Assalamualaikum...
Meh sini kepada bakal-bakal insan yang mahu mengikat pertunangan sekalian.Nak cite sebenarnya pengalaman aku sewaktu hari kejadian 27 Oktober 2012 tempohari.hihihi.Kan berlaku 'accident' yang terancang lah katakan.Gambar bawah ni aku share kan pelamin buatan sendiri dan satu hantaran.Banyak kisah sebenarnya.Kebaikan Pelamin kat luar ni korang tak payah nak guna kudrat banyak sangat untuk mengemas bilik.Lagi-lagi kalau memang bilik tu korang guna sesekali.Lagi jimat masa untuk orang yang hanya cuti sekejap macam aku ni.huhuhu.Kain nak guna untuk gantung-gantung pon tak banyak.Lainla kalau korang nak buat meriah gitu,tetap penatla ^__^
Permulaan aku suarakan untuk buat pelamin kat luar ni ramai berdiam diri.Aku ingat berdiam diri tanda setuju la kan.Bak kata orang dulu kan macam tu.kan3x?Tapi di saat-saat akhir tu ada yang menyuarakan.
'Betul ke nak buat pelamin kat luar ni?'
Reaksi aku: 'Nape?Tak boleh ke?'
...Diam...
Ok standard anak muda dan anak last apabila keinginan yang ditolak pasti akan memberontak (tapi memberontak cara baik ok).hahahaha.
Dimalam sehari sebelum 'accident'
'Jadi ke ni nak buat pelamin kat luar?'
Reaksi aku: Jadik! (penuh yakin berkata-kata)
Pagi tu aku gigihla buat sendiri.Contoh pelamin yang nak dibuat lain,jadinya lain.Tu la aku.Nyampah!Mula-mula tu,Takde pon bunga-bunga kat pasu tu.Ada bunga bawah tu je aku letak.Pastu aku dah malas nak edit pape...aku turun bawah.Dalam masa tu...
Kakakku meletakkan bunga dalam pasu tu kat tepi
Kakakku suggest letak lampu kelip-kelip (kalau korang perasan ada)
Kakakku suggest tambahkan kain putih kat tepi
Korang tahu tak perasaan aku masa tu?
Terharu tahap sampai hanya mampu cakap dalam hati
"Terima kasih"
Cerita pasal hantaran.Aku rasa dalam banyak-banyak hantaran coklat ni macam menarik untuk di perolehi.Untunglah sana dapat coklat ni.hahaha.Aku
tempah coklat tu kat Hand Made Choc.Aku berhubung dengan kak Anis.Sedap coklat yer.Mawar pon cakap sedap.Aku amek 2 ketul dulu dah sebelum jadi hantaran.hihihi.Coklat tu aku deco sendiri jer.Aku beli just
Coklat salut foil = RM2.00/pcs + RM6 tambah badam.Pastu sementara aku tunggu kak Anis aritu aku jejalan kat
IOI Mall,Puchong tu ada jumpe kedai print out nama-nama tu.Kecik je kedainya kat tepi-tepi jalan dalam mall tu.Aku beli
bulat-bulat tu 100pcs = RM 15.00.Ada lebih lagi benda tu tapi tak ingat letak mane dah.Adehhh.Yang line
hijau tu aku potong je Crepe paper pastu tampal.hihihi.Setel.
Hantaran ni pon my kakak yang buat.Aku ingat nak letak atas dulang jer.Dia sekali pegi beli bekas cantik tu.Fuhhh...Mengapakah?Aku tunang je kot.huhuhu.Tapi takpe.Kita layankan sebab my kakak yang mahu ^___^ Sebab tu dalam family ni, jadi apa pon masing-masing tetap menyokong sebenarnya.Betul tak dinafikan setiap keluarga ada masalah mereka sendiri.Tapi percayalah,tiada siapa dalam keluarga yang mahukan ahlinya teraniaya ataupun berada dalam kesusahan. T_T
Fikirlah panjang sebelum membuat sesuatu perkara terutama keluarga.Mereka mahukan yang terbaik buat anda!
^_____^