Followerku..

Apa ada dengan persahabatan? (10) !!Senyuman!!

Assalamualaikum...




Dengan adanya sahabat
Aku mampu tersenyum
Kadang-kadang
Engkau tidak berniat untuk membuatkan aku tersenyum
Tapi sebenarnya
Engkau telah membuatkan aku tersenyum...




Aku tersenyum
Dengan adanya kamu
Sahabat!


Adakah engkau jua begitu?
Aku mengharapkan aku mampu buat engkau tersenyum
Aku mampu membuat dirimu ceria
:)


Popia abis dah??!Ada lagi tak?

Assalamualaikum...


Haritu ada beli popia kat SINI.
Tadaaa..ni la time dapat ye


Sebelum puasa beli.Tak sampai puasa dah segini.


Selamat memang name ye merasa dulu.
Sekarang takde dah la.
Khatam dah semua.
hihihi



Agak-agak rabu ni ada lagi tak ek?
nanti weekend leh bawak balik kampung buat raya.
eh?!kuih raya plak dah.Baru seminggu puasa -_-"
hahahaha
Persiapan awal benor dah ni.
Nak jugak korang boleh beli kat SINI.
Tapi tak tahu lah amek order lagi tak.
Nanti korang tanya-tanyala kat owner blog ea.
Nama ye Yui.Nama sebenar kena tanya tuan blog.
korang ada yang dah beli kuih raya ke?




lambat ye jumaat.
nak blik kampung lagi ni...
now dpt virus seseme + nak demam.
aiyokkk!


Jejalan: Berbuka Puasa di Hanis Cafe,Sri Gombak!

Assalamualaikum...

Weekend aritu berbuka puasa kat luar.Plan ye nak berbuka dengan orang lain,tapi last-last dengan orang lain.Takpelah.Makan saje.Aku pergi dengan Mawar dan Fendi(ni pakwe Mawar).hihi.Kitorang sebelum berbuka tu pergi berjalan kat Masjid Jamek dan Jalan TAR.Serius sangat penuh jalan -_-" (gaji baru kuar la katakan).Rasa abis semua baju kat kedai-kedai time ni.hahaha.Round punye round sampai penat pastu plan la pulak untuk berbuka puasa.


kalau tak sabar tak selamat la jawab ye ^^

Tak mau tunjuk barang apa yang dibeli kat sini tapi nak tunjuk waktu berbuka tu ha.Kitorang memula nak berbuka kat Kunang-Kunang area Gombak tu.Yang ni tempat ye agak canik dan class la.Tapi dia bukak untuk buffet je.So cancel!Then,si Fendi yang baik hati lagi pemurah (bodek cikit sebab malam tu dia belanja..macehh) bawak kitorang pergi Sri Gombak.Kedai makan ye kecik je.Kitorang sampai 6.30pm lebih kurang.Awal kan?hahaha.Tapi standard sebab makan kat luar kena booking awal-awal nanti tak berbuka kang :) Seterusnya biarlah hanya gambar menunjukkan segalanya.Maafla ye kalau tetibe korang terasa lapar.adehh.


                                                                   
ni la kedainya..!abaikan model tengok kedai ye ea ;)

ni la yang kami makan..cume sotong tepung time ni tak sampai :)
 cuba korang kira air ada berapa..hahaha.padahal 3 orang je kot makannya -_-"

thanks both of you! 

setel!

Total semua kitorang makan RM = 43.00.


Set yang ikan + kailan + telur dadar + air dua = RM25.00
yang lain kitorang tambah tom yam + sotong tepung + daging merah + air nenas laici + barli + air suam 3


Sangat murah kan?Makan pon puas hati.Alhamdulillah.
Nanti sesiapa datang Gombak,carilah tempat ni.Just dalam deretan kedai je.

Salam Ramadhan: Bacaan dan Selawat dalam solat terawih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.Ramadhan ke 7 sudah..Sebenarnya mencari untuk diri sendiri.Sebab baca dan sebut tapi tertanya-tanya apa maksud ye ni.Certain part memang tahu lah.

