hahaha.

2. Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.



Senyum lagi :) Tempat ni banyak sejarah. 4 tahun belajar di Pahang tempat ni la banyak merakam kenangan. Kenangan dengan kawan. Kenangan dengan budak tu dengan budak ni. Kenangan dengan suami sekarang. Hahaha. Paling pasti kat sini la tempat menjadi saksi si suami mengaku dia seorang tentera laut. Korang ada pengakuan-pengakuan bagai ni? Huhu. B ingat tak apa jadi malam tu??? Hahaha.

3. Universiti Malaysia Pahang.


Tempat jatuh bangunnya seorang insan bernama Ayut. Melangkah sendirian dan akhirnya keluar beramai-ramai dengan senyuman dan kejayaan. Di sinilah aku ketawa. Menangis. Bermain. Belajar. Ushar pakwe handsome. Menggatal. Mengedik. Berkawan. Sangat banyak yang aku dapat kat sini. Di akhir kejayaan kat sinilah suami aku jumpa dengan arwah abah. Kat sinilah bermula segala penantian Mohamad Hafizal,suamiku. :)

4. Langkawi


Sweet memory dengan kawan-kawan yang baru habis study. Semua happening. Semua gembira. Semua heaven gile bercuti walaupun percutian budget. Walaupun hanya 4 orang perempuan. Walaupun waktu tu semua tinggal duit saki baki dari belajar sementara tunggu kerja. Inilah pertama kali aku naik kapal terbang. Heaven gile percutian ni. Kenangan paling bahagia dengan kawan-kawan seperjuangan.

5. Pulau Pangkor, Perak.

Honeymoon! One word describe the best place I ever attended.

6. Kampung Parit Sonto.

Tempat tanah tumpah darahku. Tempat jatuh bangun aku. Tempat saksi segala peningkatan aku daripada lahir dan sampai sekarang 26 tahun aku berjalan di bumi pinjaman Allah ni. Memori yang takkan luput ditelan zaman. ^^

Cukul dah 6 tempat. Perghh. Entri terpanjang aku rasa ni. Takpe. Demi sebuah cabaran.hahaha. Bersiap sedia untuk cabaran seterusnya pulak ye.

8 pesanan buat ayut :

Aisya A. said... Reply To This Comment

semua tak pernah pergi. haha! lagi2 yg last tu mmg lah tak pernah pergi. hikhik

Eca Dwinky Asha said... Reply To This Comment

tak pena pg 1tempat diatas.hahahaha...eca stuck cabaran ke4...xthu bila nak buat.

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

merata dh p ya..

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Tak joinlah lepas nie.

ayut said... Reply To This Comment

Hahaha...tergelak ayut baca komen aisya yau..

ayut said... Reply To This Comment

Aik..eca pon stuck dh..come on eca..truskan usaha anda..hahaha

ayut said... Reply To This Comment

Tp byk lg xp ni yui..jom holiday jom.. :D

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

menarik.
good luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...