Followerku..

Showing posts with label learning process. Show all posts
Showing posts with label learning process. Show all posts

Memasak bertemakan Daging!

Assalamualaikum...



Weekend sudah.Mungkin waktu ni aku dah ada kat umah kakak aku kat NIlai.Dia suruh datang sebab daging banyak.Dia suruh tolong masak dan makan.Haaa??Pulak dah aku jugak kena tolong makan.Bayangkan betapa banyak aku rasakan sampai mintka tolong untuk makan.hahaha.Tak kisahla.Aku memang suka layankan je.Dapat gak aku main-main sekali gan anak-anak sedara aku.Weee~~

Now, aku nak try buat semua benda kat bawah ni.Jadi tak jadi belakang cite.Yang penting ada hasrat.hihihi.

Jom memasak!

1st


Bergedil daging!

2nd


Daging Black Paper!

3rd


Popia inti daging!


Ada lagi tak yang menarik resepi bertemakan daging ni?
Kalau kari,kurma etc tu tak mahu.Sebab nanti muak.huhuhu.Kalau ada yang simple-simple ni best gak.
^____^


Kredit Gambar: Google



p/s: Autopublish tau..nak memasak.hihi :)



Perlukah sekufu dalam sebuah perkahwinan?

Assalamualaikum...


Pengertian sekufu:

Dari segi bahasa: sama atau setaraf
Dari segi Istilah: aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai.
(INFO : SINI)

Sebenarnya perlu ke tak?
Pada pendapat aku benda ni terletak pada pasangan tersebut.Kalau betul dia yakin why not kan?Tapi kita tidak boleh nafikan bahawasanya tiada ibubapa mahupun ahli keluarga mahu anak/saudara rapat mereka dalam kesusahan/dipergunakan.Kadang-kadang demi menjaga hati pihak lain,kita berkorban kerana permasalahan ini.Adakah perlu?Jika tidak bagaimana?

Korang ada pendapat?
Hidup ini kadang-kadang dugaannya tidak terduga.Lebih-lebih lagi melibatkan keluarga dan orang terdekat sangat payah kan?
Ni aku jumpe perbincangan kat Semanis Kurma.Ada orang share.
Pinjam info yer Sis Aleasara.

Lelaki perlu ada 3 RAS:

1-->beRAS :lebih kepada keperluan untuk makanan
2-->keRAS: lebih kepada tangungjawab seorang suami dalam keluarga
3-->waRAS: pemikiran seorang lelaki yang bergelar suami perlu bijak hadapi segla masalah
 
 
Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah memberikan tips dari perkataan H.A.R.M.O.N.I : 

H-->Hormat antara satu sama lain
A-->Ambil berat tentang nafkah
R-->Ramah mesra dengan pasangan
M-->Makan bersama ada keberkatan
O-->Ok selalu jangan K.O
N-->Nikmat bila ada suami/isteri,anak2
I-->Istiqamah dalam kasih sayang,dalam melakukan ibadat & amal kebaikan
 
Sama-sama kita fikirkan dan mencari keharmonian dunia dan akhirat.
 
amin.


p/s:aku kena pegi seminar arini.esok baru balas jejak yer semua..maaf kalau lambat berkunjung ^_^


Al-Ma'thurat dan Kelebihannya...

Assalamualaikum...


Al-Ma'thurat mengandungi zikir-zikir yang diamalkan Rasulullah serta sahabat-sahabat yang patut diamalkan bagi membentengi diri dan terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Al-Ma'thurat seeloknya diamalkan dalam seharian dan lebih elok membacanya sewaktu selepas Subuh dan selepas Asar.
Setiap masa kita praktis untuk berzikir yer.
Buku bawah ni memang letak kat ofis sebagai panduan.
Terbitan Darul Nu'man dan Diedarkan oleh Erfan Hj M.A Ghani.


Rujukan maklumat

Bacaan Al-Ma'thurat

Dimulakan dengan ucapan "Aku memohon perlindungan Allah,Maha Mendengar,Maha Mengetahui dari gangguan syaitan",yang mana setiap apa kita lakukan kendaklah berserah diri kepada-Nya.
Bacaan Al-Fatihah: Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya.
Bacaan Ayat Kursi: Menghindar diri dari gangguan syaitan.
Bacaan zikir-zikir: Mengandungi beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad SAW.