"Cucurilah rahmat ke atas junjungan besar kami Muhammad S.A.W"

pastu

Lailahaillah
"Tiada Tuhan selain Allah"

Tapi yang selebihnya?Yang panjang-panjang tu?Lupa sudah.Arab dah la out time dulu-dulu belajar -_-" Biasa terawih buat 2 rakaat bagi salam pastu sambung 2 rakaat lagi pastu salam.Sebelum memulakan Terawih mesti Imam akan menyeru dengan bacaan tertentu dan kita akan menyambut dengan bacaan tertentu jugak.Betul kan?Seterusnya,lepas abis setiap 2 rakaat bilal akan ada baca selawat pastu kita pon sambut.Cukup 4 rakaat baca selawat kita sambut pastu imam baca doa.[info lanjut: Solat Terawih] Ha...Bacaan dan selawat tu la yang aku sendiri tak ingat maknanya.Cari-cari jumpa :)








Apa lagi print out pasni tampal dan ingat!
Salam Ramadhan buat semua
:)

disamping cari makna boleh betulkan sekali bacaan ye

[sumber asal: Shafiqolbu]


Petola: Ada Biji ke Tak?

Assalamualaikum...


Ha..aku nerves + Excited.
Gara-gara Ummuaidan
Blog akak ni banyak pasal dia tanam pokok.
Dia ada tanam tomato,ketumbar,cabbage,honey dew,serai,bunga matahari.
hahahaha.
Salamat duduk bandar.Mampu tengok dan tanam azam je nak menanam.
Ni akak buat sesuatu plak dah.
Korang tengok kat SINI


[kredit pic: Ummuaidan]


Pengenalan Buah Petola: Aku panggil Sayur Petola.Lebih kurang la.Kalau tak kering warna dia Hijau daun tua.Petola ni sedap masak tumis air letak soon.Pastu goreng ikan kering.Ha...telan air liur jap.hahaha(lari tajuk dah).Tekstur buah ni mcm span.haha.Betul tak tipu.Tapi dah masak jadi lembut.Petola ni sayur sejuk.Orang yang berangin badan jangan makan banyak2 ea.Nak tanam macamne kena taye Ummuaidan. -_-"



Korang kena jugak tolong aku.
Tengok gambar tu.
Then jawab soalan atas tu.
Ada berapa biji dalam yang kering tu?
Kompius gak sebenarnya.


Jejalan: Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Ni cerita tok kaduk punye.hahaha.ok.Sebenarnya aku pergi Menara Kuala Lumpur ni sama tarikh dengan pergi Bukit Cerakah.Ha...gian tak gian jalan hari tu.Dan sebenarnya....aku pergi sini untuk bertemu dengan Mohamad Hafizal a.k.a en b aku tu ha.Dia ada kerja kat situ.Alang-alang dah kat kl,aku pon amek la kesempatan untuk bertemu.Wah gitu.hahaha.

Serius aku 1st time pergi dan aku berjalan naik ke atas.perghh..sakit tak sakit kaki berjalan sepanjang hari.Selamat sayang.eh?!Plak dah.ok2.Ni kepada sesiapa naik pengangkutan awam untuk ke Menara KL ni.Laluan korang:

- Naik tren LRT Kelana Jaya.Tapi naik menghala ke Gombak.Pastu korang pegi beli tiket untuk turun kat Dang Wangi.Kat situ pon ada monorel.Bagi yang naik monorel leh turun kat Bukit Nenas.Harga lebih kurang dalam RM3++.Aku pakai T&G.Tak perasan harganya :)

- Turun kat stesen tu pastu korang kena jalan.Korang akan berjalan dekat 1km gak la. *penat dan sakit kaki* Another options,naiklah teksi.



