Followerku..

Perjalanan Bas Batu Pahat ke Lumut

Assalamualaikum...

Jalan-jalan cari suami!! ;) hahaha. Ayat macam nak kena penampar je kan. Sabar jela. Tapi memang betul pon. Aku kalau jalan jauh ni sebab ye 1 je,nak jumpa suami. Setakat nak ke utara sana makan angin memang aku rasa tunggu dulu la kot (nak pergi Penang...nak jumpa kawan :'( ) hohoho. 

Haritu ada hujung minggu aku nak pergi ke Lumut. Yela kan base TLDM kat Lumut. Suami pon kena kursus tu kat Lumut. Aku cari tiket bas ekspress dari Batu Pahat(BP) ke Lumut. Takde pon yang jual. Aku telefon la bas yang berkaitan pon memang takde bas ekspress dari Batu Pahat (BP) ke Lumut.


Bertanya lebih lanjut,adanya cuma tiket bas ekspress dari Johor ke Lumut. Johor maknanya Johor Bahru(JB) ye. I is orang Johor. Orang Johor cakap JB tu Johor. ;) Diringkaskan cerita aku boleh beli tiket kat BP tapi bas ekspress ye dari Johor dan kena tunggu pulak bas ekspress kat Petronas Ayer Hitam. Nampak tak serabutnya perjalanan aku hujung minggu tu.hahaha.

Perjalanan bas ekspress kat BP ni banyak ke Kuala Lumpur dan ada ke utara tapi cuma sampai Ipoh. Alternatif bagi korang nak ke Lumut dari BP adalah naik bas ekspress ke KL baru la beli tiket lain ke Lumut. Pastinya kena gerak awal. :)

Harga tiket direct JB - Lumut 
RM60.00 - bas S&S International
Harga tiket Kluang (turun tol) - KL
RM 27.00 - bas KKKL
Harga tiket Lumut - KL (turun KL Central)
RM 27.00 - bas Nirwana
Harga tiket Batu Pahat - KL
RM 22.50 - bas S&S International
Harga tiket KL - Batu Pahat
RM 25.00 - bas KKKL (non stop)

Perjalanan tarikh: 13.02.2015

Bas ekspress lain mungkin harga lain. Tak pasti untuk itu ye. Ni aku kongsi berdasarkan pengalaman aku punya perjalanan.

Perjalanan Johor ke Lumut 8 jam naik bas ekspress ye. Patah pinggang duduk dalam bas tak gerak-gerak. Kerjanya tido bangun tido bangun jela. Apa pon itulah namanya menaiki bas ekspress. Pastinya tak sama naik kereta sendiri ;)

Pilihan paling best baik jumpa kat centre. Masing-masing baik turun Kuala Lumpur. Merayap jela kat KL tu dari penat 8 jam dalam bas. ^^ Gitula ceritanya kalau seorang utara seorang selatan. Seorang di darat seorang di laut, dalam periuk bertemu jua. Eh?! Hahaha.









Tempat aerobik di Batu Pahat,Johor

Assalamualaikum...

Jumpa lagi untuk harini walaupun agak lewat ye. Ahaaa...sesiapa yang nak sihat kat sini jomla kita bersenam!! Ada prefer bersenam pergi jogging je kan? Itu lebih baik untuk fitness. Bagi yang rasa badan pon longlai je,sebenarnya bukan semata-mata kerja banyak tetapi kurang jugak badan mengeluarkan peluh.sekarang maklum ye.

Aku pon lebih kurang je sebenarnya. Kalau bab bersenam aku letak nombor 10.hahaha. Standardla nama pon Ayut kan. Suami tahu dah tapi macam biasa dia geleng kepala je. Navy je kena lari padang 10 kali,isteri navy iaitu aku ni tolong kira tepi padang dah berapa kali. ;)


Tapi sekarang aku nak share 1 tempat aerobik di Batu Pahat. Sesiapa nak mencuba bolehla datang sini. Aku dah ikut kelas dia 2 bulan. Serius nak cakap memang majoriti adalah chinese. Nama pon Batu Pahat kan. Kebanyakkan duduk Batu Pahat area bandar ni memang Cina tapi aku ni redah je. Bersenam kan. Berkenal-kenalan amalan mulia. ;)

Nama: Liata Skin Care & Fitness Centre
No. Telefon: 07-4334482
Major: Yoga Apparel. Stretch Fit. Ball Yoga. Power Yoga.
Kedudukan: Berhadapan stesen minyak Petron Jalan Tanjong Laboh.

Bawah ni aku share jadual kelas dia. Aku biasa pergi yang pukul5.30 punya.

Ok..malas rotate dah. ;p

Bayaran ada 2 cara: 
1) Kupon -minium pembelian RM120.00 untuk tempoh sah setahun.
2) Kad - sebulan 4kali=RM30.00, sebulan 8kali=RM50.00.
*katanya bulan 4 nak naik harga*

Setiap sesi kelas 1 jam.Berpeluh habisla korang dalam tu. Lagipon kalau nak sihat pemakanan tetap kena jaga. Penjagaan luaran dan dalaman katanya gitu. ^^

Ni saja nak share info. Mana tau ada yang sedang mencari tempat bersenam secara tertutup macamni kat Batu Pahat. Nanti bolehla jumpa Ayut kat kelas! ;)


Pemergian 12.02.15

Assalamualaikum...



Salam takziah buat semua keluarga kedua-dua almarhum..
Moga kalian berdua bersama orang-orang yang beriman..
Moga Syurga tempat kalian berdua.
Amin...

Kedua-duanya aku membesar dengan melihat sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.
Terkesan.


