-Kawan Aku-

Diskaun 10% Pembayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum...


Wah...pagi-pagi aku dah buka cerita pasal hutang. Lemah semangat dibuatnya.hahaha. Alaa....kang tak cerita tak ingat pulak diri ni berhutang. Ingatye, hutang WAJIB dibayar walaupun tak diminta. Jangan buat-buat tak tahu pulak. ;)

Okla. Sekarang nak bagitahu aku sekarang bayar hutang PTPTN melalui online banking. Yes.Dulu aku sangat tak menggalakkan korang guna online sebab takut tak masuk ke apa ke kan. Sekarang aku takde pilihan. Kaunter jauh. Tawakkal. Namun, setiap bulan aku akan periksa penyata akaun. Gigihkan aku? *duit woiiii..duit!!*

Baru ni aku tengok,aku dapat diskaun 10% pembayaran balik pinjaman PTPTN ni. Terus fikir. Oooo...ni ke diskaun yang diperkatakan tu??? Hahaha. Kenapa pertengahan tahun baru ada? Bukan katanya awal tahun? *Positif-positif.peminjam ada berjuta tu*Ingat tak korang sebelum ni KERAJAAN ke BADAN PTPTN,aku tak ingat bagitahu pasal pemberian diskaun kepada peminjam yang membayar secara konsisten setiap bulan...? Inila benda alahnya. Sebulan pembayaran dia bagi. Selamat rm180 aku untuk sebulan. :p 

Terima kasih PTPTN. cewahhhh.hahaha. 

Ada jugak dulu tu bagitahu pasal diskaun jika membuat pembayaran habis terus kan? Kalau tu aku buat menangis nak cari RM 20,000++. Hahaha. Apa pon,korang yang menggunakan PTPTN ni buatlah bayaran balik. Sikit pon dah ok. Lama-lama berkurang jugak. Bantula pulak adik-adik bawah kita ni nak masik IPT. *aku dah kira umor 40tahun baru habis hutang PTPTN ni.menangis!!*

Okla. Tu je nak bagitau. Korang cubala periksa penyata akaun pinjaman korang. Tengok apa la diorang dah kemaskini.

www.ptptn.gov.my

Salam pembayar hutang!
Janji ditepati la ni kan kalau aku buat entri ni??
Hahaha.
Ok bye!




2 pesanan buat ayut :

azizah green line said... Reply To This Comment

bestnyaa ada diskaun..jijah bertambah bunga adalah

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

nk kena check juga..ada tak potong 10%..hohoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...