-Kawan Aku-

MyB Masuk 'Klinik' lagi!

Assalamualaikum...


See?
MyB kesayangan kena masuk klinik lagi.Banyak jugak aku cerita pasal kereta kesayangan ni dalam blog.hohoho.Tak kira la tu.Sabtu lepas aku hantar MyB aku untuk ditukar tayar.Menangis jap T.T Tayar sebuah kereta sangatlah mahal.Sekian.

Aku tukar tayar jenama Allroad.Mula-mula aku nak tukar pakai tayar jenama GreenMax.Disebabkan aku tak booking tayar Greenmax tu siap-siap stok dah habis.Terpaksalah aku pakai tayar jenama Allroad.Sementara tunggu tu,MyB naikla katil dia tu.Bos kedai tu tunjuk dan bagitahu aku tayar belakang aku makan dalam.Aku masa tu terus makan dalam la.hahahaha.No2x.Aku hanya mampu tukar depan je dulu bos! :D Seronok tengok diorang tukar tayar ni.

Tayar belakang makan dalam...Aku pon makan dalam :p

Bunga tayar jenama Allroad.
1 tayar jenama Allroad = RM 230.00

Apa yang aku belajar waktu ni, Macamana nak tengok alignment kereta dan apa tu chambering.Haaa...ni namanya lawatan sambil belajar :p Jom belajar!

Alignment kereta - Diorang periksa guna komputer.Diorang pasang macam pemancar kat tayar tu (boleh nampak dalam gambar atas) lepas tu dia akan adjust sampai tayar kereta tu alignment yer jadi seboleh-boleh dekat ke angka kosong.Masa aku tengok tu,tayar kereta MyB ni dah sampai -0.60,-0.32,0.5,0.33.Berterabur semua.huhuhu.Kat kedai aku buat alignment 1 tayar = RM5.Ada 4 tayar jadinya jumlah = RM20.
Chambering - Haaa...Benda 1 benda pon aku tak tahu time diorang cakap.Chambering hanya dibuat untuk tayar depan.Dia akan pasang skru dan tayar kereta akan diuji dengan tayar tu dikepakkan.Ala-ala alignment tapi dia advance sikit ^^ Kat sini buat chambering kalau takde skru tu = RM 30.Kalau dah ada skru = RM15 / 1 tayar.

Kat tempat korang harga lebih kurang ker?
Lepas kahwin benda pertama kena buat tukar tayar belakang kereta.Fuhhh!berasap fikir nak pusing duit.hohohoho.Lepas ni kenalah lebih jaga MyB kesayangan ni.Tayar kereta sangat mahal.Jadinya jagalah alignment dan cara pemanduan agar tayar boleh tahan lama :)




10 pesanan buat ayut :

:: Mrs.Eady :: said... Reply To This Comment

alohh...sakit la dia!tapi dah baik kan?

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

semoga b sihat walafiat lepas ni...

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

kalau bab2 kereta ni it's all about money kan !

Deqla Manjew said... Reply To This Comment

bila dah berkereta ni sikit sebyk kena tahu psl kereta.. deqla ni byk belajar dari hubby jer..sbb dia mmg pakar bab kereta..

Mayang ABDUL RAZAK said... Reply To This Comment

mmg mahal tapi keselamatan tu perlu di jaga juga.. lama x singgah sini ayut...

aisya said... Reply To This Comment

kereta sy pun tayar dia mcm tu.. dah lama tak buat alignment.. tp skrg dah balik rumah, kereta tu kat en. barney.. mmg bagi kt dia je la yg settlekan.. hehe

Isabel Diaz said... Reply To This Comment

Hahaha, teringat saya kasut tumit tinggi saya. Makan dalam jugak.

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

akak lg xtau pe2 psl keta..tau bawak je

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

kalau tukar empat2 parah kot..huhuhuhuhu

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

angkat kete baru la Kak haha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...