Followerku..

Showing posts with label Kuih Raya Sedap. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya Sedap. Show all posts

Wordless Wednesday (45) !!47kg --> 50kg???!!

Assalamualaikum...



=.=!

Mood Raya Tak Abis Lagi ke?

Assalamualaikum...


Orang cakap balik kampung bawak balik la kuih raya kan.
Pastu raya pon abis.
Raya abis sebab dah kena keje.
Sebenarnya...
Bukan setakat balik kampung jer,balik bandar semula pon masih bawak kuih raya jugak!
Kuihnya berjalan-jalan pergi balik jer.
hahahaha




See?
Tonggang terbalik dah sampai jadinya bila di bawak ke bandar balik.
hahaha
Ni baru stok untuk kat ofis jer.
Kat umah sewa tu ada lagi sebalang kuih ye.
Kan dah cakap mood raya ye di bawak ke bandar.
Tak dapat beraya,makan kuih raya pon jadi la kan?
Korang pon mesti ada stok kat ofis tu kan?
:)

Biskut Kacang Bukan Mazolla..

Assalamualaikum...

Tajuk hebat kan?ada-ada je kalau nak bubuh tajuk.Tahu tak tajuk tu penting nak tarik perhatian orang datang blog.eh?!pulak dah.

Ok.Ni cerita hari Ahad tau.Ntah kenapa hujung minggu lepas semangat sangat nak buat kuih.Siap tanya si Mohamad Hafizal tu lagi,"Nak buat kuih apa ni?Meh cepat bagi idea."Lepas je tanya tu dia mesej balik,"Buatla biskut kacang Mazolla".Sepantas kilat carik resepi.Then,dapat boleh tak perasan dia nak guna minyak masak Mazolla tu.Carik keliling kedai area umah kakak takde.Ok.Sangat kecewa.Tapi....

Kakak boleh bukak buku-buku resepi dia (berzaman dah buku resepi akak aku tu) carikkan resepi untuk aku.Selak punya selak,ada resepi tu guna minyak Zaitun.Yesss.Kakak aku pon ada pulak time tu stoknya.Aku apa lagi,"kak,pakai ea minyak akak tu?"hahaha.Tu la kisah ye dapat nama Biskut Kacang Bukan Mazolla ;)


terbalik pulak -_-"

Sangat suke dengan hasilnya!
Puas hati.

pembantu tak bertauliah..abis kemek biskutku.ni abang..hihi
Nampak belakang abang tu?
Tu la hasilnya buat 1 adunan.Separuh telap/bekas je.

Ni nak letak resepi sini biar nanti boleh refer balik.Ni adjust-adjust resepi takpun senang cite agak-agak tapi keputusannya memuaskan.Kalau siapa nak try boleh aje..Aku beli kacang tanah tu setengah kilo.Dengan setengah kilo ni boleh buat 4 adunan tau.Aku buat 2x.Ni kalau nak buat untuk 1 adunan boleh guna sukatan bawah ni.

Bahan Diperlukan:
1 cawan Kacang Tanah (lepas tu blender halus)
1 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan gula aicing (tak nak manis kurangkan lagi)
1/4 camca baking powder
1 biji kuning telur
Esen Vanilla
Sedikit garam halus
Secukupnya Minyak Zaitun

Cara membuat:
Masukkan dalam 1 bekas tepung yang telah diayak dengan baking powder sekali tu dengan gula aising,kacang tanah,kuning telur,esen vanilla dengan sedikit garam.Gual bagi rata bahan-bahan tu.Dah rata,masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit sambil korang uli tu ea.Sampai bila nak stop?Sampai dah boleh rasa adunan tu boleh kepal-kepal.Jangan terlebih pulak letak minyak ye.Lepas tu,bulat kecik-kecik.Letak kacang sapu kuning telur.Bakar pada suhu 160 darjah celcius lebih kurang 20-25minit.Tapi masa tu tengok jugak.Lain ketuhar,lain arrangement yer(ni kakak yang cakap).hihihi

Time dia tengah bakar tu,kakak tanya "apesal kuih ko pecah-pecah ni?".Aku dengan terkejutnya, "Ha..pecah ke?".Sebenarnya memang macam tu pon.Kan kalau beli kuih tunjuk tu kan pecah-pecah gak.Bahasa betulnya tak tahu pulak apa untuk keadaan yang macam tu.Yang pasti kakak cakap "Em..Sedapppp!".Simple je kuih ye.

