Followerku..

Showing posts with label Berkebun. Show all posts
Showing posts with label Berkebun. Show all posts

Bunga Daisy!

Assalamualaikum. ....


Aku rasa lama dah jugak takde kisah Go Green dalam blog aku ni.hahaha.Dulu kat Petaling Jaya ada jugakla aku nak cucuk tanam. Sekarang hampeh. Makin dekat kat kampung makin malas. Macamana tu? =_="

Sebenarnya kisah bunga daisy aku ni dah lama sangat. Terima kasih Ummu Aidan sebab bagi benih dari jauh. Maaf sebab lambat sangat nak disemainya =_=" Tapi akhirnya aku semai jugak benih bunga daisy yang diberikan Ummu Aidan. Alhamhamdulillah. Terlaksana sudah benih yang diberikan.hihihi. Ummu Aidan bagi 2 biji benih. 1 terlaksana. 1 lagi bunga kekwa akan datang :)


Sekejap je dah bertunas. Biji benih yang bagus :) Tumbesaran bunga daisy aku ni kakak aku yang jaga. Aku semai je aritu. Bunga yang baru nak membesar ni kena rajin siram. Kenkangan masa aku bekerja menyebabkan aku serah tugas menjaga pada kakak aku kat Simpang Renggam tu :)

Bentuk daun bunga daisy yang Ummu Aidan bagi ni nampak lain sikit daripada pokok bunga daisy yang aku ada. Mungkin masih kecik kot. Pokok bunga daisy yang aku ada macam kat bawah ni.


Sekarang kat Malaysia mengalami musim bunga katanya. Tu bunga banyak yang mengembang. Lagipun sekarang hujan pon selalu jugak turun. Senang bunga atau pokok nak hidup membesar dan mengeluarkan hasil.

Moga membesar dengan sihatla pokok bunga daisy aku ni. Nanti dalam beberapa bulan lagi kita tengok tumbesaran dia ok! :)







(2) Kebun Kecikku...

Assalamualaikum...


Aku pernah cerita aku tanam apa kan kat KEBUN KECIKKU ni.Waktu tu punya la gembira dapat menanam pokok gitu.Aku pon nak ceritalah perkembangan pokok cili aku kan kat sini.Takkan mula-mula je semangat.Pastu takde update.hohoho.Jom tengok pokok yang nak membesar ni.





Elok subur gitu pokoknya.Sangat gembira ketika ini.Alhamdulillah.Tapi setelah sebulan menanti,beginilah jadinya....







Kekecewaan melanda.Daun ye dah togel la.Pastu yang lain bakal togel.hahahaha.Tak tahu kenapa jadi macam ni.Mungkin semut makan ataupon ada penyerang lain yang menganggu tumbesaran pokok-pokok cili ni.Mungkin salah aku jugakla kot sebab tak letak baja kan.Maknanya kat sini kenalah tanam lagi.Semai balik dan tanam semula.

Tapi pokok serai hidup!
Alhamdulillah.




Ada daun baru yg keluar.Maknanya akan hidup terus.Mudah-mudahan hidup dengan selamat la.Boleh jugak merasa hasil nanti.hihihi.Untuk bunga yang aku cakap nak tanam tu tak terbuat lagi sebab tanah tak beli lagi.Tanah yang lepas dah habis.Hidup kat bandar la katakan.Nak korek tanah belakang umah memang takde tanah dah.hahahaha.

Ni la kebun kecik yang dah update!
Hope membesarla serai tu.
Yang cili terpaksalah tanam semula.Apa boleh buatkan.
^__^



p/s: Autopublish tau.Halfday today!


Sebalik Bakal Bunga Daisyku!

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku tanam kat Kebun kecikku cikit je.Hasilnya pon tak nampak lagi.Nanti aku bagi tengokla update kebun tu yer.Pasni boleh lah tanam bunga pulak.
Dah ada benih!Tinggal tanam...

Pasni kita belajar tanam pokok Bunga Daisy gan pokok Bunga Dahlia.
Nape tanam Bunga Daisy?
Sebenarnya Bunga Daisy ni arwah mak ayut suka sangat Bunga Daisy ni.Dulu berpasu-pasu diletak kat depan umah tu.Bila dulu time aku masih sekolah,aku la tukang tolong siram pokok bunga la,bagi baja la,tambah tanah la.Anak lastla katakan.Sekarang tinggal 5 pasu.Tu pon aku la yang gigih pindahkan anak-anak pokok Daisy tu sebab pasu dah penuh bila kadang-kadang balik bercuti kat kampung.Kalau tak memang tinggal pasu la nanti.Kat rumah,yang warna Merah terang tu dah takde benih.Mungkin silap aku sendiri la kot.Pindah punya pindah Hilang dah anak pokok yer.Memang Daisy ni bunga kenangan la senang cakap.Tu nak tanam Daisy Merah!

Tak tahu lah jadi merah ke kuning nanti.
Kita tengok kehebatan tangan bersama-sama k.

Kalau berbunga tu memang best lah!
Excited nak membeli tanah lagi ni.
Go Green!
Berbudi pada tanah!
At least sedap gak mata nanti dapat tengok bunga dari tengok bangunan batu jer.
^___^



Ada tak kenangan bunga dengan korang?
Mane tau terima bunga daisy dari orang tersayang...ha..meh cite meh.


 

Kebun Kecikku..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.
Akhirnya dapat gak buat entry ni.Dah lama nak buat ye tapi ada je menghalang.Disebabkan selalu je tengok Blog Ummuaidan ni,excited nak mengorek tanah tu terlebih jadinya.hahahaha.Nak cubala jugakkan tangan aku ni tangan ada magik ke tak :p

Tadaaa...


kabur pon nak tepek gak..Cer teka pokok apa ni...


Ni Pokok lada cili(kecik).Kecik lagi dah pindahkan..excited katakan.hahaha.
Pokok ni nak tanam aku rasa paling senang.Tabur je biji nanti dia akan bercambah.Pastu dah banyak naikye dan besar cikit pindahkan ke tanah.
Time nak semai ni kan,bising gan En b.Yela dia cakap suruh keringkan dulu biji ye.Dulu time mak ayah aku buat takde pon.Pastu beat gan dia,kalau hidup aku menang.hahaha.
Now,dah hidup!
:)


ha..tang serai tangan ni memang tak magik.Serai ye tak mau hidup pon(tak leh nak turunkan ilmu menanam).Macam tu je dari aritu.Cane ni?
Sebenarnya ada tanam daun sup tu.Tapi tak hidup gak.Mungkin salah cara tanamnya.Korang tau tak daun sup dengan daun ketumbar?
Cube carik bezanya.Penat aku buat experiment kat pasar setiap minggu tau.hahaha
Now nak tanam halia.Tapi dalam pasu je.Hope hidupla.huhuhu


Nampak arrow ijau tu?
Ha..kat situ la kucing putih+kelabu tu aku tanam.Sebelah pokok serai.

Aku buat ni kalau En b takde (maknanya dia bz gan keje dia).
Agaknya kawen nanti memang abis la kalau ada tanah.Semua pokok di tanam.
Yela,dah En B ye sibuk keje as a Navy kan..hahahaha.
Ok.Joke pagi Isnin untuk diri sendiri.


Sebenarnya berkebun ni riadah yang paling best.
Faedah:
Korang tensen kompem dah berkebun tak tensen.
Korang bosan kompen lepas tu tak bosan.
Korang tak kenal pokok leh jadi kenal.Bonus.Tambah ilmu!
Korang penat kompem dapat tengok hasil jadi tak penat.Makin excited adala.
Then,korang pon sihat.Sebab kuar peluh!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...