Followerku..

Showing posts with label Review perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Review perkahwinan. Show all posts

Cerita Kami 10: Photographer Perkahwinan

Assalamualaikum. ..

Cerita tertangguh selama 4 bulan.haha. Ada ke yang tunggu :p okla. Cerita penutup untuk majlis perkahwinan aku bulan Disember tahun lepas. Nak cukupkan siri sampai 10 je kan. Jadinya inilah siri yang terakhir.


Photographer majlis kahwin aku takla sehebat mana gambar-gambarnya. Photographer yang aku amik ni lebih kepada gambar yang original. Maksudnya photographer aku ni tak banyak buat eksperimen pada sesuatu gambar tu. Okla. Majlis pon ongkosnya tak banyak mana jadinya kalau gambar tu cantik ok dah. Cuma kepuasan tu tak sepenuhnya :)


PIC: Abang Khalis dan Kak Hana
Nak gambar lebih pergi SINI
Nak lebih lagi meh jumpa aku ea 

Freelance photographer dan bergerak 2 orang suami isteri :) Kerjasama diberikan baik. Cuma bab nak outdoor aku tak planning betul-betul kat mana dan masa pon tak cukup mana,akhirnya gambar outdoor kitorang tak banyak. Menangis!hahaha. Buat B2B, pastikan anda memilih lokasi outdoor sebelum majlis dan dah survey mana tempat outdoor yang cantik tu. Nanti korang bawak je terus photographer korang tu ke situ :)


Apa pon,tips pilih photographer ni key point adalah ikut kemampuan masing-masing. Budget banyak,bolehla amik photographer yang grand giler gambar-gambarnya. Kalau budget tak banyak,pilih yang korang suka jela.haha. Membantu ke tips memilih photographer aku ni?



Nak amik gambar post wedding la plak. Boleh?
Gambar kredit: Silent Click Photography



Cerita Kami 9: Bridal Majlis

Assalamualaikum...


Yeszaaa...Nak sambung kisah kahwin aku pulak kalini.Haaa...nak cerita pon macam malas tapi nak kongsi jugak supaya jadi teladan bersama apabila bakal-bakal pengantin mahu memilih bridal perkahwinan untuk majlis masing-masing.

Bridal untuk majlis aku:
N&R Bridal
Lokasi: Pura Kencana,Batu Pahat
Pemilik: Nekman
Rakan bersama: Rizal ( jurumekap )

Satu aku nak cakap kat sini buat bridal aku dan staf mereka,terima kasih untuk semua.


Cerita: Aku dijanjikan baju sepasang baru tanpa tambahan bayaran cuma kena deposit lebih.Seminggu sebelum majlis nak fitting tapi dia mengatakan baju tersebut diguna untuk photoshoot di Kuala Lumpur.Baju lelaki fitting tetiba pakai baju lama sebab dia cakap dia cuma buat untuk baju perempuan. Aku tak semak dan aku tak fikir dia tipu aku.Aku pon ok kan jela.Baju sanding aku sampai selepas aku dah siap nikah maknanya 3jam sebelum sanding.Aksesori dia tak bagi pada mulanya dan aku tak periksa.Si suami kat songkok dia dah kosong masa nikah.Selamat suami kita tetap handsome.Tersenyum juga kita.Masa dapat aksesori,barang tersebut dah tak elok.kecewa.Sekian.

Pengajaran:
1) Sila periksa setiap barang yang bridal janjikan dan yang bridal beri.
2) Sila fitting sebulan sebelum majlis dan anda nampak baju anda telah ada.Kalau tiada kemungkinan besar anda telah ditipu.
3) Semak latar belakang bridal.Cari testimonial bridal tersebut.Kalau banyak sangat cerita mulut ke mulut tu,baik cari bridal lain.hihi.Fikir je,kalau takde angin takkan pokok bergoyang.

Apa lagi ek?Haaaa...ingat dah!

4) Jangan bayar full payment sehingga majlis anda selesai. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan hak anda iaitu setiap setvis bridal adalah menepati perjanjian yang telah dibuat setimpal dengan bayaran yang dikenakan.ok?

Apa pon lepasni buat bakal pengantin,berhati-hatilah berurusan dengan orang.Selamatlah aku ambil pakej dengan Bridal ni yang murah. Kalau tak memang tak berbaloi aku bayar penuh.hhmmm.Maaflah Nekman aku memang tak puas hati dengan servis yang diberikan.Not recommended to others B2B kat luar sana.



