Followerku..

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Set Breakfast Marrybrown

Assalamualaikum....

Khamis menjelma dah..Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Macam baru semalam je dapat cuti. Tidak. Berhentila sekejap wahai masa.huhuhu.

Dah sarapan? Nak bagitahu kat korang. Marrybrown punya set sarapan best.hahaha. Biasanya aku kalau nak ke Sabah,mesti akan sarapan di Marrybrown airport. Benda aku selalu cari set bubur ayam. Tapi............aku selalu tak habis.


Jadikan cerita,aku try set sarapan macam atas tu. Kalau nak pilih ni set sarapan G. Harga RM 8.70 termasuk GST. 
Macam kelakar pula bila sebut harga kena sebut termasuk GST ke tak. Hahaha.

Set ni mengenyangkan. Roti tu sedap tau. Walaupun fizikal nampak roti seket lepastu letak hirisan cheese atas tu tapi sedapppp. Roti lembut!  :)

Nanti korang tryla sebab tak la membazir kalau beli sarapan tapi tak habis. Baik beli yang ikut keupayaan perut nak terima kuantiti makanan tu. Buat cukup-cukup je bagi perut tak lapar. Baru betul dipanggil sarapan. Kan??

Okla.
Nanti cerita lagi lain kali.
Bye!!




Resepi Roti lapis Daging Berkeju!

Assalamualaikum...

Holla!!
Resepi berkaitan cheese adalah kegemaran aku. Serius aku suka. Hujung minggu baru ni aku pon ada cuba resepi roti lapis daging berkeju. Pergghhh. Kenyang dia sampai esok. ;) Resepi asal jumpa kat facebook sebab kawan-kawan share. Cari balik dah tak jumpa. Ni ikut apa yang aku buat jela ye.

Resepi Roti lapis Daging Berkeju


Bahan:
Telur
Susu Full Crean
Roti
Daging kisar
Bawang
Lada cili ( kalau suka pedas )
Sayur campur
Rempah kari
Cheese ( ikutla nak yang petak/parut )

Cara:
Tumis bahan dengan daging kisar tu hingga masak. Tambahla garam bagi secukup rasa.
Susu dan telur digaul sekali.Celupkan roti dalam campuran. Lapiskan dengan daging dan letak cheese. Buat 3 lapisan. Akhir sekali atas roti,taburkan cheese. Siapa suka letak banyak,tabur jela banyak-banyak. Bakar pada suhu 180°C sampai nampak kering dan kekuningan sedikit. Siap!


Selamat mencuba!!
Sangat sedap hasilnya....




Restoran Nikmat Tandoori

Assalamualaikum...

Korang!!!!Nak cerita apa ek?hahaha :p Bila kerja tak banyak rasa bosan,bila kerja banyak mulalah terasa macam "Oh...I want my social life back!!". Apa pon tak boleh tau. ^^

Okla. Nak cerita pasal makan- makanla.Nyummy!!Semenjak aku dah duduk kat Batu Pahat ni,pastinya aku akan cerita pasal kedai makan yang best untuk korang lawat bila jejak kat Batu Pahat ni.Sharing is caring kan orang puteh cakap ^^ Kalini nak cerita sebuah restoran yang sentiasa ramai orang! Restoran Nikmat Tandoori di Batu Pahat!


Kedudukannya adalah di Jalan Ampuan sebelah kiri.Haa...nak cerita lebih lanjut pon payah sebab jalan kat Batu Pahat ni banyak jalan sehala.Senang ceritanya, korang carilah kedai yang berbentuk dan berwarna seperti gambar kat atas tu. ^^


Menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung adalah Bubur Ayam dan Roti Nan Cheese. Bubur dia memang terbaik. Walaupun ianya hanya sekadar bubur tapi rasanya....Memang rasa nak lagi!Menu pilihan dua ni la yang paling tip top kat Restoran Tandoori ni. Harga menu 2 ni RM20+- kalau tak silap.ok.Aku lupa harganya.


Lepas tu kat meja biasanya akan disediakan otak-otak. 1 otak-otak RM0.70.Makan panas-panas memang ohsem!Tapi kalau korang tak nak makan pon takpe.Tak payah usik pon otak-otak tu ^^ Kat restoran ni pon kalau amik order pakai tab. Fuyyyooo.Upgrade giler ini kedai.Jangan main-main.hihihi.

