Followerku..

Showing posts with label Drama Love You Mr Arrogant. Show all posts
Showing posts with label Drama Love You Mr Arrogant. Show all posts

Drama Love You Mr Arrogant!

Assalamualaikum...

Lagi satu drama yang mula menjadi bualan semua orang kan?Drama Love you Mr Arrogant.Ini pon adaptasi daripada novel penulisan Aliesha Kirana ^^ Aku start tengok cerita ni baru je hari Rabu lepas.Kawan aku la ni pengaruh aku tengok kat tonton.com.my.Mula-mula layan jela sebab aku bosan.Lama-lama tengok "eh,best pulak drama Love you Mr Arrogant ni!"Sayang kata benci.hahaha ^^ Whatever!

Sekarang dah episod 10.Konflik pon dah mula semakin memuncak.Menarik kan?Last aku tengok Episod 10 ni si Irham dengan Zahra balik kampung untuk urut kaki Zahra yang sakit tu.Mula dah nak baik-baik dalam episod 10 ni.hahaha.Comel je rasa.Orang bandar ke kampung memang kurang selamat sikit la nak serasi ^^



Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Mengisahkan mengenai kehidupan Zaara Amira yang terpaksa menerima lamaran daripada lelaki asing dalam hidupnya,Zafriel Irham.Bagi menggelakkan daripada berkahwin dengan pilihan ibunya Afriel Irham memaksa Zaara Amira menjadi isterinya dengan menjanjikan sebuah janji.Keputusan untuk menerima perkahwinan ini membuatkan hidup Zaara Amira berubah dan kacau bilau dengan terpaksa menerima layanan daripada ibu mertua yang tidak menyukainya dan juga suaminya yang ego.Adakah bahagia buat Zaara Amira?Kita nantikan kesudahan Drama Love you Mr Arrogant yer.

Kalau orang yang tak menghadap TV setiap masa jawabnya memang kena pergi tonton jela.Aku pon baru daftar tonton.Susuah gak nak daftar tonton ni kan.mmmm.Siapa belum ada akaun kat tonton?Masuk je kat tonton tu pergi kat register.Susahnya tonton ni cuma nak pilih username jer.Nanti dia cakap 'invalid' je.Tapi kalau yang memang selalu menghadap TV bolehlah tonton secara live di TV3, Slot Akasia. Setiap hari Isnin - Khamis,pukul 7 malam.Apa pon selamat menonton Drama Love You Mr Arrogant yer ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...