Followerku..

Shake Manggo di Batu Pahat

Assalamualaikum..

Kisah manggo shake tengah viral kat Batu Pahat sekarang kata ye. Hihihi. Diri ni pon dah terlibat sama. Sesekali basah tekak kata ye .hahaha. 

#funfruits

Ok tu hashtag yang kalau korang nak tengok viral ke tak selarang. Kedai dia kecik je sebelah kedai buah. Berdepan dengan Proton Servis. Selepas Bukig Pasir, Batu Pahat. 

Nanti free bolehla singgah beli dan AMALKAN PEMAKANAN SIHAT dengan beli buah sebelah dia. Hihihi. 

Harga:
Kecik ni RM3.50.
Sederhana besar RM5.00
Besar tak ingat. Tapi confirm bawah RM10 

Selamat datang ke BATU PAHAT!  


Siapa perlukan Vitamin C?

Assalamualaikum...

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang sangat penting pada badan kita. Kalau anda tahu, Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Sebab tu kita selalu digalakkan oleh doktor untuk selalu amalkan pengambilan Vitamin C.

Dengan mendapat keperluan Vitamin C yang secukupnya badan akan mempunyai imunisasi yang lebih tinggi dalam melawan penyakit. Jadi jangan abaikan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan seharian.



Shaklee juga ada menawarkan kepada pengguna mereka sumber Vitamin C iaitu, SR Vita C Plus. Sebelum ni juga saya dah kongsikan berkaitan dengan Kelebihan SR Vita C Plus. Harini nak kongsikan pula siapa yang angat memerlukan sumber Vitamin C.

  • IBU MENGANDUNG
  • IBU BERPANTANG
  • KERAP DEMAM
  • KANAK-KANAK
  • LELAKI PEROKOK
  • LELAKI KERJA BERAT
  • IBU MENYUSU
Mengikut indeks yang dikeluarkan Amerika Syarikat, jumlah kandungan vitamin C yang diperlukan adalah seperti berikut:

Lelaki Dewasa = 90 mg/harian 
Wanita Dewasa = 75 mg/harian
Kanak-kanak;  (1-3 tahun) = < 400mg , (4-8 tahun) = < 650mg, (9-13 tahun) = < 1200mg
Wanita Hamil/Menyusu = < 85mg

Jadi jangan lupa untuk ambil sumber Vitamin C anda setiap hari! Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya ok!

IG: @ayut_hidayah
FB: ayut hidayah
Whatsap/Telegram: 019-3627388 

Makna Nama Muhammad Wafiy

Assalamualaikum...

Lama tak bercerita kat blog sendiri. Tamplate pon tak berubah lagi.Nampak sangat macam dianak tirikan blog lepas dah ada instagram.kikiki. eh sape nak follow bolehla ye Instagram saya @ayut_hidayah. Makin lama makin maju semua tengok telefon je kan berjalan.hahaha. Blog ni perlukan masa untuk menulis. Tu kadang bila masa singkat yang ada tak boleh nak update bebanyak.

Na belanja gambar Muhammad Wafiy sat kat sini. Buat kenangan terindah nanti bila baca blog sendiri.

Ops! 

Tragedi berdarah pertama untuk Wafiy. 

Alhamdulillah, sekarang Muhammad Wafiy dah 10 bulan  5 hari. Last update haritu masih dalam pantang kan?hahaha.Sabor jela. :) Saje nak tepek kat sini cerita pasal nama anak. Yela nama ni dah 2 tahun simpan.Suami la dia memang suka nama ni sebab dia kata ada pegawai dia nama Wafi,baik orangnya dan dia suka kat pegawai dia tu.

Tragedi benjol sampai berbekas ditambah ciken pox halus pada usia  6 bulan. 

Masa dalam perut lagi, bila tak tau lagi jantina dia bedal je sebut Wafiy.Masa scan pon dulu doktor kata tak nampak jantina sebab terhalang.Sampai masa last dia balik sebelum saya bersalin pon dia masih cakap wafiy :) Rindu pulak terkenang kenangan mengandung.