Waktu perniagaan adalah pukul 6 petang -12malam.Tapi haritu pernah sekali datang pukul 12 lebih masih lagi buka tapi sebahagian je.Mungkin ada plus minus kot waktu operasi diorang ni.Apa yang pasti kalau Cuti Umum kedai ni pon akan Cuti Umum.Harap maklum yer ^^

Jangan lupa untuk mencuba kalau datang Batu Pahat!

Pasni kita cita kisah hujung minggu pulak ye. :)




Bakso Sabahan

Assalamualaikum...


Entri keluar lagi. Yesszaa. Nampak tak bertapa manfaatnya aku bercuti. Blog sentiasa berupdate. Jadinya tak tipu la kan kalau cakap aku tak update blog sebab kesibukan kerja.hahaha :p Nampak kan hala tujunya tu aku nak cakap macamana ;) Apa pon aku akan sedaya upaya untuk update kan blog yang tak seberapa ni ye.

Harini nak cerita pasal makanan. Haaa...sepanjang aku bercuti kat Semporna ni aku kurang sikit makan. Bukan sebab makanan tak sedap tapinya tak lapar. Tido je keje ye mana nak lapar. kan??hahaha. Tapinya suami tersayang si Mohamad Hafizal tu tak boleh tengok isteri dia ni tak makan. Setakat 3 hari aku kat sini 3 kali jugak aku dibelikannya Bakso. Apa itu Bakso?


Bakso adalah suatu jenis masakan yang diletakkan beberapa ketul bebola daging. Ala-ala Sup Ayam macam tu tapinya Bakso adalah menggunakan daging lembu. Bebola besar tu sebenarnya telur. Bakso yang aku makan kat Sabah ni serius sedap. Pernah makan Bakso kat Parit Raja tapi aku lagi suka yang suami aku belikan ni. Rasa lembu yang tak kuat dan sup dia sedap. Lagipon Bakso ni dia kena perah limau sikit nak makan bagi hilang rasa lembu tu. Aku rasa boleh dikomersilkan Bakso dalam kem ni la.hohoho ^^

Bakso yang aku makan ni sebenarnya bukanla Bakso orang Sabah sebab setahu aku yang masak ni orang semenanjung jugak. Oleh kerana aku je yang makan Bakso ni kat Sabah dan isteri staf dalam kem ni jugak yang masak, aku bagi jela nama Bakso Sabahan. heee ^^ Orang Sabah ada menu Bakso tak ek? Macam takde kot. kan?? Setahunya popular kat Sabah adalah Nasi Lalap.


10 days challenge:Day 5-5 Foods

Assalamualaikum...


Foods ataupun bahasa melayu makanan. Cerita bab makanan nak cerita yang aku suka ke tak suka ni.hahaha. Kompius kejap diriku ini dengan cabaran hari kelima ni. Korang nak aku cerita pasal makanan apa ni??hahaha :p

Okla. Tajuk dia pon secara am jadinya aku pecahkan jela ye. Makanan yang aku suka 3 lepastu makan yang aku tak suka dengan makanan harian aku. Bolehla ye. Jom kita mulakan.

Makanan yang aku suka.

1. Tom yam.

Aku tak kira la korang hidang depan aku tom yam campur ke tom yam ayam ke daging ke seafood ke memang aku takkan tolak. Serius. Aku bab tom yam sekarang suka makan kat kedai belakang taman aku ni namanya Ceria Maju. Harga ye RM6.00. Tom yam sahaja. Sekian.

2. Spagetti.



Kegemaran. Namun,kalau aku pergi makan western aku jarang makan sebab aku nak makan yang lebih berat macam ayam grill ke daging ke macamtula.hahaha.ok aku pelik. Suka spagetti yang penuh cheese tu apa ntah namanya. Aku jarang makan tapi aku suka.ok paham ea? ;)

3. Masakan bertemakan sotong.

Haaaa...yang ni suami aku memang dah paham sangat dah. Pergi kedai carik sotong. Makan je kat kedai cari menu sotong. Sotong itu sangat sedap. Masakla gaya apa pon aku pasti makan. Percayalah.haha

Ok lepasni nak jemput aku pot luck ke hape, masak 3 benda atas ni ea.hahaha :p Gerenti licin pinggan senang basuh tuan rumah :) Bawah ni sebaliknya pulak. Kalau masak ni jawabnya aku tolong basuh pinggan la ye sebab pinggan tak berapa nak licin.hihihi 

Makanan yang kurang aku suka. 

