Followerku..

Showing posts with label OP. Show all posts
Showing posts with label OP. Show all posts

Cerita Kami 10: Photographer Perkahwinan

Assalamualaikum. ..

Cerita tertangguh selama 4 bulan.haha. Ada ke yang tunggu :p okla. Cerita penutup untuk majlis perkahwinan aku bulan Disember tahun lepas. Nak cukupkan siri sampai 10 je kan. Jadinya inilah siri yang terakhir.


Photographer majlis kahwin aku takla sehebat mana gambar-gambarnya. Photographer yang aku amik ni lebih kepada gambar yang original. Maksudnya photographer aku ni tak banyak buat eksperimen pada sesuatu gambar tu. Okla. Majlis pon ongkosnya tak banyak mana jadinya kalau gambar tu cantik ok dah. Cuma kepuasan tu tak sepenuhnya :)


PIC: Abang Khalis dan Kak Hana
Nak gambar lebih pergi SINI
Nak lebih lagi meh jumpa aku ea 

Freelance photographer dan bergerak 2 orang suami isteri :) Kerjasama diberikan baik. Cuma bab nak outdoor aku tak planning betul-betul kat mana dan masa pon tak cukup mana,akhirnya gambar outdoor kitorang tak banyak. Menangis!hahaha. Buat B2B, pastikan anda memilih lokasi outdoor sebelum majlis dan dah survey mana tempat outdoor yang cantik tu. Nanti korang bawak je terus photographer korang tu ke situ :)


Apa pon,tips pilih photographer ni key point adalah ikut kemampuan masing-masing. Budget banyak,bolehla amik photographer yang grand giler gambar-gambarnya. Kalau budget tak banyak,pilih yang korang suka jela.haha. Membantu ke tips memilih photographer aku ni?



Nak amik gambar post wedding la plak. Boleh?
Gambar kredit: Silent Click Photography



Tips Jurugambar untuk Majlis Perkahwinan Anda

Assalamualaikum...

Ayut kembali! ^^
Sungguh terasa kesian kat diri sendiri kerana tiada masa untuk bersosial.Kesian kan.Balik rumah dah seharian kerja,penat terus tido.Kalau dah kahwin ni nanti ntah apa jadi la agaknya.huhuhu.Setiap manusia pasti boleh berubah kan ^^ Okla.Persiapan kahwin setelah tinggal lagi 2 bulan ++ Nampak gaya masih takde apa yang menarik aku lakukan.Cuma baju nikah nak siap dah.Yeay!Nanti kita ceritakan sikit-sikit ea ^^

iklan jap ^^
lama tak tepek gamabr sendiri kan? :p Yang pasti ini bukan angle yang menarik daripadaku ^^

Sekarang ni aku nak share gan bakal-bakal pengantin yang nak buat majlis kahwin.Tips ni pada aku memang membantu la untuk mendapatkan gambar yang cantik.Yela upah Official Photographer (OP) mahal-mahal takkan tak nak gambar cantik kan?Jadinya sebagai tuan badan yang mengupah OP tu kena la jugak membantu apa yang patut ^^ Jom kita check bersama-sama.

Tips Perancangan Majlis

1. Penegasan untuk ahli keluarga: 
    *pastikan OP senang nak pastikan siapa orang-orang penting terutama keluarga anda semasa majlis.Ini membolehkan OP mengambil shoot atau moment yang menarik untuk ahli keluarga anda sebagai kenangan.
Aku: Setakat ni aku buatkan badge untuk ahli keluarga aku.Tapinya tak tahu la kalau OP yang aku amik ni tak perasan.hihihi ^^

2. Warna Tema dan Warna Sekeliling:
    *warna putih adalah amat diperlukan untuk OP mendapatkan pencahayaan dan pantulan/kesan cahaya yang menarik.Pastikan tidak mempunyai warna-warna yang boleh mencacatkan gambar anda ataupun menyukarkan OP untuk mengedit gambar anda.
Aku: Alamak!aku ni bab warna FAIL sikit.Acane ni OP.Aku risau dah ni.huhuhu ^^ Tapi sebolehnya aku akan pastikan warna aku main yang soft-soft je.Kalau tak menjadi jugak nak salahkan sape ek?hohohoho.Planning...planning..

Tips buat Pengantin semasa Majlis

1. Nikah:
    *Pastikan OP mempunyai masa yang cukup untuk mencari angle/sudut yang sesuai untuk mengambil gambar anda.Kalau jurunikah tu nak suruh cuba dulu itu lagi baik kerana OP masih mempunyai masa untuk memilih ruang yang menarik.nak gambar nampak cantik kan??Lepas tu pastikan ada ruang untuk OP anda.Nikah kan event yang paling penting buat pengantin kan.Kalau boleh tak nak miss 1 benda pon.Lagi-lagi sarung cincin or pakai gelang or apa-apa jela.Pastikan tetap ada ruang untuk OP anda.
Aku: Woooo...aku buat kat rumah je nanti nikah.Mudah-mudahan cukuplah ruang untuk anda wahai OP.Masa?Ni lagi masalah.Aku buat semua 1 hari setel.Nikah pagi,majlis petang.Aaaahaa.Risau aku wei.Risau.Adehhh ^^

