-Kawan Aku-

Penantian seorang Isteri Navy

Assalamualaikum...

Tajuk tak menahan kot!!!!hahahaha. Tak kisahla tu yang penting korang nak datang jugak kan.hihihi.muahhh..Sayang korang lebih.

Masa aku menaip entri ni si Mohamad Hafizal ye baru 2 hari jumpa daratan. Seronok bukan main dia. Seminggu la katakan tak pijak tanah.hahaha. Kelakar je kalau fikir. Masalahnya pada dia itu memang realiti. Tak jumpa tanah boleh tekanan jiwa.  :p

Genap 10 kali En B aku belayar. Puas aku tonggang terbalik kat rumah sewa tu tunggu dia. Jenuh dah game aku main sampai dah stage 500+. Ko mampu??? Hahahaha. Kalau cerita kat En B, 'ini rupanya isteri aku buat...'hahahaha. Sayangla kamu En B. Layan je gila isteri dia ni kalau dah mula buka cerita sepanjang dia takde kat darat. Alhamdulillah. Walaupun penantian tu macam rasa korang nak je pergi terjun laut,tapi bila dia balik tu perasaan ye sangat indah. 


Bila kita menerima seseorang itu dengan sebenar-benar penerimaan, perasaan walaupun terseksa tapi pasti akhirnya tetap bahagia. Mana ada orang kahwin nak berjauhan. Hargailah pasangan anda. Bila dia jauh,doakan. Bila dia dekat,layankan. Penantian dan pengorbanan seorang isteri itu besar pahalanya...tak kira la pasangan anda itu bukan seorang navy pon.  :)

Jadinya lepasni teruskan lagi menghitung hari. Kalau seorang isteri navy macam aku ni,memang setiap masa tanya,hari ni hari apa??  :p Nombor dan aku tak boleh dipisahkan. Cewahhh! Jom teruskan kebahagiaan dalam sebuah penantian. Insya Allah,anda tak rugi wahai isteri. 



6 pesanan buat ayut :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Reply To This Comment

Bila berjauhan tu..
Rindu nya lain Ayut :)

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

srmoga dipermudahkan hendakNya aamiin

ayut said... Reply To This Comment

Hahahaha...rindu serindu-rindu ye... :p

ayut said... Reply To This Comment

Amin.....tgh counting tarikh dia pencen..boleh gitu??hahaha

Jiran Sebelah said... Reply To This Comment

no dan kak ayut x boleh dipisahkan?? hehe.. mesti hari2 duk tengok calendar nie kan.. semoga tabah kak .. :D

azizah green line said... Reply To This Comment

hari2 tengok kalendar..hari2 kira kan bila la nak naik daratan ni..hari2 tunggu panggilan call..begitu la isteri2 navy yg belayar..

merasa dah.. kalau boleh jangan la dia belayar lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...