Ok..Tamat sudah :)




 

Keputusan Kuih Almond Londonku!

Assalamualaikum...


Semalam berjaya sudah menyiapkan kuih Almond London ye.Terdapat askar-askar yang membantu cepatlahkan.Ok seriusnya tak tipu memang sedap.hahaha.

pasni kena blaja nak cantikkan kuih la jawab ye.hihihi

ni la askar yang membantu tu kuih ada bsar kecik.haha


Appearence jela kurang menarik kan? :p
Resepi daripada SINI aku doublekan sebab nak dapat lagi banyak.Bahagian biskut tu memang best la rasa.
Semua aku follow resepi tu cuma kat situ Mat Gebu sangai je badam ye kan?Aku pulak bakar badam tu supaya dia jadi garing takla lemau.Sebelum ni aku pernah buat sangai.Tak ingat raya bila,badam ye jadi lemau.Then tak sedap.hihihi.Kali ni jadi dengan jayanya.Banyak gak dapat.

Bahan - Bahan diperlukan:
250 gr Butter/Mentega
150 gr Gula aising
2 biji kuning telur
450 gr tepung gandum
2 camca emplex
Essen Vanilla
2 paket Badam Giant (hihihi)
*kalau nak belah dua sepeket pon cukup dah

Cara membuat:
Putar je gula aising dengan mentega tu.Korang buat sampai nampak creamy2 cikit macam Mat Gebu cakap.Dah macam tu masukkan pulak kuning telur.Putar lagi.Dah ala-ala putih cikit (sebab awal2 mesti la wane kuning gitu kan),masukkan tepung gandum yang bercampur emplex tadi cikit demi cikit.Then korang memang akan dapat doh yang lembut sangat.Met Gebu suruh rehatkan.Aku tak sempat dah buat je terus.Buat kecik2 masukkan badam then bakar.Ha..tang bakar aku naikkan cikit suhu jadi 160 celcius dan masa ye pon dekat 25 minit lebih kurang sebab nak bagi coklat2 cikit.

*Tang coklat tu kita perlu coklat masak gan marjerin(aku buatla sebab takde lemak sayur).
Cairkan guna cara double boiler tu,pastu korang letakla atas biskut dah siap bakar tu.

Siap!

Aku tak salut semua coklat sebab nak buat balik dulu baru salut coklat.Buat sikit je yang salut coklat bagi askar-askar aku ni merasa.Now,korang boleh try la resepi ni :)
Minta halalnya ilmu ni Mat Gebu.
Resepinya memang sedap!
Lawat-lawatlah tempat Mat Gebu
mesti ada je resepinya hari-hari.Cantik pulak tu.

Problem yang aku hadapi:
Nape coklat atas tu tak kilat ek?Cuba inform cikit macamana nak bagi kilat.


Salam Ramadhan: Nak buat Kuih Ni...boleh?

Assalamualaikum...


[google]


Sangat minat kuih ni.Walaupun beraun dah kuih ni aku  tetap suka.
Nak buat lah
Dengan penuh kesungguhan ni buat niat.hihihi
Tapi nk buat biskut dalam ye la dulu.nanti kat kampung baru tuang coklat.
Ha..ok kan?xla rosak kuih ku nanti di dalam perjalanan.

Nak buat ikut resepi daripada
Nanti jadi aku promote lebih cikit.
Tak jadi...errrr
Promote kurang cikit lah..
hahahaha
Jom buat kuih!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...