4. Berasaskan tempoyak.

Ok. Lagi-lagi ikan patin masak tempoyak. Aku bukan tak makan tau. Cuma kurang laju makannya. :p Peliknya aku makan je durian. Nape ek bila tempoyak boleh pulak aku tak makan.adehhhhh.

Makanan harian kerja.

5. Nasi Bersepah


Ahaaaa...Sepanjang aku bekerja kalau nak tahu dalam seminggu tu ada la 3 kali aku makan nasi bersepah ni. Sebenarnya nasi bersepah ni macam nasi bungkus la. Tapinya lauk nasi bersepah ni sama je. Tak berubah. Kedai tu pon memang masak lauk sama je. Nasi dengan telur,ayam,sayur dan sambal adalah RM4.50. Tetap sepanjang masa. Lauk lain yang ada adalah sotong dengan daging. Perasaan makan nasi bersepah ni sangat heaven. Ni la nasi paling berbaloi kalau dinikamti kat Batu Pahat ni. Kedainya warung sebelah Masjid Pasar Pagi Batu Pahat ye. :)

Haaa..tu la cerita pasal makanan aku. Orang lain mesti cerita pasal makanan yang sedap-sedap kan? Takpela ye. Keyword makanan tetap ada di sini dalam menyahut cabaran. Kang aku tepek gambar makanan banyak-banyak ada pulak kelaparan jap lagi.hoho.

Ok. Esok ada cabaran lain pulak..Cepatla abis ayut oiiiii..hahaha ^^


Western Food di Parit Raja

Assalamualaikum...

Selepas hari kemunculan dalam blog masih lagi bertahan blog ni untuk mengadakan entry.hihihi. Sebaik mungkin akan diperkukuhkan momentum untuk berkongsi. :)

Kali ni nak share pengetahuan am. Pengetahuan am mengenai lokasi makanan di Pekan Parit Raja. Nama pon pekan munhkin untuk pencarian western food agak sukar. Setelah aku ulang-alik dari rumah aku jumpa kedai western food. Aku penggemar western food. Harap maklum.heee.


Aku beranganla kejap konon candle light dinner gitukan. Padahal tepi jalan je kedai tu. Takdela beria mana. Cuma ada la dekorasi dia letak lilin tengah meja tu. Kira okla kan sebab memang ada candle.hahahaha.

Komen aku!
Tempat agak selesa dan bersih. Bersih itu penting.
Makanan memang murah dan mengenyangkan. Boleh dia buat fish and chips dengan chicken chop RM5 SAHAJA. Kan murah tu. Kan?


Rasa makanan pada aku baik. Setaraf harga belas ringgit punya makanan. Suami aku pon cakap sedap dan ok maknanya memang ok. Biasala kalau pengkritik makanan dah cakap sedap memang okla tu kan. :)
Aku recommended buat penggemar western food dan teringin nak makan bila balik kampung kat sekita Ayer Hitam dan Parit Raja bolehla mencuba.


Kedudukan:
Brown Sauce Western Food
Berhadapan dengan klinik kesihatan Parit Raja. Kalau tak silap ye. Kedai ye ke dalam sikit tapi ada signboard tulis. Pasti nampak punya.


Buah Delima

Assalamualaikum...


Kembali aku untuk memastikan blog ini masih ada pengisiannya.hohoho.Macam biasa aku punya entry blog kalau tak merepek mesti pasal makan. Lagipon aku rasa topik makan ni jela yang tak pernah habis isunya. ^^ Beberapa hari sahaja lagi dah nak Ramadhan. Sebelum terliur macam-macam baik aku cerita pasal makan-makan ni sebelum puasa.

Buah Delima.
Sebelum ni ada baca pasal khasiat Buah Delima. Khasiat Buah Delima ni sangat banyak samada untuk kesihatan luaran mahupun dalaman. Apa yang aku pernah dengar, salah satu khasiat Buah Delima ni adalah mengelakkan diri daripada terkena gangguan syaitan. Pernah dengar? Lagipon, Buah Delima ini adalah salah satu buah yang Nabi makan selain daripada Kurma. Lagi khasiat Buah Delima ni dikatakan dapat mencuci darah. Apa yang pasti jika Nabi juga makan pastinya banyak kelebihan buah delima ni. ^^

Ini kisah Buah Delima aku.huhuhu. Nak dijadikan cerita, suami tersayang aku ni beria suruh mencari Buah Delima. Pada awalnya sebab mak mertua yang mencari. Aku pon sebenarnya tak pernanh makan Buah Delima. Bentuk Buah Delima ni pon tahu dalam google je ^^ Rumah sewa aku ni dekatla dengan Pasaraya Nirwana. Tengah jalan-jalan tu terpandang buah. Tengok dekat sikit,'Ehhh!!Buah Delima la...!' Terus amik satu, bayar bawak balik rumah. Harganya jangan ceritala tapi biar gambar yang berbicara.


