Followerku..

Showing posts with label Kata-kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Hati. Show all posts

Bila update blog, Siapa yang datang?

Assalamualaikum...

Dah cakap dah harini entri emotional. Jadinya walaupun tengah rajin update blog entri tetap akan beremosi. Harini update blog. Tak sah kalau budak 4 orang ni tak jengah. Menangis!


*mampu tengok guna tepon je* T.T

Jijah
(Jijah!!!lom update link kat bloglist la plak)

Korang....aku lama tak update blog tapi korang tetap datang. Bagus ye!!!! Menangis! T.T Nanti aku baca entri korang dari tahun lepas tau.hahaha.

Lama kan tak jenguk. Kalau jenguk pon mesti tak baca abis. Cian aku ni dah rasa memang merajuk tahap jiwa kacau dengan blog ni ha.hohoho.

Korang...aku nak datang ni. *sambil bawak tisu sekotak buat lap air mata* T.T
Sayang kawan-kawan yang kenal dekat blog ni. Sentiasa dalam ingatan cuma timbul je tak. -_- 

Kalau korang update blog...siapa selalu datang?



Memori Tahun 2013!

Assalamualaikum...

Harini 17hari dalam tahun 2014.Bila pandang belakang,macam-macam rupanya aku dah lalui.Suka duka,airmata,ketawa, susah senang menjadi satu yang dipanggil sebagai MEMORI.

Sepanjang tahun 2013 aku nak senaraikan pon aku lupa dah apa yang jadi.Nampakkan jenis orang yang dah semakin dimamah usia aku ni.hahaha.Sabarjela.Kebanyakkannya masih bawah kawalan itu tak ingat mana segala apa yang terjadi.hihihi.Jom tengok imbasan kisah lalu yang masih ingat.

Januari
- Jalani kehidupan seperti biasa sebagai tunangan Mohamad Hafizal.Planning tukar kerja.Masih aktif berblog.


Februari

- Tawaran kerja daripada bos.Ada entry ye tapi malas nak cari.Boleh gitu?hahaha.Dapat bonus sebulan setengah.

Mac
- Terima tawaran kerja daripada bos.Kena menghadiri kursus di Shah Alam selama sebulan.Mula kurang aktiviti berblog.Mohamad Hafizal pon terabai.Kesian dia :(

April
- Pindah ke kampung Batu Pahat.Kerja baru.Jawatan baru.Semakin kurang berblog.

May-Oktober
- Kerja,kerja dan kerja....Fokus lebih kepada kerja akhirnya blog terabai.Tambah dengan persiapan kahwin.

November
- Pergi Terengganu hantar abang kahwin.1st time bawa kereta myB kesayangan sejauh tu.huhuhu.


Namun...dalam kesibukan, aku terlibat pulak dengan 2 kali kemalangan.Selamat tak teruk.Dugaan.Disebalik dugaan Allah turunkan rezeki tidak diduga.Penghujung bulan November cash out pertama Nuffnang.

Belek gallery terjumpa pulak.

Tambah lagi rezeki dapat hadiah handphone Grand Duos daripada tunang ( masa tu ). ;)

Disember
- Berkahwin.Bulan paling sibuk dan happy.Alhamdulillah....

Ehem... ;)

Jumlah entry tahun 2013 cuma 293.Menurun.Tapi syukur aku boleh lagi dapat iklan daripada Nuffnang.Kesimpulannya impian aku umur 25 tahun bernikah terlaksana.6 hari ketika berumur 25 tahun aku bergelar isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah.

Kemuncak 2013 aku adalah bersama suami tersayang.Sangat indah :) Mudah-mudahan 2014 lebih baik daripada tahun sebelumnya buat suami, Mohamad Hafizal, aku, keluarga kami, saudara-mara kami dan semua yang membaca entry ni.insya Allah.Amin..



Renungan Yang Jauh

Assalamualaikum...

Sesungguhnya setiap pandangan itu membawa seribu makna dan persoalan.


