-Kawan Aku-

Refreshing Shell FuelSave berleluasa.

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua! ^^
Hujung minggu dah ni.Siapa esok cuti macam aku?Kita boleh masuk satu geng la maknanya ^^ Harini ada sesiapa nak pergi jalan-jalan ker?Aku dah jalan semalam.Harini duduk rumah balas kunjungan kawan-kawan dengan lajunya.huhuhu.

Kepada sesiapa nak berjalan-jalan tu pastikan minyak kereta cukupnya.Tak cukup sila isi.Ingatnya harga minyak sekarang.Ron95 1 liter - RM2.10. Diesel 1 liter - RM2.00.Bulan Oktober ni aku tengok,harga Diesel sebenanarnya turun.Tapi faham-faham jela.Harga pastinya akan tetap macam tu cuma subsidi berkuranganlah.Haaa....kepada sesiapa yang pergi isi minyak harini,pergilah tengok-tengok benda tertampal kat pam minyak yang ada nozzle tu,pasti tertera harga subsidi.Tengok bulan ni,bulan depan,bulan depannya dan bulan-bulan seterusnya.Bandingkan.Pasti korang akan sedar subsidi yang diberikan. ^^


Okla.Sebenarnya aku perasan iklan Shell Fuelsave yang berleluasa kat blog-blog ni bermula harini.Aku pon macam "Eh??" hahaha.Orang dah keje dengan Shell memang gini.Alert kejap dengan produk sendiri :) Aku pon klik la kat blog sape ntah tadi.Tak ingat.Tengok-tengok..."Wah....ada perkongsian cara penjimatan minyak","wah...ada keputusan  pendapat orang ramai"...kagum jap.ihiks! ^^ Sekarang ni pon kalau sesiapa pergi ke Shell pasti diorang akan war-war kan pasal mereka tengah buat survey untuk setiap stesen mereka.Kalau korang ada dapat tu,buatlah survey.Senang jer, masuk laman web Shell yang tertera pada kad yang diberi - masuk kod ID stesen - masuk amount pada resit - jawab soalan - masuk no tepon - hantar.Setel. ^^

Sekarang kalau dekat Shell mereka dah tukar nama untuk Diesel mereka.Diesel sekarang dikenali sebagai Shell FuelSave Diesel.Panjang tak panjang nama Diesel sekarang.hihihi.Dulu FuelSave pon ada tagline "Lebih kilometer dengan setiap pengisian penuh". Ingat?Sekarang tukar dah.hihihi.Tagline yer bertukar jadi macam gambar kat bawah ni.

"Lebih tahan lama dengan setiap tangki"

Apa yang pasti cara pemanduan dan keadaan sesebuah kereta itu juga akan mempengaruhi setiap pengguanaan minyak kereta kita.Tak kiralah guna minyak apa pon.Kalau nak tahu maklumat lanjut boleh je klik kat iklan-iklan Fuelsave yang tengah berleluasa hari ni yer.Minyak kan dah naik,kenalah amik tahu juga cara pemanduan yang boleh membantu kita menjimatkan minyak kan?Jangan tahunya merungut je tau sebab memang bahan bakar pastinya akan semakin berkurangan dan permintaan makin tinggi.hihihi ^^ Aku teruja kejap tengok iklan-iklan pasal Shell ni.hahaha ^^  Okla.Selamat menambah ilmu ye kawan-kawan.

6 pesanan buat ayut :

adrianna syaz said... Reply To This Comment

Mesti menjimatkn minya..salah satu caranya cari kete yg jimat minyk..kan kan

aisya said... Reply To This Comment

mmg selalu jugak perhati benda tertampal kat pam minyak pasal subsidi tu.. hehe

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

err..harga pasaran turun, tapi harga semasa tak turun pun kan....

baru tahu ni..dah tukar nama rupanya..hihihi

ummuaidan said... Reply To This Comment

selamat raya haji yut..akak raya kat sini rabu..:)

azizah :) said... Reply To This Comment

tul tu ayut.. minyak dah naik kena lah tahu2 pemanduan yg jimat minyak pasni..

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

Bagus share nih ayut..minyak dh naik.memg kne berjimat cermat la kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...