Followerku..

Showing posts with label BE. Show all posts
Showing posts with label BE. Show all posts

CPUV Oktober 2014 Melanda Blog!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..Yeayyy!!
Jangan lupa anda-anda semua untuk kemaskini akaun Nuffnang anda ye.

Inilah berita yang aku nak share tu..Terkejut kitewww!! Hahaha. Terima kasih Nuffnang. Rezeki masih berpihak pada aku. Insya Allah akan berterusan. Limpah ruahkanlah rezeki suamiku dan diriku. Aminnn.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan kawan-kawan. Oleh kerana tak nak bagi kosong je kenalah usaha lebih sikit untuk memberikan info menarik pada pengunjung blog kan. Ok dah tak sempat dah nak kira tu CPUV yang ke berapa. Apa yang pasti tu jela yang tengah on going. Tips?? Tips untuk dapat CPUV ni ada ramai blogger otai yang berkongsi. Google ea tips nak dapatkan CPUV :)

Cepat tinggal link anda semua...
nak melawat kawasan ni..
^^



CPUV Bulan June 2014

Assalamualaikum....


Ohhhhoooiii Nuffnang! ^^

Setelah sekian lama menyepi daripada tengok akaun Nuffnang dan juga blog, masih ada rezeki bersama rupanya.Alhamdulillah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah je yang tahu. Nuffnang masih memberi peluang jadi tempat untuk meletakkan iklan para pengiklan kat blog aku ni. Bulan June 2014. Ada 3 CPUV yang tengah running rupanya. Terima kasih pihak Nuffnang. Terima aksih semua. ^^

Jumlah CPUV yang pernah diterima sepanjang berblog baru 58 je. Dulu selalu tertanya-tanya kenapa la kau tak dapat lagi CPUV walaupun blog berupdate je selalu.hihihi. Tips yang selalu digunakan kenala selalu update akaun kat Nuffnang tu selain naikkan trafik dan juga blog berupdate. Ada rezeki pasti tak ke mana.

Okla. Haritu baru beberapa blog je sempat balas jejak. Harini akan disambung semula jejak anda semua. Walaupun lambat akan ku jejaki jua kamu semua ^^ Sebelum terlupa, kalau terjumpa iklan 3 atas tu bolehla klik untuk tahu lebih lanjutnya. Sepanjang aku membalas jejak pastinya akan ku klik juga iklan yang ada. Pengetahuan Am katanya.hihihi ^^

Jomla kita berblogwalking!!





CPUV bulan May 2014

Assalamualaikum. ..



Lama tak update pasal Nuffnang kan. Sekarang ni ramai dah blogger lain menambah pendapatan menggunakan saluran selain Nuffnang. Aku je masih tak berupdate nak ke arah lain. Aku yang tak pandai manage kehidupan ke memang masa tu tak mencukupi.hohoho. Tapi yang pasti nak seribu daya kan? :)

Oklah.Update pasal akaun Nuffnang aku.Alhamdulillah.Banyak tengah running sekarang ni. Ada jugak yang dah credited bulan April tu.Tak sempat aku nak tengok dia running dah credited plak. Takpelah. Yang penting berganti :)

Total CPUV sepanjang berblog adalah 55. Sepanjang tahun 2014 aku baru je dapat sebanyak 16 CPUV. Korang dah berapa puluh ek?hihihi. Jeles I. Takpelah ye.Rezeki masing-masing. Lepasni kita support antara kita ek?Cayang korang! ^^ Untuk Bulan May ni ada iklan Olay, McDonald dengan VW Jetta. Bulan April yang masih running Darlie, Whisper dengan Downy Dolce. Haaaa...aku dah beli Downy baru ni.Nanti nak tryla.Berkesan jugak CPUV aku dapat ni sebab dengan aku sekali terpengaruh nak membeli. :)

Terima kasih pihak Nuffnang bagi pengiklan melabur kat blog aku yang tak seberapa nak update dan comel ni.Harap tuan je yang comel.Eh???!!

ok bye!



BE a.k.a CPUV bulan Februari 2014

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.Syukur dengan rezeki yang diberikan.Terima Kasih Nuffnang.Bulan Februari ada dapat 2 CPUV daripada pihak Nuffnang.Masih diberi kepercayaan dalam menyebarkan iklan para pengiklan :) Suke!

Setakat aku tengok harini,iklan Caltex daripada bulan Januari tu memang masih muncul-muncul dalam blog aku ni.Iklan untuk Mcdonald's 2014 ada la jugak keluar kejap-kejap.McDonald's ada McSavers.Potongan harga murah.Perghhh..Siapa yang gila McDonald's tu apa lagi,rebutlah peluang untuk berjimat yer!Set apa yang jimat tu kenalah tengok iklan yang ditayangkan dalam blog aku ni ha.Iklan untuk Sharp ni takde nampak pulak kelibatnya.Takpe.Nanti - nanti kita tengok lagi apa pulak yang Sharp tawarkan buat pelanggan mereka.ok?!

