Followerku..

Showing posts with label kegembiraan. Show all posts
Showing posts with label kegembiraan. Show all posts

10 days challenge:Day 6 - 6 Places

Assalamualaikum...

Wah..nak masuk cabaran ke enam dah.ok. Aku rasa boleh abiskan ikut masa dah ni. Gigih aku fikir setiap masa apa nak tulis.hohoho. Cabaran hari ke enam nak aku cerita pasal tempat. Bila tajuk tempat ni terus aku terfikir nak cerita pasal 6 tempat kenangan aku. Malu pon ada jugak nak cerita.hahaha. Boleh gitu??:p

Aku menulis dengan penuh senyuman dah ni.hahaha.ok jom mulakan 6 tempat kenangan bagi aku.

1. Pantai Cherating, Terengganu.

Hanya sekali aku datang sini. Nak tahu tak datang dengan siapa?? Hahaha. Mestilah dengan suami aku sekarang. Tapinya aku pergi masa baru berkawan dan pertama kali aku keluar dengan dia. See? Terkenang pulak tetiba perbualan waktu tu :p B ingat tak lagi wqktu ni kereta kamu mati tengah jalan.Stress!hahaha.

2. Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.



Senyum lagi :) Tempat ni banyak sejarah. 4 tahun belajar di Pahang tempat ni la banyak merakam kenangan. Kenangan dengan kawan. Kenangan dengan budak tu dengan budak ni. Kenangan dengan suami sekarang. Hahaha. Paling pasti kat sini la tempat menjadi saksi si suami mengaku dia seorang tentera laut. Korang ada pengakuan-pengakuan bagai ni? Huhu. B ingat tak apa jadi malam tu??? Hahaha.

3. Universiti Malaysia Pahang.


Tempat jatuh bangunnya seorang insan bernama Ayut. Melangkah sendirian dan akhirnya keluar beramai-ramai dengan senyuman dan kejayaan. Di sinilah aku ketawa. Menangis. Bermain. Belajar. Ushar pakwe handsome. Menggatal. Mengedik. Berkawan. Sangat banyak yang aku dapat kat sini. Di akhir kejayaan kat sinilah suami aku jumpa dengan arwah abah. Kat sinilah bermula segala penantian Mohamad Hafizal,suamiku. :)

4. Langkawi


Sweet memory dengan kawan-kawan yang baru habis study. Semua happening. Semua gembira. Semua heaven gile bercuti walaupun percutian budget. Walaupun hanya 4 orang perempuan. Walaupun waktu tu semua tinggal duit saki baki dari belajar sementara tunggu kerja. Inilah pertama kali aku naik kapal terbang. Heaven gile percutian ni. Kenangan paling bahagia dengan kawan-kawan seperjuangan.

5. Pulau Pangkor, Perak.

Honeymoon! One word describe the best place I ever attended.

6. Kampung Parit Sonto.

Tempat tanah tumpah darahku. Tempat jatuh bangun aku. Tempat saksi segala peningkatan aku daripada lahir dan sampai sekarang 26 tahun aku berjalan di bumi pinjaman Allah ni. Memori yang takkan luput ditelan zaman. ^^

Cukul dah 6 tempat. Perghh. Entri terpanjang aku rasa ni. Takpe. Demi sebuah cabaran.hahaha. Bersiap sedia untuk cabaran seterusnya pulak ye.

Cerita kad kahwin.

Assalamualaikum...


Ok.Mood nak update pasal kahwin boleh tahan jugakla membuak yer.hohoho.Orang nak kahwinla katakan :p Kawan-kawan lain dah sibuk nak beranak,kita baru nak kahwin.hihihi.Rezeki masing-masing. Ye dok?


Cerita kad kahwin ni bermulanya awal bulan11 aritu.Lambat kan aku buat?B2B sekalian jangan ikut macam saya!Memula design kad kahwin sendiri tapi lama-lama macam malasla nak teruskan.hihihi.Aku bagi je kat orang kedai tu design kad kahwin tak siap pastu diorang tambah.Macam gambar atad tu,part aku buat petak dengan nama je.Bunga semua tu RNE Design yang tambah ikut citarasa aku.hihi.Bedal la labu.Yang penting aku suke :)

Aku tempah dekat RNE Design, Batu Pahat.Kedai RNE Design ni betul-betul tengah bandar dan di dalam bangunan D'Mara.Kenapa amik dia sebab dekat untuk aku buat follow up.*dah hantar lambat kan* Dekat RNE Design ni dia finalize design kad kahwin seminggu dengan aku pastu print + potong kad kahwinnya seminggu lebih.Lambat ke tak?Pada aku lambat sebab material kad aku guna tu senang je kot.Kad kahwin kertas coklat tu.Senang je kot.Warna pon hitam je tulisan.mmmm.


