Followerku..

Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Pembayaran PTPTN melalui potongan gaji

Assalamualaikum...

Kesunyian kejap sebab kesibukan melayan kehendak dan kemahuan diri serta keluarga sempana hari raya gamaknya.hahaha. Bertahanla sebab setahun pon sekali je kan. Layankan jela.

Eh...macam baru haritu cerita pasal pembayaran PTPTN secara online. Baru ni pula kecoh pasal nak tolak gaji kakitangan awam. Fuhh....dahsyat la kalau tengok slip gaji kakitangan awam lepasni kalau diluluskan.


Bertabahla ye kakitangan awam.
Pada aku benda ni ada baik ada buruk ye. Baik pastinya kepada pihak PTPTN,yang buruk pula semestinya kakitangan awam. Gaji bersih pasti tak berapa nak banyak. Kan? Nak cakap positifnya juga nanti hutang korang terbayarla kan. Hutang wajib bayar tau.huhuhu.

Pada aku benda ni bergantung pada individu. Oleh sebab segelintir yang sampai kena senarai hitam tu, peminjam lain juga terpalit sekali.haish. malaysian oh malaysian. Apa pon, kepada yang dah membayar syabas diucapkan untuk anda! Kepada yang belom pon sikit bayar,bawa-bawala bayar. Bak kata orang,dah pinjam tu pandaila nak pulang. Ingat ye!


See ya!

Diskaun 10% Pembayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum...


Wah...pagi-pagi aku dah buka cerita pasal hutang. Lemah semangat dibuatnya.hahaha. Alaa....kang tak cerita tak ingat pulak diri ni berhutang. Ingatye, hutang WAJIB dibayar walaupun tak diminta. Jangan buat-buat tak tahu pulak. ;)

Okla. Sekarang nak bagitahu aku sekarang bayar hutang PTPTN melalui online banking. Yes.Dulu aku sangat tak menggalakkan korang guna online sebab takut tak masuk ke apa ke kan. Sekarang aku takde pilihan. Kaunter jauh. Tawakkal. Namun, setiap bulan aku akan periksa penyata akaun. Gigihkan aku? *duit woiiii..duit!!*

Baru ni aku tengok,aku dapat diskaun 10% pembayaran balik pinjaman PTPTN ni. Terus fikir. Oooo...ni ke diskaun yang diperkatakan tu??? Hahaha. Kenapa pertengahan tahun baru ada? Bukan katanya awal tahun? *Positif-positif.peminjam ada berjuta tu*Ingat tak korang sebelum ni KERAJAAN ke BADAN PTPTN,aku tak ingat bagitahu pasal pemberian diskaun kepada peminjam yang membayar secara konsisten setiap bulan...? Inila benda alahnya. Sebulan pembayaran dia bagi. Selamat rm180 aku untuk sebulan. :p 

Terima kasih PTPTN. cewahhhh.hahaha. 

Ada jugak dulu tu bagitahu pasal diskaun jika membuat pembayaran habis terus kan? Kalau tu aku buat menangis nak cari RM 20,000++. Hahaha. Apa pon,korang yang menggunakan PTPTN ni buatlah bayaran balik. Sikit pon dah ok. Lama-lama berkurang jugak. Bantula pulak adik-adik bawah kita ni nak masik IPT. *aku dah kira umor 40tahun baru habis hutang PTPTN ni.menangis!!*

Okla. Tu je nak bagitau. Korang cubala periksa penyata akaun pinjaman korang. Tengok apa la diorang dah kemaskini.

www.ptptn.gov.my

Salam pembayar hutang!
Janji ditepati la ni kan kalau aku buat entri ni??
Hahaha.
Ok bye!




Pembayaran PTPTN secara Online

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua :) Harini aku bersiaran lagi.hihihi.Mood pon biasa-biasa je.In equilibrium state ^^ 2 hari menyepi nampak gaya tidak berkesempatan secara berterusan untuk update blog.Tapi takpe,aku akan teruskan jugak sebab kadang-kadang aku suka baca cita yang aku tuliskan kat sini.Mengimbau kenangan lalu. ^^ Selain aku berkongsi,nanti mesti ada kawan-kawan yang prihatin dapat bagi nasihat yang membina.I like! ^^

Okla.Harini nak cerita pasal PTPTN.Rasa sebelum ni ada cite jugak.Cite pasal Ujrah yang 1% tu.Hope sesiapa yang terlibat dapatlah paham pasal Ujrah tu.Harini nak cerita pasal tanggungjawab untuk membayar.Bila dah hutang,wajiblah bayar.Rasa isu ni pon tak perlu dipolitikkan kot.Dah memang kalau namanya hutang.Tapi kalau ada yang nak tolong bayarkan tu adalah satu bonus.Tak gitu?hahaha ^^

Jom nak ajar membuat pembayaran PTPTN secara online ni yer.Aku guna Maybank2u.Tapi aku rasa setiap bank pon sama je cara yer.Jom belajar!