Isi Buah Delima ni pon pertama kali tengok. Ni pon biar gambar yang berbicara.



Rasa Buah Delima ni sedap.Kecik-kecik macam tu memang macam makan jajan ok.Sedap je masuk mulut. Orang cakap makan Buah Delima ni tak boleh kongsi sebab khasiat Buah Delima ni adalah 1 biji tu.Kalau kongsi nanti khasiatnya dah kurang.Gitu pulak...Ye ke??Pernah dengar? *Sekarang ni rumors bertebaran.Sesah nak percaya mana betul mana tak.mmmmm..

Apa pon khasiat Buah Delima memang banyak.Nak tahu lebih banyak boleh google lagi ^^ Aku bagi sikit jela. Sekarang ni pon ramai je yang dah jual Jus Buah Delima. Jadinya siapa yang nak cepat lagi mudah bolehla beli yang dibuat minuman jus tu.Siap tinggal minum je ^^ Korang pernah makan Buah Delima? teruja tak tengok dalam Buah Delima yang ketul-ketul kecik macam tu? Aku is sangat teruja ok.hahaha.

Indomie Mi Goreng Cili Hijau

Assalamualaikum. ..


Siapa pernah makan mi goreng Indo Mie ni? Aku baru je mencuba makan mi goreng ni. Dulu selalunya beli maggi ayam je. Tak pernah merasa instant noodles yang lain sebab tak suka mencuba sangat aku ni.

Komen aku mi goreng ni sedap. Pedasnya pon terasa walaupun cuma gaul macam tu je. Setahu aku ikut pengalaman anak sedara aku yang suka makan mi goreng yang ekspress punya, indo mie adalah memang pilihan yang terbaik. Betul ke? Aku baru pertama kali je makan ni.

Mi goreng lebih sedap kalau ada sekali telur goreng ataupon ayam goreng. Bila makan takde tambahan macamtu aku rasa boleh muak kot. Kalau ada sesiapa pernah makan, meh kongsi sikit pengalaman makan mi goreng ekspress ni ;)



Produk Oat Famous Sekarang

Assalamualaikum. ..


Sekarang memang musim orang akan makan oat ye sebab oat sekarang telah berinovasi :) Tengah musim orang ramai sekarang sibuk beli online oat chocolate. Semua tercari-cari kan? Aku pon sebelum ni ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa jugak. Akhirnya aku tempah je orang yang duduk kat JB.

Kilang membuat oat chocolate ni ada kat Johor. Area JB tapi belah mana aku lupa. Ada tulis kat plastik besar tu. Beli dari kilang dapatla murah. Aku beli dengan harga RM8.50. Korang beli harga berapa ek?


Walaupun Oat Chocolate namanya tapi Oat Chocolate ye tak berwarna coklat pon.hahaha. sangat menarik. Ada pelbagai lagi perisa sebenarnya tapi aku baru rasa 2 je perisa. Original Oat Choco tu dengan Oat & Wheat with Chocolate White tu rasa lebih kurang je. Kalau rasa betul-betul baru terasa lainnya. Manisss! Sekali makan tak rasa tapi banyak makan memang manis. Semut pon kejap je datang sebab memang manis ;)

Sarapan aku makan oat chocolate ni jela. Kalau letak sebelah memang tak rasa makan berapa banyak. Sedap! Korang cubalah rasa. Pengedarannya mingkin terhad kot tapi kalau beli Oat Chocolate online mesti ada banyak dah sekarang penjualnya. Cubalah!




Menu Burger Baru KFC


Assalamualaikum. ..

Korang dah cuba ke menu burger baru di KFC tu?Aku dah cuba minggu lepas. Kebetulan lalu KFC nampak menu burger baru KFC. Terus cakap kat suami masa tu tengah bawak motor, sayang nak makan KFC la...! Padahal baru lepas makan kot. Hahaha



Apa nama burger baru KFC tu? Burger baru KFC tu namanya Zinger Remixed!! Apa bezanya dengan burger sedia ada? Bezanya tak banyak pada aku. 

