Followerku..

Part 1-Lesen P aku..!

Assalamualaikum...

Hari ini ada post lagi??Wah..kamu memang hebat ayut.hahaha.Kalau tengah gian tu,memang beria carik info nak update :) Hari ini aku pergi kerja macam biasa.Macam korang-korang semua pergi kerja.Bangun pagi,buat apa yang patut,wish GOOD MORNING,B (what??jangan jeles ok!),touch up apa yang patut,start motor..vvvrrroooommm...ok.Sampai dah.hehe.Kite nek motor awak.Ada lesen ke tu??Haruslah ada.Eh,bukan harus..Wajibla ada.Petaling Jaya kot,bukan kampung bawak motor tanpa lesen :)

Alhamdulillah..Aku sekarang dah ada motor (yang ni aku buat entry len la ea..) Motor aku tu masih lagi terlekat 'P'.2 lagi ok aku tepek kat motor.1 depan,1 belakang.Wajib letak bagi memenuhi syarat undung-undang jalan raya.Orang baru setahun jagung dapat lesen memang gitu.hihihi.Meh aku cite cikit la flow aku dpatkan Lesen P aku tu.Seronok ok.Aku lulus dengan jayanya 20 Februari 2012(b,epy bufday..hahaha).Same tarikh gan bufday si dia :)

Ceritanya bermula dengan :

PERTAMA
 Eh,ada tempat amik lesen kereta la.Dekat giler.Nak amek la macam ni. TEMPAT DAN NIAT NAK AMBIL LESEN.Sangat mempengaruhi.Kalau niat je ada tapi tempat ye jauh payah jugak kan?Korang dah la takde transport.Nak naik apa nanti kalau jauh.Nama tempat aku blaja SDC (Safety Driving Centre Sdn Bhd).Berdekatan dengan LRT Asia Jaya dan banyak jugak bas yang lalu-lalang kat situ.Ianya sangat membantu bagi korang yang memang takde transport and nobody can help to send to the driving centre.

KEDUA
 OK.Duit dah ada ni.PASTIKAN DUIT ADA.Total aku ambil lesen motor dan kereta kat SDC ni RM1050.00(banyak jugak aku dh melabur upe ye).Tapi kat sini korang leh bayar separuh-separuh.Ada la dia dah siap semua bahagikan waktu-waktu korang kena bayar.Tapi apa-apa hal,korang kena taye dulu kat kaunter pertanyaan tu.Kadang-kadang ada perubahan.Aku direct terus dengan centre maknanya dapatla price tu.Kalau korang guna agent ofkos berbeza harganya.Ingat tu.Silalah bertanya.Kalau tak bertanya korang sesat jalan.

tu dia lesen L..tamat tempoh dah.tapi simpan buat kenangan :)
KETIGA
 Masa aku ni ada ujung minggu je.Maknanya time tu jela kalau ye pon aku nak g belajar.PASTIKAN MASA YANG SESUAI.Benda ni agak penting sebab selepas dah daftar tu,korang kena attend kursus,attend bengkel,attend kelas,attend ujian and macam-macam la kan.Korang tanya baik-baik kat service centre tu.Boleh ke macam ni macam tu.Then,korang akan kena booking kelas.Kalau motor tak payah sebab redah je.Kalau tak ramai orang bawak jela motor tu.Tapi kereta korang kena booking.So,pilihlah masa yang sesuai.Kadang-kadang korang kena jugak la korbankan masa bersuka ria sebab benda ni.Nak lulus punye pasal kan :)

KEEMPAT
 Aku takde motor and kereta.Aku nobody yang boleh ajar bawak 2 benda ni.SILALAH BE POSITIVE TO YOURSELF.Benda ni penting tau.Kalau tak korang mesti takde confident nak buat semua tu.Alhamdulillah memang aku dah reti bawak motor.Cume kereta jela.Yang penting jangan risau.Selagi korang positive and tak mudah mengalah everything will be fine.


hahaha..bermakna gambar ni sbnr ye..(pic asal: mr google)

Seterusnya,korang janganlah mudah jemu and tak sabar.Buat satu-satu nanti korang mesti success.Pasni aku story betul-betul punya flow amek lesen.Tapi ni based on experience aku la.Tempat lain mungkin berbeza.Tapi bolehlah jadikan draft dalam pale korang ap steps yang akan dilalui kan.Ok.Ni je dulu benda penting yang korang perlu ada sekarang.