Semoga sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dunia yang sementara ini.


Marilah kita amalkan bersama!
Kadang-kadang dalam terpaksa itu pasti timbulnya keikhlasan kan?
heee~
^__^


Sebalik Bakal Bunga Daisyku!

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku tanam kat Kebun kecikku cikit je.Hasilnya pon tak nampak lagi.Nanti aku bagi tengokla update kebun tu yer.Pasni boleh lah tanam bunga pulak.
Dah ada benih!Tinggal tanam...

Pasni kita belajar tanam pokok Bunga Daisy gan pokok Bunga Dahlia.
Nape tanam Bunga Daisy?
Sebenarnya Bunga Daisy ni arwah mak ayut suka sangat Bunga Daisy ni.Dulu berpasu-pasu diletak kat depan umah tu.Bila dulu time aku masih sekolah,aku la tukang tolong siram pokok bunga la,bagi baja la,tambah tanah la.Anak lastla katakan.Sekarang tinggal 5 pasu.Tu pon aku la yang gigih pindahkan anak-anak pokok Daisy tu sebab pasu dah penuh bila kadang-kadang balik bercuti kat kampung.Kalau tak memang tinggal pasu la nanti.Kat rumah,yang warna Merah terang tu dah takde benih.Mungkin silap aku sendiri la kot.Pindah punya pindah Hilang dah anak pokok yer.Memang Daisy ni bunga kenangan la senang cakap.Tu nak tanam Daisy Merah!

Tak tahu lah jadi merah ke kuning nanti.
Kita tengok kehebatan tangan bersama-sama k.

Kalau berbunga tu memang best lah!
Excited nak membeli tanah lagi ni.
Go Green!
Berbudi pada tanah!
At least sedap gak mata nanti dapat tengok bunga dari tengok bangunan batu jer.
^___^



Ada tak kenangan bunga dengan korang?
Mane tau terima bunga daisy dari orang tersayang...ha..meh cite meh.


 

Kisah Buah Naga Merah

Assalamualaikum...

Perbualan telefon di siang hari:
"Sayang,buah naga mak b tanam aritu yang berbuah b dah makan buah ye.Sedap.Manis pulak tu" *masa ni tak puasa lagi.cite lama dah ni.hihihi*
"Oh yeke..sedap ea?ok.makanla"

Perbualan telefon di malam hari:
"B,terasa nak makan buah naga la.Tak pernah lagi rasa.Cane ek rasa yer?"
"Nak beli kat mana?Sedap rasanya.Try la"
"Esok nak carik kat pasar la"

Cari punye cari kat pasar.Takde.

Perbualan malam seterusnya:
"B,kat pasar takde juallah.."
"La..yeke.susah jugak sekarang nak carik buah tu.Lagipon mahal.Nanti sayang carik kat tempat lain ea" *ayat nak sweet dgn memberi semangat.hahahaha :p*

Akhirnya seminggu sesudah tu...

3 biji = RM10
 Ni jumpe kat pasar cina depan ofis je.-_-" Sebab banyak chinese yang pergi pasar ni,so aku tak mahula pergi.Rupenya ada.Time ni pergi kedai buah ni je,pastu balik.hahaha

Perbualan di rumah bersama Rohaizaniza a.k.a Mawar (tu la mawar :) ) :

"Wei,aku tak reti nak potong buah ni.Cane nak potong?"
"La...beli tapi tak tahu nak potong.Sabar jela.Ko belah je mcm belah epal tu."
"Potong tengah gitu je ke?Nanti cane nak amek isi ye?" *sies mmg ni la 1st time makan*
"Ko ni..nanti dia boleh tanggalla.Ko potong je dulu.Nak buah mahal makannya"
"Biarlah.haha.weekkkk :p"

Macamni la hasil yang aku belah..


eh,isi dia leh tanggal la dari kulit.Serius jakun jap.hihihi

potong-potong

masuk mangkuk.makan!

