Followerku..

Showing posts with label Masakan Simple. Show all posts
Showing posts with label Masakan Simple. Show all posts

Chicken Boxing!

Assalamaulaikum. ..

Tajuk macam maksudkan ayam bergaduh je kan.hahaha.Itulah ceritanya bila si tentera bahagian makan-makan balik semenanjung. Bila berdua ni aktiviti yang paling best untuk dibuat bersama mestilah masak-masak.Yeay!! :)



Suamiku, Mohamad Hafizal ajar kita masak.haha.Ok.Aku kalau bab masak takde la nak beria tau. Aku ni jenis tangkap muat punya orang. Sampai masak pon ala kadar je janji ada rupa dan rasa. Persembahan tu tolak tepi dah. Tapi bila fikir balik, penting jugak la persembahan tu. Yela kalau budak-budak mesti nak makan kalau nampak cantik je makanan tu. Tak terkecuali orang dewasa. Bentuk cantik mesti nak try padahal rasa ayam la jugak.hahaha.

Chicken boxing ni suami amik bahagian kepak ayam. Dia potong cikit bahagian bawah tu lepas tu tarik naik atas daging ayam ye. Jadi la bentuk gitu. Comel!! Hahaha.Tepuk tangan untuk suami...hihihi. Itu jela aku mampu buatnya pon. Ada try buat sekali, habis satu daging pon tak ternaik. :p Bentuk pon takde. Dah siap bentuk semua gaul dengan telur dan yepung goreng ayam. Siap!! Hebatla suami kita masak! ;)

Korang pernah buat tak?
Aku memang tak pernah buat.huhu. 


Jom Masak bersama Chef Ayut & Chef Fizal

Assalamualaikum. ..

Entry di malam (penat taip malam tadi tapi tak post rupanya...haish!) hari yang santai.hahaha.Takde maknanya nak chef sangat la kitorang ni.Masak ikut sesuka hati dengan bahan yang terhad ada hati nak taraf chef gitu kan.Sabar jela.

Okla.Amanah dah setel tadi lagi.Kemas dah semua rumah jadinya bolehlah nak update blog semula.Si suami duty maknanya ruang untuk diri sendiri terbuka luas seketika.Semua tahu kan kalau dah namanya duduk Sabah, nak dapat ikan ke sotong ke udang ke semudah pandang kiri nampak pandang kanan pon nampak. Dijadikan cerita semalam si Hafizal sayang aku tu semua dia nak beli.hahaha.Sekali dia borong ikan merah RM10, Sotong RM5, Kerapu 3 ekor. Amik.Aku tak tahula siapa nak makan tu.huhuhu.

Malam semalam jadinya kitorang decide nak makan kerapu dengan sotong.


Haaa..jadi dah Kerapu masak merah kitorang.hahaha.Kenapa tak merah sebab lada dia tak rasa mana jadinya tambah kicap. Itu pasalla tak merah tapi nampak hitam. ;) Sotong tu kitorang gorengje. Meletop-letop gorengnya.hahaha.So sweet kitorang berperang dalam dapur bersama katanya.ok mengarut je. :p Waktu macamni la dapat lakukan aktiviti bersama.Nanti dah sibuk kerja, tak dapat dah nak buat sama-sama.  :)

Kawan-kawan semua pernah berperang bersama tak kat dapur dengan suami?hihihi.Comel je rasa....huhu.Apa pon semoga apa yang kita lakukan bersama dengan keluarga akan menjadi kenangan abadi hingga akhir hayat.Amin.



WW#67:Masakan Ikan Patin dan Talapia!

Assalamualaikum...







^___________^

Wordless Wednesday (32) !!Nasi Beriani Udang!!

Assalamualaikum...





Tarikh: Bulan November
Tempat: Bilik sewa Seksyen 17
Setel!
^___^


Wordless Wednesday (24) !!Resepi Daging!!

Assalamualaikum...








Rupe tak sesedap rasa...hahaha
^___^

Apa ada dalam roti tu!

Assalamualaikum...



Ni gambar bawah tu je.

Hasil breakfast yang praktikal ni sebab tak nak membazir telur rebus dari majlis perkahwinan yang ada dalam peti ais tu ha.Aku gan Mawar ni duk fikir la apa nak dibuat dengan telur rebus tu sebab banyak tau.Ada dalam 10 biji.Ingat nak masak sambal je.Tapi fikir balik macam tak syokla.Makan nasi je keje yer.hahahaha.Oleh kerana budget duk oversea la kan,kitorang pon buatla Sandwich Telur ni.

Dalam tu cuma letak telur rebus yang digaulkan dengan mayonis je.Secara tak sengaja jugak, mayonis tu dah nak expired.Apa lagi kitorang pon guna la sampai licin.hihihi.Orang bujang la katakan.Beli barang banyak tapi gunanya sikit jer.Selalu nak sampai expired baru sibuk nak abiskan.Korang macam aku tak yang duduk menyewa?hihihi.Ok.Guna roti biasa je tu.Guna Roti Gardenia.Lapik guna Daun salad.Letak telur tadi pastu tepek-tepek gan tomato dan timun.Aku kerana nak merasa apa itu Thousand Island,letak la jugak sekali atas tu..Ha..wane oren tu la dipanggil Thousand Island.Mayonis gak sebenarnya tu.Buat sendiri boleh letak banyak mana nak.Kalau beli sandwich kat luar,harap maklum jela.hihihi.


Tu la yang ada dalam roti sandwich aku yang dimakan waktu sarapan.Sebenarnya takla sihat sangat sarapan aku tu sebab ingredients ye pon nak expired.hahaha.Jangan ikut yer.Tapi bagi nak elak pembaziran Telur Rebus korang tu,baik buat macam ni.Kenyang jugak perut tu.Alhamdulillah.


Korang selalu tak buat macam ni?
Menggunakan sesuatu tu untuk buat menu lain dari yang asal.
Sesekali uji minda nak kreatif di dapur apa salahnya kan..
^____^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...