 Berita hujung minggu yang menggembirakan.hahaha.Dah shopping online ke?
Selamat berhujung minggu semua!
^___^

WW#80: Cek Nuffnang!

Assalamualaikum...



Setelah 2 bulan.
Sampai dah di tangan.Alhamdulillah.
Next??
......

CPUV atau BE 2014!

Assalamualaikum...

Selesai Blogwalking selepas sekian lama aku letak jawatan kejap daripada kerja tersebut.Ada yang lama sangat tak follow cerita kawan-kawan.Sampai anak diorang dah besar comel-comel,bijak,pandai,cantik, handsome baru aku tahu sepanjang minggu ni aku blogwalking (BW).Seronok! :) Nanti aku datang lagi baca cerita korang semua ea.

Ada jugak jalan-jalan tu tengok kawan ada dapat Buffered Eaarning/Cost per Unique Visit (BE/CPUV) untuk tahun 2014 ni kan.Wah...aku pon teruja la kononnya gitu mana tahu dapat jugak.hahaha.BE/CPUV punya pasal sanggup buat wireless online kat laptop gitu.hahaha.Nampak kan terujanya aku nak tengok iklan Nuffnang apa aku dapat.Akhirnya.....


Ada jugak yang baru untuk tahun 2014.Tahun 2014 guna warna Merah bagi ong sikit.hahaha.Whatever ko Ayut!Alhamdulillah.Melekat satu BE/CPUV 2014 ni.Pembuka tirai BE/CPUV 2014 iklan daripada Caltex.Wah!Caltex pon sekarang promosi besar-besaran.Terbaiklah.

BE/CPUV membantu memberi semangat untuk aktif kembali update akaun Nuffnang dan juga update entry kat blog.Berkobar-kobar la katanya gitu kan.Nuffnang sayang...lepasni bagi lagi banyak-banyak iklan kat kita yer.Iklan yang best-best untuk pengunjung blog ni boleh tengok-tengok sikit.Boleh ea Nuffnang sayang bagi leboh-lebih kat kita.hihihi :)

Bila aku fikir balik,bukan hanya duduk senang tetiba duit masuk kat akaun ni.Kena jugak kerja keras kalau tak memang tak dapatla BE/CPUV sekaligus duit pon tak dapat.Kerja keras ni maknanya cari idea nak update pasal apa,perkongsian apa yang tengah trending dsb.Payah jugak jadi Blogger.hahahaha. *statement tetibe*Oklah.Lepasni aku tak tinggal lama-lama blog tak berupdate ea kawan-kawan.Kalau aku tinggal lama ketuk pintu blog aku tu kuat sikit.Aku tertido tak sedar la tu kot. Sejak bila ada pintu oooiiii ayut ;p hahaha.


Status Akaun Nuffnang November 2013

Assalamualaikum...


Salam hari Ahad semua. ^^
Hujung minggu akan aku penuhi jemputan kawan-kawan blog untuk datang ke blog mereka.hihihi.Tapi sebelum datang tempat orang kena perkemas dulu blog sendiri. ^^ Sekarang dah pertengahan bulan 11 dah kan.Kejap je rasa masa berlalu.Pejam celik lagi beberapa hari masuk la pulak bulan 12.Happy December!!Insya Allah ^^

Tadi pergi update akaun Nuffnang.Kenalah update akaun Nuffnang untuk tunjuk kerajinan kita kepada pengiklan-pengiklan di luar sana,Tunjukla yang kita sentiasa update.Baru la dia suka nak letak iklan kat blog kita ^^ Tips ni belajar daripada SINI.


Inilah status terkini akaun Nuffnang aku.Aha..Banyak dah credited.Tak perasan muncul pon ada tapi tak lama dah credited.Alhamdulillah masih ada rezeki CPUV untuk bulan November 2013.Kena lebih bergiat aktif ni.Dapat income lebih adalah satu bonus sebagai seorang blogger.Rajin-rajin la klik ea kalau terjumpa iklan-iklan yang ada tu ^^ Mekasih diucapkan sangat-sangat.

Okla.Jom blogwalking.Nanti aku datang tempat korang yer.Insya allah sampai.hihihi ^^

Rezeki CPUV Bulan Oktober 2013!

Assalamualaikum...

