Followerku..

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Kad Raya Esklusif!

Assalamualaikum...


Aha....ingat lagi tak aku janji nak bagitahu satu-satunya kad raya aku terima tahun ni? Hihihi. Sangat esklusif ok aku rasa bila ada satu-satunya kad yang sampai untuk tahun ni. Terima kasih kerana masih ingat aku dan mengenang diriku yang jauh ni.

Ok jom tengok kad raya yang esklusif ku terima daripada Kak Mimie!!!


Alhamdulillah selamat aku terima sehari sebelum berangkat ke Perak.
Kerana kad raya ni jugakla aku menjelma semula ke alam blog ni.huhuhu. seram je rasa siap beralam-alam. Terima kasih kak Mimie. Maaf tak dapat nak membalas kad raya yang diberi. Insya Allah akan dibalas tahun depan kalau umur panjang...Tak tipu ni. :) 

Sangat terkejut waktu terima kad ni. Terharu sebab masih ada yang ingat :')



Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya 
Maaf zahir dan batin.

Semoga raya yang telah menjelma ini memberi seribu kebahagian dan kerahmatan buat semua umat Islam di dunia ini.amin.

Ok terasa kembali aura akad nikah dulu-dulu.kikiki. Ini jela baju raya kitorang pon. 1st year as husband and wife sambut Hari Raya. :)


Buat kawan semua dan pembaca blog akuayut ni, maaf ada salah silap atau terkasar bahasa dalam menulis dan bersahabat ye. Maaf juga kalau ada terlambat untuk menjengah semula blog kawan-kawan. Insya Allah akan dibalas juga kunjungan. :)

Walaupun terlambat moga masih lagi ada keceriaan korang baca ucapan raya ni ea.hahaha. Sungguh tak sopan rasa bagi ucapan lambat-lambat ni. Okla. Next entry nak bagitahu kita dapat satu-satunya kad raya pada tahun ni.Nak tahu dari siapa? Wait and see next entry ye!!

Salam Aidiladha 1434H

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...harini Jemaah Haji akan berada di Mina untuk melontar selama 3 hari (10,11 dan 12 Zulhijjah) setelah mereka wukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.Moga semua jemaah haji yang dianggarkan seramai 1.2 juta di Makkah tanah haram dapat melakukan segala ibadah dengan sempurna dan selamat.Amin.

Lambaian Kaabah.Insya Allah,mudah-mudahan Allah memberikan peluang untuk aku jejak ke sana.Amin.Tengok siaran TV semalam semasa kakitangan menukar kain Kaabah macam best je kalau dapat tengok live. :) Lama betul mereka tukar.Besar tanggungjawab mereka kan ^^

*google image*

Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam.
Selamat menyambut Hari Raya Korban.
Marilah kita bersama-sama perbanyakkan amalan,doa serta zikir sepanjang menyambut Raya Aidiladha ni.
Maaf salah silap.
Berziarah sedara-mara.
Eratkanlah ikatan silaturrahim yang terbina.

Manfaatkanlah cuti yang anda semua dapat yer.
Kepada yang bekerja harini,niatlah kerana Allah.
Mudah-mudahan menjadi ibadah di jalan Allah.

Harini aku melawat nenek kat kampung.Jumpa sedara-mara di kampung.Lama tak balik kampung.Agenda membuat lawatan akan di sambung apabila pulang daripada kampung nanti yer ^^ Berhati-hati dijalan raya kepada yang memandu. ^^

Cerita Baju Raya Peplum

Assalamualaikum...

Akhirnya aku telah mempunyai koleksi peplum!
Inilah baju peplum yang pertama aku ada.Aku rasa ntah bila lagi ntah nak ada tambahan koleksi.huhuhu ^^ Baju raya ni pon sehari sebelum raya baru aku beli.Hatinya yang terasa malas nak beraya tu tetiba nampak baju ni terus nak belilah.Aku beli pon kat ekspo Batu Pahat je.Petang-petang jalan lepas balik kerja boleh pulak aku singgah situ ^^