Tak semua orang boleh menerima cara pandangan kita pada mereka kan?Aku sendiri pon kadang-kadang tak terima orang sibuk-sibuk pandang dengan jeling-jeling aku.hihihi :p Sama je sebenarnya.Apa yang kita tak suka bermakna orang pon tak suka jugak kita buat kat dia.Jadinya kalau nak buat kat orang tu fikir dulu kita ni suka ke tak kalau orang tu buat kat kita benda yang sama dengan apa yang kita nak buat.Berbelit dah ayat ni .hahahahaha :p

Apa tujuan aku sebenarya nak tulis entry ni pon aku tak sure.Apa yang aku tahu sekarang aku memang suka pandang jauh-jauh ala-ala termenung gitu.kalau ada yang tegur,apa yang aku fikirkan mesti aku akan jawab "Entah".Jujur memang aku sendiri tak tahu apa aku fikir.Yang pasti aku suka merenung jauh-jauh dan memerhati.

Mungkin terkenang insan yang jauh.
Mungkin jugak terkenang insan yang telah tiada.
Mungkin jugak tenung tanpa tujuan.
Adakah aku sedang membuang masa? =.="

Takpela.Mencari ketenangan dan kumpul semula semangat atas apa yang telah terjadi.
Berfikir langkah seterusnya untuk melangkah agar tidak jatuh kembali.
Berfikir langkah untuk ke alam perkahwinan yang bakal menjelma pulak nantikan ^^
Be prepare emosi dan mental.
Be prepare fizikal dan kewangan ^^

Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan dan dirahmati.Amin.





Luahan Hati Ayut!

Assalamualaikum...

Akhirnya aku dapat masuk ke dalamblog kesayangan harini.Alhamdulillah sepanjang menjalani kursus aku dianugerahkan kesihatan yang baik.Alhamdulillah juga aku diberikankekuatan dalam menghadapi hari-hari yang sangat padat jadualnya serta sangat memenatkan.

Sungguh...
Aku tidak pernah terfikir akan menghadiri kursus yang mana akan menguji ketahanan fizikal dan mental.Walaupun hanya sekadar untuk menjaga sebuah station minyak!Sungguh!aku tak pernah terfikir.Aku di ajar tentang apa itu petrol.Apa itu pelincir.Apa itu Retailer.Apa itu bisnes.Apa itu Teamwork.Apa itu SHELL.SHELL bukan hanya sekadar Stesen yang menjual minyak.Anda tahu?Fuhhh!Sangat banyak.Harini aku telah selamat menjalani kursus selama 8 hari.Masih berbaki lagi 15 hari.Aku telah merasa lelah.Semput.Tekanan.Emosi terganggu.Sangat.

Sungguh...
Setiap kerja yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah.Tiada satu kerja pon yang mudah.Setiap gaji yang diterima itu amanah.Amanah untuk menjalankan tugas.Amanah untuk merealisasikan kepercayaan seseorang kepada kita.Tersedar.Lamunan aku selama ini terlalu tinggi.Berpijaklah di bumi nyata.Andai anda baru mahu bertani,belajarlah daripada petani yang telah berjaya.Jika anda baru mahu mengenali,belajarlah daripada orang yang telah mengenali.Belajar.

Lusa,bermulanya debaran untuk diuji di alam nyata.Alam Stesen Minyak yang sebenar.Alam bertemu pelanggan yang pelbagai rupa dan kerenah.Alam yang pelbagai cabaran dan debaran.Sungguh.Aku takut.Semoga perjalanan aku dipermudahkan.amin.


Kawan-kawan....
Doakan diriku agar berjaya yer.^^ 
Sungguh aku rindu waktu senggang bersama kalian.


gambar byk...tapi takleh transfer =.=" Jadual padat....tak sempat nak buat pape T_T


Khamis Yg Spontan: Diam dan Bising

Assalamualaikum...




Bila kita diam,
Ramai cakap kita sombong.

Bila kita bising,
Ramai cakap kita tak sopan.

Bila kita diam,
Ramai cakap kita tak nak berbincang.

Bila kita bising,
Ramai cakap kita berlagak ketua.

Sedih.