Puas dh jalan 1km tu.Baru boleh nampak benda ni.Then,kat depan signboard ni ada banyak teksi.Bolehlah nak naik ke atas tu naik teksi sebab nak ke atas/kaki menara tu mendaki bukit dalam dekat2 1km lagi.Ha...jauh kan aku jalan -_-"

Akhirnya sampai kat atas!Alhamdulillah.Yeay!Merasa aku naik benda ni.




ada nampak Time Square tak?Carik cepat..haha

Time sampai ni dah pkul 6petang.Buat keputusan nak naik atas pon last minute sebab aku naik ni guna tiket yang en b bagi.Naik kira percuma la lebih kurang.So tak leh nak bagitau korang berapa harga tiket masuk ye.Maaf ye. :) Dalam Menara ni,tingkat pertama Tingkat Pemandangan.Tempat nila yang ada teropong semua tu.Pastu dalam ye ada 12 site yang boleh kita tengok.Menarik.Aku jakun seketika guna teropong itu.hahahaha.Tingkat 2,Tempat Makan.Tingkat 3,Tempat Majlis Privacy.Ha..en b kena keje kat tingkat 3 tu la.So,aku jalan sorang2 je sebenarnya.Tak kisahla.Janji dapat tengok Free. ^^ Time turun pulak,ada macam agen teksi kat situ.

Oleh kerana en b support dan cakap jangan jalan lagi,aku pon naiklah teksi itu sampai ke stesen LRT.Ok.Yang ni aku tau harganya. RM6.00.Menara KL sampai Dang Wangi Stesen.


Mekaseh b!
Sayang banyak-banyak sama kamu.
(siap pakai baju melayu.hihihi)
Pertama dan Terakhir la naik benda ni :)


Top 10 Sikap/Peragai yang Kurang ajar.Anda kah?

Assalamualaikum...




Nampak ke tulisan gambar tu?hahaha.Tak nampak klik bagi besar ea.Mekaseh.

Siapa terbaca or ternampak The Star semalam mesti perasan kan gambar ni.Isu ni dijadikan muka depan suratkhabar The Star semalam.Ada sesiapa pernah buat perkara di atas?hihihi
Ni aku share kat sini menunjukkan sikap-sikap yang biasa dalam sisi kehidupan seharian kita.Amek je kat The Star tu.Lepas tu tepek kat sini.Mekaseh The Star atas perkongsian(sikap baik dengan berterima kasih)hihihi.

Aku boleh dikategorikan pengguna pengangkutan awam yang tegar.Walaupun dah ada motor la kan.Bas dan LRT or any other trains aku still akan guna.Kat sini memang aku tak nafikan (sebab diri sendiri pon pernah buat -_-") yang habit no2, no4 dengan no6 selalu aku hadapi.Bila baca ni aku terus macam, 'eh,aku pernah buat ni'. Tak bagi makan,makan jugak time tunggu tren.Cakap kat tepon macam sorang je ada tepon lain takde.Kadang-kadang bila orang dah pandang memandang baru perasan. "I'm in public ok.Behave please" Terasa di situ.Adehhh :)

Ok la.Lepasni aku nak jadi orang yang lebih bertimbang rasa.Tapi tak buat tau kalau orang mengandung gan orang tua aku tak bagi duduk.Aku tak bagi duduk kat Bangla,Indon dan seangkatan dengan ye je.Lagi-lagi lelaki.hihihi.Nak tau nape aku buat macam tu?Sebab diorang ni bila dalam tren,diorang buat macam kat negara diorang.Nampak orang tua diri pon diorang tak nak bangun untuk bagi duduk.Tak minat la macam tu.Kan dia kat negara orang.Hormat cikit pon jadila.Segelintir di kalangan diorang je ea.Tapi kebanyakkannya gitu la yang aku nampak. :)

Baca lagi.Eh no9 plak dah.Terus membebel sendirik."Ala tempat letak troli ye jauh.Nak buat cane".hahaha(ko pemalas ayut sebenarnya)Adehh.Ok.Tak mau buat lagi lepasni.Aku nak jadi rajin.Wah gitu!Sebenarnya banyak lagi kan sikap yang terasa macam annoying sangat bila berhadapan dengan public.Kadang-kadang benda tu tak sengaja.But,once dah tau tak sengaja just say "Sorry" takpun "Maaf".Ha..kan comel lagi berhemah macam tu.Tu baru sikap yang baik.


Apa pon,jangan cakap pasal orang tapi cermin diri sendiri!
Semoga kita dapat membentuk sahsiah diri yang berbudi pekerti.