Info Buah Naga: Menurut pembacaan dalam internet (aku baca je),buah naga mengandungi banyak vitamin dan khasia ye.Buah Naga mengandungi zat besi yang baik untuk menambah darah dalam badan, Vitamin B1-mengawal suhu badan,Vitamin B3-mengawal kadar kolestrol,Vitamin C-bagus untuk kulit (yang ni kompem pempuan ramai suke :p).Selain itu,buah naga mengandungi protein (bagus untuk metabolisme),fiber (untuk penghadaman) dan kalsium (untuk tulang). Dia ada macam-macam warna sebenarnya.tapi kat Malaysia banyak isinya Warna Putih dan Merah. [info lagi: SINI dan SINI]



ni pokoknya[google]


Makanlah buah untuk kesihatan!
terasa nak makan ke?
samelah kita.hihihi
*dialog edit cikit sebab tak ingat sepenuhnya*
Tengah sesema sebenarnya...tu terasa nak makan buah ni lagi -_-"



Petola: Ada Biji ke Tak?

Assalamualaikum...


Ha..aku nerves + Excited.
Gara-gara Ummuaidan
Blog akak ni banyak pasal dia tanam pokok.
Dia ada tanam tomato,ketumbar,cabbage,honey dew,serai,bunga matahari.
hahahaha.
Salamat duduk bandar.Mampu tengok dan tanam azam je nak menanam.
Ni akak buat sesuatu plak dah.
Korang tengok kat SINI


[kredit pic: Ummuaidan]


Pengenalan Buah Petola: Aku panggil Sayur Petola.Lebih kurang la.Kalau tak kering warna dia Hijau daun tua.Petola ni sedap masak tumis air letak soon.Pastu goreng ikan kering.Ha...telan air liur jap.hahaha(lari tajuk dah).Tekstur buah ni mcm span.haha.Betul tak tipu.Tapi dah masak jadi lembut.Petola ni sayur sejuk.Orang yang berangin badan jangan makan banyak2 ea.Nak tanam macamne kena taye Ummuaidan. -_-"



Korang kena jugak tolong aku.
Tengok gambar tu.
Then jawab soalan atas tu.
Ada berapa biji dalam yang kering tu?
Kompius gak sebenarnya.


Salam Ramadhan: Husnuzon!

Assalamualaikum...


[picture source:google]



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

- Syeikh Abdulkadir Al Jailani


Husnuzon bermaksud berbaik sangka pada orang lain.
Tiada siapa tahu apa sebenarnya terjadi
Tiada siapa tahu maksud yang tersembunyi
Bersangka baiklah.Itu lebih baik! :)



sejak 2 menjak ni terasa berat je entry blog
mengapakah? -_-"

Bermujahadah?Macam pernah dengar...

Assalamualaikum...




Pengertian Mujahadah:

"Mujahadah” yang dimaksudkan adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredhaan Allah SWT.

The words, "strive for whatever benefits you," are general and comprehensive words. That is to say, make every effort to acquire all that is good, whether it's for your deen or your dunya." However, if a religious benefit and a worldly benefit conflict with one another, the religious advantage takes precedence."(Al Mujahadah, the Struggle Against the Soul : From an Nawawi's Riyadus Saliheen)

[source: SINI]

Tips untuk bermujahadah:


1.  Sentiasa menghidupkan niat berjihad fisabillah dan sentiasa mengekalkan ihsan dalam amal.

2.  Bersolat dan melakukan ibadah dengan khusyuk.

3.  Sentiasa merebut peluang hadir ke masjid sebelum azan untuk solat berjemaah dengan niat I’tikaf sekadar yang mampu.

4.  Sentiasa mengalunkan zikir-zikir ayat- ayat Al-Quran, zikir-zikir lain dan doa dalam semua keadaan.

5.  Menghidupkan sifat zuhud dalam diri terhadap dunia dan sabar dengan ujian perkara mungkar. 

6.   Bermuhasabah setiap hari disamping mengekalkan solat taubat.

7.  Tidak berlebih-lebihan dalam usaha merebut kemewahan hidup.

8.  Berusaha keras dan bersungguh-sungguh membentuk diri mentaati perintah Allah SWT.

[source:halaqah.net]

Insya Allah.
Semoga sama-sama kita diberi lebih kekuatan untuk ke arah yang lebih baik.
Sesungguhnya untuk berperang dengan hawa nafsu adalah perkara yang terbesar untuk dilawan.