Aku suka tang kain dia.Cuba tengok kain baju tu kan ala-ala kain songket.Serius suker!Memula aku macam tak jadi beli sebab En B kita tu merajuk dengan kita.huhuhu. ^^ Tapi aku nekad nak jugak.Belilah jugak petang tu dengan hanya harga RM70.00. Murah ke mahal ek?? =.=" Pastu En B dah tak majuk dia cakap "Cantik!" hahahaha :p Tu la merajuk lagi :p


Malam raya borak-borak dengan kakak-kakak sibuk aku promote baju peplum ni.Cakap membebel baju yer cantikla.Baju ye okla.Kainnya cantikla.Sampai kakak aku cakap aku poyo.hahahaha :p Sebenarnya excited dapat jumpa baju yang memang aku suka ^^


Aku pakai masa raya pertama.
Amik gambar 1 terus send bagi kat En B.
Tak pernah-pernah memuji,bukan main lagi pagi tu dia puji.hahahaha :D
Terima kasih,dear!

Oleh kerana memula aku target nak berkebaya pagi raya tapi tak dapat,peplum pon jadilah buat pengubat hati.Terasa la jugak sehari tu macam Hari Raya.Mood ye muncul pagi raya dengan suasana anak-anak sedara yang meriah tu kan.


Kisah baju raya peplum.
Tak dinafikan peplum memang best ^^
Siapa yang takde lagi koleksi belilah ea peplum.
Nanti nak cari peplum yang cantik-cantik lagila.


Khamis Yg Spontan: Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum...



Baru berkesempatan nak ucap ni kawan-kawan.
Takpela kan janji ada buat ucapan ^^
*ingat PM apa nak buat-buat ucapan.hahaha :p*


Raya VS Kahwin

Assalamualaikum...


Tajuk entry siap nak ada perlawanan bagai kan.Tak nak mengalah.Menyampah tau ;p Tak tahu nak mula dari mana tapi apa yang aku tahu memang persiapan kahwin semua tergendala.Persiapan raya pon tak berjalan mana.Keputusannya seri! 1-1 hahahaha :p

Persiapan kahwin memang takde update apa-apa pon.Semua sama seperti dulu lagi.Aku berhentikan seketika semua persiapan.Idea apa pon tak datang jadinya memang kena stopla kan :) Nanti kalau buat jugak maknanya memang takkan jadi.Aku ni lain sikit.Kalau mood ye takde memang takkan jadilah benda tu.Daripada nanti aku buat tak cantik,tak jadi baik aku tutup semua kotak yang ada,lepas tu pergi tenangkan hati dan perasaan ^^




Raya tinggal esok je.Raya tu nanti memang apa yang ada jela.Tak tahu nak komen panjang tentang raya ni.Cuma yang aku tahu raya tahun aku memang suka ye satu je.Anak sedara semua balik.haaa...aku cuma sediakan duit raya utk diorang je awal-awal.Selain daripada duit raya diorang aku memang tolak tepi. ^^ Buat kuih pon sebab ada yang nak membuat.Bila ada kawan tu,nak tak nak terbuatlah jugak kan kuih ye ^^

Persiapan korang apa cerita pulak?
Mesti meriah kan ^^ Best yer la tengok persiapan raya orang lain.Meriah!
Kad raya dah pos dah haritu.Tak tah la sempat ke tak sampai sebelum raya ^^
Apa pon semoga semua gembira ye di hari raya nanti ^^




Selamat Menyambut Deepavali!

Assalamualaikum...

Esok Cuti!!
(kaitan dengan tajuk? *~*)


Alhamdulillah negara Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa.Mereka raya,kita dapat cuti.Kita raya,mereka yang lain pon boleh cuti.Syukur dengan nikmat keamanan dan kegembiraan ini.Esok kita akan menyambut perayaan Deepavali khususnya kepada mereka penganut agama Hindu. Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya di kalangan mereka kerana mereka akan memasang pelita yang berderet(kebiasaannya) mengikut kepercayaan mereka [SINI].

