Followerku..

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Pembayaran PTPTN melalui potongan gaji

Assalamualaikum...

Kesunyian kejap sebab kesibukan melayan kehendak dan kemahuan diri serta keluarga sempana hari raya gamaknya.hahaha. Bertahanla sebab setahun pon sekali je kan. Layankan jela.

Eh...macam baru haritu cerita pasal pembayaran PTPTN secara online. Baru ni pula kecoh pasal nak tolak gaji kakitangan awam. Fuhh....dahsyat la kalau tengok slip gaji kakitangan awam lepasni kalau diluluskan.


Bertabahla ye kakitangan awam.
Pada aku benda ni ada baik ada buruk ye. Baik pastinya kepada pihak PTPTN,yang buruk pula semestinya kakitangan awam. Gaji bersih pasti tak berapa nak banyak. Kan? Nak cakap positifnya juga nanti hutang korang terbayarla kan. Hutang wajib bayar tau.huhuhu.

Pada aku benda ni bergantung pada individu. Oleh sebab segelintir yang sampai kena senarai hitam tu, peminjam lain juga terpalit sekali.haish. malaysian oh malaysian. Apa pon, kepada yang dah membayar syabas diucapkan untuk anda! Kepada yang belom pon sikit bayar,bawa-bawala bayar. Bak kata orang,dah pinjam tu pandaila nak pulang. Ingat ye!


See ya!

Pemergian 12.02.15

Assalamualaikum...



Salam takziah buat semua keluarga kedua-dua almarhum..
Moga kalian berdua bersama orang-orang yang beriman..
Moga Syurga tempat kalian berdua.
Amin...

Kedua-duanya aku membesar dengan melihat sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.
Terkesan.


Al- fatihah.


Amin....






Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Assalamualaikum...





Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri-Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-56 pada 22 November 2014 bersamaan 29 Muharram 1436 Hijrah.

Semoga Allah Melanjutkan Usia Tuanku. ^^

Daulat Tuanku.

.........................................................

Congratulations to His Royal Highness the Sultan of Johor,Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sovereign ruler of Johor Darul Ta'zim in conjuction with His Majesty's 56 birthday on November 22nd, 2014 corresponding to 29th Muharram 1436.

Wishing His Majesty sultan Ibrahim a very happy and blessing birthday clebration from Ayut and all Johorean.

Daulat Tuanku.


Harini Cuti Umum bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Petang Ahad, 23 November 2014 (sumber) bermula pukul 3 hingga 5 petang juga akan diadakan minum petang bersama rakyat yang dianjurkan di Dataran Bandaraya,JB. Bolehla sesiapa yang kelapangan untuk minum petang bersama ^^
Moga Allah sentiasa melindungi Johor dan seluruh Malaysia.Amin.


Pengisian minyak by liter

Assalamualaikum...

Harini nak cerita isu semasa. Sekarang ni sibuk aku tengok wassup group,facebook dan juga bolg-blog cerita pasal rounding kat pam minyak. Pastu mulalah timbul suruh pengguna mengisi minyak cakap nak isi berapa liter bukan ringgit. Logik kah?




Jawapan aku sebagai seorang pekerja pam minyak ianya adalah logik. :) sebulan adalah tak kurang daripada RM5.00 untuk rounding sahaja. Harap maklumnya.

Nak dijadikan cerita memang sekarang ni pelanggan yang datang dah mula cakap..dik isi 20 liter ye... Staf aku pon mula la buat soalan 20 liter berapa ringgit ek?? Hahaha. Bersedia kalkulator jela jawab ye. Sebagai pengguna sebenarnya ada satu button kat pam tu korang boleh tekan supaya bagi amount ringgit ataupon liter tu menjadi genap tapi itu bagi pengguna yang mengisi penuh. Kalau tak memang rounding tu sentiasa ada ye. Tengok setting pam tu pon iya jugak. Pihak syarikat minyak itu yang mahukan ada sampai 3 titik perpuluhan. Pengusaha hanya pasang je ye. Jangan tunding jari terus ke pengusaha pam minyak. Kesian diorang.hahaha. Fikir balik nape diorang perlu buat sampai 3 titik perpuluhan? Mesti ada sebabnya kan. Faham-faham jela.

Nak cakap banyak pon tak pandai. Yang pasti ada logiknya kalau cerita pasal rounding ni. Apa pon bila barang keperluan naik kenala bijak buat perbelanjaan dan bijak dalam mengurus wang anda.

