Followerku..

MyB Masuk 'Klinik' lagi!

Assalamualaikum...


See?
MyB kesayangan kena masuk klinik lagi.Banyak jugak aku cerita pasal kereta kesayangan ni dalam blog.hohoho.Tak kira la tu.Sabtu lepas aku hantar MyB aku untuk ditukar tayar.Menangis jap T.T Tayar sebuah kereta sangatlah mahal.Sekian.

Aku tukar tayar jenama Allroad.Mula-mula aku nak tukar pakai tayar jenama GreenMax.Disebabkan aku tak booking tayar Greenmax tu siap-siap stok dah habis.Terpaksalah aku pakai tayar jenama Allroad.Sementara tunggu tu,MyB naikla katil dia tu.Bos kedai tu tunjuk dan bagitahu aku tayar belakang aku makan dalam.Aku masa tu terus makan dalam la.hahahaha.No2x.Aku hanya mampu tukar depan je dulu bos! :D Seronok tengok diorang tukar tayar ni.

Tayar belakang makan dalam...Aku pon makan dalam :p

Bunga tayar jenama Allroad.
1 tayar jenama Allroad = RM 230.00

Apa yang aku belajar waktu ni, Macamana nak tengok alignment kereta dan apa tu chambering.Haaa...ni namanya lawatan sambil belajar :p Jom belajar!

Alignment kereta - Diorang periksa guna komputer.Diorang pasang macam pemancar kat tayar tu (boleh nampak dalam gambar atas) lepas tu dia akan adjust sampai tayar kereta tu alignment yer jadi seboleh-boleh dekat ke angka kosong.Masa aku tengok tu,tayar kereta MyB ni dah sampai -0.60,-0.32,0.5,0.33.Berterabur semua.huhuhu.Kat kedai aku buat alignment 1 tayar = RM5.Ada 4 tayar jadinya jumlah = RM20.
Chambering - Haaa...Benda 1 benda pon aku tak tahu time diorang cakap.Chambering hanya dibuat untuk tayar depan.Dia akan pasang skru dan tayar kereta akan diuji dengan tayar tu dikepakkan.Ala-ala alignment tapi dia advance sikit ^^ Kat sini buat chambering kalau takde skru tu = RM 30.Kalau dah ada skru = RM15 / 1 tayar.

Kat tempat korang harga lebih kurang ker?
Lepas kahwin benda pertama kena buat tukar tayar belakang kereta.Fuhhh!berasap fikir nak pusing duit.hohohoho.Lepas ni kenalah lebih jaga MyB kesayangan ni.Tayar kereta sangat mahal.Jadinya jagalah alignment dan cara pemanduan agar tayar boleh tahan lama :)




WW #72: Rindu dia!

Assalamualaikum...





^^



Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini






S4 - (Video) She's My Girl di APM 2013

Assalamualaikum...

Lama tak menulis entry ^^ Kawan-kawan semua sihat?Hujung minggu ni lepak je kejenya kat rumah.Biasalah kan kalau dah namanya cuti nak bukak pandang laptop memang satu cabaran yang besar.hihihi.Hari Sabtu semalam ni aku ada tengok ulangan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura.Happening giler kot APM 2013 ni.Aku siap boleh gelak-gelak sakan sebab pengacara APM 2013 kali ni kelakar.Lawak diorang menjadi jer lagi-lagi pengacara APM daripada Indonesia, Sarah Sechan. ^^

Pemenang-pemenang Anugerah Planet Muzik 2013 boleh je korang semua google kan?(Senarai Pemenang APM 2013)Tak nak la list pemenang PAM 2013 ni memanjang.huhuhu.Pemenang APM 2013 pon tak kurang jugak artis Malaysia dapat.Tahniah buat pemenang semua yer. ^^

Dalam banyak-banyak persembahan aku terkejut tengok persembahan pembukaan APM 2013 sebenarnya.Kenapa?Sebabnya membuatkan aku terfikir,"Ni mamat korea mana pulak tetiba nak buat persembahan kat APM 2013 ni?" hahaha.Setahu aku APM melibatkan Malaysia,Indonesia,Brunei dan Singapura je. ^^


Dah tengok video She's My Girl tu?Ahaaaa...hahahahaha ^^ Ok aku gelak sendiri.Group S4 sebenarnya group daripada Indonesia.Pernah menjalani latihan di Korea dan sekarang bergerak di Indonesia.Info lanjut malas nak carik.hohoho.Ok.Aku boleh terima Group S4 ni walaupon diorang punya muzik ni memang ke arah K-Pop sepenuhnya.Stamina ok.Menari sharp.Suara tak ke laut.Muka pon ada.All the best buat Group S4 untuk masa akan datang.