Khamis yg Spontan: Perasaan

Assalamualaikum...


Bila terlalu memikirkan pasti akan menggangu perasaan
Teruskan jela perjalanan..

Hanya masa mampu memulihkan keadaan dan perasaan
Bila dah main dengan perasaan
Semua benda pon dah tak perasan

Baik abaikan
Walaupun sebenarnya masih memikirkan.
Kesimpulan?



p/s: Ayat pusing-pusing!

Menilai...

Assalamualaikum...



Kredit: UBI

Jangan kita memilih/melihat seseorang itu seperti memilih/melihat buku untuk dibeli.

Manusia bukan untuk dibeli
Manusia juga tidak seperti buku.
Walaupun luarannya begitu,begini...
Dalamnya pasti berbeza.

Menilailah dengan mata hati
Menilailah dengan lebih mengenali
Mungkin itu lebih bermakna.

Daya tarikan itu pasti mampu menipu andai menilai sekadar luaran.
^^

SPONTANEOUS THURSDAY: FIKIRAN

Assalamualaikum...



Bila FIKIRAN tidak menentu,
Semua benda nak buat
pasti TERGENDALA!





Sekarang tengah fikir,apa nak buat sebenarnya.
Fikir,fikir,fikir....
Lepas tu tengok jam,PUKUL 10 dah!
-_-"

Penat je fikir lama-lama,
sebab semuanya tak jalan-jalan jugak.






Cocopie Best!

Assalamualaikum...


Bila tengok dalam iklan dulu sangat teringin nak makan benda ni.Pastu dulu dapat makan sekali,macam nak lagi je makan banyak-banyak.Tapi tu orang bagi.Takkan nak mintak banyak-banyak.

Sekarang dah mampu.Ada duit.Boleh beli!

Teringat kata-kata arwah mak dulu
"Nanti dah ada duit,beli apa yang nak dimakan"
T_T

Dulu susah...mak tak dapat nak bagi makan pelik-pelik.Tak dapat nak bagi makanan yang diminta.
Tapi kalau dari dulu mak bagi makan pelik-pelik,mesti aku sekarang tak sehat kan.hihihi.Be positive ok!
Mekaseh mak!
kalaulah dapat peluk mak lagi...



Sarapan pagi tadi.
Stok kat umah ada lagi 4 paket kecik-keciktu.
Beli cocopie ni kat 99 Speedmart.Lagi dekat dan Lagi murah.hihi.Betul tak slogan tu?Lupa pulak.
Apa nak panggil ni ek.Nak kata kek,kecik,Pan cake macam lain sangat.Tulis kat paket tu Chocolate pie.Panggil pie la maknanya kan?

Harga sepaket besar (6pcs) = RM 2++
Perisa Chocolate.
Sekarang dah ada perisa baru.Perisa strawberi.Tapi tetap suka yang coklat ni.
Pie yang tengah-tengah ada mashmallow lepastu disaluti coklat.
Nyummy!!

Cocopie ni manis.Tapi pada aku tetap sedap.Boleh supply gula dalam badan kalau buat sarapan.hihihi.betul tak?Tapi jangan amik selalu.Sesekali takpe.Pastu jangan pulak minum milo.Minum air masak sudah.
Tu la sarapan aku pagi tadi.

^__^


korang suka tak cocopie ni?



Masihkah ada?

Assalamualaikum...


Minggu kedua dalam bulan 12.
Status: Menghitung hari.
Harini 10.12.2012.
Keadaan diri: Penat dan tidak bermaya + Mata berat nak tido
Apa yang difikir?




Memikirkan masihkah ada lagi kek harijadi untuk aku?
Berangan!
Kek tu adalah last kek dapat sewaktu harijadi ke 23 tahun.
Ada sesiapa nak bagi kek tak untuk harijadi nanti ek?
Siapalah orang pertama yang akan ucap dan mendoakan aku?

"Aku orang ke berapa ni?"
"Yes,aku 1st.Pakwe ko lambat..hahaha"
Angkat telefon, ada nyanyi lagu birthday.
Angkat fon, ada suara teruja.
Terkenang!