Harini...dapat dah mesej cakap kad kahwin dah siap.Akhirnya,penantian selesai.hahaha.Siap harga aku bagi tengok haaaa...hihihi.Order tak banyak.400 keping je.Bagi kepada  yang penting-penting dan yang minta terutama saudara-mara terdekat.

Selasai kad kahwin tinggal nak diedarkan je.Ok.Sediakan list takpon campak je kat abang gan kakak.hihihi.Senang keje.Fikir veil, hantaran, bridal, bilik dengan goodies je lepasni.

Kena fikir apa lagi ek??
(^_^)





Promote Blog kat China

Assalamualaikum...


Kesinambungan daripada chatting bersama orang kat China la ni. Si Coco ni beria benor la nak tengok muka bulat aku ni kan. Dah Facebook kat China takde katanya,budget konon nak la promote blog sekali.hahaha.Budget sungguh ko ayut!Pastu dah siap bagi link blog http://akuayut.blogspot.com bagai ni.Last-last aku jugak kecewa.Tak dapat nak promote blog kat China.hahaha ^^



Writing pon tonggang-terbalik.Past tense dengan present tense pon berterabur.Ampun Cikgu Englishku.hahaha.Belajar Bahasa Inggeris harap je berpuluh tahun,hebat tak jugak.huhuhu.So, daripada conversation atas tu,si Coco ni sedih la tak boleh bukak blog aku dan melihat muka bulat ku ini.hahaha. Sorry la ye Coco.Maybe next time.Takpun you bagitahulah kerajaan you suruh bagi masuk Facebook.Eh?Boleh ke? :p



Nak tahu apa yang popular kat China boleh klik gambar conversation kedua tu.Kang aku tepek gambar besar-besar loading korang lamabt la pulak :p Tapi aku ada kemusykilan.Kenapa kat China blogspot tak boleh bukak?Ye ke?Blogspot kan under google kan?Kan3x????Ke aku salah?Kalau blogspot under google ni tak boleh bukak,diorang cari maklumat kat internet pakai apa ek?Yahoo kah?ke apakah?hahaha.Rupanya lain negara,lain browser yang digunakan. I baru tahu you! :p Cetek sungguh ilmu kamu ayut.Adehhh =.="




Hadiah Daripada Blogger!

Assalamualaikum...


Siapa cakap berblog tak best?!Kalau korang jadi budak degil macam aku yang selalu nak datang blog orang pastu komen-komen pon boleh dapat hadiah tau.hahahaha.Terima kasih aku nak cakapkan kat Blogger Kak Ina dan Blogger Pink Ummi atas pemberian ini.Harap tak menyesal la nak bagi lagi.opsss!Gurau je.hihihi.




Blogger Kak Ina bagi keronsang.Cantik!
Tak pernah ada keronsang yang macam ni.Sangat berbesar hati bila dapat!
Mekaseh Kak Ina.
Kak Ina ni baru dapat baby baru tau.Siapa-siapa bakal ibu nak tahu apa-apa cerita boleh tengok tempat Kak Ina.



Blogger Pink Ummi bagi key chain.Suke!
Nanti boleh tambah koleksi key chain kat purse!
Semua key chain aku dapat memang letak kat situ.Boleh hari-hari tengok gan ingat.
Pink Ummi suka berkongsi.Tak rugi kalau kenal-kenal gan Pink Ummi.


^____^



Memasak bertemakan Daging!

Assalamualaikum...



