-Kawan Aku-

Taman Tema Air Batu Pahat

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama entri dah terperap,meh la nak kuarkan juga sebagai rujukan untuk sesiapa nak berjalan kat Batu Pahat ni.

Taman Tema Air Batu Pahat atau dikenali juga sebagai Wet World Batu Pahat. Serius untuk pengetahuan korang walaupun aku ni orang Batu Pahat, lepas habis belajar 4tahun dekat UMP baru aku tahu kewujudan Taman Tema Air di batu Pahat ni.Teruk tak?huhuhu.

Wet World Batu Pahat.

Wet world Batu Pahat ni tak besar mana. Kedudukan Wet World Batu Pahat ni terletak di Jalan Bukit Pasir. Berhadapan dengan sebuah sekolah rendah.Masa aku pernah pergi dulu masuk baru RM10/person untuk dewasa dan RM5/person untuk kanak-kanak. Sekarang aku tak pasti berapa kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Kat dalam Wet World Batu Pahat ni yang pastinya ada gelongsor air, sungai, funfair, kolam kanak-kanak.Kiranya memang tak besar macam yang kat Perak tu la. sekarang taman Tema Wet World ni dah makin maju sebab dah ada ICT Batu Pahat pada sebelah malam ye. Memang maju dah sekarang Batu Pahat ni. Bayaran masuk ICT tu adalah RM5 seorang. Parking pula untuk masuk tempat ni adalah RM2.00.




Suasana kat sini pastinya meriah untuk kanak-kanak la.Kalau untuk yang dewasa mungkin kurang.Budak-budak kalau jumpa air memang la suka je kan.Kita yang dah besar ni jela yang macam serba tak kena nak tunggunya kalau suasana kurang memberansangkan.Sekadar untuk hiburan hujung minggu boleh dijadikan tempat beriadah. Kalau tak main air dalam pool buatan sendiri pon best jugak rasanya ^^

Jadinya ni la salah satu tempat yang boleh ditinjau kalau datang ke Batu Pahat. Sekurangnya tak la nak ke shopping mall je kalau berjalan ke satu-satu tempat tu ^^


1 pesanan buat ayut :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...