Apabila meningkat usia,masihkah boleh aku merasa.
Tidak mengapalah.
Pasti nanti ada doa buat aku.
Mengharap!

^___^





Disember Kembali...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku masa diberi peluang merasa bulan Disember. Sebenarnya masa masuk Disember selalu malam-malam akan ada la aku buat benda-benda.Tapi kali ni sampai terlupa dah masuk Disember. Rasa malam 1 Disember tu tido kegembiraan sebab layan kemenagan Harimau Malaya la kan.hahaha. Apa la sampai terlupa rutin tahunan. Takpela janji entry untuk Disember tetap ada. Aku tengok-tengok balik entry -December- dengan -December datang lagi- macam kelakar pon ada.Fenomena yang berbeza berlaku dalam masa setahun.Sangat meninggalkan memori jela semua tu.

Bila dah ada 2 entry Disember campur yang ni 3 entry Disember bermakna dah 3 tahun blog ni wujud.Daripada 2 entry sebelum ni pon boleh nampak perubahan yang terjadi dalam berblog.hihihi.Sangat tak tahu untuk berblog waktu dahulu.Mengenang kembali.Usia juga bakal bertambah bukan hanya usia blog yang bertambah.Moga perubahan usia seiring berubahnya segala kekurangan diri yang ada.



Alhamdulillah.
Kini engkau menjelang kembali dengan seribu harapan yang bertaut.
Tanpa sedar kau menjelma.
Membuatkan diriku tersenyum tanpa terpaksa.

Kini aku berteman bila engkau menjelma.
Bersama mencipta impian.
Bersama mencipta harapan.
Moga akan datang,
Di saat engkau menjelang,
Sebuah sejarah akan ternoktah.


Disember.
Tibanya kau ku nanti.
Moga pergimu aku tak tangisi.
Harap pergimu memberi seribu erti.
Untuk terus berubah bersama hati.
Agar aku tidak 'mati'.





^__________^










Inilah Baru Hero!

Assalamualaikum...




Kredit Gambar: Kakimotong Fanclub!

vs


ni kucing kat rumah kakak.



Perbezaan dua benda yang sama spesis.
Jangan kerana kekurangan yang ada menjadi penyebab untuk terus bersedih.
Jadikanlah kekurangan itu suatu yang memotivasikan diri sendiri.


Segalanya ketentuan Allah.
Berusahalah!


p/s: Panjang umur si Hero tu :)
autopublsh ye.



Nilai Dulu dan Sekarang!

Assalamualaikum...





Ni la yang aku alami.
-_-"

Kadang-kadang (ke memang selalu ek??) takkan nampak dah barang apa la yang dibeli sebenarnya tapi duit habis tak sudah.
Dulu duit RM50 penuh satu troli.Puas hati membeli.Makan pon kenyang.
Sekarang duit RM50 4 barang tu pon kira untung.Nak makan pon tak puas.hahaha.

Berjimatlah dalam berbelanja.
Ayat yang selalu di cakap tapi nak jimat cane kalau dah memang gitu la keperluannya.
Sabarlah.
Nama pon kehidupan.
Duit abis,keje...dapat duit balik -->belanja
HABIS dah!

Pusing-pusing jela yer jawabnya.
^______^


Happy Weekend!




Different Perspective!

Assalamualaikum...




Apa kelebihannya dengan memandang sesuatu bukan hanya pada satu pandangan?

Entry ni boleh dikatakan sebagai sambungan kot entry sebelum ni.Pagi tadi kan ada post pasal Motivasi Iri Hati.Maksud entry tu kalau di arahkan ke positif jadilah positif.Tapi kalau sebaliknya,negatifla ia.Jadi kat sini nak bagitahu la pulak mengenai pandangan.

Pandangan terjadi apabila seseorang itu telah memerhati sesuatu dengan mata kepala mereka, berfikir dengan apa yang dilihat dan akhirnya terdetik/terlahir sesuatu daripada hati mereka.Akhirnya disuarakan menjadi suatu pandangan untuk diperkatakan/diutarakan dimulut.