Hari-hari nampaknya berupdate blog aku ni kalau tengah bercuti.hihihi ^^ Lagipon nak balas hutang kunjungan kawan-kawan kan.maaf ye kalau aku datang terlambat atau terlepas blog kawan-kawan.Jangan jemu datang blog aku tau.Insya Allah,aku pasti akan buat kunjungan ke blog korang semula nanti. ^^

September berlepas sudah.Oktober menjelma.Satu je aku terlupa nak buat masa nak masuk bulan 10 haritu.Nak cashout akuan Nuffnangku.Adehhh.mmm.Terpaksalah tunggu lagi kan ^^ Harini tengok akuan Nuffnang.Alhamdulillah.Masih sudi untuk meletakkan iklan mereka kat blog aku.Terima kasih Nuffnang.Love sesangat kat Nuffnang la gini :) Kalau dulu tengok akuan Nuffnang,tengok CPC je.Sekarang bukak akaun Nuffnang,Tak scroll ke bawah dah.Tengok CPUV jer.hihihi.Alhamdulillah ada rezeki dengan Nuffnang.Kalau nak tahu beza CPC dengan CPUV bolehla intai kat blog-blog otai.Kalau aku memang aku belajar kat blog Shida jer.Thansk Shida!


Sedih jugak tengok CPUV yang akhir bulan September tu.CPUV untuk KL Sogo dan CPUV SenHeng CPUV ye jumlah sen je.hihihi.Kan masa akhir bulan September tu tak aktif.CPUV punya earning pon secupit jela.huhuhu.Jangan ingat dapat CPUV tu boleh duduk diam je lepas tu sambil tengok earning naik tanpa usaha.Memang takkan maju la earning CPUV yang dapat tu.Kena usaha lebih nampaknya ni ^^ Tips apa yang perlu dibuat bila dapat CPUV ni pon aku belajar dengan Shida je ^^ Bukan senang nak dapat CPUV kan?Jangan rugikan kalau dah dapat. ^^

Setakat harini ada dapat 4 CPUV tengah running dalam blog daripada Nuffnang.Hotlink plan Internet,Transitional Optical,Sony dan Nestle.Siapa nak beli kemera bolehla pergi tengok iklan Sony tu.Ada macam-macam model untuk dipilih.Siapa takde internet lagi tu boleh serbu Hotlink.Macam-macam plan yang boleh dilanggan nanti.Nak makan-makan boleh tengok iklan Nestle.Mesti ada promosi yang dibuat oleh pihak Nestle sekarang.Siapa nak tengok iklan yang boleh dikongsikan,bolehla layan Transitional Optical tu.

Moga semakin murah rezeki kita bersamanya kawan-kawan.Banyak la lagi CPUV yang ditawarkan kelak.Amin.Harapnya jugak pihak pengiklan dapat capai sasaran jualan mereka ^^ Terima kasih Nuffnang!Terima kasih kawan-kawan! ^^



CPUV Bulan September...Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.
Tinggal lagi 2 hari nak masuk bulan 10.Cepatnya masa berlalu.Tak terkejar kadang-kadang nak buat apa-apa.Sungguh.Penat.Sekarang ni dah la takde geng nak chit-caht pasal kahwin.Lagi nak buat preparation untuk kahwin.Takde geng yang membebel,jadi lambat la nak update pape.Tapi tak boleh jadi ni.Kena jugak buat sesuatu sebelum semuanya jadi tunggang-langgang kang.Parah nanti jawab yer ^^ Doakan majlis yang akan berlangsung hujung tahun nanti selamat semuanya yer kawan-kawan.Mekaseh ^^


Alhamdulillah.
Walaupun lama tak jenguk akaun Nuffnang,masih diberi rezeki untuk terus merasa BE a.k.a CPUV.Syukur sangat.Sekali untuk bulan 9 je aku dapat 3 BE a.k.a CPUV.Olay,SenHeng dan KL Sogo.Aku pon belum pernah nampak lagi iklan CPUV ni menari-nari dalam blog.Nak story banyak pon tak reti.Kena tunggu gak ni bila la iklan CPUV ni kuarkan.Kalau korang nampak iklan CPUV ni keluar try la usha-usha ea.Pastu bagitahu tau.Nanti aku usha-usha blog korang pulak ^^


Insya Allah,hujung bulan ni nak cash out la ^^ Betulkan kawan-kawan?Kalau nak cash out hujung bulan kan???Kena tanya-tanya otai jugak ni.huhuhu.

CPUV ke 23: Escape Teaser

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah.

Walaupun diriku kini tenggelam panjang,masih ada lagi rezeki untuk aku merasa CPUV daripada pihak Nuffnang.Terima kasih Nuffnang dan pihak pengiklanan kerana masih mempercayai dan memilih blog aku yang tak seberapa ni untuk menapakkan iklan CPUV mereka.Tersenyum kejap.huhuhu ^^ Kawan-kawan nanti kalau nak tahu apa la CPUV Escape teaser ni bolehlah klik-klik kalau muncul ye.