Masih macam Zinger burger iaitu burger ayam yang digoreng ranggup. Roti Zinger Remixed ni lembutttt. Atas roti ada taburan oat. Sedikit tambahan slice ataupun potongan jalapeno pedas dan sos istimewa citarasa asia. Pedas. Jalapeno pedas ni tekstur ye macam lada benggala tapi besar sikit. Masa makan takdela pulak rasa lada benggala tu. Aku pon masih pelik...apa la jalapeno pedas ni. Siapa tahu?? Cerita sikit meh.

Aku rasa not bad. Cuma ada rasa muak cikitla kalau burger KFC ni. :) Apa pon tahniah buat KFC Malaysia dengan keluaran baru mereka ni. Teruskan berinovasi dengan makanan! Hihihi.



Jambu botol a.k.a Jambu susu

Assalamualaikum. ..


Cerita pasal buah-buahan pulak aku harini. Dah duduk kat kampung ni kan seronok je tengok banyak buah yang segar dari pokok. Lagipun sekarang hujan pon dah banyak jugak turunnya. Haritu kecoh musim bunga sakura kat kedah dan kebanyakan negeri kat Malaysia ni. Sekarang Allah turunkan pula rezeki buah-buahan yang banyak berbuah.

Sekarang ni aku nak tunjuk korang semua jambu botol ataupun ada yang panggil jambu susu. :)


Rasa jambu botol ni kelat masam. Nak rasa sedap kenalah makan dicicah dengan kicap + gula + lada. Baru terasa makan sedapnya.huhuhu.Mungkin buat yang pertama kali makan jambu botol ni mesti cakap masam sangat. Kalau tanya aku jambu botol ni kalau dah cicah dengan lawannya tak benti nak makanje. Sedap! Hantu masam memang la kan. :)


Jambu botol ni memang tak selalu jumpa. Sama jugak dengan Jambu ball. Jambu botol warna putih susu tu tapi jambu ball ni warna merah pink. Jambu ball lebih manis berbanding Jambu botol. Nanti aku jalan-jalan kebun teringat aku amik gambar jambu ball ea. Tak tahula korang panggil apa. Sama la dengan jambu botol ni.Korang panggil jambu apa ek?




Al-Kisah Kentang Goreng!

Assalamualaikum. ..

Lamanya la tak update blog!!!
Alasan macam biasala kan kawan-kawan takde lain mestilah kerja banyak ditambah mood nak manaip takde. Nasib la blog ni terbiar. Kawan pon tak bertambah mana la gamaknya. Tengah fikir macamana nanti kalau dah ada anak ek?hahaha.opss!!

Alkisah kentang goreng. Kalau sesiapa ingat lagi aku ni kalau makan ikut musim. Bila dah rasa nak makan bubur tu,hari-hari la aku telan bubur. Kalau nak makan ikan kering,sepanjang bermingu jugakla baru jumpa lauk ayam. It's me ye kawan-kawan.mmmm.


Sekarang ni aku tengah gian makan kemtang goreng. Mohamad Hafizal please take note boleh??? Huhuhu. Sekarang ni kalau makan kentang goreng aku suka rasa garam tu. Maksudnya aku suka la kalau ada rasa masin tu. Biasa korang goreng kentang yang frozen tu macamana? Meh aku nak panjangkan ilmu yang suami aku yang tersayang ni bagi.

Gaul garam dahulu sebelum goreng kentang!

Maksudnya kalau beli frozen tu sebelum goreng gaulje dulu dengan garam. Hasilnya kentang goreng yang terhasil akan mempunyai rasa masin yang sekata. Mula-mula aku tak layan pon ilmu menggoreng kentang yang suami kita ni bagi. Ntah haritu saje buat eksperimen, hasilnya memang rasa masin garam tu lebih sekata :)

Kalau nak gaul lepas goreng pon boleh macam kat McDonald's atau KFC tu buat tapinya buatla sewaktu kentang goreng tu masih panas. Kalau dah sejuk tak menjadi mana pon kalau gaul garam. :) Ada yang tak suka gaul garam. It's your choice tapi aku suka ada garam. Jangan lebih-lebih dah la ye. Nanti darah tinggi la plak. :)

Selamat Mencuba!


Menu Kuih Koci

Assalamualaikum. ...

Selamat hujung minggu! Minum petang menu apa ye kawan-kawan? Mesti cari menu yang senang kan nak dibuat. Buat kunyah-kunyah dikala petang :) 


Harini aku lepak rumah kakak aku kat Simpang Renggam. Kat Parit Sonto adam takde jadi bosan. Pergilah merayap rumah kakak :) Sampai-sampai dia nak start buat kuih koci. Kuih Koci ni sejenis kuih yang dibalut dengan daun pisang tu. Lama aku tak makan . huhuhu. 