Sesuatu yang mewujudkan pandangan itu adalah paling utama MATA.Lumrah manusia hanya dapat melihat secara luaran seseorang/sesuatu di depan mata mereka.Adakah itu adil untuk terus membuat sesuatu pandangan yang muktamad atas apa yang dilihat?Semestinya tidak bukan.

Perspektif yang berbeza dapat mewujudkan kefahaman.Selain itu,Perspektif yang berbeza pasti boleh menjaga hati daripada berprasangka buruk.Tambah lagi,penyelesaian masalah akan akan dapat dilakukan andai benar-benar memahami/melihat dari pelbagai aspek.Terutama bila melibatkan sebuah kehidupan.Setuju?

Macam gambar comel atas tu.Selalu kucing akan lepak atas kabinet dan nampak biasa je pada kita.Sekarang gambar tu kucing lepak bawah kabinet.Sangat comel kucing itu kan?!!
hahahaha.
^___^


Kadang-kadang bila melihat dengan perspektif yang berbeza pasti kita akan dapat rasa keunikkan dan keindahannya.Mudahlah untuk kita fahami dan hayati.
Kehidupan ini banyak keindahan yang kite perlu lihat dari setiap celahan peluang.



Salam Jumaat!












Awak tinggi sangat ke?




Assalamualaikum...




[FACEBOOK]


Kepada sesiapa pencinta haiwan terutama kucing bolehla tengok-tengok Kakimotong Fan Club tu.Kata-kata "From Zero to Hero" mesti korang boleh jumpa.Bila membaca cerita disebalik 'Hero' pasti akan terasa kebesaran Allah.Ajal maut semua ditangan Allah.Kat blog dia ada kisah penuh.Seronok.

Gambar kucing gemok atas tu buat kita berfikir kan?Sambil-sambil tengok kecomelannya yang gemok itu siapa cakap kecik-kecik lemah.hihi


"Kau ingat ko besar aku takut ke..?"


^____^


p/s: Jangan pernah takut kerna Allah itu lebih berkuasa atas segalanya.






Suami,Kaulah Pembimbingku!

Assalamualaikum...



Dalam hati ini memang rasa sangat tak sabar untuk melakukannya.
In Shaa Allah..
Semoga aku diberi peluang untuk bersama-sama pembimbingku melakukannya.
Melakukan aktiviti membaca dan memahami Kitab Allah.


Mengumpul pahala bersama.
Mengejar Jannah bersama.
Mencari keberkatan Allah bersama.
Kau lah yang akan sentisa membimbing.
Suamiku...


Kerana engkau seorang suami yang akan membimbingku di dunia ini.
Semoga engkau tidak pernah jemu untuk bersamaku.
^______^






p/s: Best yer kawen!






Kecemerlangan yang tertangguh!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah akhirnya hari ini semua calon-calon UPSR 2012 telah mengambil keputusan peperiksaan mereka.TAHNIAH kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan kepada yang tidak mendapat 5A jangan terlalu bersedih.Itu adalah kecemerlangan yang tertangguh!

UPSR 5A [google]

Teringat kisah dulu,sewaktu diri ini mengambil keputusan dan melihat kertas slip keputusan peperiksaan....hanya satu perasaan..Nostalgik!

Aku juga ada anak sedara yang mengambil keputusan UPSR hari ini,Qistina.Seorang perempuan yang dipanggil Eby.Kuat bermain Facebook.Pantang kena tegur.hahaha.Bukan nak mengaibkan tetapi adalah satu kenyataan.Dengan nada yang sederhana aku bertanyakan keputusan dia.Dia memberitahu yang dia dapat 2A 3B.Aku terus mengatakan Tahniah kepadanya.Dia gelak.Dia bersuara.Macam tu pon boleh ke cik?Aku nyatakan.Sepatutnya tidak tapi itulah usaha Eby dan itulah keputusannya.



!!TAHNIAH!!