Aku sorang baru tahu kewujudan diorang ni ke atau korang pon tak tahu? ;p
Lepas aku tengok persembahan diorang ni boleh tahan gak lajunya aku terus google Group S4.hahaha.nampak tak 'corious'nya aku kat Group S4 ni. ^^
Okla.Selamat hujung minggu semua!

Kredit gambar: Rotikaya






Random Words (2) !

Assalamualaikum...


Love is a Cycle.
Cinta - Sayang - Terluka - Rindu - Cinta
Sekali anda terjatuh,tidak bermakna berakhir segalanya.
Ada yang lebih baik untuk anda di luar sana.
Percayalah!

Janji Allah itu PASTI.
Hati itu bukan milik mutlak kita.


WW #71: Terima Kasih,Kawan..

Assalamualaikum....




T____T



WW #70: Adam dan Kenit

Assalamualaikum...




^_______^


Tiket Perjalanan ERL

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas tengok-tengok gambar kat dalam laptop terpandang pulak 1 gambar ni.Fikir balik nape ada amik gambar ni ek?hahahaha.Motif sangat kan nak fikir semula.Mestilah nak share dengan kawan-kawan kat blog ni. ^^

sekarang!
dulu!

Yeay...berubah wajah dah tiket Express Rail Link (ERL) iaitu KLIA transit.Dulu time baru aku nak pindah diorang baru sibuk-sibuk nak renovate tukar mesin.Datang KL lagi sekali bertukar wajah dah ^^ 6 bulan dah rupanya aku kerja kat tempat baru :) Pantas masa berlalu.

Okla.Tiket ERL yang baru ni lebih keras.Lepas tu tiket ERL ni jugak dikitar semula.Maknanya pakai banyak kali sampai betul-betul rosak.Yess!Go green! ^^Maju dah ERL sekarang.Pihak ERL sekarang pon dah pandai tarik perhatian,siap bagi warna-warna lagi tiketnya ^^ Menarik kan? Setakat haritu aku naik masih tak berubah tambang menggunakan ERL ni.Tak tahu pula akan datang nanti macamana.Setanding dengan harga yang ditawarkan,perkhidmatan ERL pada aku masih lagi membanggakan. Syabas buat ERL.

Nanti KLIA ke-2 siap,makin bertambahlah orang menggunakan ERL ^^
Siapa selalu menggunakan ERL kat sini?memuaskan tak bagi korang?




White Masker Cathy Doll

Assalamualaikum...

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan...!Eh?Tetibe je kan :p Ayat pertama je dah boleh tahu nak cerita pasal apa kan?hihi 

Salam sayang buat semua!! ^^ Harini nak cerita aku beli masker baru.yeayyy!!Ingat lagi aku pernah beli masker hitam shisheido dulu?Haaaa...lepas daripada tu aku ingat nak la carik lagi yang Nivea punya sebab Masker Hitam shiseido tu kurang minat sikit.huhuhu.Nivea punya masker dia sejuk tu yang best.Ada sesiapa pernah try jugak tak Masker Nivea ni?Disebabkan aku berpindah,aku punya la beria carik kat area Parit Raja ni tak jumpa.Geram punya pasal internet jugak jadi mangsa aku.

Akhirnya aku jumpa White Masker Cathy Doll.hihihi ^^ Aku punya nak mencuba terus je beli 12 paket terus.hahaha.Ni namanya bukan mencuba yer.Ni namanya memang nak membeli ^^ Bila dapat je barang White masker Cathy Doll tu,aku terus pakai malam tu jugak.Nak tahu bentuk White Masker Cathy Doll macamana ea?Tadaaa....