Weekend sudah.Mungkin waktu ni aku dah ada kat umah kakak aku kat NIlai.Dia suruh datang sebab daging banyak.Dia suruh tolong masak dan makan.Haaa??Pulak dah aku jugak kena tolong makan.Bayangkan betapa banyak aku rasakan sampai mintka tolong untuk makan.hahaha.Tak kisahla.Aku memang suka layankan je.Dapat gak aku main-main sekali gan anak-anak sedara aku.Weee~~

Now, aku nak try buat semua benda kat bawah ni.Jadi tak jadi belakang cite.Yang penting ada hasrat.hihihi.

Jom memasak!

1st


Bergedil daging!

2nd


Daging Black Paper!

3rd


Popia inti daging!


Ada lagi tak yang menarik resepi bertemakan daging ni?
Kalau kari,kurma etc tu tak mahu.Sebab nanti muak.huhuhu.Kalau ada yang simple-simple ni best gak.
^____^


Kredit Gambar: Google



p/s: Autopublish tau..nak memasak.hihi :)



Baju Kurung Siap!

Assalamualaikum...



Ingat lagi entry yang INI?
Akhirnya....
Tadaaa!


last weekend baru siap akak-akak dan abang-abang sekalian.
hahahaha
2 minggu jugak benda ni nak buat.
Baju ni ada kocek tepi tau..sukerrr!
Boleh letak telefon di situ.hahaha.
Mekaseh Cikgu a.k.a Kakakku,Pn Suzana.
Ilmumu akan ku kenang (dah macam student kat sekolah dia mengajar la pulak).


Buat tulang belut kat leher tu.
ok..gambar tak jeles sebab sengaja.
tak jadi sangat la buat ye.
Gambar jeles,sila google.hihi.

Benda menjahit diperlukan:
Jarum jahit
Jarum peniti
Benang
Gunting
Bantal kecik
Lilin

Tips:Lilin diperlukan untuk di'lalu'kan ke benang bagi licin dan tidak tersangkut-sangkut sewaktu menjahit.(arwah mak yang ngajor ni)

jangan bakar pulak benang.cane nak cakap ek.eerrr..korang letak lilin tu kat benang.paham-paham la ea.hahaha.tak reti nak explain tetibe.

Ni cara nak buat jahitan tulang belut

[sumber: Dari SINI]

Mau tak makan masa 2 minggu yer keliling leher tu. -_-"
Tapi masa aku buat tu tak tengok google pon.Tak teringat nak tengok.
Kakak kesayangan yang ajar.Gigih dia mengajar aku sebab dia cakap kat aku ayat yang tragis didengar.
'ko ni blaja la ilmu menjahit sikit.Turun temurun ni.Ilmu dari mak.Patut ko anak bongsu lagi patut banyak blaja ilmu-ilmu keturunan ni.'
Ye2 je akak ni kan.Padahal memang saje nak suruh aku blaja.
Yela..aku belajar.huhu.

Kelakar ye.Baju ni aku bawak balik umah sewa.
Then benang ye abis,kena tukar benang.Nak start balik dah blur.
Start dari dalam ke luar ni..
Seterusnya...
"Hello kak..Ni nak start jahit ni dari mane ni.Benang abis tak tahu nak start cane."
Fine!
Mawar gelakkan aku.


ok.Setel Cite!
:)


Akhirnya....dipulangkan

Assalamualaikum....



dipulangkan...
memulangkan..
terpulang..

Setelah hanya lagu Najwa Latiff sebagai peneman..
Kali ni entry pulak dihidang.
cewahhh...
Alhamdulillah.

Tak mau cakap banyak
Yang pasti selalu la update password dan kuatkanlah password semua ye.

Kebelakangan ni memang tak terkejar buat kerja
Bos aku dah bersalin dapat baby laki kembar 2 orang.
Pastu kat ofis kakitangan memang terhad.
Then,bos mintak unpaid leave lagi sebulan.
Bos kepada bos selalu hentam diriku ini
Kesimpulannya,time free baru aku jejalan blog korang la tau.
Entry pastinya tak janji ada ke tak.
boleh gitu?

Rindu semua.
Jom tanya khabar kekawan jom!

Hari khamis Yang....

Assalamualaikum...


Pejam celik alhamdulillah masih bernyawa
dan hari ni dah hari Khamis!
Permulaan hariku agak kecewa sikit.
Tayar motorku bocor!


Fuhhh..selamat kena hari ni.kalau kena semalam menyorong la jawab ye -_-"
Memang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sebabnya....
Ada gembiranya selepas itu!