2. Tisu:
    * Ni tips penting buat pengantin perempuan semasa bernikah.Ha...tisu adalah benda wajib yang selalu akan korang pegang waktu ni.Yela,waktu touching-touching la katakan.Tapi sebolehnya janganlah dipegang tisu itu yer.Pastinya tisu itu akan mencacatkan gambar anda.Harap maklum.
Aku: Ok.Baru tahu.Lepasni aku suruh pengapit aku je pegang.Raja sehari la katakan.Bila nanges je aku bagi muka kat dia suruh lap.hahahaha.Nasiblah sape jadi pengapit aku ni kan ^^

3. Bersalaman/Bertemu tetamu:
    * Waktu bertemu dengan tetamu seeloknya pengantin borakla lama sikit dengan tetamu.Ala..jumpa kawan kan kena borak-borak lebih cikit.Sekurang-kurangnya OP dapatlah shoot perbualan anda nanti.Moment-moment indahla katakan.
Aku: Nak cakap apa nanti ek?hahahaha.Macam-macam tau.Okla.Aku borak panjang punya nanti dengan kawan-kawan,sedara-mara,penanggang,orang rewang kira smeualah yang aku jumpa nanti masa kahwin.hohoho ^^

4. Potong kek:
    * Potong jela kek tu.Tak payah sibuk nak cari OP.Pandailah nanti OP nak amik macamana gambarnya.
Aku: Ok.Aku memang akan fokuslah dengan kek nanti.tak pandang lain dah.hihihi ^^


Ok.Cukup ke tak tips yang tersenarai kat atas ni?Banyak jugakkan?mmmm.Kisah bunga tangan pon kalau nak dicerita protokolnya pon dah ada.lagikan keseluruhan majlis.Selamatla aku ni bukan ada VIP mana yang datang.hihihi.Sempoi jela kak oi.Mudah-mudahan aku dapatlah bekerjasama dengan baik bersama OP semasa majlis.Mudah-mudahan gambar yang terhasil memuaskan hati dan menggembirakan aku.eh?hahahaha.Jom kita buat yang terbaik untuk majlis kita nanti yer ^^

Perkongsian asal: Di Sini.


Promosi untuk Photographer 2013

Assalamualaikum...


Hari ni nak share gan kawan-kawan B2B sekalian tentang photographer yang sekrang ni masih lagi ada buat promosi.Jom kita tengok-tengok kalau ada yang berkenan.Bak kata orang,kalau ambil photographer masa diorang tengah buat promotion adalah lebih berbaloi. ^^


Ni masih lagi berlangsung promotion yer.Tapi lebih untuk Lembah Klang punya orang ea ^^


Untuk yang ni end of year punya.Tapi masih boleh tanya-tanya kalau nak tau.Photographer dia ok tak makan orang pon.hihihi. Ni Photographer based Muar ^^


Yang ni pulak sampai akhir Jun 2013 nanti.Photograpaher based Johor.Jangan terlambat yer ^^


Setakat sampai harini,aku jumpa ni jer.Kalau jumpa lagi nanti aku update bebanyak ea ^^

Another Photographer!

Assalamualaikum...


Harini nak share lagi photograpaher yang ada yer.
Gambar pon memang masing-masing punye kelebihan.
Aku suka gambar yang ala-ala old skool tu.
Tapi suke gak gambar yang ala-ala xclear tu.
hahaha
Citarasa apakah ini?
Tak kisahla.


Ni photographer Johor.
Layanan best walaupun sekadar dalam mesej.
Based kat Skudai.Dekat je kot dengan rumah Family En B tu.

Sukerr!
See??The kusam-kusam yang diperkatakan di atas?hihi
Macam terfikir-fikir nak amik ni untuk post wedding.hohoho. *teringat duit jap*


Ni pulak photographer Melaka.
Layanan best jugak.Santai-santai jer.
Kawan ada amik dia dan nampakla cara diorang kerja.
Not bad.

My friend wedding.Yana+Hilman.
Barakallah both of them.

Gambar pon menarik perhatian kan?
See jugak tak?ala-ala kabur tapi adunan cahaya cantik tu?
Like jugak! ^^

Ok.aku hanya pandai komen.hahaha. :p


Selamat memilih photographer buat B2B semua.
Tapi untuk yang dah kahwin pon apa salahnya tengok-tengok.
Mane tahu nak buat post wedding or anniversary ^^

Gambar semua hak milik empunya Photographer.Minta share di sini untuk promote kalian indirectly yer ^^

 

>>autopublish<<

Photographer Johor!

Assalamualaikum...



Sebolehnya kalau dah majlis kat Johor,mesti nak cut kos untuk pengangkutan kan?
So,nak la jugak carik photograpaher daripada Johor jer.
Lagi dekat lagi bagus.hehe.
Cepat cikit photographer tu leh datang capture moment-moment indah kan? ;p
Ni semua list yang aku jumpa dan sebahagian yang pernah tanya-tanya la untuk majlis di Ayer Hitam,Johor.
Photographer ni mane-mane cepat ajer full diorang punye jadual.
Lagi cepat booked lagi cepatla leh potong dalam list kan?
Cepat-cepat pon need consider la kemampuan budget dan kualiti yang dimahukan.mmm..
Sesiapa B2B Johor tu,silalah tengok-tengok yer! ^^


Nak tengok hasil gambar bolehlah pergi tengok kat link yer.


Ni semua lelaki.
Jumpa photographer perempuan tapi tak amik luar KL.
Anyone know photographer perempuan di Johor?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...