Followerku..

Showing posts with label New York. Show all posts
Showing posts with label New York. Show all posts

Taufan Sandy!

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni Petaling Jaya hujan je bila petang.Aku setiap hari balik umah waktu rehat angkat baju pastu pegi office balik.Rutin harian bila umah dekat dengan office.hahaha.Semalam sebelum aku MC aku terpandang la berita utama kat The Star ni."New York brought to its knees".Tajuk yang menggambarkan betapa teruknya Ribut Taufan Sandy melanda belah timur US pada 29 Oktober yang lepas.Serius aku baru tahu semalam.Al maklumlah orang kurang prihatin gini la jadinya. -_-"

ni gambar dari satelit.

Tadi pagi aku searchla pasal ni.Setakat kat Malaysia ni pon hujan lebat bukan main.Ni lagi sebesar tu melanda US.Memang boleh tenggelam la jawab ye ibu negara tu.Bandaraya New York dikatakan telah lumpuh dengan terputusnya bekalan elektrik dan banyak prasarana yang musnah.Selain itu,taufan ini juga telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.Barack Obama juga telah mengisytiharkan bahawa ini adalah bencana paling buruk pernah melanda bandaraya tersebut.Dunia dah semakin tua.Dugaan juga kadang-kadang tanpa disangka.Peringatan buat semua.Sebaik-baik percaturan,Allah jua penentu segalanya.Harap tidaklah berlarutan. Semoga Allah melindungi saudara kita di sana.Amin.

Kita tengok gambar jom!

Sandy Hurricane

Sandy Hurricane

Sandy Hurricane






Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh tengok.Tapi korang carik je kat Google tu mesti jumpa.Gambar fake pon ada (ada jugak yang amik kesempatan).

Ya Allah,jauhkanlah malapetaka dan bahaya daripada kami dan lindungilah kami dari kesulitan yang tidak mampu kami tanggung.
Amin.






Kredit: Melurhasanah, MyNewsHub, Fuhsantai, BHarian, Wanista
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...