-Kawan Aku-

Restoran Nikmat Tandoori

Assalamualaikum...

Korang!!!!Nak cerita apa ek?hahaha :p Bila kerja tak banyak rasa bosan,bila kerja banyak mulalah terasa macam "Oh...I want my social life back!!". Apa pon tak boleh tau. ^^

Okla. Nak cerita pasal makan- makanla.Nyummy!!Semenjak aku dah duduk kat Batu Pahat ni,pastinya aku akan cerita pasal kedai makan yang best untuk korang lawat bila jejak kat Batu Pahat ni.Sharing is caring kan orang puteh cakap ^^ Kalini nak cerita sebuah restoran yang sentiasa ramai orang! Restoran Nikmat Tandoori di Batu Pahat!


Kedudukannya adalah di Jalan Ampuan sebelah kiri.Haa...nak cerita lebih lanjut pon payah sebab jalan kat Batu Pahat ni banyak jalan sehala.Senang ceritanya, korang carilah kedai yang berbentuk dan berwarna seperti gambar kat atas tu. ^^


Menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung adalah Bubur Ayam dan Roti Nan Cheese. Bubur dia memang terbaik. Walaupun ianya hanya sekadar bubur tapi rasanya....Memang rasa nak lagi!Menu pilihan dua ni la yang paling tip top kat Restoran Tandoori ni. Harga menu 2 ni RM20+- kalau tak silap.ok.Aku lupa harganya.


Lepas tu kat meja biasanya akan disediakan otak-otak. 1 otak-otak RM0.70.Makan panas-panas memang ohsem!Tapi kalau korang tak nak makan pon takpe.Tak payah usik pon otak-otak tu ^^ Kat restoran ni pon kalau amik order pakai tab. Fuyyyooo.Upgrade giler ini kedai.Jangan main-main.hihihi.

Waktu perniagaan adalah pukul 6 petang -12malam.Tapi haritu pernah sekali datang pukul 12 lebih masih lagi buka tapi sebahagian je.Mungkin ada plus minus kot waktu operasi diorang ni.Apa yang pasti kalau Cuti Umum kedai ni pon akan Cuti Umum.Harap maklum yer ^^

Jangan lupa untuk mencuba kalau datang Batu Pahat!

Pasni kita cita kisah hujung minggu pulak ye. :)




7 pesanan buat ayut :

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

Ok nanti singgah Batu Pahat, nak cuba lah. haha. entah bila la sampai ke Batu Pahat tu.. =P

Azizah Green Line said... Reply To This Comment

macam sedappp ni..lama x p batu pahat..

ujie othman said... Reply To This Comment

harini pun akak citer psl makan2 kat BP. hehee

tapi yg restoran tandoori ni blm penah pegi lagi.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said... Reply To This Comment

Assalam ayut,
salam perkenalan yer
nampak sedap la roti nan tu he3
malam ni nak kena tapau la jawabnya
pa pun, kalo sudi jemputla singgah & join blog akak nanti yer :)

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

Nth bila yui nk smpai sana.eheheh

Aisya A. said... Reply To This Comment

ambik order pakai tab tuuuu. haha

cik abg sy selalu cerita ada satu kedai nasi briyani sedap kt batu pahat. kalau outstation sana je confirm lah dia singgah. kdg2 nympah plak dgr dia cerita dia g makan nasi briyani sedap. bukan nak tapau bawa balik. XD

ros_reeza said... Reply To This Comment

Eh Ayut duduk area mana kat Batu Pahat.. restoran ni memang sedap kan. Masa first time Ros makan kat sini, macam terkejut sikit. sebab dorang ambik order guna tab tu. hihi.. order air cepat je sampai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...