Assalamualaikum...
Fuh- fuh...Habuk banyaknya. Ini sangat tak patut wahai Ayut!! Bila lama kita tak menaip atau buat sesuatu kat blog ni mesti mood tu pon hilang. Harini muncul balik sebabnya aku cuti. Cuti hari Sabtu Ahad dan laptop berada di depan mata. Tetiba aku rasa 'eh..bestnya waktu belajar dulu 24jam ada internet pastu hadap laptop'. Oh kenangan!
Entri tertangguh aku dah nak dekat 3 bulan dah ni. Cabaran 10 hari dah nak jadi 90 hari dah.hahahaha. Okla aku nak habiskan jugak cabaran aku ni. Nasibla kalau ada yang dah bosan :p Masuk cabaran yang ke sembilan dah nampaknya. Yesssza! Hari ke 9 kena bagitahu pasal cinta. Banyak ye nak kena cerita sampai 9. Apa je aku nak cerita kalau pasal cinta ni. adoiyaiii. Takpela ye, kerana cabaran akan ku sahut juga hingga ke akhirnya.
Meh sini aku cerita pasal 9 cinta yang aku rasa cinta yang ala-ala berkaitan dengan aku gitu. Kata orang tak kenal tak cinta. Errr...tapi kalau cinta pandang pertama tu tak payah dah la kot kenal-kenal sebab tengok je dah jatuh cinta kan? ;)
Ini 5 cinta yang dekat dengan aku sekarang. Tersangatlah dekat.huhuhu.
1. Cinta keluarga.
2. Cinta suami.
3. Cinta pada mahluk Allah terutama kucing-kucing kat rumah aku ni la.
4. Cinta alam sekeliling lagi-lagi kalau balik kampung.Indah je rasa.
5. Cinta diri sendiri. Semua orang macamni kan? Jadi jagalah pemakanan yang anda ambil.Eh??haha :p
Cinta yang membawa seribu kenangan bagi aku adalah cinta yang kat bawah ni.
6. Cinta alam maya.
Cinta inilah yang menemukan aku dan suamiku,Mohamad Hafizal. Kalau dulu aku pon tak percaya tapi sebenarnya cinta alam maya bukanlah sesuatu yang mustahil kalau betul-betul ada kejujuran.
7. Cinta jarak jauh.
ok. Aku nak menangis. Cinta yang sangat menguji aku dan suami pada ketika ini dan mungkin bertahun lagi la kot. Aku sendiri pon jadi macam sangat tertekan bila fikir nak keluar tapi takde kawan. Ada kawan tapi aku kan dah kahwin. ok fine kenapa kalau dah kahwin? Yela. Batas tu banyak kena fikir. Ok cerita lain please!
Bila sebut cinta mesti ada cinta yang sangat kita tak suka kan kalau terjadi? haaa..minta dijauhkanlah dari kita semua cinta yang macamni. Aku memang alergikla kalau cerita pasal 2 cinta kat bawah ni.
8. Cinta 2 darjat
Oh man! Darjat kita semua samala. Hamba allah di Bumi Allah. Pelakon layar dunia yang allah bagi pinjam seketika nikmatnya. Kan? Apehal nak sampai berdarjat-darjat bagai. Alergik ok!
9. Cinta 3 segi
Ya Allah. Minta Engkau jauhkanlah ini terjadi kepada aku dan juga semua yang meyanyangi diriku. Amin. Sangat sedih bila terjadi macamni. Perasaan tu rasa macam boleh gila kot. Moga dijauhkanlah.
9 cinta. Siapa cakap cinta itu hanya yang indah je kan? Kalau cerita pasal cinta ni memang susah. Iyalah kalau melibatkan hati dan perasaan mana ada yang senang. Namun, kenalah pandai kawal. Tak semua cinta kita boleh miliki. Tak semua hati kita boleh menangi. Terima jela apa adanya setelah kita berusaha dan tawakal. ^^
0 pesanan buat ayut :
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^