Cerita Kami 8: Persalinan Untuk Bersanding

Assalamaulaikum. ..



Gambar atas ni la baju yang aku pakai untuk majlis bersanding dan outdoor.1baju je.huhu.Maafla baju kotor sebab pengantin tak reti duduk diam sepanjang majlis sampai photographer pon marah.wahaha :)

Dress biasa bukan luar biasa.Mesti nanti korang cakap cantik kan?Baju pengantin mana ada tak cantik.hahaha.Tapinya......baju sanding aku ni waktu aku dapat terus aku cakap aku tak nak pakai.Haaaaa....nampak tak betapa tak sukanya aku dengan baju sanding aku ni.hohoho.

Kisahnya aku ditipu.Redha jela.


Kesian suami kita berangan baju lain,dapat baju lain.Sedih!

Persalinan baju sanding tema warna jadi putih pink.Serius kecewa sebab kitorang nak baju semua putih.Terutama baju untuk suami kita tu la.Sekali dapat pink lepas majlis nikah tu.Perghhh.Marah dalam senyuman jela. :) Suami kita pon bersiap last minute sebab aku bersiap lambat.Suami jenis yang menepati masa ni memang semua kena cepat.hahaha.Navy kata yer!

Perancangan Allah itu yang terbaik kan?Sepanjang haritu kitorang nampak sweet je dengan baju sanding putih pink ni.Comel pon ye jugak.Kan B kan?eh?! Hahaha.Takdela.Apa pon yang penting kami berbaju dan masih nampak la pengantin dengan bukan pengantin.Majlis pon dah selesai.Alhamdulillah.

Tips:
1.Sesiapa yang memilih baju tema warna putih, sila pastikan anda mempunyai baju inner sebab warna tema putih pasti kainnya JARANG!

2. Sesiapa buat majlis sehari means nikah dan sanding terus silalah pastikan baju untuk lelaki terus diberi kepada pihak lelaki untuk memudahkan urusan.

Kalau yang pakai dress panjang macam aku ni sila dapatkan baju seperti di bawah ni.


Jangan jadi seperti aku kerana 1jam sebelum majlis baru terfikir.hahaha.Terasa kejam dengan diri sendiri :p Sayang kakak kita sebab dia bersusah payah tolong belikan.Nanti kita balas balik masa majlis kamu ye! :)

Itulah kisah baju sanding aku tema putih pink yang ala-ala cantik tu kan.Banyak kisah disebalik sepasang baju.hahaha.Ingat balik sangat indah dan macam tak percaya aku lalui dengan tenang je waktu tu.hohoho.Pengantin kan....kenala tenang. :)

Hai la baju sandingku putih pink!
^__^






Cerita Kami 7: Make Up Artis a.k.a Mak Andam Majlis

Assalamualaikum...

Yeay entry pasal kahwin-kahwin lagi!!Aku nak cukupkan sampai 10 je siri.Selebihnya aku simpan kenangan dalam kepala jela.huhuhu.Banyak sebenarnya kenangan dalam nak mengadakan majlis kahwin ni.Pahit manis kenangan gitu katanya. :) Namun apa yang penting doa dan usaha jela untuk menggembirakan keluarga,tetamu yang datang dan diri sendiri.

Ini kisah juruandam ( betul ke bahasa juruandam ni?? ) untuk majlis aku haritu.Aku jumpa juruandam ni masa Karnival Pengantin di Batu Pahat bulan 5 sebelum majlis.Nampak dia punya hasil aku terus sangat suka.Aku apa lagi mintakla nombor telefon.Aku ni tak suka make up tebal-tebal sampai hilang identiti muka yang asal.Mengikut penilaian aku, juruandam ni sangat menepati citarasa aku.

Hasil semasa majlis kahwin aku haritu macam kat bawah ni.Berseri-seri muka kita tau...eh??!! Hahaha :p

Make up semasa Majlis Nikah
Request: Nak yang soft-soft je.Tak nak warna terang-terang.


Tadaaaa...aku suka!
Aku suka make up dia!

Errr...saya nak nikah ni!! ;)

Make up semasa Majlis Sanding
Request: Nampak shining-shining sikit selebihnya tak kisah.hahaha


Here it is..! Macam baby doll bak kata kakak ipar aku.wahaha :p


Alhamdulillah.Aku sangat puas hati dengan make up aku semasa majlis.Terima Kasih kak Rozana.Terima kasih bertungkus lumus semasa siapkan saya walaupun berlakunya macam-macam hal.hahaha.

