-Kawan Aku-

Harga peti sejuk 2 pintu!

Assalamualaikum...

Hello readers!
Bila mengantuk menerjah diri rasa nak terus je lelap dan tak payah pandang jam dulu.huhu. Kalaula bolehkan. Masalah ye kalau nak tido sekarang pastinya akan pandang jam. Sadis! Takut banyak planning tergendala. -_-'

Siapa baru-baru ni beli peti sejuk? Cuba cerita sikit pengalaman beli peti sejuk.Rasa ala-ala macam beli kereta ke macam beli baju?hahaha.Kelebihan peti sejuk 2 pintu ni pada aku 1 je. Korang tak payah nak cuci frost dia tiap minggu. Jimat tenaga korang hujung minggu buat benda lain.Point kat situ.Selebihnya fungsi sama je macam peti sejuk 1 pintu *pada aku*.


2 minggu aku jalan area Batu Pahat tinjau harga. Boleh tahan harga kalau beli waktu hujung tahun dan awal tahun ni. Potongan ye bukan main lagi. Gambar atas tu aku cilok kat Aeon big Batu Pahat.Tapi semestinya saiz berbeza ye ^^

Harga peti sejuk 2 pintu dekat Courts Batu Pahat pon paling murah aku tengok RM828 jenama Toshiba. Jenama Samsung tak payah tanya memang harga di antara macam atas tu.

Harga peti sejuk 2 pintu paling murah aku jumpa jenama SHARP. Semua kedai ( termasuk kedai kecik-kecik tepi jalan tu) aku tengok peti sejuk 2 pintu hanya jenama SHARP harga boleh runding. Peti sejuk jenama ELBA takde dah ea?ke aku yang tersalah..ELBA ada kan jenama barang elektrik?hahaha.serius aku tak ingat.adoiii!!

Keputusan:
Jenama: SHARP
Saiz: 210liter (ikut orang kedai tu cakap,aku iyakan je)
Harga asal: RM800.00
Harga beli: RM740.00 siap hantar.
Warranty 1 tahun,warranty motor 10 tahun.


Tips: Buatlah survey sebelum membeli. Perbandingan harga boleh dilakukan dengan jaya ye!! 

Bab penggunaan tenaga pon kena consider kot kalau korang jenis nak jimat. Ada 2 3 4 5 bintang. Makin banyak bintang makinla jimat tenaga kata ye. KATANYA. Aku tak tahu la sejauh mane jimat ye. Mungkin ada betul :)

Cukuplah tu kan untuk anak 4 orang. Eh?!
Amiiiin..


5 pesanan buat ayut :

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

erk. murahnya... x sabar nak ada rumah sendiri. nak beli dua bijik .

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

erk. murahnya... x sabar nak ada rumah sendiri. nak beli dua bijik .

Azizah Green Line said... Reply To This Comment

Murah la ayut. Jijah beli kat sabah tahun lepas 900 tau.. pastu yg kecik 300. Dah 3 peti ais kt umah mak..

Amin.. jijah doakan..

ros_reeza said... Reply To This Comment

untuk ayat last tu, ros aminkan yer :)
memang kena rajin survey untuk dapatkan yang terbaik kan. nanti takdelah menyesal bila dah beli, ada pula tempat lain yang jual lagi murah...

Cikgu Sam said... Reply To This Comment

Info yg bagus. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...