Cara adunan tepung tu guna tepung pulut dengan tepung gandum sikit. Nak lagi sedap campur dengan keledek. Lebih manis dan lembut je jadinya. Kalau tepung gandum, kuih koci ye akan kenyal sikit jadinya. Letak garam sikit dan uli jela dengan air sampai sebati dan boleh dikepal-kepal jadi bulat. Intinya pulak tu gaulkan kelapa dengan larutan gula melaka. Dimasak dalam kuali hingga kering dan boleh dikepal jadi bulat jugak.


Bungkusla dengan daun pisang cantik-cantik jadi 3 segi piramid. Daun pisang tu nak lembut lalukan kejap atas api. Nanti senang nak dilipat. Minyak pulak sapu kat daun pisang tu bagi elak melekat kat daun bila siap masak nanti :) Siap bungkus dah boleh kukus. Kukusla dalam masa 15-20minit. Akhirnya siap!Boleh dah makan :) 

Kuih tradisional yang makin jarang orang nak buat. Sekarang semua nak cupcake,macaron,crepe,kek...etc..kan?hihihi. Biasalah perubahan zaman. Tekak pon bertukar selera jugak. Apa kuih tradisional yang korang suka? Kalau aku karipap.  Tapi sampai sekarang aku tak pernah menjadi buat karipap =_="



Menu baru McDonald's! !

Assalamualaikum. ...


Macam biasa entry akan hanya keluar pada waktu malam.hahaha.Kenapa tak nak buat autopublish ek?eerrr.....sebabnya nak taip entry autopublish pon aku tak tahu bila. Nak aku taip bebanyak sekali on laptop atau bukak blog ni tepu la jugak dibuatnya. Waktu kerja memang aku tak fikir lain dah. Balik kerja nak makan...masak...mandi...kemas bilik...etc..Jadinya,baik ada daripada takde. ;)

Ini kisahmakan menu baru di McDonald's. Haaaa..siapa dah pernah try? Aku sebelum ni makan dengan suami masa dia balik haritu.Tapi burger baru McDonald's tu aku tak dapat makan. Nak tebus nafsu untuk makan jugak burger tu, aku pon beli lagi burger baru McDonald's tu hujung minggu baru ni.


Akhirnya....
Menu baru McChicken ni ada 2 jenis. Spicy dan Black pepper. Aku amik black pepper. Ranggup daging ayamnya.Sedap! 


Harga set ni aku beli waktu lunch hour antara pkul12-3pm.Jadinya murah sikit. Harga set ni RM8+ tapi aku tukar air fresh orange jadi RM12+. Makan set ni je pon kenyang dah sangat. Balik umah tinggal tido je.hahahaha. Lama dah tak try prosperity. Dulu masa mula-mula keluar je pernah try. Lain kali la try lagi.

Bila la Batu Pahat nak ada Subway.eerrr..ke dah ada aku je yang tak tahu.hahahaha.Walaupun duduk Petaling Jaya setahun tak pernah aku try makan subway ok.Iolls is Jakun teramat nak masuk subway sebab kena pilih kan?mmmmm...Ada orang nak teman tak makan subway?? Nak mintak tolong ajar cane nak pilih :p






Cerita dr Sabah: Nasi Goreng Lalap

Assalamualaikum. ..

Walaupun tengah mengira hari nak ke Sabah,aku nak jugak cerita dari Sabah ni.hihi.Yela.Si suami tu selalu cerita dia makan kat sana tak sama macam semenanjung. Susah nak jumpa makanan yang kena dengan tekak melayu semenanjung katanya.Rasanya semua tak kena. Makan banyak pantang memang gitu. Hahaha :p

Sekarang ni si Mohamad Hafizal dah jumpa apa yang dia suka.Menu Nasi Goreng Lalap.


Begitulah rupa Nasi Goreng Lalap. Ayam ada.Telur mata ada. Sayur ada. Memang cukuplah untuk perut suami tersayang aku tu. :) Harga aku tak ingatla pulak.Tak silap dalam RM6+ aritu dia bagitahu. Banyak sangat dah bercerita sampai tak ingat apa yang dibagitahu.hihihi.Lepas ni ada gaya kena amik nota la kot masa si suami telefon. :p


Ini tambahan untuk dia punya menu.Mango Shake. Amik. Aku ingat ada Coconut Shake je. Sekali kat Sabah ada Mango Shake. Hihihi.