Orang berbudi kita berbahasa
Orang baik hati pasti nanti bahagia!
Setiap kebaikan dengan niat yang baik pasti ada kelebihannya.
Selamat mendidik sikap anda!



Wordless Wednesday (7) !!NoveL BuMi CinTa!!

Assalamualaikum...




Good!



Siapa yang berminat -> Donate to Charity


Giveaway : Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum...


Petang-petang dengan keadaan yang santai dan tenteram (wah gitu!) dapatlah idea.
Penganjur mention tak kesah berapa rangkap kan
Aku apa lagi, bedal la berangkap-rangkap.hehehe...
Saya join!
Rakan-rakan nak curah idea cer try join dengan klik2 header bawah ye

 miss Z berceloteh

 

- follow blog miss z dan blog cik purple (done: ayut)
- letak header blog miss z, dan linkkan ke entri ini (ada kat atas dah link jugak)
- Buat tajuk segmen : Giveaway : Saya Nak Kad Raya (done:sebab tu ada entry ni :p)
- Undi header miss z okee (done: Ayut Hidayah)
- Sediakan pantun hari raya anda (ada kat bawah)
- Siap?Linkkan ke entri Ini. (done)
Tamat : 02/08/2012, jam 5 petang


Salam sayang
Salam Ramadhan
Saya mengarang
Atas jemputan

Pergi ke bazar membeli laksa
Dimakan ketika berbuka puasa
Insya-Allah
Bila ketika sampainya masa
Kita bergembira di Hari Raya!


Ramadhan kini sedang dilalui
Mengajak semua memperbaiki diri
Sampai saat Syawal pula dinanti
Pasti istimewa dengan kad ingin diberi!


Orang memberi
Kita menerima
Kalau ada rezeki
Pasti tak ke mana!



ok dah..
kang aku karang lagi makin panjang plak kuar nya.
hahahaha
Salam Ramadhan!

(Gambar) Bukit Cerakah,Shah Alam

Assalamualaikum...


Puas dah cite kat SINI dengan SINI.
Ni la gambar yang dapat di kumpul.Tapi sies memang cikit sebab terlalu menikmati keindahan Bukit Cerakah itu.hahahaha.*tipu* malas sebenarnya! -_-"
Ada lagi sebenarnya,tapi member lom cuci.Dia pakai lomo.Kira len kali la yang tu.
Yang ni kamera tepon je yang jadi mangsa ye :)


seriously jalan berbukit (1st laluan)

penghujung 1st laluan sebelum jumpe taman kaktus!

Gambar seterusnya ni semua kat laluan ke 2
1st laluan  banyak kat kamera Lomo
Harap maklum :p


ni taman tu..amek dari atas pemandangan jauh.tangga dia dah macam tangga atas kapal.dah xde 45 darjah dh.

Ha..dari gambar atas tu leh nampak bumbung umah 4 musim.
Ala yang sebelah kiri tu ha.
Tu la umah ye.


takde motif punye gambar! :)




 Tak larat dah sebenarnya semua ni.
Waktu ni pukul 12 tengahari.
Semua dah lapar!

ok..gambar takde motif :p
ni perjalanan nak ke 4 musim

ok.gambar gegar.layan!ni kat dalam umah 4 musim tu.konon waktu ni musim panas.so,ada la bunga2 tu :)


ni la jambatan gantung tu!


Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Alhamdulillah.
Subhanallah.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa dari kami!
:)


punye la lame nak kuar gambar -_-"


Salam Ramadhan: Husnuzon!

Assalamualaikum...


[picture source:google]



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

- Syeikh Abdulkadir Al Jailani


Husnuzon bermaksud berbaik sangka pada orang lain.
Tiada siapa tahu apa sebenarnya terjadi
Tiada siapa tahu maksud yang tersembunyi
Bersangka baiklah.Itu lebih baik! :)



sejak 2 menjak ni terasa berat je entry blog
mengapakah? -_-"

Apa ada dengan persahabatan?(9) !!Husnuzon!!

Assalamualaikum...