Tradisi biasa yang boleh kita nampak bila Perayaan Deepavali adalah "Kolam"."Kolam" kebiasaan yang akan kita nampak diperbuat daripada beras(bijiran) yang telah diwarnakan yang akan diletakkan di atas lakaran lantai dan kebiasaannya depan pintu umah mereka."Kolam" ini mempunyai maksudnya yang tersendiri [SINI].Pada aku benda ni memang kreatif.Aku tengok daripada kesenian ye la.Gigih kot nak buat benda ni.Harap tangan tak kreatif aku memang senget benget la jadinya.hihihi.Contoh "kolam" macam kat bawah ni.


Kebiasaannya masyarakat India akan menyediakan santapan tradisi mereka iaitu Maruku.Aku rasa makanan ini memang dah sebati di kalangan semua masyarakat.Dah macam kerepek.Maruku juga ada macam-macam bentuknya tapi,di bawah ni adalah bentuk asal maruku yang betul-betul mengikut tradisi Masyarakat India.Kalau ikut mulut aku,suka yang panjang-panjang tu...tak tebal dan sedap je masuk mulut.Tak jemu la kalau ada depan mata.Dah macam kerepek.



Selamat Menyambut Deepavali
dan
Selamat Bercuti buat semua!
^____^



p/s: Entry masakan tema daging esok ea..hahaha.terlupe pulak -_-"

Suasana Pagi Raya Ayut!

Assalamualaikum...


[google]



Sebenarnya entry ni nak post time raya aritu.Tertunda jadinya buatlah tazkirah Jumaat.hahaha.

Suasana bermaafan di pagi raya.Baru nak tulis entry ni tapi air mata dah berair.adehhh.
Teringat waktu dahulu,setiap pagi kumpul semua ahli keluarga,mak abah bermaafan di pagi hari raya.Dalam ramai-ramai,mesti aku la orang pertama yang akan nangis.Rindunya nak gapai tangan mak.Rindu nak peluk cium mak.Rindu nak dapat ciuman sayang daripada abah.Rindu nak dengar nasihat abah.Tahun ni,tak dapat semua tu.Tapi,aku pergi memberi salam pada keduanya di pagi raya.Mendoakan keduanya sehari-hari.Insya Allah,Mak Abah sentisa melihat aku dari sana.

Suasana bermaafan di pagi raya memang sangat sayu.Marah ke,gaduh ke,tak puas ati ke dengan abang or kakak,akhirnya bila bermaafan pasti aku menangis.Sesungguhnya keluarga memang tiada tukar gantinya.Nasihatkanlah adikmu yang degil ini.Jagalah adikmu yang selalu tak dengar cakap ni.Adikmu memohon maaf.

Korang pon mesti selalu bermaafan di pagi raya kan?
Gembirakan dapat berkumpul dan bermaafan bersama
:)




Sebenarnya nak minta maaf bukan pada hari raya je.
Pastu bukan hanya kerana satu kesalahan je.
kadang-kadang kita buat salah kita tak perasan.

Kalau boleh,setiap hari kita bermaafan la sesama kita
Jangan simpan apa-apa sampai mati.
Korang sendiri tak tenang nanti.
Ingat.
Jangan ikut hati.



Mood Raya Tak Abis Lagi ke?

Assalamualaikum...


Orang cakap balik kampung bawak balik la kuih raya kan.
Pastu raya pon abis.
Raya abis sebab dah kena keje.
Sebenarnya...
Bukan setakat balik kampung jer,balik bandar semula pon masih bawak kuih raya jugak!
Kuihnya berjalan-jalan pergi balik jer.
hahahaha




See?
Tonggang terbalik dah sampai jadinya bila di bawak ke bandar balik.
hahaha
Ni baru stok untuk kat ofis jer.
Kat umah sewa tu ada lagi sebalang kuih ye.
Kan dah cakap mood raya ye di bawak ke bandar.
Tak dapat beraya,makan kuih raya pon jadi la kan?
Korang pon mesti ada stok kat ofis tu kan?
:)

Kenangan Hari Raya!

Assalamualaikum...

Akhirnya...Hari ni dah Raya yang ke-6.Masih ada mood raya ke?hihihi.Seriusnya aku dah takde dah.Jap je mood raya ni.Tentera-tentera balik,maknanya dah hilanglah kemeriahannya.Apa pon alhamdulillah.Diberi kesempatan untuk tersenyum bahagia di hari raya kali ni.