White Masker Cathy Doll yang ada gambar cartoon comel tu ea.Lagi 3 benda kat tepi tu dapat free.Trial punya ^^ Bestkan dapat free gift bebanyak gitu.hihihi.Okla.Komen aku sebagai pengguna White Masker Cathy Doll ni.

Komen:
1) Baunya wangi...Best!
2) Lebih senang nak dipakai.
3) Menarik segala "heads' yang ada kat muka aku ni...Puas hati!
4) Pek yang cute..Menarik!

Ada kemungkinan aku akan repear order untuk White Masker Cathy Doll ni.Pakainya best.Time nak kering tu memang bestla.Rasa tegang je muka.hihihi.Pada aku White Masker Cathy Doll ni tak sakit mana kalau nak tarik tu.Apa yang pasti elakkan kawasan bawah mata yer ^^ Kalau nak lebih hebat hasilnya,cuci dulu muka pakai air suam sebab nak bagi liang roma tu terbuka yer ^^ Jadinya,aku recommend sangat White Masker Cathy Doll ni yer.Selamat Mencuba...!

Aku beli dekat SINI
Bolehla ke page beliau untuk bertanya lebih lanjut ^^


Membeli Emas!

Assalamualaikum...

Harini cerita pasal emas la pulak ea.hihihi.Yang pasti bukan cerita beli barang buat batal air sembahyang nikah nanti.Ni  cerita aku beli barang kemas untuk sukakan hati sendiri jer ^^ lama dah aku terfikir nak membeli 1 barang kemas ni.Start dulu masa aku mula keje kot dah terfikir nak beli.Akhirnya baru minggu lepas aku dapat merasa membeli barang kemas tu.Suker!


Gambar pon sampai tak jelas amik.Memang kena tukar telefon ni nampak gayanya.huhuhu ^^ (B,nak tepon baru! :p)  Akhirnya dapat beli subang untuk diri sendiri....ke anting-anting ek??Apa beza subang dengan anting-anting sebenarnya?? Tak kisahla...Kira adik-beradik jela dua tu anting-anting dengan subang.

Masa aku survey sebelum beli haritu,Hari Khamis.Harga emas masa tu RM145/g.Time aku dah bulat hati nak membeli ni,aku tanya harga emas sekarang berapa.Boleh auntie tu bagitahu harga emas sekarang RM155/g.Cepat gila harga emas naik.Tergelak aku masa tu.Sabor jela.Nak dijadikan cerita balik.Hari Sabtu lepas ni,aku tanya semula harga emas.Apek tu cakap harga emas sekarang RM147/g.Eh??? 

Boleh pulak harga emas ni main-main dengan aku kan.Sabor jela.Apa pon sekarang harga emas masih rendah lagi sebenarnya.Teringat masa aku tunang haritu.Harga emas mencecah RM190/g.Cian kat En B kita.huhuhu ^^ Kesimpulannya, cepat-cepatlah buat pelaburan kepada sesiapa yang berminat.Nanti kalau kesempitan,boleh kita gadai lagi-lagi kalau gadai waktu harga emas tengah tinggi.Berbaloi.Siapa yang nak kahwin pon baiklah beli awal.Tak rugi.Nanti harga emas dah naik,garu kepala korang wahai lelaki sekalian ^^ Sekarang kalau nak mintak hadiah birthday garang kemas pon boleh tak ek??? :p



WW #69: Hasil Do It Yourself (DIY)

Assalamualaikum...


(1)

(2)

Next?




Salam Aidiladha 1434H

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...harini Jemaah Haji akan berada di Mina untuk melontar selama 3 hari (10,11 dan 12 Zulhijjah) setelah mereka wukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.Moga semua jemaah haji yang dianggarkan seramai 1.2 juta di Makkah tanah haram dapat melakukan segala ibadah dengan sempurna dan selamat.Amin.

Lambaian Kaabah.Insya Allah,mudah-mudahan Allah memberikan peluang untuk aku jejak ke sana.Amin.Tengok siaran TV semalam semasa kakitangan menukar kain Kaabah macam best je kalau dapat tengok live. :) Lama betul mereka tukar.Besar tanggungjawab mereka kan ^^

*google image*

Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam.
Selamat menyambut Hari Raya Korban.
Marilah kita bersama-sama perbanyakkan amalan,doa serta zikir sepanjang menyambut Raya Aidiladha ni.
Maaf salah silap.
Berziarah sedara-mara.
Eratkanlah ikatan silaturrahim yang terbina.