All the best k!

Mekaseh

Tambah Harta??

Assalamualaikum...

Setelah separuh hari aku menghadap kerja-kerja aku,singgahla sini sebentar (ye-ye je aku ni macam buat keje beria..hahaha) watever!Setelah dihitung,dikira,difikir-fikir....Aku terasa nak menambah koleksi harta aku pulak sekarang ni.Sesekali terasa jugak nak memuaskan hati ni membeli apa yang kita nak.Kan3x????Sape setuju angkat kaki macam saya..! :p

Ok la.Sebenarnya aku tengah survey-survey nak beli kamera digital compaq.Tetibe terasa nak.Kalau aku dah nak tu,maknanya aku nak.Haishhhh  -_-" Masalah aku sekarang aku tak tahu nak pilih macam mane.Korang ada idea tak?Aku ni kira nak membeli follow budget.Aku punye budget RM400 and below.Dapat yang below tu lagi aku suka.(nak tambah harta tapi xde duit..hahahahaha)

cantikkan??nak ni....(picture source: Mr google)

Aku ada la jugak baca-baca tips memilih kamera digital ni.Antara benda-benda yang korang kena tau pasal kamera ni:

1) Megapixel :
Benda ni sepanjang pembacaan aku yang aku paham,tak payah nak tinggi-tinggi sangat.Sebab ye,makin besar pixel makin banyak space storage korang nanti time nak menyimpan gambar ye.Tapi tak salah nak tinggi-tinggi pon sebab gambar lebih sharp and kalau nak crop-crop gambar still cantik.

2) Lensa :
Benda ni setakat aku baca memang penting la semasa memilih.Kan biasa kalau nak beli kamera ada tulis kat tepi-tepi tu 3x,4x,5x semua tu.Tu kemampuan lens tu zoom la kan.Nak dekat ke nak jauh ke.Ha..benda ni dy macam efek benda yang kita nak amik.Kamera digital memag ada dua zoom (i) Optical zoom dengan (ii) Digital zoom. Kesimpulan pasal lens aku dapat,Optical zooms is better than digital zoom.Apa beza dua ni aku sendirik tak khatam lagi (yang pasti aku akan tanya jugak kedai tu nanti kalau nak membeli :) ). Tu gambar bawah ni pon ada tulis tu ha..Nampak x??


lawe ye color!!pempuan suke je bnda cantikkan kan?? :p (picture source: Mr google)

3) Sensor :
Yang ni benda berfungsi untuk pencahayaan la kan.Kalau kurang cahaya ada la kat kamera tu yang petak-petak,bunyi-bunyi tu.Tapi macam mane nak tau,aku pon tak tahu.Aku bukan photographer!!Aku just nak beli kamera!!  :)

4) Memori Kad :
Benda ni standard la kan.Semua kamera ada.Apa yang pasti kalau nak membeli tengok jugakla.Harga tu berpatutan atau tidak dengan memori kad dia tu.Ada 2 jenis memori kad yang biasa diguna (i) SD dan (ii) M2..Apa name penuh dy,aku xsure..hehehe.Pada aku baik cari yang senang dicari.Mana tahu apa-apa jadi senangla nak carik ganti memory kad tu :) Kesimpulan untuk memilih benda ni,korang kena tau kalau agak-agak korang memang gila kamera asyik nak amek gambar je.Selangkah 1 gambar,pilihlah yang memori besar cikit ye.

