-Kawan Aku-

Luahan or Keluhan

Assalamualaikum...


Hye readers!
Sejak bila aku punya blog jadi bercampur baur kejap speaking london kejap cakap jawa dah ni?Ntah pape je ko ni Ayut. selamat blog kepunyaan sendiri bukan orang lain. Redha jela ye wahai pembaca blog yang setia sekalian. Harini topik aku sendiri tak tahu satu luahan atau keluhan. terima jela apa yang aku tulis ni ea? ^^

11 bulan daripada 2 manusia menjadi 1.Eh??! Bukan. Itu sekadar propa je nak cakap betapa mustahilnya 2 orang manusia nak menjadi seorang la kan. 2 hati nak menjadi 1 hati. Hidup bersama dengan orang asing pada asalnya. Hidup berteraskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain. Serius lebih 'complicated' daripada aku belajar add math ataupon belajar 'Material Energy Balance' dulu. Gila susah nak berdepan dengan keadaan ni. Seronok tak kahwin? Soalan cepumas yang aku dah bagi jawapannya dalam ayat kat atas tu ha. ^^



Isu sebenarnya kat bawah ni. Ayat atas tu aku saje je nak bagitau kahwin tu sangat best.haha. Walaupun adakalanya HAHAHA. Adoiyaii. Cerita isu, 'eh, dah ada isi ke?' Oh tidak. Soalan apakah itu? Isi apa? Isi karipap?Pau? or Kuih Ketayap?haha. Sabar jela bila berdepan keadaan macamni. Bukan tak nak. Bukan merancang. Bukan jugak menolak. Allah tahu masa ni masih belum sesuai untuk kami mempunyai permata hati. Tanggungjawab besar kan untuk jadi seorang ibu dan ayah. :)

Korang rasa macamana nak cakap bila orang tanya 'dah ada ke?' Jujurnya kalau aku orang tanya macam tu aku cakap je 'ada dah..isi lemak'.haha. Orang lain sangat teruja agaknya kalau tahu aku ni mengandung kot. *positif kan diri* Ada jugak orang yang sayang aku. Terharu sungguh sayang sekalian. Apa pon, doakanlah yang terbaik buat aku dan suami ye. Kadang-kadang penat jugak nak jawab 'belum ada rezeki lagi.doakanlah ye'.

Boleh tak nak cakap, eerrr....duduk jauh kot tu salah je kira hari. ooppss!

Usaha, Doa dan Tawakal.
Allah sebaik-baik perancang.
^^

Bulan 12 bakal menjelma. 
Sekarang ni hari-hari mengenang kenangan yang lalu. Hari-hari kebahagian bersama suami tersayang. Oh...bahagianya!



9 pesanan buat ayut :

sYaFiNaS said... Reply To This Comment

salam perkenalan dari cik nat...besalah tu..bnda ni dh jdi adat...bila blm kwin,org sibuk tya bla nk kawin...bla dh kwin,mcm ni lh ...mcm2 ditanya nya...pa2 pun terus usaha,berdoa dan tawakal yea...insyallah..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...jemputlh singgah blog destinasi cinta yea..tq

Eca Dwinky Asha said... Reply To This Comment

INSYAALLAH, nanti2 akan ada jugak tu :)
sabar tau!

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

InshaALLAH nnti ad rezeki ayut =)

ziezah.com said... Reply To This Comment

inshaaAllah ada rezeki ayut tu ye..

dulu jijah pon camni.. syafiq kat sabah jijah kat N9.. bila bising dengar org cakap bila nak berisi.. terus jijah nekad transfer ke sabah. Alhamdulillah sebulan lepas tu pregnant! setahun menunggu cahayamata ayut.. mulut org jangan cakap laa

Mayang ABDUL RAZAK said... Reply To This Comment

sabar aje la dik... masih baru lagi usia perkahwinan tu.... insyallah ada rezeki...

ros_reeza said... Reply To This Comment

Hai Ayut :)
Apa khabar?.. lama menyepi ni .. :)

ros_reeza said... Reply To This Comment

selamat tahun baru Ayut :)

Cetusan Minda said... Reply To This Comment

salam kenal ... bkn mudah sebenarnya nak memulakan hidup dgn org baru ... semoga dipermudahkan dan dikurniakan cahaya mata hasil cinta ...

Jazz Lover said... Reply To This Comment

In shaa Allah. Ada juga nanti kalau ada rezeki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...