Tada....

Kad Raya!!
Sangat kelakar kad raya Abg Nazha ni ok.
Membuatkan diriku tergelak-gelak di ofis sorang-sorang.
siput tu memang trademark dia.haha
dapat jugak pelekat tu.
Agak2 leh tak nak kumpul.Mana tau ada Bagi Belah 2,3,4,...10 :p
Mekaseh ye.Ayut dapat dah tau kad raya ye.
Dapat ni sebab join CONTEST BAGI BELAH Abg Nazha ni.
Meh tengok blog dia.
Haritu dia ada problem kat blog.Sape boleh tolong try-tryla terjah blog

Lagi yang buat aku tersenyum then excited terlebih.
Dapat jemputan!


oleh kerana dia bagi kat FB.
aku bersungguh ni nak tepon tapi tak dapat-dapat.
'Bek ko reply post aku Dania.'
Dayah a.k.a Ayut
hahaha

Mengimbau kenangan lalu terasa diri masih budak-budak.
Tapi sebenarnya kita dah semakin dewasa.


See?
Lepas main ni,penjaga zoo tu sound kitorang
"permainan ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun je"
Motif Gambar: Tu la Dania ye!Roomate 3taun.Sori dia dah tak available. :p
time final year 2011.Final year student memang macamni kot.
buat keje tak sihat.hahaha.


Makin ramai yang ke arah untuk berkahwin.
Alhamdulillah.



Keje Hujung Minggu Incomplete.

Assalamualaikum...


Selamat Petang,semua!
Hari ni budget diri popular la kan.Sibuk nak cite pasal diri sendiri dari pagi.hahaha.
Hujung minggu lepas aku lepak umah akak-akak aku.Niat sebenar nak amek motor je gan beli-beli barang cikit.Barang apa..eerrr..tu cite lain.hihi.Pastu terasa macam nak menjahit la pulak.Ha...haritu pon ada dapat kain dari en b kan time raya.Aku apa lagi dengan penuh excited aku berazam nak siapkan hujung minggu tu jugak.
Malam jumaat tu aku sampai terus aku kuarkan kain dan potong!


Boleh dah senarai...

Keperluan menjahit:
Kain (main thing kena ada)
Baju Contoh (takde ni tak jadi jawabye sebab tak hebat pon nak pakai ukuran directly!)
Gunting
Tali tape (korang panggil ap ek?)
Jarum peniti
Kapur

Ada tinggal tak?
Dah boleh nampak dengan jelas kan dalam gambar tu.
hahahaha :p
terserlah tak pandai!


akhirnya!
Siap potong baru -_-"
Esoknya pulak aku pergi umah akak aku lagi sorang.
Masalahnya yang akak aku lagi sorang ni mesin jahitnya tak berbukak lagi.Sebab utama tak bukak tak sempat dan anak-anak dia masih kecik.

ni dia dak kecik aiman tu..bermanja ye gan acik..hihi


Tak dapat jahit baju apa lagi merayap men air la kat Putrajaya dengan diorang 1 family!
Free je nak main.
Tapi untuk budak-budak jela.hehehe.

Nak dijadikan citenya maka tergendalalah baju aku tu.
Buat kain pon xsiap2x ari ahad aritu.
Terkecikla.
dah besarkan.
Terbesar pulak.
Arrgghhh!!Sambung next week pulak!
Agak-agak siap ke tak ek nanti weekend ni.
Kita tengok...


Suasana Pagi Raya Ayut!

Assalamualaikum...


[google]



Sebenarnya entry ni nak post time raya aritu.Tertunda jadinya buatlah tazkirah Jumaat.hahaha.

Suasana bermaafan di pagi raya.Baru nak tulis entry ni tapi air mata dah berair.adehhh.
Teringat waktu dahulu,setiap pagi kumpul semua ahli keluarga,mak abah bermaafan di pagi hari raya.Dalam ramai-ramai,mesti aku la orang pertama yang akan nangis.Rindunya nak gapai tangan mak.Rindu nak peluk cium mak.Rindu nak dapat ciuman sayang daripada abah.Rindu nak dengar nasihat abah.Tahun ni,tak dapat semua tu.Tapi,aku pergi memberi salam pada keduanya di pagi raya.Mendoakan keduanya sehari-hari.Insya Allah,Mak Abah sentisa melihat aku dari sana.

