Followerku..
WW#88: Album Kahwin!
Cop mohor
Album Kahwin
,
Custom album
,
Story book album
Harritage Gallery!
Assalamualaikum. ..
Cerita berkerja sambil jalan-jalan. :) Hari Rabu yang lepas aku dihantar oleh bos aku kat tempat kerja hadiri satu taklimat mengenai program Shell iaitu Superstar. Maklumat lanjut boleh layari laman web Shell Malaysia ye.
Taklimat tu dibuat di Melaka Holiday Inn Hotel. Aku dengan aku punya team gerak pagi gile pukul6.huhuhu. sampai habis dengar taklimat bos kitorang bagi green light bawak kereta dia. Aku dan team pergi ke Melaka Megamall!!
Bulan 11 lepas aku ke sini jugak tapi belum siap. Sekarang siap dah bangunannya. Bangunan ni bersebelahan Dataran. Ala dataran yang ada kapal besar dengan A Famosa tu. Kalau dah penat jalan dan berpanas kat situ bolehla lepak sini. Setakat aku tengok macam shopping complex lain-lain jugak cumanya dalam Melaka Megamall ni ada Harritage Gallery!
Tujuan aku sebenarnya cari Surau. Sekali orang kat situ cakap surau ye dalam Harritage Gallery ni. What did u expect from the given name to this outlet?? Mesti bayang macam muzium ke macam galeri penuh gambar?hihihi. Aku bagi pencerahanla sikit ea apa ada dalam ni. Harritage Gallery ni dalamnya macam kedai-kedai kecik yang menjual hasil industri kecil. Contohnya,kerepek, baju tshirt, cencalok, baju murah-murah etc. Lebih kurang dalam ni korang boleh tawar harga la. Berderet la jugak kedainya tapi time aku pergi ni masih ada kedai yang tak sepenuhnya lagi bersedia. Mungkin sebab Megamall ni baru je siap kot. Nak tahu lebih lanjut korang yang jalan-jalan Melaka bolehla singgah nanti. :)
Last but not least empunya owner blog nak menyibuk tepek gambar. Jumpa lagi ye Holiday Inn!
Cop mohor
Jalan-jalan
,
Perkongsian
Novel Aa+Bb
Assalamualaikum. ..
Akhirnya!!!
Pencarian novel Aa + Bb aku berakhir.
Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah memang Maha Mendengar setiap permintaan hambnya walaupun sekecil-kecil permintaan.
Buku novel Aa+Bb ni dah masuk cetakan ke 13 ok.hahaha. Jumpa novel Aa+Bb ni di kedai buku popular Batu Pahat Mall. Stok masa tu tinggal 2 je ok. Rezeki aku. Cerita mengenai Addin dan Benz yang masing-masing kepala batu dan ego yang tinggi. Mengundang gelak tawa aku je sepanjang baca buku ni. Penulisan Hlovate. Published oleh Jejari Seni.
Jom baca novel!!
Sekarang nak cari pulak buku penulisan Bonda Nor. Selepas 1 koleksi aku miliki terasa teruja nak cari koleksi penulisan Bonda Nor yang lain. Hlovate ni tak tahu bila lagi dia nak kuar tulisannya yang terbaru. Moga kita peroleh manfaat dengan setiap penulisan para penulis yang ada yer :)
Korang suka penulis yang mana??
Meh cerita sikit...