Perkara yang perlu tahu semasa membuat pembayaran PTPTN secara online:
1. Ada akaun bank online.
2. Nombor surat tawaran PTPTN (nak tahu boleh telefon pusat PTPTN - 0320804455)
3. Duit dalam akaun :)

Step:
1. Log in Maybank2u
2. Account & Banking --> Click
3. Bill Payment --> Click
4. Make a one-off payment --> Click
5. Silalah cari All Payee --> PTPTN (rujuk gambar di bawah)

6. Akan kuar page yang korang kena isi:
     - Amount
     - No. Surat tawaran (8 digit)
     - No. IC
    Continue --> Click
7. Senarai yang korang dah isi sebelum ni akan dipaparkan.Kalau confirm betul semua isi la TAC nombor.

*TAC nombor ni korang kena request.Pastu dia akan hantar nombor TAC ni ke Telefon bimbit korang yang telah didaftarkan.Benda ni pon memang kena buat awal-awal la.Kalau tak urusan secara online korang tak boleh dilakukan.Kalau CIMB atau bank-bank lain tak pasti apa nama dipanggil benda ni.

8. Confirm --> Click

Akhirnya korang dah laksanakan tangungjawab korang untuk bayar hutang.Alhamdulillah.Buatlah setiap bulan ea.Harap-harap setel cepat nak membayar yer.Penat tengok hutang ni.hihihi ^^ Selamat membayar hutang buat peminjam-peminjam sekalian. :) Sebelum terlupa.Caj pembayaran guna Maybank2u online ni RM1.00 tau.Jangan pulak nanti terkejut nape duit dalam akaun kurang RM1.00.hihihi :p

Note: Kalau korang nak cetak penyata pinjaman (kira nak tengok baki kena bayar), korang kena tahu Nombor Pinjaman (6 digit).Kalau nak tahu boleh je telefon pusat PTPTN ea. ^^





Di saat Kehilangan...

Assalamualaikum...

Tiga hari aku tak melawat blog aku sendiri apa ntah lagi melawat blog kawan-kawan.Hari ni online tetibe dah ada kat kampung halaman.Home sweet home!hihihi.Sebenarnya cuti terus start Cuti Krismas aritu.Tapi semalam aku sibuk dengan PTPTN.Semua tahu kan apa tu PTPTN?

Sepanjang 2012 ni PTPTN banyak bercerita pasal Ujrah.Pernah dengar?Pertukaran daripada 3% (interest) kepada 1% dan perjanjian Ujrah ini adalah perjanjian yang jelas.Apa yang jelas?Jelas ye upah yang kena bayar tertulis dalam perjanjian.Ni yang aku paham berdasarkan perjanjian la yer.Tiap bulan pon korang akan bayar kurang sedikit daripada perjanjian asal.Bayar konsisten yer.Takla akan ada sebarang masalah.Ingat yer,masa pinjam kita senang,sekarang masa untuk kita bayar balik pinjaman.Lepas 3 bulan kalau tak seperti yang dalam perjanjian aku akan isukan semula ea.huhuhu.Apa yang pasti aku tak buat potongan gaji.Sebab ada dengar gak kekurangan kalau bayar dengan potong gaji ni.Aku akan bayar secara by hand.Haaaa...kelebihan bila duduk KL.Senang nak membayar ^^

Selesai urusan PTPTN aku.

Aku balik kampung la..kan cuti.Yeayyy!!hahaha.Alhamdulillah aku sampai dekat kampung dengan selamat petang tadi.Petang sampai-sampai je dapat jumpe anak angkat baru!


2 ekor sekali!Comel yela korang ni kan.hahaha
Dua-dua belum ada nama.Esok kalau panas memang nahas 2 ekor ni kena mandi gan aku.hahaha.
Bila di kampung.Refreshing!



Jom lawat kawan-kawan!
^___^



till then.
ayut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...