Manfaatkanlah cuti yang anda semua dapat yer.
Kepada yang bekerja harini,niatlah kerana Allah.
Mudah-mudahan menjadi ibadah di jalan Allah.

Harini aku melawat nenek kat kampung.Jumpa sedara-mara di kampung.Lama tak balik kampung.Agenda membuat lawatan akan di sambung apabila pulang daripada kampung nanti yer ^^ Berhati-hati dijalan raya kepada yang memandu. ^^

Rezeki CPUV Bulan Oktober 2013!

Assalamualaikum...

Hari-hari nampaknya berupdate blog aku ni kalau tengah bercuti.hihihi ^^ Lagipon nak balas hutang kunjungan kawan-kawan kan.maaf ye kalau aku datang terlambat atau terlepas blog kawan-kawan.Jangan jemu datang blog aku tau.Insya Allah,aku pasti akan buat kunjungan ke blog korang semula nanti. ^^

September berlepas sudah.Oktober menjelma.Satu je aku terlupa nak buat masa nak masuk bulan 10 haritu.Nak cashout akuan Nuffnangku.Adehhh.mmm.Terpaksalah tunggu lagi kan ^^ Harini tengok akuan Nuffnang.Alhamdulillah.Masih sudi untuk meletakkan iklan mereka kat blog aku.Terima kasih Nuffnang.Love sesangat kat Nuffnang la gini :) Kalau dulu tengok akuan Nuffnang,tengok CPC je.Sekarang bukak akaun Nuffnang,Tak scroll ke bawah dah.Tengok CPUV jer.hihihi.Alhamdulillah ada rezeki dengan Nuffnang.Kalau nak tahu beza CPC dengan CPUV bolehla intai kat blog-blog otai.Kalau aku memang aku belajar kat blog Shida jer.Thansk Shida!


Sedih jugak tengok CPUV yang akhir bulan September tu.CPUV untuk KL Sogo dan CPUV SenHeng CPUV ye jumlah sen je.hihihi.Kan masa akhir bulan September tu tak aktif.CPUV punya earning pon secupit jela.huhuhu.Jangan ingat dapat CPUV tu boleh duduk diam je lepas tu sambil tengok earning naik tanpa usaha.Memang takkan maju la earning CPUV yang dapat tu.Kena usaha lebih nampaknya ni ^^ Tips apa yang perlu dibuat bila dapat CPUV ni pon aku belajar dengan Shida je ^^ Bukan senang nak dapat CPUV kan?Jangan rugikan kalau dah dapat. ^^

Setakat harini ada dapat 4 CPUV tengah running dalam blog daripada Nuffnang.Hotlink plan Internet,Transitional Optical,Sony dan Nestle.Siapa nak beli kemera bolehla pergi tengok iklan Sony tu.Ada macam-macam model untuk dipilih.Siapa takde internet lagi tu boleh serbu Hotlink.Macam-macam plan yang boleh dilanggan nanti.Nak makan-makan boleh tengok iklan Nestle.Mesti ada promosi yang dibuat oleh pihak Nestle sekarang.Siapa nak tengok iklan yang boleh dikongsikan,bolehla layan Transitional Optical tu.

Moga semakin murah rezeki kita bersamanya kawan-kawan.Banyak la lagi CPUV yang ditawarkan kelak.Amin.Harapnya jugak pihak pengiklan dapat capai sasaran jualan mereka ^^ Terima kasih Nuffnang!Terima kasih kawan-kawan! ^^



Refreshing Shell FuelSave berleluasa.

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua! ^^
Hujung minggu dah ni.Siapa esok cuti macam aku?Kita boleh masuk satu geng la maknanya ^^ Harini ada sesiapa nak pergi jalan-jalan ker?Aku dah jalan semalam.Harini duduk rumah balas kunjungan kawan-kawan dengan lajunya.huhuhu.