Ok details pasal juruandam ni:
Nama: Rozana
Alamat: Parit Besar,Batu Pahat.
Contact FB: Rozana Chinta
Wassap: 0177423708

Akak Rozana ni freelance je untuk make up.Dia memang suka buat orang lain cantik.hihihi.Sesiapa nak try bolehla tanya-tanya terutama yang berdekatan area Batu Pahat.

Moga semakin murah rezeki akak Rozana yer ;)



Cerita Kami 6: Hantaran Kahwin

Assalamaulaikum. ..


Harini up entry pasal kahwin-kahwin pulak.Err..entry GiveAway nanti dulu lah.hihi.Lagi best kot kalau ada story nak dibaca. :) Tujuan cerita hantaran ni pon just untuk bagi idea jela pasal hantaran kahwin ni.Aku rasa pasal hantaran kahwin nak bagi apa aku tak pening pon sebab barang hantaran kahwin ni aku bagi apa yang ada je.Kalau fikir sangat apa orang fikir atau cakap mahu aku tak kahwin kang.hihihi. :p

Hantaran aku cuma 5 dulang berbalas 7 dulang.Masa kahwin ni takde pulak orang nak sponsor.Kalau tak meriah gak barang-barang hantarannya. :p

Hantaran Lelaki
1. Mas Kahwin + rantai tangan ( batal air sembahyang)

Display je ni.hihi

2. Kek
3. Sirih Junjung
4. Telekung
5. Kasut

# Barang hadiah untuk kakak aku bagi by hand je.Aku pon tak tengok barangnya tapi tahu la buah rantai a.k.a loket.Moga murah rezeki jodoh buat kakakku nanti.amin.. :)


Gubahan lelaki digubah oleh aku.Tema warna hantaran merah kuning.Haaa..ni pilihan warna suami tersayang si Mohamad Hafizal tu.Harap maklum.huhu.Idea gubahan hantaran ni datang last minute.Aku mencari idea DIY untuk buat bunga tanpa melibatkan kos yang banyak.Tak rela aku buang duit beli bunga.huhuhu.Akhirnya aku buat bunga DIY daripada kertas sahaja.Buat punya buat,gulung punya gulung...Eh?! Cantik jugak apa.haha.Gambar siap hantaran pihak lelaki tak ingat nak amik.Ok.Salah sendiri.Gambar atas tu je yang ada pon.Heee ;)

Inilah bunga DIY daripada kertas.

Hantaran Perempuan
1. Buah
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kek
5. Sirih Junjung
6. Coklat + Gula-gula
7. Kasut


Harap maklum,gambar hantaran belah perempuan ni aku cuma ingat nak amik pagi sebelum akad nikah tu je.Tak sempat dah nak amik satu-satu gaya ye.haha.Hantaran belah perempuan ni kakak aku yang tukang gubah.Tema warna hantaran Pink.Terima kasih kakakku sebab susah payah untuk adik kamu.


Gubahan hantaran menjadi sangat-sangat as requested by me. :) Aku siapkan bunga tisu pink dengan teman dia beli bunga je.Selebihnya aku tido,kakak aku gubah.Esok pagi bangun hantaran dah siap sebelah aku tido.hohoho.Bunga tisu pink tu pon ada kisahnya.Selamat dapat dicantikkan semula kalau tak memang menangisla.Hai la kucing sayang.huhu.

Moga dapat idea dah buat bakal pengantin nak buat gubahan hantaran kahwin yang jimat kos terutama yang suka DIY.Bila tangan tu ada seni,buat macamana pon tetap nampak cantik.Percayalah! :)


Cerita Kami 5: Persalinan Semasa Nikah

Assalamualaikum...

Oleh sebab gambar daripada Official Photographer tak dapat lagi,aku guna dahulu gambar yang ada yer.Buat cuci-cuci mata je dulu.haha.Boleh gitu?Whatever la ko Ayut! Cerita pasal kami.Aku ingat nak sekali hentam dengan baju untuk sanding tapi belek balik panjang berjela aku punya tulisan dalam 1 entry ni nanti.Jadinya takpela.Aku buat cerita lain kali.Lain kali aku tu elakkan bulan depan jela ye kawan-kawan.hahaha.(gelak jahat!).