Satu ungkapan yang bukan hanya diungkap bila mencipta sebuah kejayaan.Kadang-kadang ucapan itu tanpa sedar telah memberikan semangat kepada sesiapa yang mendengar.Bukan menipu mereka untuk berasa gembira tapi sekadar mahu memberi sokongan atas setiap apa yang telah mereka lakukan.Aku yakin.Kerana aku juga pernah merasa.Memang benar 5A pastinya mereka berbangga.Namun bukan hanya hari ini sahaja penentuan sesebuah kejayaan.Budak-budak sekarang tidak sama seperti kanak-kanak dahulu.Lebih banyak lagi ilmu yang mereka pelajari sebenarnya secara tidak langsung bagi seseorang yang berfikir.Kecemerlangan yang tertangguh itu pasti berbayar satu hari nanti.Pasti.

Siapa kita untuk tidak pernah merasa sedih.Biarlah kesedihan itu berpada.Setiap keputusan adalah apa yang telah kamu usahakan.Jangan mengharap 'Flying colors' tapi usaha Colors Flying (tiada arah dan tujuan).Patutkah?!Jangan salahkan sesiapa,tapi lihat cermin pandang diri.Salah Sendiri!Apa yang pasti itulah keputusannya.Termaktub hanya atas kertas.Kenyataan.Namun,apakah yang termaktub dalam kehidupan sebenarnya.Rahsia.Hanya Allah sebaik perancang.Usaha.



Kepada calon UPSR yang telah berjaya dengan keputusan masing-masing.Teruskanlah berusahalah.Have another 5 years to go!




Pilihan dalam Diri!

Assalamualaikum...




Setiap hari kita mesti perlu berhadapan dengan pilihan.Macam gambar menentukan pilihan arah kat atas tu.Banyak cabang pilihan yang ada dihadapan kita.Kadang-kadang mahu ataupun tidak, kita tetap perlu memilih.Memilih apa yang terbaik.Memilih apa yang dapat membantu.Memilih sesuatu untuk kepuasan diri.Memilih sesuatu tanpa perlu menyendiri.Kadang-kadang sekecil-kecil keadaan juga melibatkan pemilihan.Setiap malam pasti akan kena membuat pilihan, baju apa nak pakai pergi kerja esok.Setiap pagi lipstick warna apa nak pakai pergi kerja(kalau ada banyakla..hihi).Memilih kasut apa yang sesuai ke tempat kerja harini.

Kadang-kadang kita memulakan kehidupan kita dengan sangat kompleks.Pelik.Seolah tak logik!Namun, memang begitulah kehidupan yang sentiasa wujudnya pilihan.Setiap manusia di anugerahkan akal fikiran untuk digunakan.Buatlah pilihan yang terbaik.Daripada sekecil perkara sehinggalah sebesar-besar permasalahan.Bermula yang kecillah akan timbulnya perkara yang besar.Fikir-fikirkan.Memang Islam tidak pernah menyempitkan,tapi hanya pilihan kita untuk difikirkan.


Happy Monday everyone!
^___^




Jangan tangisi apa yang bukan milik kamu!

Assalamualaikum...




"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

 (Surah Al-Hadid: 22-23)




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Kadang-kadang Allah memberikan apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu...betul kan?

^____^




Cakap Jangan Sembarang Cakap!

Assalamualaikum...
 
Dipetang hujung minggu andai mencari sesuatu untuk diri,aku kongsikan sedikit peringatan ini.Peringatan buat diri sendiri dan setiap yang membaca blog ini.Harap memberi manfaat bersama.Selamat berhujung minggu semua!
 
 
 
Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.


Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.
 

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

 
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.
 
 
 
#Setiap orang ada seribu kisah di sebaliknya.Tidak kiralah siapa pon mereka,kita hanya hamba Allah.Bila kita mengejek dan menghina orang lain sama seperti kita menghina Allah.Setiap yang kita ada ini hanya sementara bukan selamanya kita begini.
Cakap jangan sebarang cakap.
Salah cakap sendiri tanggung dosa.
 
 
 
 
 
p/s:Autopublish.Cakap kena beringat lepas ni yer!
Jumpa perkongsian kat tempat YUI.
#Bergedil gan masak lada hitam setel!
^_____^
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...