Kepada sesiapa nak berjalan-jalan tu pastikan minyak kereta cukupnya.Tak cukup sila isi.Ingatnya harga minyak sekarang.Ron95 1 liter - RM2.10. Diesel 1 liter - RM2.00.Bulan Oktober ni aku tengok,harga Diesel sebenanarnya turun.Tapi faham-faham jela.Harga pastinya akan tetap macam tu cuma subsidi berkuranganlah.Haaa....kepada sesiapa yang pergi isi minyak harini,pergilah tengok-tengok benda tertampal kat pam minyak yang ada nozzle tu,pasti tertera harga subsidi.Tengok bulan ni,bulan depan,bulan depannya dan bulan-bulan seterusnya.Bandingkan.Pasti korang akan sedar subsidi yang diberikan. ^^


Okla.Sebenarnya aku perasan iklan Shell Fuelsave yang berleluasa kat blog-blog ni bermula harini.Aku pon macam "Eh??" hahaha.Orang dah keje dengan Shell memang gini.Alert kejap dengan produk sendiri :) Aku pon klik la kat blog sape ntah tadi.Tak ingat.Tengok-tengok..."Wah....ada perkongsian cara penjimatan minyak","wah...ada keputusan  pendapat orang ramai"...kagum jap.ihiks! ^^ Sekarang ni pon kalau sesiapa pergi ke Shell pasti diorang akan war-war kan pasal mereka tengah buat survey untuk setiap stesen mereka.Kalau korang ada dapat tu,buatlah survey.Senang jer, masuk laman web Shell yang tertera pada kad yang diberi - masuk kod ID stesen - masuk amount pada resit - jawab soalan - masuk no tepon - hantar.Setel. ^^

Sekarang kalau dekat Shell mereka dah tukar nama untuk Diesel mereka.Diesel sekarang dikenali sebagai Shell FuelSave Diesel.Panjang tak panjang nama Diesel sekarang.hihihi.Dulu FuelSave pon ada tagline "Lebih kilometer dengan setiap pengisian penuh". Ingat?Sekarang tukar dah.hihihi.Tagline yer bertukar jadi macam gambar kat bawah ni.

"Lebih tahan lama dengan setiap tangki"

Apa yang pasti cara pemanduan dan keadaan sesebuah kereta itu juga akan mempengaruhi setiap pengguanaan minyak kereta kita.Tak kiralah guna minyak apa pon.Kalau nak tahu maklumat lanjut boleh je klik kat iklan-iklan Fuelsave yang tengah berleluasa hari ni yer.Minyak kan dah naik,kenalah amik tahu juga cara pemanduan yang boleh membantu kita menjimatkan minyak kan?Jangan tahunya merungut je tau sebab memang bahan bakar pastinya akan semakin berkurangan dan permintaan makin tinggi.hihihi ^^ Aku teruja kejap tengok iklan-iklan pasal Shell ni.hahaha ^^  Okla.Selamat menambah ilmu ye kawan-kawan.

Drama Love You Mr Arrogant!

Assalamualaikum...

Lagi satu drama yang mula menjadi bualan semua orang kan?Drama Love you Mr Arrogant.Ini pon adaptasi daripada novel penulisan Aliesha Kirana ^^ Aku start tengok cerita ni baru je hari Rabu lepas.Kawan aku la ni pengaruh aku tengok kat tonton.com.my.Mula-mula layan jela sebab aku bosan.Lama-lama tengok "eh,best pulak drama Love you Mr Arrogant ni!"Sayang kata benci.hahaha ^^ Whatever!

Sekarang dah episod 10.Konflik pon dah mula semakin memuncak.Menarik kan?Last aku tengok Episod 10 ni si Irham dengan Zahra balik kampung untuk urut kaki Zahra yang sakit tu.Mula dah nak baik-baik dalam episod 10 ni.hahaha.Comel je rasa.Orang bandar ke kampung memang kurang selamat sikit la nak serasi ^^



Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Mengisahkan mengenai kehidupan Zaara Amira yang terpaksa menerima lamaran daripada lelaki asing dalam hidupnya,Zafriel Irham.Bagi menggelakkan daripada berkahwin dengan pilihan ibunya Afriel Irham memaksa Zaara Amira menjadi isterinya dengan menjanjikan sebuah janji.Keputusan untuk menerima perkahwinan ini membuatkan hidup Zaara Amira berubah dan kacau bilau dengan terpaksa menerima layanan daripada ibu mertua yang tidak menyukainya dan juga suaminya yang ego.Adakah bahagia buat Zaara Amira?Kita nantikan kesudahan Drama Love you Mr Arrogant yer.

