Assalamualaikum...
Jumpa lagi untuk harini walaupun agak lewat ye. Ahaaa...sesiapa yang nak sihat kat sini jomla kita bersenam!! Ada prefer bersenam pergi jogging je kan? Itu lebih baik untuk fitness. Bagi yang rasa badan pon longlai je,sebenarnya bukan semata-mata kerja banyak tetapi kurang jugak badan mengeluarkan peluh.sekarang maklum ye.
Aku pon lebih kurang je sebenarnya. Kalau bab bersenam aku letak nombor 10.hahaha. Standardla nama pon Ayut kan. Suami tahu dah tapi macam biasa dia geleng kepala je. Navy je kena lari padang 10 kali,isteri navy iaitu aku ni tolong kira tepi padang dah berapa kali. ;)
Tapi sekarang aku nak share 1 tempat aerobik di Batu Pahat. Sesiapa nak mencuba bolehla datang sini. Aku dah ikut kelas dia 2 bulan. Serius nak cakap memang majoriti adalah chinese. Nama pon Batu Pahat kan. Kebanyakkan duduk Batu Pahat area bandar ni memang Cina tapi aku ni redah je. Bersenam kan. Berkenal-kenalan amalan mulia. ;)
Nama: Liata Skin Care & Fitness Centre
No. Telefon: 07-4334482
Major: Yoga Apparel. Stretch Fit. Ball Yoga. Power Yoga.
Kedudukan: Berhadapan stesen minyak Petron Jalan Tanjong Laboh.
Bawah ni aku share jadual kelas dia. Aku biasa pergi yang pukul5.30 punya.
Bayaran ada 2 cara:
1) Kupon -minium pembelian RM120.00 untuk tempoh sah setahun.
2) Kad - sebulan 4kali=RM30.00, sebulan 8kali=RM50.00.
*katanya bulan 4 nak naik harga*
Setiap sesi kelas 1 jam.Berpeluh habisla korang dalam tu. Lagipon kalau nak sihat pemakanan tetap kena jaga. Penjagaan luaran dan dalaman katanya gitu. ^^
Ni saja nak share info. Mana tau ada yang sedang mencari tempat bersenam secara tertutup macamni kat Batu Pahat. Nanti bolehla jumpa Ayut kat kelas! ;)
6 pesanan buat ayut :
saya aerobik dalam bilik ajelah huhuhu
xkuasa mak nak aerobik2 ni ayut..hahaa pdn lemak bertepu2 dah
hai ayut..kebetulan sy baru di batu pahat dan sedang cari kelas aerobik ni..thanks for the info..sgt berguna..nnti boleh la kita berkenalan..tambah kawan melayu dlm kelas :-)
wah syoknya. memang dekatlah dengan kem husband Ros tu. memang dok lalu lalang situ hujung minggu kalau pi Batu Pahat.. macam nak join je. hihih
Kelas yoga still available or not?
Macam best je..
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^