Nasib makan gaji gamaknya. Nak berniagalah nanti boleh mohon TEKUN. TEKUN kan dapat peruntukan banyak bajet 2015 ni. Meh la berniaga semua.huhu ^^










22hb August 2014 - MH17

Assalamualaikum...

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa nahas MH17 dan tak lupa juga MH370. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Perginya dengan senyuman kembalinya dengan tangisan. Allahuakbar. Moga kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 dapat dibawa kembali dengan selamat.


22 Ogos 2014. Hari bagi menghormati kepulangan jenazah bagi nahas MH17 daripada Amsterdam. Acara yang dilakukan dengan penuh istiadat. Kepulangan yang tidak dirancang jadi sebegini bagi setiap ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH17. Apa sekali pon,doakanlah yabg terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Al Fatihah buat yang beragama Islam dan penghormatan mengikut agama masing-masing.

Ya Allah peliharalah umat Islam di seluruh dunia dan lindungilah kami daripada tipu daya dan hasad dengki dunia. Amin.

Bulan Kemerdekaan.
Bulan penuh sejarah.
Tahun yang sarat kesyahduan.

Di sini lahirnya sebuah cinta.
MAS teruskanlah kamu terbang.
Aku membesar dengan bangga melihat kamu megah di atas awan.






Membeli Emas!

Assalamualaikum...

Harini cerita pasal emas la pulak ea.hihihi.Yang pasti bukan cerita beli barang buat batal air sembahyang nikah nanti.Ni  cerita aku beli barang kemas untuk sukakan hati sendiri jer ^^ lama dah aku terfikir nak membeli 1 barang kemas ni.Start dulu masa aku mula keje kot dah terfikir nak beli.Akhirnya baru minggu lepas aku dapat merasa membeli barang kemas tu.Suker!


Gambar pon sampai tak jelas amik.Memang kena tukar telefon ni nampak gayanya.huhuhu ^^ (B,nak tepon baru! :p)  Akhirnya dapat beli subang untuk diri sendiri....ke anting-anting ek??Apa beza subang dengan anting-anting sebenarnya?? Tak kisahla...Kira adik-beradik jela dua tu anting-anting dengan subang.

Masa aku survey sebelum beli haritu,Hari Khamis.Harga emas masa tu RM145/g.Time aku dah bulat hati nak membeli ni,aku tanya harga emas sekarang berapa.Boleh auntie tu bagitahu harga emas sekarang RM155/g.Cepat gila harga emas naik.Tergelak aku masa tu.Sabor jela.Nak dijadikan cerita balik.Hari Sabtu lepas ni,aku tanya semula harga emas.Apek tu cakap harga emas sekarang RM147/g.Eh??? 

Boleh pulak harga emas ni main-main dengan aku kan.Sabor jela.Apa pon sekarang harga emas masih rendah lagi sebenarnya.Teringat masa aku tunang haritu.Harga emas mencecah RM190/g.Cian kat En B kita.huhuhu ^^ Kesimpulannya, cepat-cepatlah buat pelaburan kepada sesiapa yang berminat.Nanti kalau kesempitan,boleh kita gadai lagi-lagi kalau gadai waktu harga emas tengah tinggi.Berbaloi.Siapa yang nak kahwin pon baiklah beli awal.Tak rugi.Nanti harga emas dah naik,garu kepala korang wahai lelaki sekalian ^^ Sekarang kalau nak mintak hadiah birthday garang kemas pon boleh tak ek??? :p



Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum....


Tadi petang saje la tengok YouTube.Tengok-tengok yang tengah trending sekarang pasal Jambatan Pulau Pinang kedua runtuh.Aku pon berfikir...Sejak bila ada yang kedua?See??Nampak sangat dah lama tak amik tahu pasal isu semasa.Ni kalau negara Malaysia tercinta ni kena serang pastu sampai darurat kot baru tahu.Aduhai...dijauhkanlah bencana-bencana yang tak baik kat negara Malaysia ni.Amin.


Pernah dengar pasal pembinaan projek ni.Rupanya dah berjalan yer.Tujuan pembinaan bagi mengurangkan kapasiti penggunaan laluan utama jambatan Pulau Pinang yang sekarang ni.Tapi yang kurang bernasib baiknya,hari Khamis yang lepas sebahagian pembinaan jambatan tersebut telah runtuh.Menurut akhbar,sebuah kereta dan seorang penunggang motosikal telah terlibat sewaktu kejadian  runtuhan tersebut.