Al- fatihah.


Amin....






Pelamin Kahwin Cantik!

Assalamualaikum...

Tajuk kahwin-kahwinla! Hahaha. 

Ni saje aku nak kongsikan 3 bentuk pelamin yang aku ambil gambar dekat majlis kahwin kawan dan juga sedara. Cantik kot pelamin macamni. Meriah!

Pelamin bawah kanopi.
Bridal: Firmah Bridal
(Google tau bridal ni. Tengah top bridal ni kat Batu Pahat)

Pelamin dalam rumah.
Bridal: Firmah Bridal

Pelamin dalam rumah.
Tema warna kuning purple.
Bridal: tak ingat ( tapi area Sungkai,Perak )

Bila pergi majlis orang sibukje aku nak tengok baju la,pelamin la,make up la sampai hantaran pon sibuk. Nampak sangat mak jemah ye aku ni.hahaha.

Nanti ada gambar best lagi aku share ea. ^^












Restoran Nikmat Tandoori

Assalamualaikum...

Korang!!!!Nak cerita apa ek?hahaha :p Bila kerja tak banyak rasa bosan,bila kerja banyak mulalah terasa macam "Oh...I want my social life back!!". Apa pon tak boleh tau. ^^

Okla. Nak cerita pasal makan- makanla.Nyummy!!Semenjak aku dah duduk kat Batu Pahat ni,pastinya aku akan cerita pasal kedai makan yang best untuk korang lawat bila jejak kat Batu Pahat ni.Sharing is caring kan orang puteh cakap ^^ Kalini nak cerita sebuah restoran yang sentiasa ramai orang! Restoran Nikmat Tandoori di Batu Pahat!


Kedudukannya adalah di Jalan Ampuan sebelah kiri.Haa...nak cerita lebih lanjut pon payah sebab jalan kat Batu Pahat ni banyak jalan sehala.Senang ceritanya, korang carilah kedai yang berbentuk dan berwarna seperti gambar kat atas tu. ^^


Menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung adalah Bubur Ayam dan Roti Nan Cheese. Bubur dia memang terbaik. Walaupun ianya hanya sekadar bubur tapi rasanya....Memang rasa nak lagi!Menu pilihan dua ni la yang paling tip top kat Restoran Tandoori ni. Harga menu 2 ni RM20+- kalau tak silap.ok.Aku lupa harganya.


Lepas tu kat meja biasanya akan disediakan otak-otak. 1 otak-otak RM0.70.Makan panas-panas memang ohsem!Tapi kalau korang tak nak makan pon takpe.Tak payah usik pon otak-otak tu ^^ Kat restoran ni pon kalau amik order pakai tab. Fuyyyooo.Upgrade giler ini kedai.Jangan main-main.hihihi.

Waktu perniagaan adalah pukul 6 petang -12malam.Tapi haritu pernah sekali datang pukul 12 lebih masih lagi buka tapi sebahagian je.Mungkin ada plus minus kot waktu operasi diorang ni.Apa yang pasti kalau Cuti Umum kedai ni pon akan Cuti Umum.Harap maklum yer ^^

Jangan lupa untuk mencuba kalau datang Batu Pahat!

Pasni kita cita kisah hujung minggu pulak ye. :)




WW#97: #isterinavy

Assalamualaikum...



#kenapahamdiasibuk

#tengoktelefonsampaitembus

#okpaham

#diasibuk

#speechless


New baby in family!

Assalamualaikum...

Harini rasa macam rindu sangat nak menulis kat blog. Yela kan semalam takde entri. Takkan harini pon kosong jugak. Saje la tu kumpul cerita dan akhirnya tersimpan dalam kenangan abadi.hahaha


Yessszzzaaa. New baby born!!!
Takdela new sangat sebab dah pandai gelak-gelak pon budak ni. Geram ok. Borak ye tu macam banyak sangat cerita dia. Guna bahasa dia la maknanya tu. Cute!

Nama dia: Nurqai'd Irfan.
(Idea nama anak sesiapa yang berkenan ye.hihi)
Hai auntie!Hai uncle!
Saya baby boy...ada tak nak buat calon menantu??? ;)

Wah gitu..hahaha.
Ni anak buah aku yang lahir 3 bulan lepas. Besar dah dia. Sihat. 
Tambah tolak darab bahagi sekarang dah ada 19 orang anak buah. Terbaiklah nanti raya :)
Baby aku belum keluar lagi. Masih dalam proses.hahaha.oppsss!!!

Ok. Selamat bekerja kawan semua.
Say bye to Irfan!!!
Bye!!!


Pasar Malam Ayer Hitam

Assalamualaikum...

Bersiaran malam!
Hari ni hari Ahad. Jadinya di kampung aku yang dekat area Ayer Hitam ni ada pasar malam. Haaa...kepada sesiapa yang datang Ayer Hitam bolehla ke pasar malam ni pada setiap hari Ahad. Betul-betul kat Pekan Ayer Hitam tu.


Ni la jalan masuknya ke pasar malam Ayer Hitam. Serius sesak. Aku suka je letak kereta tepi jalan pastu melintas jalan kaki masuk kaki. Panjang ok pasar malam ni.


Yessszaaa.
Ayam kampung hidup pon ada ye. Ada sesiapa nak ayam kampung bolehla cari kat pasar malam Ayer Hitam ni ea. ;)

Macam pasar malam tempat lain jugak,penuh makanan,penuh baju dan penuh jugak barang keperluan lain.

Jom promote kampung! 
Suka pergi tempat macam ni sebab boleh jumpa kawan-kawan sekolah.hahaha ;) Best!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...