Itulah menu yang terbaik dan kena dengan tekak dia kat sana. Kalau dulu Nasi Ayam sekarang Nasi Goreng Lalap pon bolehlah. :)



Resepi Kerabu Sotong

Assalamualaikum...


Hujung minggu adalah hari beristirehat ke isteri berehat?hahaha.Lambat dah bersiaran sejak akhir-akhir ni.Tadi habiskan balas jejak dan nanti malam sambung lagi yang lain. :) 

Esok korang nak masak benda yang senang tak?Haaa...aku nak kongsi resepi Kerabu Sotong.Kerabu sotong ni resepi daripada kakak aku.Nak tahu mana dia dapat menu Kerabu sotong ni pon tak pernah pulak tanya.hihihi.


Inilah rupanya Kerabu Sotong.Siapa suka makan sotong macam aku, silalah cuba resepi Kerabu Sotong ni.Lepasni mesti mengidam Kerabu sotong. Haha

Bahan:
Sotong (potong bulat)
Kacang panjang (potong bulat)
Taugeh
Bunga kantan (dihiris)
Kiub ikan bilis
Limau nipis (ambil air)

Semua bahan direbus dalam air mendidih.Tos kan bahan-bahan.Dah kurang airnya masukkan dalam satu mangkuk kesemua bahan dan letakkan kiub ikan bilis dan campurkan air limau nipis.Tak payah banyak sangat.Secukup rasa.Garam sedikit.


Gaulkan bagi sebati..

Siap dah Kerabu Sotong!

Bagi aku semangkuk Kerabu sotong ni pon boleh habiskan.Tak payah dah makan nasi lagi.Kerabu sotong je dah cukup.
Selamat memasak ye nanti ;)




Menu Pizza Hut!

Assalamualaikum...

Hari bekerja.Yes.I like.Lama dah bercuti kenalah bersemangat untuk bekerja semula kan.Cayala ko Ayut!hihihi.

Harini nak kongsi pasal menu pizza di Pizza Hut yang terbaru.Sebelum itu aku nak jugak bagitahu kat sini kepada warga-warga penduduk Ayer Hitam mahupun Parit Raja,kini Pizza Hut delivery dah boleh didapati di Parit Raja.Pizza Hut delivery ni berdekatan dengan Shell Parit Raja dan berhadapan dengan KFC.Ahaaa..nampakkan saingannya kat situ ;)

Ok.Ini menu pizza yang terbaru sempena Tahun Baru Cina haritu.Pizza Golden Fortune. Pizza ni dah ala-ala bentuk bunga dah aku tengok.Pizza Crab sebab bahannya adalah crab iaitu ketam.Ada hirisan daging dekat bawah-bawah cheese tepi tu.Aku rasa okla tapi mungkin tak kena sangat kot tekak aku.hihi.

Ini pizza yang aku nikmati seminggu sebelum bergelar isteri.Masa ni belanja si Mohamad Hafizal tu ;) Pizza Hut Udang Tempura.Yummy!! Pizza yang ni aku memang suka.Kena dengan tekak aku ni.Sedap! 

Menu baru yang ada kat pizza ni aku rasa  kejap je promosi yer.Kalau datang lambat habis dahla promosi ye.Nama pon promosi kan? ;) Korang dah rasa menu pizza yang baru ni?Kena tak dengan tekak korang?Share sikit meh...



Resepi Nasi Keladi

Asalamualaikum....

Salam hujung minggu semua.Banyak pulak masa aku nak memasak kan semalam.Hari sabtu sekarang aku off berganti-ganti.Jadinya semalam banyak masa terluang aku cubala resepi nasi yang bos aku kongsikan ni.Selalu kalau aku dengar resepi nasi ni ada nasi serai,nasi jagung,nasi beriani, nasi ayam tapi yang ni pertama kali aku dengar NASI KELADI.

Jom tengok bahan-bahan ea.
1. Beras
2. Cendawan
3. Udang kering



4. Pati Ayam - Cube ayam manggi pon boleh
5. KELADI - potong dadu



6. Garam sedikit

Cara membuatnya pula.

1. Rendam udang kering dengan cendawan sehingga kembang dan lembut.Bila lembut, potong cendawan nipis-nipis.
2. Larutkan cube ayam dalam air suam. Air tak payah banyak.Cukup-cukup nak larutkan cube sahaja.
3. Basuh beras dan basuh keladi yang telah dipotong dadu.Masukkan keladi dalam beras yang telah dibasuh.
4. Masukkan larutan cube ayam dalam campuran no.3.
5. Campurkan sekali udang kering dan cendawan yang telah dihiris nipis ke dalam campuran no.3.Masukkan sedikit garam.