"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)


Berbuatlah kebaikan
Kerana setiap kebaikan yang dilakukan
Yang tidak mendatangkan kemurkaan Allah
Pasti menjadi Ibadah.

Berusahalah..tanpa paksaan pasti tiada kebiasaan.
Selemah-lemah diri ini
 No.4 pendahuluan segalanya
Semoga terdidik diri dan hati untuk terus menghayati
Subhanallah
Allahu Akbar!
Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit!
:)



[Pic source:google]



Selalu je buat dosa dan bergelumbang dengan dosa dalam kehidupan seharian.
Astagfirullah.. -_-"

Saya nak belajar...tips please..haha :)

Assalamualaikum...






Semua gambar google aku tepek kat sini
amek kalau gian nak menepek muka ni dengan macam-macam benda tu datang
Sebenarnya ayut suke je mencuba benda-benda ni
tapi nak memakai keluarnya lambat la cikit
sebab musabab kenapa jadi lambat kerana diriku adalah seorang yang main bedal pakai je
sesekali kalau tetibe nampak over tu memang tengah mood baik la tu.hahaha :)
now mood belajar tengah membuak-buak ni.
ni beli dah.namanya Naturactor Foundation
orang cakap bagus tp lom try! :)


Best kan?sape suke main-main make up ni?
hahahaha
takde lah terasa nak bermake up sangat sebenarnya
cuma nak main-main tepek muka
seronok tengok orang-orang bermake up kat utube tadi
Jadi rasa mencube itu datang
sape ada terasa nak bagi tips,nak bagi link (link jual make up ke,belajar solek ke),nak bagi pape jela (kalau nak bagi barang make up atas tu lagi menarik.hahaha) yang bagi korang memang ohsem dipersilakan.
nanti mana tahu boleh pratikkan
macam gambar kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.


eh?!
ah sudah..!








[semua picture:google termasuk pengantin tu]
 terasa nak barang free?KLIK
 
 
 
 

Kemalasan...

Assalamualaikum...



Hujung minggu telah menjelma
Akhirnya.....
Agenda hari ini?
Bermalas-malasan
huahuahua....

source: tumblr

source:google
So..Dimanakah anda?
Tapi kalau tajuk dah kemalasan 
Kompem aku 
Part 
I want to do it.
hahaha..

|then|

|but another then|
source: kartunster

|again|

|too bad|

hahaha
Kepada bloggers yang mempunyai agenda yang besar hari ni
All the best!
Kepada bloggers yang berkeluarga
Happy Family ok in weekend!
Kepada yang sudah kepenatan sepanjang minggu
Jom kita berehat dan bermalasan seketika
dengan Blogwalking!
:)



Kaitan Chemical Dalam Hidup

Assalamualaikum...

Hidup perlukan makanan selain oksigen.Makanan memerlukan pokok/sumber untuk terhasil.Untuk memastikan pokok/sumber itu ada,kite perlukan.........??Jawab sendirik..(but I know,everything is starting from kekuasaan Allah)Adehh..Jap lagi pon korang akan amek chemical lagi tau.Korang tau tak korang selalu je amek chemical dalam hidup seharian ni????Ha....percayalah wahai rakan-rakan sekalian(dah macam pengacara kanak-kanak dlm tv..hahaha).Setiap hari tetap ada je chemical yang korang akan amek.Benda ni la yang aku pergi aritu untuk seminar.'Towards increase Awareness and Better Compliance'.Ala yang selase lpas baru ni yang ala-ala budget bizi benor sampai kuarkan entry dalam stok draft.hihihi..


Sebenarnya,bukanlah nak takutkan or apa.Cuma to make we as consumer aware about what we take,what we eat,what we wear,and anythingla dalam seharian korang punye life.OK.Benda ni aku terlibat indirectly because i work in Pesticide field (chemical la tu kan??)So,every food that you eat everyday actually contains  minimum 0.00001% of chemical (banyak je 0 depan tu..ok lg apa :) ).Because what.....

