Assalamualaikum...
Maaf kalau rasa entry buat korang tak senang!
Maaf kalau rasa entry buat korang tak senang!
Lama tak bersiaran akhirnya ada sesuatu yang nak dijadikan penulisan. Sebenarnya kenangan. Kenangan dalam membesarkan seorang anak bernama Muhammad Wafiy. ^^ Lagipon nak sharing la apa yang aku alami mungkin dapat membantu sesiapa yang nak info pasal bayi berak berdarah ni kan. Siapa ibubapa yang pernah mengalamai bayi berak berdarah?? Dengar pon seram kan??
Aku alami. Baru alami kejadian bayi berak berdarah ni minggu lepas dan siap kena tahan wad lagi. Memang pengalaman yang sangat berharga.Aku google jugak pasal bayi berak berdarah ni tapi masalahnya kebanyakkan sebab sembelit. Kes aku pulak berbeza. Bayi berak berdarah sebab CIRIT-BIRIT. Pelik ke tak pelik?Pada aku awalnya memang pelik sampai kena tahan wad doktor bagitahu memang ada kes macam ni. Momentum bayi mengeluarkan najis itu secara tekanan yang tinggi juga boleh menyebabkan luka pada bayi walaupun najis bayi itu cair :)
Kisahnya bermula bila Muhammad Wafiy nak tukar bulan masuk 4 bulan. Dia selalu cirit-birit. Ramaila orang cakapkan NAK TUKAR BULAN tu.okla.Aku pon haahkan la jugak sebab bayi pertama kan. Orang pengalaman cakap kenala jugak kita dengar. Aku monitor lagi. Eh...dah masuk 4 bulan lebih masih lagi ciri-birit.Pelik???Sampaila satu tahap mana,malam-malam pukul 3 pagi Muhammad Wafiy berak. Aku tengok najis dia ada darah. Ahhh...sudah! Ni la permulaannya...
Aku bawak la anak aku ni pergi swasta dulu. 1st time pergi Klinik Dr Ismail Jalan Rahmat,Batu Pahat. Tanya doktor..bla..bla..bla..dan bla.. Doktor cek Muhammad Wafiy. Tekan-tekan perut. Main-main lagi dengan anak aku tu ha...Padahal ummi dia ni dah nerves! Doktor cakap bukan sebab USUS sebab BAYI MASIH AKTIF. Lega kat situ! Doktor bagi susu SIMILAC (ni aku cerita lain) dengan ubat cirit-birit (Fotagel). Aku balik. Sehari Muhammad Wafiy ok. Keesokkan hari pulak jadi balik. Cirit-birit tak berhenti dan masih ada darah cikit. Tunggu lagi dan hari Isnin 31 Oktober 2016,aku hantar rumah pengasuh macam biasa. Tapi pagi tu aku bersiap pergi kerja nampak dah lain dah Muhammad Wafiy.Merengek je dia. Tepat pukul 10, pengasuh call inform Muhammad Wafiy muntah. Ok. Stop kerja.Balik. Bawakla lagi Muhammad Wafiy pergi klinik swasta Klinik Zabedah namanya. Kat sini memang cek demam,suhu 39. Aku beria tanya pasal cirit-birit ni. Doktor suggest teruskan susu SIMILAC tu dengan bagi ubat cirit-birit (Smecta) dan air garam.
Balik kampung, aku pergi urutkan badan Muhammad Wafiy. 2 hari dia demam dan cirit birit masih ada tapi darah takde. Setiap masa aku check suhu badan bagi dia tak tinggi. Hari Khamis 03 November 2016 mula dah balik drama, ada darah semula pada najis Muhammad Wafiy.Masa ni demam Muhammad Wafiy dah reda. Aku pening! Terus aku cakap kat kakak aku nak bawak dia pergi Klinik Kesihatan. Sampai KK doktor tak cek pon weiiii....amik darah,tengok result,terus dia cakap, 'saya refer awak ke Hospital ye.Balik ni amik baju siap-siap takut awak kena tahan wad. Selalunya memang kena tahan wad.' Ah...sudah! Sampai hospital,macam biasalah 3-4jam tunggu jumpa doktor. Doktor main-main dengan Muhammad Wafiy(boleh lagi main ek??hahaha) sambil soal siasat ummi Wafiy ni. Tunjuk gambar cikit,pastu doktor cakap "Masuk wad ye..Kita nak pantau.Boleh?" aku siap balas.."Boleh ke tak payah masuk wad?" Doktor tu balas, "Kejap ye..saya double confirm dengan kawan saya nak admit ke tak." Hahahaha..lastnya masuk jugak.No excuse anymore!
Sampai hospital:
Khamis malam - Admit wad. Mohammad wafiy tido dengan lenanya. Doktor 2 Chinese 9lupa namanya) orang dengan pelatih-pelatihnya datang round. borak-borak (soal siasat benarnya). Dia cek montot Muhamamd Wafiy CONFIRM ADA LUKA. 3 luka koyakan cikit macam tu. Tapi dia tak bagi apa-apa ubat.Suruh rehat dan nanti mereka monitor.
Jumaat pagi - Ummi Wafiy blur! doktor perempuan Melayu. Cek lagi Muhammad Wafiy.Tekan perut.Tanya aku history kejadian.Pastu dia cakap,ok..teruskan menyusu dan bagi minum air garam yang awak dapat tu ye. Just nak amik darah cikit untuk confirmkan everything ok.
Jumaat malam - Doktor round lagi bersama pelatih-pelatihnya.hihi. Tanya baby aktif tak.Tanya minum ok tak.Pastu dah.Dia bersoal jawab dengan pelatih-pelatihnya je.Aku duk termangu dengar je diorang diskus :)
Sabtu pagi - Ummi dah start bosan! Doktor perempuan melayu tu lagi dia check.Dia tanya ok dah ke beraknya?aku dengan happynya cakap,'Dah doktor.dia dah tak berak-berak lepas minum susu' doktor balas,'ok...good!'Dia cek montot cikit,pastu dia cakap,'saya takde bagi awak cream ye? aku cakapla...takde doktor,saya cuma sapu HERBAL BLEND SHAKLEE tu ha..Doktor balas...ok..xpe..ok jer. Tapi saya bagi jela ea ubat sapu untuk awak.Pastu arini dah boleh discharge.Aku dengan happy ye..ok doktor! :)
Bila Bayi Berak Berdarah ada beberapa kemungkinan yang kita kena tahu:
1) Sebab USUS LUKA
2) Sebab LUKA KECIL DI BAHAGIAN BAWAH BAYI
Penting kena perhatikan bila bayi berak berdarah:
Adakah BAYI masih AKTIF ataupon SUDAH TAK AKTIF?
Semasa BAYI membuang air besar MENANGIS/TUNJUKKAN GAYA MENERAN.
PERUT bayi LEMBUT atau KERAS.
Ni semua doktor-doktor yang aku jumpa atas tu bagitahu ea.
Sebab berlakunya CIRIT-BIRIT:
1) Kebersihan (kuman)
2) Jangkitan virus daripada sekeliling yang tak sihat
Kesimpulannya,kalau dah rasa tak confident bawak jela ke Hospital. Perasaannya tu lain sikit sebab kalau apa-apa jadi senang nak mintak tolong. Lagi kalau anda adalah seorang yang PJJ bersama suami dan ahli keluarga yang lain.ok...tak nak buat ayat sedih kat sini.
Sekian...
Panjang dah ni menaip. ^^