Tadi malam aku tengok berita TV9, seorang mangsa runtuhan jambatan Pulau Pinang kedua tersebut iaitu Allayarham Tajudin Zainal Abidin meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan.Mangsa dikatakan mengalami kecederaan yang teruk di tulang rusuk dan sebahagian badan.Mangsa meninggalkan seorang balu bersama dua orang anak perempuan berumur 11 dan 7 tahun.

Ajal itu datang tanpa kita ketahui bila.Moga keluarga mangsa terus tabah menerima dugaan yang menimpa.Harapnya lepasni kalau nak meneruskan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua ni kenalah amik serius pasal keselamatan orang awam.kalau nampak ada tak kena tu cepat-cepatlah amik tindakan.Tak nak la orang awam menjadi mangsa lagi.Kalau betul semuanya ikut prosedur mesti kecelakaan dapat dielakkan.Ini masih lagi dalam pembinaan.Nanti kalau dah siap tolonglah periksa betul-betul sebelum diluluskan.Rakyat yang menjadi mangsa nanti.Kesian.

Kredit gambar: Kisahbest.my

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Pastikan cara itu seiring dengan matlamat yang nak dicapai.Pasti kegunaannya dapat dirasakan bersama-sama.Moga menjadi iktibar buat semua kontraktor yang nak ambil apa-apa tender lepas ni yer.Jangan jadikan orang awam sebagai mangsa anda.Wah gitu.Sebelum ni pon dah ada jugak jalan yang ke arah Putrajaya tu runtuh kan?Tu selamat dah dapat tahu awal-awal.Takla sesiapa yang terlibat. ^^



Selamat Hari Mengundi!

Assalamualaikum...



Google pon cerita pasal undi di Malaysia kan... :)


05.05.2013
Tarikh yang dinanti-nantikan oleh setiap penduduk Malaysia.
Tarikh untuk beramai-ramai keluar mengundi!

Kepada yang mengundi...Selamat Mengundi!
Kepada yang dah mengundi,Tahniah dan Terima Kasih!
(eh?dh mcm aku plak calon yer..hihihi)

Harini penentu negara untuk 4 tahun akan datang.Rasa Excited tu ada sebab dah mula memahami serba sedikit kan. Dulu kecik-kecik dengar je mak pergi mengundi.Tapi untuk apa tak tahu.Sekarang dah tahu. :) Semoga semua ye akan berlangsung dan selesai dengan baik. ^^



Facebook in China

Assalamualaikum...


Selamat petang semua.Good evening! ^^
Sekarang aku nak share dengan korang tentang Negara China lagi.
Sebelum ni ada share pasal winter kat China.

Berurusan dengan supplier dari sana,sesekali aku borak-borakla dengan diorang.
Konon nak improve oh my English la sekali kan :p
Tadi baru je chatting dengan Coco Xie dari China.Nak tahu apa aku tanya?



Kalau ada yang dapat baca conversation atas tu akan namapak dia cakap
"no facebook in China"
Ha....means it is true.
Tiada Facebook kat China.

Kat Malaysia?
Pagi, petang,siang dan malam Facebook kot.
So?
Boleh je sosial tanpa Facebook.eh?
hahahaha :p

Rebat RM200 Telefon Pintar!

Asssalamualaikum...


Aku applykan untuk orang sebenarnya benda ni.
Untuk diri sendiri Rebat RM200 ni tak terasa lagi nak isi. ^^

Persoalannya kat sini:
Macamana nak print out slip status permohonan Rebat RM200 ni yang dah berjaya ek?


Masalahnya
Aku dah keluar dulu daripada tempat memohon tu.Ingat yer nak printla esok (harini).Tapi bukak-bukak takde dah maklumat yer.

Cane ek?

Link Membuat permohonan Rebat RM200

Aku tanya aku jawab!

Sebab aku dah telefon pihak SKMM ni.Cepat gila angkat tepon.I like perkhidmatan dia! ^^
Hotline:1-800-88-4040
Adibah yang jadi Customer Service dan melayan semua persoalan aku.
Mekaseh Adibah! ^^

Jawapan mereka:
Untuk permasalahan ini memang permohonan itu sekali mohon memang tak kuar dah info yer lagi kat laman web tu.Kebiasaannya mereka akan hantar email kepada pemohon.
Kalau email tak dapat jugak,jangan risau.
Mereka dah ada rekod permohonan Rebat Rm200 ini dan dealer akan boleh detect permohonan kita hanya dengan menggunakan no IC jika betul memang kita dah berjaya memohon. (oh No.IC!)
Syarat utama untuk tebus rebat jugak dah tak perlukan slip rebat RM200 ni pon sebenarnya.
Hanya memelukan salinan IC sahaja.