5) Bateri :
Ha...benda ni sangat-sangat penting.Carilah bateri yang boleh tahan lama cikit lepas di cus ye.Kalau korang nak guna yang ala AA bateri tu aku nasihatkan belilah yang rechargeable gan charger dy skali.Kang korang beli pakai buang mau garu pale nak membeli slalu.Dahla kadang-kadang baterinya tak tahan.Ingat ea.

samsung ni ok gak cun ye..huhuhu.aku kompius sudah!(picture source: Mr google)

Aku pon masih dalam pencarian untuk semua benda kat atas tu.Harap-harap ada la jugak sedia membantu diriku ini membuat pilihan.huhuhu..

Aku nak CAMERA DIGITAL 1!!!!!!!!!!!!!!!!!!  :)

mekaseh...

Tips: Membuat Header Blog!!

Assalamualaikum...

Akhirnya..Blog aku telah bertukar wajah cikit..hahaha..Takpe,cikit-cikit dulu lama-lama nanti berubahlah lagi banyak. Cantik tak header blog tu??(motip aku taye?? -_-") Tak kisahlah..yang penting aku rase agak cantik ianya di situ. Untuk orang yang baru nak gedik-gedik mengupgrade kan blog,itu sesuatu yang boleh dibanggakan.  :)

Ok..macam mane la aku buat benda alah header atas ni kan??Sebenarnya aku try and error lepas aku ushar blog ini. Aku nak guna photoshop,tapi kat ofis ni tak leh plak nak download yer.Kedekut punye bos besar..selamat aku makan gaji kat sini -_-"

Walaupun korang dah ke blog tu, meh aku story lagi la kat sini kan. Tu versi dia,ni versi aku plak :) (punyela old versi aku,kena guna powerpoint versi 2003...huh!)

STEP 1

Pergi ke microsoft office, then klik ke powerpoint ye kawan-kawan.Bukak la korang punya slide show tu.Pastikan semua clean and clear kat slide tu ye. Buang segala bagai tex box yang menyemak tu :)


STEP 2

Seterusnya, korang kalau nak letak picture, bolehlah nak letak. Pegi amek picture dulu baru boleh letak ayat-ayat cinta korang.hahaha. Sebab based on pengalaman aku, guna versi 2003 punye power point ni xleh nak adjust gambar duk dpan or duk belakang.So,aku kena la pilih letak gambar dulu baru letak tulisan.Aku ni lame dah tak asah skill dalam godek-mengodek.So lupa dah macam-mana kan.Korang semua excellent,so buat lebih baik dari aku k!



STEP 3

Dah lepas korang edit,adjust,pilih2 warna semua....Korang save semua file tu yang korang buat.Takut hilang.Penat mengedit kan.Tapi tak nak save pon ikut korang la kan.Sebenarnya, korang just kena print screen ap yang korang dah buat tu.Pastu pergi ke paint.Kat paint ni korang leh crop.Amek je agak2 saiz yang korang nak.Aku pon dah try and error saiz-saiz ye.Macam yang blog korang tengok tu,memang height yang sesuai 300pxl ke bawah je.Kalau tak nanti korang punye tu kurang menarik.Pastu lebar dy pulak 1000pxl ke atas.Baru cantik la pada aku.Muat-muat layout blog korang gitu :)



Yeay!!Header korang dah siap.Pastu leh la korang tepek kat blog :) additional information kalau yang buta blog macam aku ni(harap je bukak blog dh lame.hihi).Aku bagitau macam mane nak tepek header tu kat blog ea.

Step 1 : Korang g bukak blog korang.Pastu korang pegi ke gambar macam surat tu.
Step 2 : Dah tu pegi klik kat layout.

Step 3 : Ok.Dah terbukak tu semua.Klik kat Edit bahagian Header.Upload la korang punye header yang cantik tu ke blog.


Tamat sudah sesi aku mengajar korang buat header.Lepasni aku nak g download GIMP.Korang hebat-hebat mesti tau kan amenda dan untuk ap benda tu?Xpe.Aku buat step by step.Korang nak ajar aku lebih advance pon boleh jer.Kita belajar sama-sama ea :)

Mekaseh..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...