-Kawan Aku-

Raya Tahun 2016

Assalamualaikum...

Halamakkkk... Nak cerita pasal raya la pulak kan. Hahaha. Kenangan sebenarnya. Nanti bosan-bosan baca balik blog sendiri. Baca balik kenangan raya bersama-sama. Kenangan yang menggembirakan. Kalau ada yang baca mana tahu dapat tempias kegembiraan. Hihihi... 

Raya dalam berpantang! Yes... Raya 2016 aku adalah dalam pantang. Aku tengok je orang makan ayam, makan ketupat, makan lemang, makan kuih, makan kacang. Eh... Semua la yang sedap-sedap aku sekadar memerhati je. Hahaha. Sedih???! Takla sedih sangat sebab aku dapatla turunkan berat badan indirectly kan selain aku telan set shaklee tu bagi kurus balik. Nampak tak aku main psikologi dengan diri sendiri.


UNTUNG BILA AMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE NI SEBAB DARI MENGANDUNG SAMPAI KE BERSALIN BOLEH MAKAN.. Baguskan? 

Raya 2016 aku turn rumah mertua. Hohoho. Tahun ni lagi sekali takde beli baju raya. Yes.. Suami kesayanganku juga berjangkit tak beli baju raya. Wafiy pon tak berbaju cantik mana pagi raya tu.  Pakai baju dia selalu pakai je. Adehhh. Suami cakap takde mood sebab aku tak beli baju. Jadinya pakaila baju yang ada. Aku pakai baju masa mengandung, suami pakai baju adik dia. Simple.


Gambar??? 
Ala.... Tak banyak pon. Tak macam kat keluarga sendiri kan. Ipar duai semua kepenatan masak. Aku tak boleh banyak gerak pulak tu. Takdela bergambar mana. Tapi gambar dengan mak WAJIB ADA. hihihi. We love our mak!


Raya 2016 walaupon macam tak menarik mana, tapi tetap bahagia dapat berkumpul bersama-sama semua. Alhamdulillah. Itu yang paling utamakan sebenarnya. Berkumpul. Bermaaf-maafan. 


Moga silaturrahim keluarga terus berkekalan selamanya. Aminnnn... Eh... Haaa... Raya 2016 ni jugak kakakku sayang bertunang. Korang doakan jodoh dia berpanjangan ye. Insya allah panjang jodohnya bersatulah mereka dengan lafaz akad nanti. 



6 pesanan buat ayut :

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

nnti cerita pasal baby tau ayut..

ayut said... Reply To This Comment

Kikiki... Insya allah... Tgh fkir nak cite apa la baby ni...

ayut said... Reply To This Comment

Kikiki... Insya allah... Tgh fkir nak cite apa la baby ni...

azizah green line said... Reply To This Comment

takpe.. tahun depan dpt raya puas2 ye

suka suka said... Reply To This Comment

Tahniah dah dapat baby..

Anonymous said... Reply To This Comment

ramai pengunjung blog ni..napa tak pasang iklan adsense?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...