Akhirnya terjawab sudah ^^
Ada lagi ke nak memohon?
Silalah memohon yer ^^


Imej Bertudung Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum...


Pagi tadi aku dengar kat HOT FM pasal Dato' Siti.Sempena tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari yang lepas, Dato' Siti telah mengenakan tudung litup sepenuhnya.


Asal gambar ni daripada Instagram Dato' Siti.Kawan aku share kat FB  then letak kat sini.hihihi.Terjawablah sudah desas-desus mengenai penampilan Dato' Siti yang telah bertudung.

Alhamdulillah...Moga segala usaha dan perubahan Dato' Siti untuk bertudung litup sepenuhnya akan terus berpanjangan.Semoga yag baik itu berterusan dan membawa seribu keberkatan buat Dato' Siti dan keluarga.Amin.Kalau memang ayu tu pakai gaya mana pon memang ayu dah.Yang pasti ditutup.Cun sajer!


Anugerah Juara Lagu ke 27

Assalamualaikum...


Lagi 3 hari buat semua penggemar muzik tanahair pastinya menantikan kemunculan Anugerah Juara Lagu ke 27 kan?Aku kat rumah takde TV + internet.Kesimpulannya?Tunggu berita keluar esoknya.hihihi.Majlis Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil (dekat dah ni) pada jam tepat 9.00 malam (takpelah..lupakan nak pergi).





Terdapat 12 lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu yang dipertandingkan:

1. Terukir di Bintang - Yuna
2. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
3. Tanpamu - Amir Jahari
4. Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
5. Idola - Azlan & The Typewritter
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Teman Pengganti - Black & Malique
8. Ku Akui - Hafiz Shuip
9. Simetri - Hazama & Amy Search
10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
11. Patah Seribu - Shila Amzah
12. Lagu - Bedroom Sanctuary


Dalam banyak-banyak tu aku agak yang boleh dapat Terukir di Bintang dengan Patah Seribu.Lagu dia menarik perhatian.Tapi dalam pertandingan ni kadang-kadang tidak dapat di jangka keputusan juri.Ye dak?Siapalah yang bakal gantikan Yuna untuk nyanyi lagu Terukir di Bintang nanti kan.Yuna terpaksa menarik diri kerana komitmen pada penerbitan album terbarunya di LA.Terpaksalah lagu bertanding tanpa tuan.hihihi.Esok keputusan untuk pengganti Yuna akan keluar.Kita nantikan pembawa lagu ni yer....


Jadinya, kepada peminat muzik tanah air,jangan ketinggalan untuk menyaksikan Siaran Langsung di TV3 dan kalau rajin bolehlah tengok live di Stadium Putra Bukit Jalil.


kredit: TV3








AFF Cup 2012: Bukan Rezeki Harimau Malaya

Assalamualaikum...


Ada sesiapa menonton perlawanan bola malam tadi?
Masih kecewa?Masih membara segala perasaan?
Aku tak tengok sebab TV kat umah takde dan aku tak ke mana-mana nak tengok walaupun ada plan nak ke mamak.Tapi tak jadi last minute.Takpela.
Aku sekadar mendengar.Dengar abang umah depan tu yang sokong Thailand *tak patriotik sungguh* gan dengar radio.

Harimau Malaya menentang Gajah Putih.
Keputusan Perlawanan Harimau Malaya tewas 0 - 2 dengan Thailand yang mana segalanya berlaku apabila Malaysia kekurangan seorang pemain.

Pagi hari tengok-tengok video yang menjadi kontroversi.
Tidak mengapa.Panjang lagi perjalanan Harimau Malaya selepas ini.Lagi 2 tahun pertingkatkan lagi usaha untuk Suzuki AFF Cup.
Pujian buat penjaga gol Farizal dan semua pemain kerana telah berusaha.
Syabas buat Harimau Malaya.


Jadinya Final nanti Singapura bertemu Thailand.
All the best buat mereka.
Lepasni kita perhatikan pulak Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia dan kemeriahan pemain-pemain dalam Piala Malaysia ye.
^____^




Ni main ke apa?

Assalamualaikum...


Berita Kredit: Kosmo!

Pendera: Bapak Tiri, 32 tahun
Didera: Anak tiri
Isteri: ???

Dimanakah ibu sewaktu anak-anak memerlukan belaian dan kasih sayangmu...?