Pertama
Setiap kali nak tanam crops,korang(korang ke??)akan tabur baja bukan???Tanah menyerap baja itu dan kemudian ye pokok hidup dengan mendapat makanan dan air melalui akar(mcm blaja sains darjah 6  -_-").Akar kan idup dalam tanah.Baja menambah nutrient pada tanah.Akar amekla nutrient tu.Sebab tu pokok tu gemoookkk je idup.
tengok..memang aku skali gemookkk mkn chemical :)
Kedua
Setiap kali farmers nak pastikan tanaman dyorang in good quality,confirm punye dyorang akan sembur pesticide.Ha..another chemical right??Mana ada orang time carik sayur or buah or apa-apa jela nak yang ada lubang dah.tak mau dah yang ada itam-itam sikit.Kita fikir semua ye kalau macam tu dah tak elok.Betulkan???
Ketiga
Korangkan kalau makan kejap je abis kan??Cube bayangkan tu sorang.Bagi memastikan makanan mencukupi untuk masuk ke mulut-mulut dyorang ni kenala buat sesuatu.Betul tak??Apa cukup kalau makan buah sebijik.(hahahaha..thats' me ok!)So,kat sini akan wujudlah 'baja mempercepatkan kematangan pokok/buah'.Ha..chemical lagi dah tu.
Keempat
Lagi..korang kan nak yang cantik je kalau membeli.Pastu nk jimat jugak kan??(again...its me!-_-")Supermarket plak nak untung.So,crops semua tu nak la kena pastikan tahan lama.Wujud lagi 'ubat tahan rosak sayur/buah'.Macam-macam ubat pokok dapat korang tau x??hahaha :p


mcm bnda ni.chemical semata..kalau dah terhidang
msuk je trus mulut :p

Banyakla lg sebenarnya.So,actually we as retailers of pesticide/fertilizer got regulations to follow.Banyak sangat regulation ok.Korang pon akan pening.Purple book la.Orange Bookla.GHS la.Registration rules la.Macam-macam lagi la ye.Banyak jugak pengisisan dalam seminar ni.Tapi aku kongsi sini sebagai seorang pengguna la bukan sebagai seorang penjual racun ea. Tapi paling tak tahan ada speakers dari National Authority for Chemical Weapons Convention,Y Bhg Datuk Hamidon Ali.Conclusion dari apa yang aku paham beliau cakap,'kalau make wrong formulation for chemical,you can use it as good weapon'.Amek kau..but seriously it's true,friends!


BTW, sebenarnya Malaysia ada je badan yang check percentage of chemicals every crops to be selling.Kementerian Kesihatan tu ada je regulation kaitan antara pesticide and makanan.DOSH tu ha..berlambak je dia punye regulation or law yang kena follow untuk bukak kilang pesticide ni.Malaysia ni bagus sebenarnya.But,paham-paham jela.Crops in Malaysia terhasil bukan setakat 1 bakul ok.Then enforcement to be done not as easy as u think/said.Please understand.(Jangan salahkan saya kerana terlibat dalam industri ini.Tidakkkk!bukan salah saya buat racun.hahaha :p )

saya tak bersalah ok..! :)

As conclusion, we consumer must be aware for all those things.Cara-cara pencegahan bagi mengurangkan pengambilan chemical kita setiap hari ye.Setiap makanan yang masuk mulut kita ni semua chemical.But,jangan cakap kalau makan sayur cikit,esok dah nazak.Korang ni...melampau la tu.What speakers in the seminar said,kita kalau nak mati sebab makan sayur,you kena amek thousands kilo of vegetables per day la kalau gitu.hihihi.Understand??? :)

Lifestyle must be good.Exercise and jaga pemakanan seharian ok!
Be good,u will feel good (eh btulkan ayat aku ni -_-") lets speak better English!! Oh My English! jom kita belajar..! :)


Finally..!
apa ayut dapat,ayut share ilmunya :)

“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”
 (Surah Al-Ma’idah: 2)

I concern.. I care.. then I share..





Mekaseh..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...