Peringatan: Ni bukan entry antara dua jiwa yang sedang berkasih tau
Bukan jugak entry uda dan dara
Ni entry mengenai pertemuan dan perpisahan...
Tapi ikutlah nak tafsirkan macamane ayat2 dalam ni.hahaha




Setiap hari
Kita pasti akan membuat pertemuan bukan?
Tidak kiralah pertemuan itu dengan siapa
Ada pertemuan yang bermotif
Ada jugak pertemuan yang tidak bermotif.
maksud tidak bermotif ini adalah abstract.Ikutlah nk tafsirkan macamane ea :)

Kadang-kadang pertemuan yang lama ataupun perkenalan yang lama
Dalam sekelip mata boleh berubah
Menjadi pertemuan atau perkenalan yang sangat baru
Sehingga merasakan aku tidak mengenali engkau.

Kadang-kadang pertemuan yang baru ataupun perkenalan singkat
Dalam sekelip mata berubah
Menjadi pertemuan yang seolah bertahun sudah
Sehinggakan engkau dapat merasa sesuatu tidak kena akan diriku.



Bila terasa seolah aku tidak mengenali engkau
Di saat aku mahu memarahi engkau
Di saat aku betul-betul kecewa dengan diri engkau
Akhirnya aku hanya mampu menangis
Aku memikirkan.....
Pasti ada hikmahnya mengapa aku dipertemukan dengan engkau.

Kata orang
Rambut sama hitam
Hati lain-lain

Berhuznuzon
Kini aku hanya mampu berdoa
Jika benar ada hikmahnya pertemuan panjang kita
Dan akhirnya begini pengakhirannya
Aku redha
Aku bukan teman yang engkau cari akhirnya.






[source picture: google]

Pernah terjadi tak kat korang?

Salam Ramadhan: Aktivitiku saat di kampung!

Assalamualaikum...


Entry cepat dan padat!hahahaha
Biar gambar menceritakan...adehhh..





aku tak sempat lagi nak ke tempat korang
tak sempat lagi nak publish komen..
tengah servis umah sekarang ni.
Ni jela balik umah ye
Ni baru luar umah..dalam belum lagi -_-"
Kalau esok tak sempat
Hari isnin aku datang ea..
maaf banyak2..
lagi2 untuk masuk bloglist sahabat ramadhan tau!
komen ada tu tapi tunggu aku ke tempat korang baru aku publish ok!

love alls..
Salam Ramadhan!
Hari ni hari pertama kita berpuasa..
 :)


Salam Ramadhan: Solat terawih

Assalamualaikum...


Harini dah start terawih!Jom pergi terawih!
Bila kelapangan tu,kita pergi ea
Mana tau yang ni Ramadhan terakhir.

hak milik doodle : Wan Hazel


doodle tu ala2 muka aku skit sebab pipi tembam.hahaha
 so aku berkenan,tepek kat sini
dah la nak g terawih,kena gan tajuk.
comel ok!
oklah.
Jom kita kejar dan berlumba-lumba menambah amalan!
Tiada paksaan pasti takkan datang kebiasaan.





Teringat bila time kat kampung,Imam kat kampung tu memang cepat je buat solat terawih ni
Buat 21 rakaat pukul 10 dah abis.
Ha...memang tak terasa la lama ye tu.
Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit!
Selamat beramal semua sempena bulan baik ini.



 
[autopublish ni]
Salam ramadhan: Ayut!

Suka Suki Give Away (GA)

Assalamualaikum...

Ha..time jejalan blog2 lain tetibe cute ye budak ni..!!
Apa lagi nak jugak join GA abah Akiff buat jugak..hihihi.
Akiff ni comel menyebabkan terasa nak buat dialog untuk dia.
Ok2..idea kreatif dah kuar dah ni.
sebelum tu...tgk gambar last kompem aku gelak.hahaha

Akiff u are cute,dear!
be a good boy ok!