Sekali tengok gambar pertama macam bermain angkat-angkat tu kan.Tapi rupanya mendera.Mentang-mentang dia dah besar.Sesuka hati je kan buat anak orang macam tu.Untung tinggal jaga je.Tu pon tak nak.Payah jugak nak faham manusia ni.Yang mrakam ni pon pelik.Pergi post kat Facebook.Dari post ke Facebook baik terus pergi buat laporan polis.huhuhu.


^____^

Gajah Dilanggar Mati

Assalamualaikum...




Seekor gajah betina berusia 2 tahun mati setelah dilanggar keretapai penumpang yang bergerak laju.Kejadian telah berlaku di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Mahananda,India.

[kredit:Kosmo!]


Macamana la orang tu bawak tren.Dah la dalam pusat pemuliharaan tu pon nak bawak laju-laju.Tak sempat nak membesar gajah tu.Umur tak panjang.Takpelah.Harapnya gajah tak la pupus kalau dalam tempat pemuliharaan pon boleh dilanggar.Ada tak dapat nak kenal gajah kang generasi akan datang.Gajah sekarang nak tengok pon kena pergi zoo.Tempat untuk mereka pon dah tak banyak kan.Yang penting kenalah ada perancangan untuk mengawal masalah berkaitan kepupusan ini.Pusat pemuliharaan adalah salah satu caranya.Tetiba terfikir,'mak dia mesti carik nanti kan.....'Mak gajah kan jaga anak dia.Betul tak?



Mode: Sayu!





|| PrayForGaza || - Rentetan Peristiwa di Palestin

Assalamualaikum...


Setiap ceruk aku pergi mesti ada cerita pasal kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza di Palestine.Aku mencari-cari punca utama segala ini bermula.Bagaimanakah pencabulan hak asasi ini tercetus sehingga saat ini beribu-ribu telah terkorban.Sehingga saat ini terlampau ramai wanita dan kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa.

Menyingkap mengenai bermulanya kekejaman zionis di bumi Palestine sebenarnya bukan pendek rentetan sejarahnya.Aku membaca.Aku terkesima dengan apa yang telah berlaku selama sejarah ini bermula.Kejam.Aku yang tidak berada di dalam suasana kekejaman zionis tetap merasa takut, inikan pula saudara kita yang berada di tempat kejadian.PrayForGaza!




Rentetan sejarah tercipta bermula 28 September 2000.Memikirkan bahawa Gaza adalah kubu kuat bagi kepimpinan HAMAS,rejim zionis mengisytiharkan untuk melakukan sekatan.Pergolakan FATAH (Mahmoud Abbas-dilihat banyak bersekongkol dengan zionis) dan HAMAS (pimpinan yang memperjuangkan hak Palestine) serta campur tangan negara seangkatan zionis telah mencetuskan pelbagai rancangan dan tindakan bagi menjatuhkan dan menghapuskan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh Rakyat Palestine bagi mempertahankan hak serta mengembalikan tanah air mereka.Hak Mereka!

Kenapa FATAH-HAMAS? Pengiktirafan FATAH terhadap Israel dan HAMAS pula sama sekali tidak mengiktiraf kewujudan Israel.Fahami Mengapa!


Awal 2008 bermulalah segala serangan berdarah.Dengan rancangan yang direncana,tercetuslah rentetan peristiwa dengan melibatkan ramai orang yang tidak bersalah terkorban dan ramainya kehilangan ahli keluarga,tempat tinggal,makanan dan segala keperluan sehingga kini serangan besar-besaran terhadap Gaza.PrayForGaza!


Mungkin ada lagi informasi yang lebih tepat.Namun pada aku,aku mulai faham bagaimana ini semua bermula.Sebenarnya memang inilah yang zionis mahukan.Setelah dendam dan kuasa yang diinginkan tersimpan sekian lama.Keinginan membina "Haikal Sulaiman" di runtuhan Masjid Al-Aqsa dan membina pusat pimpinan zionis antarabangsa adalah yang seterusnya.Gaza adalah permulaan bagi mereka.Ya Allah, Selamatkanlah Bumi Palestine!


Kenyataan.Serangan berdarah sedang melanda di Bumi Gaza.Fakta.Mereka adalah saudara-saudara kita.Sedih.Doalah senjata kami buat saudara-saudara di sana.Kekuatan.Memohon perlindungan Allah buat saudarasaudara seagama kita di sana.Amin.