Tadi tengok FB ada cite Ustaz Don dah kawen.Tumpang bahagia untuk beliau.Tahniah!Ternanti-nanti gak sebenarnya gambar beliau kahwin.Nanti nak tepek kat sini gak la buat reference.Eh?!ok apa-apa saje :p

Nak update dengan gambar raya la kali ni....berkongsi kemeriahan la katakan :)

Raya 1


melawat pusara arwah mak,abah dan nyai (nenek)

Raya ke-2

marhaban lelaki sampai umah
member sekolah datang..

Raya ke-3

Beraya!
Gambar??Terlupa bawak kamera la pulak -_-"
Malamnya, tentera-tentera dah balik then main la bunga api



Raya ke 4

Marhaban perempuan sampai tapi nak amek gambar tak sempat.Diriku sangat sibuk di dapur.Dislike tau.hahaha :)

budak demam datang umah..huhu

Dah kot..Cite selebihnya simpan jela..hahaha.Harapnya raya korang pon happenning la jugak yer.Lepas ni bolehla update blog macam biasa.hihihi.Berblogwalking macam biasa :)

dah gemokkkk!sekian  -_-"


Merah en b masih belom diterima.Konon cbuk katanya.Dislike jugak!hohoho...



Selamat Hari Raya Daripada Ayut!

Assalamualaikum...




Fizal & Ayut.ahaks!
 
Selamat hari raya diucapkan buat semua!
Insya Allah hari ni aku akan balik ke kampug.
Doakan perjalanan aku selamat yer.
Aku cuti seminggu sampai 24hb nanti.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan kat semua
Tak kira kenal atau tak kenal
(sebab semua boleh tengok kot post ni.hihi)

Selamat Menyambut kedatangan Syawal
Semoga kebahagiaan dan keberkatan bersama kita selalu.
Amin.

Minta maaf salah silap sepanjang diri ini berada di alam maya ye
Sepanjang berblog mane tau ada mengguris hati atau terkasar bahasa dengan mana-mana pihak
Kemaafan di minta.

Kepada yang sama-sama pulang ke kampung hari ini
Berhati-hati
dan jaga diri baik-baik.
Jom kita balik kampung!


*Motif ada si Fizal a.k.a En B aku sebelah tu? --> saje dia pon nak interframe :p
Mana tau ada tak suka bace yang aku post pasal en b.
Dia minta maaf juga ye kat semua.
hihihi

Jom buat Amalan dengan HANDPHONE!

Ayut bila di kampung!

Assalamualaikum...



Amekk!
Tu dia list yang aku buat untuk aku buat bila balik kampung nanti.
Buat ni sebenarnya untuk kakak aku sebab dia tanya mana list kerja
Ni dah sediakan dah ni.
Boleh buat reference dah nanti.
Haa...sakit tak sakit badan nanti time raya.
hihihi.

Amek gambar guna kamera handphone.Layan jela yer.
Dengan handphone pon masih boleh buat amalan jugak tau
Jangan tak percaya!

Ok la.Standard bila diri masih bujang.Fuhh!
Orang bujang memang kena take part semua tu nila balik kampung.
Keje ni semua aku akan buat dengan abang dan akak aku lagi sorang.
Sebabnya memang tinggal 3 orang ni jela nanti kat umah time raya sampai raya ke-3.
Nasib badan la ye.hihihi

Tak tahulah sempat tak sempat buat semua tu
Harap sempatlah settlekan semuanya.
Pastu kan....



Ahaks!
sangat cute gambar di atas ni.
Mekaseh ye Apit.
Dapat dah sepasang doodle ni.
Baju kita same warna macam ni!

Raya nanti insya Allah jumpe la si Fizal a.k.a my b ni.
Err...pastu kan...raya nanti dia datang umah
ter'excited' di situ!
1st time dia datang umah
dan 1st time jugak dia datang dengan family dia.
oh!terdapat nervous di situ.
hahaha
Semoga perjalanannya dipermudahkannya b untuk kita.
Amin.


Kalau raya-raya nak bercuti boleh ke SINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...