6. Rasa campuran air sama ada cukup lemak ataupun tidak.Tambahkan air sedikit kalau kurang supaya beras betul-betul masak nanti.
7. Hidupkan rice cooker dan tunggu sehingga masak.Bila separuh masak gaulkan nasi tu supaya campuran sebati.
8. SIAP.


Berapa kuantiti aku tak letak sebab ikut korang nak letak banyak atau sikit.Lagipon ikut makan untuk berapa orang.Kalau beras banyak,banyakkan jumlah bahan yang nak dicampur.

Selamat mencuba yer..Sedap!!
Buatla jugak sambal sotong atau apa sahaja sambal untuk dimakan bersama.Resepi mudah untuk orang 'bujang' dan kesuntukan masa.Makan gitu je pon Nasi keladi ni dah sedap.





WW#73: Gula Tarik Terengganu!

Assalamualaikum...


Sedap.. :)
Tahu tak??



Biskut berlapis Cream Cheese Badam

Assalamualaikum...


Kawan-kawan, aku ada resepi untuk buat pencuci mulut yang paling mudah!!! ^^
Serius aku dah lama sungguh tak mencuba masak memasak kat dapur.Sejak balik Johor ni aku memang ke dapur masak ala kadar je.Kira untung la kalau aku ada buat ayam lemak cili padi tu.Kalau tak,memang ikan goreng jela.hihihi ^^

Okla.Tak mahu membebel panjang,aku share la ea resepi untuk biskut Cream Cheese Badam aku ni.Gambar bawah ni barang-barang aku nak buat Biskut Cream Cheese Badam.Tapi patutnya kena ada Full Cream Milk.Aku boleh pulak terlupa beli.Start daripada tu,aku dah mula buat Biskut Cream Cheese Badam aku ni ala versi Ayut Sdn Bhd.hahahaha :p Sebenarnya biskut tu pon asalnya Hup Seng Cracker Delux.Aku cari-cari kat Pasaraya Wellward Parit Raja tu takde.Memang aku rembat biskut cracker yang aku suka tu jela.^^



Langkah-langkah membuat:

(A)
1. Pukul cream cheese sehingga kembang dengan hand mixer. *Hand mixer aku dah rosak pulak time tu sebenanarnya.Aku guna Blender ok!*
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat Marigold (kalau tak minat manis,tak payah letak banyak) *Aku masukkan siap-siap dalam blender sikit,lepas tu lagi sikit masuk bila dah kembang*
3. Masukkan sedikit susu full cream dan pukul semula hingga sebati. *Oleh kerana lupa beli,aku guna santan ok!Jangan banyak.1 sudu pon cukup dah sebab nak bagi lemak je*

(B)
1. Ambil biskut,celupkan ke dalam susu full cream dan susun dalam bekas. *Susu full cream takde aku celupkan dalam milo*
2. Siap susun satu lapis,letak bahan bancuhan (A) atas susunan biskut yang telah disusun.
3. Ulang langkah 1 dan 2.Sementara tu, bila dah sampai separuh lapisan,taburkan hirisan badam di atas bahan bancuhan (A) sebelum disusun semula biskut di atasnya.
4. Di akhir lapisan letakkan lebihan bahan bancuhan (A) kesemuanya. *Aku tak mahu ambil risiko takut muak,aku letak nipis je ^^ *
5. Masukkan dalam peti sejuk bila dah siap buat susunan pyramid korang ^^ 


Beginilah rupa bentuk Biskut berlapis Cream Cheese Badam.Aku dah banyak midified resepi ni sebab last minute baru perasan banyak benda takde dan ada yang aku saje nak tambah.Mungkin korang pon boleh rombak resepi ni ikut citarasa korang jugak ^^
Waktu sejuk memang sedap makan.Meletop lah!I like.Nanti nak buat lagi bila ada masa sebab sangat senang ^^

Puasa-puasa entry makan-makan la pulak.Sebenarnya nak share resepi untuk nanti bolehlah try buat berbuka puasa.Aku pon buat untuk makan lepas berbuka.Sedap!
Selamat Mencuba yer^^



Resepi asal: Nurul Yui. [Nak lebih faham bolehlah check it out there!]






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...