Assalamualaikum...
Lagi 3 hari buat semua penggemar muzik tanahair pastinya menantikan kemunculan Anugerah Juara Lagu ke 27 kan?Aku kat rumah takde TV + internet.Kesimpulannya?Tunggu berita keluar esoknya.hihihi.Majlis Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil (dekat dah ni) pada jam tepat 9.00 malam (takpelah..lupakan nak pergi).
Terdapat 12 lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu yang dipertandingkan:
1. Terukir di Bintang - Yuna
2. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
3. Tanpamu - Amir Jahari
4. Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
5. Idola - Azlan & The Typewritter
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Teman Pengganti - Black & Malique
8. Ku Akui - Hafiz Shuip
9. Simetri - Hazama & Amy Search
10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
11. Patah Seribu - Shila Amzah
12. Lagu - Bedroom Sanctuary
Dalam banyak-banyak tu aku agak yang boleh dapat Terukir di Bintang dengan Patah Seribu.Lagu dia menarik perhatian.Tapi dalam pertandingan ni kadang-kadang tidak dapat di jangka keputusan juri.Ye dak?Siapalah yang bakal gantikan Yuna untuk nyanyi lagu Terukir di Bintang nanti kan.Yuna terpaksa menarik diri kerana komitmen pada penerbitan album terbarunya di LA.Terpaksalah lagu bertanding tanpa tuan.hihihi.Esok keputusan untuk pengganti Yuna akan keluar.Kita nantikan pembawa lagu ni yer....
Jadinya, kepada peminat muzik tanah air,jangan ketinggalan untuk menyaksikan Siaran Langsung di TV3 dan kalau rajin bolehlah tengok live di Stadium Putra Bukit Jalil.
kredit: TV3