Suasana bermaafan di pagi raya memang sangat sayu.Marah ke,gaduh ke,tak puas ati ke dengan abang or kakak,akhirnya bila bermaafan pasti aku menangis.Sesungguhnya keluarga memang tiada tukar gantinya.Nasihatkanlah adikmu yang degil ini.Jagalah adikmu yang selalu tak dengar cakap ni.Adikmu memohon maaf.

Korang pon mesti selalu bermaafan di pagi raya kan?
Gembirakan dapat berkumpul dan bermaafan bersama
:)




Sebenarnya nak minta maaf bukan pada hari raya je.
Pastu bukan hanya kerana satu kesalahan je.
kadang-kadang kita buat salah kita tak perasan.

Kalau boleh,setiap hari kita bermaafan la sesama kita
Jangan simpan apa-apa sampai mati.
Korang sendiri tak tenang nanti.
Ingat.
Jangan ikut hati.



Fakta Selepas Cuti Seminggu!

Assalamualaikum...

Ramai jugak kan yang cuti seminggu time raya aritu?Tak terkecuali diriku ini.hehe.Sangat best apabila bercuti sebab dapat merehatkan diri dengan sempurnanya.Sempurna la sangat kan rehat kalau cuti duk dapur jer.ceh..tak patut! Yang ini fakta untuk diri aku selepas dah bercuti panjang ni.5 je yang aku hadapi pagi ni.Korang punya fakta tak sure pulak.Mungkin ada yang sama kot.Jom kita tengok list.


1. Masa tido tu terbangun je kejenya.Takut terbangun lambat nak bersiap pergi kerja.Padahal baru pukul 5.30 pagi kot.

2. Masuk bilik air sambil pejam mata.Malas-malas duduk lama-lama cikit dalam bilik air baru start mandi.hahaha..aku sengal!

3. Pergi kerja.Ada aje barang yang tertinggal kat umah.Dislike ok!Sabar jela.

4. Kat tempat kerja.Blur.Tak tahu mula-mula nak buat kerja apa.Bukak email berlambak tak tahu nak tengok mana satu.Last-last pegi buat air milo.Kita minum dulu!

5. Dah start buat keje.Tak menang tangan nak handle.Semua benda jadi satu masa.Eh?!parah!


Kesimpulan,buatlah list sebelum cuti.Tak la nanti blur sangat untuk start keje.Kalau tengok email dah berlambak pon tengok jela dia punye subject.Mana berkaitan bukak.Tak berkaitan KIV jela dulu.hohoho.


Yess!Pekerja harapan..statement yang patut kena lempang sebijik.hihi.
Happy Working Everyone!

Sebelum tu.....


Mekaseh Ecah!
Kad raya dari Sabah again!Buatan sendiri jugak.Terbaik!
Sampai dah kad raya yer.
Cayang kat ecah.hihihi.

Saya nak belajar...tips please..haha :)

Assalamualaikum...






Semua gambar google aku tepek kat sini
amek kalau gian nak menepek muka ni dengan macam-macam benda tu datang
Sebenarnya ayut suke je mencuba benda-benda ni
tapi nak memakai keluarnya lambat la cikit
sebab musabab kenapa jadi lambat kerana diriku adalah seorang yang main bedal pakai je
sesekali kalau tetibe nampak over tu memang tengah mood baik la tu.hahaha :)
now mood belajar tengah membuak-buak ni.
ni beli dah.namanya Naturactor Foundation
orang cakap bagus tp lom try! :)


Best kan?sape suke main-main make up ni?
hahahaha
takde lah terasa nak bermake up sangat sebenarnya
cuma nak main-main tepek muka
seronok tengok orang-orang bermake up kat utube tadi
Jadi rasa mencube itu datang
sape ada terasa nak bagi tips,nak bagi link (link jual make up ke,belajar solek ke),nak bagi pape jela (kalau nak bagi barang make up atas tu lagi menarik.hahaha) yang bagi korang memang ohsem dipersilakan.
nanti mana tahu boleh pratikkan
macam gambar kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.


eh?!
ah sudah..!








[semua picture:google termasuk pengantin tu]
 terasa nak barang free?KLIK
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...