Walaupun informasi yang ada adalah isu lama,namun di situlah wujudnya pemahaman kenapa ini semua terjadi.Wujudnya pemahaman, apakah sebenarnya yang diperjuangkan.Fahami bukan mengadili.




p/s: Blog ni ada UPDATE  mengenai Serangan Di Gaza.





Kerana Facebook or Diri Sendiri?

Assalamualaikum...





[Kredit: Kosmo, 8 Nov. 2012]


Kejadian berlaku di Batu Pahat,Johor. June 2012.
[Google]


Kejadian di Lenggong, Perak.
[Google]



# Macamane pulak boleh jadi gini?Siapakah yang patut dipersalahkan kalau jadi semua ni?mmm...
Kadang-kadang bila ikut sangat perasaan memang bawa binasa.Kalau hanya melibatkan diri sendiri takpe,tapi ni nanti keluarga jugak bermasalah.


Jom la kita renung-renungkan.
^_____^



p/s: Kak Ina, brooch tudung dah dapat.Tapi macam orang lain punye je ni.huhu.Hijau kan ayut punye?



Taufan Sandy!

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni Petaling Jaya hujan je bila petang.Aku setiap hari balik umah waktu rehat angkat baju pastu pegi office balik.Rutin harian bila umah dekat dengan office.hahaha.Semalam sebelum aku MC aku terpandang la berita utama kat The Star ni."New York brought to its knees".Tajuk yang menggambarkan betapa teruknya Ribut Taufan Sandy melanda belah timur US pada 29 Oktober yang lepas.Serius aku baru tahu semalam.Al maklumlah orang kurang prihatin gini la jadinya. -_-"

ni gambar dari satelit.

Tadi pagi aku searchla pasal ni.Setakat kat Malaysia ni pon hujan lebat bukan main.Ni lagi sebesar tu melanda US.Memang boleh tenggelam la jawab ye ibu negara tu.Bandaraya New York dikatakan telah lumpuh dengan terputusnya bekalan elektrik dan banyak prasarana yang musnah.Selain itu,taufan ini juga telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.Barack Obama juga telah mengisytiharkan bahawa ini adalah bencana paling buruk pernah melanda bandaraya tersebut.Dunia dah semakin tua.Dugaan juga kadang-kadang tanpa disangka.Peringatan buat semua.Sebaik-baik percaturan,Allah jua penentu segalanya.Harap tidaklah berlarutan. Semoga Allah melindungi saudara kita di sana.Amin.

Kita tengok gambar jom!

Sandy Hurricane

Sandy Hurricane

Sandy Hurricane






Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh tengok.Tapi korang carik je kat Google tu mesti jumpa.Gambar fake pon ada (ada jugak yang amik kesempatan).

Ya Allah,jauhkanlah malapetaka dan bahaya daripada kami dan lindungilah kami dari kesulitan yang tidak mampu kami tanggung.
Amin.






Kredit: Melurhasanah, MyNewsHub, Fuhsantai, BHarian, Wanista

Kisah CoolBlog!

Assalamualaikum...



Itu dia duta terbaru Coolblog.
Heliza Helmi! [source: FB Heliza]

Sepanjang benda ni popular di antara korang,baru sekali aku minum.hihihi.
Disaat berjalan-jalan mesti korang suka beli ni kan.
Aku kurang cikit bab-bab minum ice blended ni tapi aritu sekali minum memang puas lah!
Siap dengan pearl (bentuk bulat-bulat wane itam) dia tu kan.
Aku rasa tak yah dah minum lain.Kenyang dah minum 1 coolblog.

Apa itu Coolblog?
Ayat mudah nak paham = Ice Blended + Bubble Tea 
Sebenarnya CoolBlog ni jenama dia.
Basic benda ni Ice yang di blender pastu letak perisa dengan tambah pearl.
Perisa dia banyak ok!

Halal ke CoolBlog ni?
Sebelum ni ada kuar kat Ejen Halal TV Al Hijrah kalau korang perasan la.
Membincangkan isu minuman-minuman untuk trend sekarang ni kan.
Aku carik2x kat Youtube xdok pulak.
Tapi jumpe link ni




ooo...gitu ke cara buat pearl yer.huhuhu.
mekasehla sape yang upload rakaman ni yer..

Pasni kena tengok la yer tanda Halal Jakim di kiosk-kiosk yang jual CoolBlog ni.

Heliza jadi duta coolblog ni dan dia ada cakap,
..Coolblog ni halal termasuk pearl yer..

Siapa cipta dan dari mana bermula boleh pergi ke


Selamat membeli dan mencuba Coolblog yer.
Berhati-hati dalam membeli
:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...