Bermula dengan RM0.35.Harap-harap bertambah la banyak-banyak.hihihi ^^

Banyak cerita tergendala.Semakin hari berkurangan pulak masa kat blog.Lagi la nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan.Nanges T.T Rindu la nak baca cerita-cerita korang semua.Aduhhh -.-" Sabar ye kawan-kawan.Nanti aku datang rumah korang baca satu-satu cerita ea :) Insya Allah boleh tambah pengetahuan am nanti ^^ Ni ada kesempatan nak terjah laju-laju la kejap ^^ Jom blogwalking!





WW#65: Keadaan CPUV Terkini

Assalamualaikum...



^____________^


Alhamdulillah...Rezeki lagi :)

Assalamualaikum...

Semalam, aku tersangat sibuk sampai terlupa nak post pemenang GA.Maaf ye kawan-kawan.Harini dah umum pemenang.Lepas ni tunggu jela pemenang bagi alamat ^^ Kalau ada sampai terlambat tu jangan marah yer.Aku kalau dapat alamat semua harini,esok kompem aku pergi pos ea ^^

Tadi ada kesempatan sedikit, pergi jengah-jengah blog kekawan semua, ada ramai dapat BE ataupun CPUV kat blog masing-masing.Haritu last aku tengok macam semua nak credited.Macamla kan ^^ Lepas tu harini dah alang-alang tengok orang punya,nakla jugak tengok kita punya sendiri.Kan? ^^ Akhirnya ada penambahan yang ada untuk CPUV aku kat blog ni.Alhamdulillah.


Iklan pertama IKEA.Siapa tak kenal IKEA kan?Pengeluar barang perabot dan barang-barang rumah yang popular.Pasang siap.Suka kan dia punya tema. :) Tapi kat Batu Pahat takde pulak.huhuhu.Mungkin IKEA ada barang promosi untuk Raya nanti.Bolehlah pergi tengok-tengok Yer ^^

Iklan kedua Libresse.Setakat samapai harini aku tak ternampak lagi iklan Libresse ni.Barang keperluan wanita setiap bulan.hehehe :) Sesiapa pengguna tegar Libresse pasti ada sesuatu yang menarik mahu dikongsikan Libresse.Jomla kita terjah sesama apa yang ditawarkan ea ^^

Iklan ketiga Marigold Peel Fresh.Minuman buah-buahan dengan sari buah yang asli.Wah macam iklan! :p tapi betulla tu.Lama dah tak minum Marigold Peel Fresh ni.Kalau ternampak iklan ni bolehlah tengok-tengok yer ^^

Terima kasih kepada pihak Nuffnang memberi peluang kepada blog aku ni.Terima kasih juga pihak pengiklan yang sudi memberi peluang blog aku mengiklankan barang dan promosi masing-masing.Paling utama,terima kasih kepada pengunjung blog tersayang dan comel aku ni yer.hahaha. ^^ Sayang kat korang semua!

Kumpul bebanyakla macamni.Tak terasa lagi nak cash out jumlah pendapat yang diperolehi kat Nuffnang.Kalau nak cashout pon nanti bila memang betul-betul nak beli sesuatu.Sekurang-kurangnya nak beli benda yang nampak."Ha..ni la duit kumpul kat blog" Macam tu la lebih kurang kan ^^ Kalau ada sesiapa nak tahu rahsia dan tips nak dapat CPUV ni,bolehlah refer Blog DuniaSebenarShida.Aku memang tak tengok tempat lain dah.Ikut je apa yang dikongsikan.Insya Allah,ada rezeki mesti boleh ^^



Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca-Cola dan Hot FM

Assalamualaikum...


Bertemu lagi di hujung minggu ^^ Semalam nak buat entry tak terkeluar.Harini baru terkeluar entry yer.Jenuh nak meletakkan diri depan komputer tapi tak tersampai-sampai.hahaha.Di kala hujung-hujung minggu ni saje la aku pergi tengok akaun Nuffnang.Ingat nak update jer.Tapi sekali tengok ada lagi CPUV yang bertaut kat blog aku ni.Alhamdulillah.


Iklan Coke Ramadhan.

Iklan mengenai memeriahkan Ramadhan bersama Coca Cola dan Hot FM.Iklan yang Coca Cola buat pon memang best kalau tengok video yer.Siap bukak coke boleh terbukak lampu.Memang caralah.hihihi.Nak tengok boleh je klik iklan Coke Ramadhan ni kalau dia keluar berlegar-legar kat blog ni yer.Hot FM juga terlibat dengan akan mengunjungi tempat-tempat yang terpilih untuk mengagihkan makanan berbuka puasa.Macamana nak daftar,boleh jugak klik kat iklan Coke Ramadhan ni dan nanti akan ada ruang untuk mengisi maklumat semua yer ^^ Marilah sama-sama memeriahkan Ramadhan yang bakal menjelma lagi beberapa hari je ni ^^ Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal menjelma ini adalah Ramadhan yang memberi seribu pengajaran dan pengertian buat kehidupan kita.Amin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...