Kalau orang yang tak menghadap TV setiap masa jawabnya memang kena pergi tonton jela.Aku pon baru daftar tonton.Susuah gak nak daftar tonton ni kan.mmmm.Siapa belum ada akaun kat tonton?Masuk je kat tonton tu pergi kat register.Susahnya tonton ni cuma nak pilih username jer.Nanti dia cakap 'invalid' je.Tapi kalau yang memang selalu menghadap TV bolehlah tonton secara live di TV3, Slot Akasia. Setiap hari Isnin - Khamis,pukul 7 malam.Apa pon selamat menonton Drama Love You Mr Arrogant yer ^^


Tips Jurugambar untuk Majlis Perkahwinan Anda

Assalamualaikum...

Ayut kembali! ^^
Sungguh terasa kesian kat diri sendiri kerana tiada masa untuk bersosial.Kesian kan.Balik rumah dah seharian kerja,penat terus tido.Kalau dah kahwin ni nanti ntah apa jadi la agaknya.huhuhu.Setiap manusia pasti boleh berubah kan ^^ Okla.Persiapan kahwin setelah tinggal lagi 2 bulan ++ Nampak gaya masih takde apa yang menarik aku lakukan.Cuma baju nikah nak siap dah.Yeay!Nanti kita ceritakan sikit-sikit ea ^^

iklan jap ^^
lama tak tepek gamabr sendiri kan? :p Yang pasti ini bukan angle yang menarik daripadaku ^^

Sekarang ni aku nak share gan bakal-bakal pengantin yang nak buat majlis kahwin.Tips ni pada aku memang membantu la untuk mendapatkan gambar yang cantik.Yela upah Official Photographer (OP) mahal-mahal takkan tak nak gambar cantik kan?Jadinya sebagai tuan badan yang mengupah OP tu kena la jugak membantu apa yang patut ^^ Jom kita check bersama-sama.

Tips Perancangan Majlis

1. Penegasan untuk ahli keluarga: 
    *pastikan OP senang nak pastikan siapa orang-orang penting terutama keluarga anda semasa majlis.Ini membolehkan OP mengambil shoot atau moment yang menarik untuk ahli keluarga anda sebagai kenangan.
Aku: Setakat ni aku buatkan badge untuk ahli keluarga aku.Tapinya tak tahu la kalau OP yang aku amik ni tak perasan.hihihi ^^

2. Warna Tema dan Warna Sekeliling:
    *warna putih adalah amat diperlukan untuk OP mendapatkan pencahayaan dan pantulan/kesan cahaya yang menarik.Pastikan tidak mempunyai warna-warna yang boleh mencacatkan gambar anda ataupun menyukarkan OP untuk mengedit gambar anda.
Aku: Alamak!aku ni bab warna FAIL sikit.Acane ni OP.Aku risau dah ni.huhuhu ^^ Tapi sebolehnya aku akan pastikan warna aku main yang soft-soft je.Kalau tak menjadi jugak nak salahkan sape ek?hohohoho.Planning...planning..

Tips buat Pengantin semasa Majlis

1. Nikah:
    *Pastikan OP mempunyai masa yang cukup untuk mencari angle/sudut yang sesuai untuk mengambil gambar anda.Kalau jurunikah tu nak suruh cuba dulu itu lagi baik kerana OP masih mempunyai masa untuk memilih ruang yang menarik.nak gambar nampak cantik kan??Lepas tu pastikan ada ruang untuk OP anda.Nikah kan event yang paling penting buat pengantin kan.Kalau boleh tak nak miss 1 benda pon.Lagi-lagi sarung cincin or pakai gelang or apa-apa jela.Pastikan tetap ada ruang untuk OP anda.
Aku: Woooo...aku buat kat rumah je nanti nikah.Mudah-mudahan cukuplah ruang untuk anda wahai OP.Masa?Ni lagi masalah.Aku buat semua 1 hari setel.Nikah pagi,majlis petang.Aaaahaa.Risau aku wei.Risau.Adehhh ^^

