Followerku..

Sunatkan Bayi Perempuan

Assalamualaikum...

Sudah menjadi kebiasaan,bayi perempuan yang lahir semasa bayi akan disunatkan terus. Kalau dulu mak bidan yang buat terus tapi sekarang banyak klinik telah menyediakan perkhidmatan sunatkan bayi perempuan.

Kebanyakkan klinik biasanya akan sunatkan baby pada usia 3 bulan ke atas. Lepas tu,klinik juga nak baby dalam keadaan sihat takde batuk atau selsema bagi memastikan baby takde masalah selepas disunatkan.


Baby Nurin telah selamat saya sunatkan. Banyak kali tertunda sebab dia ada beberapa kali selsema dan batuk. Walaupon sikit,tak nakla amik risiko kan. Akhirnya usia 5 bulan selamat dah Nurin sunat. Alhamdulillah. ❤

Pernah survey 3 klinik. Kat Batu Pahat range harga RM35-RM45. Kat JB range harga RM50-RM55. Akhirnya buat kat KLINIK RAFEAH SIMPANG RENGGAM hanya cas RM25.00.Tak planning pon nak buat kat situ. Pagi tu call tanya,kebetulan doktor ada.Ok..kasi jalan.setel. yeayy! 😁

Dalam Islam,hukum sunatkan bayi perempuan adalah tidak wajib. Dalam islam juga tidak mengharamkan. Bagi bayi perempuan itu disyariatkan untuk buat kerana zaman Rasullah ada melakukannya dan Nabi mengiktirafnya (huraian lanjut boleh ke website Mufti Wilayah Persekutuan).

0 pesanan buat ayut :

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...