Muhammad = Yang Terpuji
Wafiy = Jujur/Setia

kejujuran/Kesetiaan yang Terpuji.

Saya suka perkataan Setia kat situ. Moga jadi anak yang Setia dan Jujur selalu ye Wafiy nanti. Ikut dalam buku nama haritu Wafi takde makna.Tapi kalau tengok online ada pulak maknanya. Maksud dua antara Wafi dan Wafiy pon berbeza. jadi saya lebih prefer ambil yang dalam buku. Yela kan nama kan doa untuk anak kita. Mestilah nak tahu maksud yang sebenar.

Junpa abah pada usia 6 bulan... Huhu

Kalau anak perempuan pon sebenarnya dah ada nama. Bila borak dengan member sorang tu dia pon na jugak nama tu,hahahaha.Kitorang cakap,sape bersain dulu dia dapat. Nampak tak perlumbaan kat situ.ok.Jangan tiru kitorang ni ye.hahaha.Okla.dah boleh plan untuk next nampaknya ni.oppss!!


Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum...

Harini ada kelapangan sikit nak bercerita kembali pasal shaklee. Anda pasti ramai mengenali produk shaklee kan?Tapi anda pernah cuba? Kalau anda cuba pasti anda akan rasa JATUH CINTA untuk sekian kalinya. Percayalah. hihihihi.

Okla.Harini nak berkongsi mengenai SR Vita C Plus a.k.a Vitamin C Shaklee.Selalu tak anda rasa nak demam,dalam sebulan selsema 3 hingga 4 kali dan muka sering kali bermasalah?Itu di antara tanda-tanda anda kekurangan Vitamin C di dalam badan. Di pasaran sekarang juga terlalu banyak produk untuk dipilih sampai kadang akhirnya berlalu begitu je sebab tak tahu apa kelebihan dan kekurangan produk tersebut. Kali ni meh saya cerita kebaikan SR Vita C Plus Shaklee ya.


Apa itu SR Vita C Plus?

SR Vita C Plus adalah nama pendek bagi Sustained Released Vitamin C Plus.Perkataan SR itu sendiri dah menunjukkan kelainan Vitamin C shaklee ni daripada yang lain. Bila kita sebut Sustained Released bermakna,Vitamin C shaklee ini akan terurai secara perlahan-lahan di dalam badan. Bila badan kita kekurangan vitamin C,barulah SR Vita C Plus ini akan terurai sedikit demi sedikit. Jadinya, badan kita tidak akan kekurangan vitamin C secara mendadak.

Apa tu Vitamin C & Citrus Bioflavonoids?



Kalau tengok label pada botol SR Vita C Plus shaklee, akan ternampak perkataan Citrus Bioflavonoids.Apa fungsi sebenarnya? Bioflavonoids sebenarnya kulit oren yang telah diekstrak dan dipatternkan bersama vitamin C oren untuk menambahkan keberkesanan penyerapan vitamin C di dalam badan. Bila kehadiran Bioflavonoids ini membolehkan badan menerima Vitamin C semaksimum mungkin.

Apa lagi kelebihan SR Vita C Plus Shaklee??

Kandungan vitamin C di dalam sebiji kapsul. Sebiji kapsul SR Vita C Plus bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren. Berbaloi kan? Sekarang kalau kita beli 2 biji pon dah nak dekat RM10.00.Sangat tinggi kandungan Vitamin C yang diberikan shaklee kepada pengguna mereka. Setiap kapsul SR Vita C Plus mengandungi 500mg Vitamin C.

Kalau nak tau lebih lagi mengenai SR Vita C Plus shaklee boleh hubungi saya ye.


FB: Ayut Hidayah
Instagram: @ayut_hidayah
Whatssap/Telegram: 0193627388




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...