2. Tisu:
    * Ni tips penting buat pengantin perempuan semasa bernikah.Ha...tisu adalah benda wajib yang selalu akan korang pegang waktu ni.Yela,waktu touching-touching la katakan.Tapi sebolehnya janganlah dipegang tisu itu yer.Pastinya tisu itu akan mencacatkan gambar anda.Harap maklum.
Aku: Ok.Baru tahu.Lepasni aku suruh pengapit aku je pegang.Raja sehari la katakan.Bila nanges je aku bagi muka kat dia suruh lap.hahahaha.Nasiblah sape jadi pengapit aku ni kan ^^

3. Bersalaman/Bertemu tetamu:
    * Waktu bertemu dengan tetamu seeloknya pengantin borakla lama sikit dengan tetamu.Ala..jumpa kawan kan kena borak-borak lebih cikit.Sekurang-kurangnya OP dapatlah shoot perbualan anda nanti.Moment-moment indahla katakan.
Aku: Nak cakap apa nanti ek?hahahaha.Macam-macam tau.Okla.Aku borak panjang punya nanti dengan kawan-kawan,sedara-mara,penanggang,orang rewang kira smeualah yang aku jumpa nanti masa kahwin.hohoho ^^

4. Potong kek:
    * Potong jela kek tu.Tak payah sibuk nak cari OP.Pandailah nanti OP nak amik macamana gambarnya.
Aku: Ok.Aku memang akan fokuslah dengan kek nanti.tak pandang lain dah.hihihi ^^


Ok.Cukup ke tak tips yang tersenarai kat atas ni?Banyak jugakkan?mmmm.Kisah bunga tangan pon kalau nak dicerita protokolnya pon dah ada.lagikan keseluruhan majlis.Selamatla aku ni bukan ada VIP mana yang datang.hihihi.Sempoi jela kak oi.Mudah-mudahan aku dapatlah bekerjasama dengan baik bersama OP semasa majlis.Mudah-mudahan gambar yang terhasil memuaskan hati dan menggembirakan aku.eh?hahahaha.Jom kita buat yang terbaik untuk majlis kita nanti yer ^^

Perkongsian asal: Di Sini.


Hair Braid!

Assalamualaikum...

Siapa rambut panjang si pembaca-pembaca blog aku ni yerk??Ala...kalau yang lelaki tak termasuk la.hihihi  ^^ Siapa yang rambut ye dah ala-ala Repunzell tu kan mesti suka buat-buat rmabut kan?Aku sekarang tengah gian tengok orang-orang kat you tube ni buat Braid.Argghhhh!!Geram ok tengok diorang buat cantik-cantik tu.

Braid tu amenda??Ok2x.Ni nak bagitahu la ni.Braid tu tocang je sebenarnya.Tapi orang putih ni kalau diorang nak buat yang pelik-pelik memang tak sah.Jadinya daripada tocang rambut yang tegak gitu jer diorang boleh buat macam-macam.Seni tu.Geram aku.hihihi :p Banyak lagi sebenarnya braid yang unik-unik kat you tube ni.Bolehla nak belajar tengok kat you tube je :)


Ni cantikkk!! hahaha.
Kalau aku buat gini mahu lenguh tangan ni ha.Dia boleh buat tak sampai 10 minit.Aku kalau buat mahu cecah setengah jam.hihihi :p




Fishtail Braid ni kegemaran aku sekarang.Senang je nak buat.Kalau nak suruh aku buat French Braid tu memang tak lepas-lepas lagi nak bagi cantik kat atas kepala ni.Kena banyakkan latihan lagi nampak gayanya ni.hihihi.Aku pon tak tahu dah kenapa tetiba nak buat eksperimen main-main ikat tocang ni kan.Tapi best.Senikanlah jari-jemari anda sekalian.Ianya menyeronokkan. ^^

Ni aku jumpa video paling senang nak ikut sebab dia buat satu-satu masa buat braid.Bolehlah nanti nak praktikkan.Kalau untuk ayah-ayah pon apa salahnya sesekali bermanja gan anak perempuan tolong buat tocang.Ta gitu??hahhaha :p


Selamat membuat tocang kepada semua :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...