Here the picture of Akiff  ^^


Dialog 1st: Apa hal besar sangat ni..Tak muat mulutla.Payah yer.. *~*
Dialog 2nd: Guna 1 tangan pon boleh.Apa tengok.Nak la tu.Tak bolehh.Ni Akiff punye! 0_0
Dialog 3rd: Abah..nak lagi boleh..dah abisss la....nyum2...  >-<

tekan gambar ea nak join :)


Tarikh tamat tempoh GA: 27 Julai 2012, 10 pagi!



aku buat dialog ni aku yg gelak2...hahaha




BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum...


BEN ASHAARI


Sekali baca entry kat blog abg ben ni dah serupa perjanjian bertulis dah memang ye.Tak pernah lagi join segmen anjuran abg ben and ni 1st time.Tapi suka la header tu.Cer tengok ayat bawah tu..hihihi.nak jugak Qhalief yer :)

Kenapa aku kena ada dalam bloglist korang.

- Aku suka berkongsi.Nanti korang bolehlah dapat ilmu same2 dengan aku :)
- Bila aku ada kat umah korang,nanti korang pon ada la kat umah aku.Kita kan sentiasa bersama.hahaha :p
- Memudahkan korang dan kawan-kawan korang nak ber-BW.Macam best je ayat  ^^

Apa pon suka nak menambah kenalan dan mencari-cari info.Ada benda ni senang la aku nak godek2 blog korang yang serata Malaysia ni.Nanti aku buat soalan cepumas ni ea.
ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ?"
dalam komen korang tau untuk segmen yang sama ni.
Bloglist dah tersedia.Tinggal nak isi je.
Salam kenalan & Salam Ramadhan :)

Salam Ramadhan: Niat Puasa dan Doa berbuka Puasa!


Assalamualaikum...

Semalam bukak email ofis..Ramai dah send email 'Selamat Menyambut Bulam Ramadhan!'.Terasa sayu sebenarnya bila Ramadhan ni.Aura ye lain benor rasa.Bukan sengaja tapi memang perasaan tu datang sendiri.Meh nak share niat puasa dengan doa berbuka puasa.Walaupun dah ramai yang share.Takpe ilmu.Lepas ni dah tak leh tipu tak puasa sebab tak ingat niat puasa ea.Jangan lupa-lupa tau :)



Tetiba teringat.Kalau dulu duduk umah mesti aku kena baca doa buka puasa.Nape bukan abang aku ek?Confius jap.hahahaha..Tapi takpe la..At last, memang hafal dah sekarang doa ni.Kelebihan yang dapat bila disuruh baca hari-hari time puasa dulu :) So,korang kalau orang suruh baca doa,baca jela.Nanti korang jugak boleh ingat sampai bila-bila!Alhamdulillah.




Salam menyambut Ramadhan buat semua rakan-rakan blogger!
Semoga yang baik sepanjang Ramadhan ini dapat diteurskan untuk bulan-bulan yang akan datang
Jika diberi peluang untuk umur yang panjang :)



Minta maaf atas segala salah silap sepanjang berkenalan
Semoga sama-sama mendapat keberkatan!
Salam sayang & Salam Ramadhan: Ayut!
:)



Pagi ni nenek umah sewa meninggal.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman.
amin.



kepada yang ingin tahu: kepada pemegang kad debit >>CIMB<<
dan siape >>azizul<<

Pemberian...

Assalamualaikum...



Anda bagaimana?


Insya Allah.
Mudah-mudahan mendapat manfaat.
Tapi
Janganlah bila sedekah je fikir nak manfaat.
Dah fikir nak pahala terus.

Tak mau ea.
Kita memberi niat kerana Allah.
Kita memberi kerana kita mampu
Kita mahu berkongsi
kepada orang yang lebih memerlukan.
Takpelah
Yang lain Allah lagi Maha Mengetahui.

Ala tak susah lagipon kan?
macam ayat kat bawah ni



boleh kan?
yang pasti memberi itu dapat menggembirakan pihak lain
nanti akhirnya kita pon rasa happy!
Diri akan sentiasa positif walau apa pon terjadi!



[picture source:google]



sangat happy bila dapat gembirakan orang lain walaupun hanya dengan sekecik-kecik bantuan!


Wordless Wednesday (6) !!Macaron!!

Assalamualaikum...




Yang terhasil...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...