Aku kongsi pasal baju nikah aku tema warna purple yang tak purple sangat tapi nampak purple.Eh?!hahaha.Okla.Purple la tu kan.Cuma warna purple soft.Sangat soft.Sangat disukai oleh aku dan En hubby aku tu ha. ^^

Suami: Baju Melayu cekak musang
Aku: Dress + Lace kurung moden.

ok abaikan muka pengantin yang ntah apa-apa tu.hahaha ;p nak letak gambar penuh baju memang takde amik gambar berdua diri.Tak menyempat dah nak berdua masa tu sebab suami pon nak cepat balik homestay.
Nampak kan kitorang gayakan baju tu dengan penuh sopan. ;)

Dengar je Imam Rahman tu cakap apa :) Mas kahwin tergolek dah masa ni.hahaha.Biarkan saje ^^
Nampakkan veil aku dengan shawl hadiah aku tu?hihihi

Baju aku
Baju dengan lace luar aku jahit asing.Inspired by Blog Non-Cinderella Story.



Veil dan Samping lelaki aku sewa sekali dengan bridal.Konon nak mencari tapi malaslah nak cerita kan.hahaha.Kesimpulan pakai saje apa yang ada ok.Beading baju.Tak payah.Dah cantik terletak kat situ dah baju ye.Less is more konon yer sangat.hahaha.Nikah a.k.a Kahwin itu kan mudah. :)
Cantik jugak!hohoho.ok perasan!

Sepanjang majlis aku sangat suka pakai baju nikah tema purple kitorang ni.Sangat-sangat suka ok.Tapi yang suka tu la aku dengan suami pakai sekejap.Takpe.Raya ada kan?








Cerita kami 4: Catering Perkahwinan di Batu Pahat

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua..Sekejap je dah Sabtu semula.Sabtu ni aku kerja setengahari.Alternate Sabtu aku sekarang.Seminggu kerja Sabtu, seminggu tak.Layankan je kerja hujung minggu ni.Kalau dah ada anak tu,lain sikit kot cerita ye. :)

Okla.Mengenai majlis aku.Semasa Majlis Perkahwinan aku haritu,aku menggunakan khidmat Catering.Aha...yes.No rewang-rewang yer (rewang apa ek bahasa standard yer?tak ingat.hahaha). Aku guna Catering area Batu Pahat atau lebih tepat Ayer Hitam.Rumah tukang masak ni 10minit je daripada rumah aku.

Tanjak Service Catering
Based: Taman Suria Ayer Hitam,Batu Pahat.
Facebook: Tanjak Service & Kanopi
Pengelola: Azrul


Feedback tetamu dan keluarga:
1) Menu Daging masak hitam sangat sedap.
2) Nasi memang peroi.Sedap.
3) Makanan mencukupi.
4) Servis ok.1 hari sebelum majlis tukang masak datang rumah nak survey tempat dengan pesan untuk masak air.
Masa majlis,tinggal sorang kakitangan sampai siap hidang semua dan ada datang tengok-tengok makanan.Dipantau.

Aku dengan Tanjak Service Catering ni memang hanya amik tempahan makanan.Tak amik sekali pelayan tetamu sebab tak nakla pulak menyisihkan orang kampung.Dulu mak kita dengan orang kampung rapat,kenala kekalkan silarurrahim yang terbina.kan?Tu sebab Catering ni tinggal sorang je untuk memantau.

Masalah timbul:
Tersalah komunikasi.Lagi 5hari majlis,aku double confirm menu aku.Ada perubahan yang mana nasi putih tak supply.Dalam perjanjian asal dia nak supply.Petang tu jugak aku pergi direct ke tukang masak.Selamat rumah dekat.Tukang masak bagitahu dia tetap akan masakkan.Settle.

Masa majlis,makanan sampai lambat.Panik.hahaha.Telefon pengelola catering dia suruh tanya tukang masak sebab dia ada majlis kat Johor.Telefon tukang masak dia cakap nak hantar dah.huhu.Lambat setengah jam.Janji pukul 10.30pg tapi datang dekat pukul 11.00pg.Selamat memang mula jemputan pukul 11.00pg.Takut kita tau.hohoho.

Nasihat ikhlas:
Pastikan anda ambil Catering yang berdekatan dengan rumah.Ini bagi memudahkan urusan untuk berbincang face to face dengan pihak Catering.Terutama bila anda bergerak sorang untuk majlis anda! =_='

Pada aku sesiapa area Batu Pahat nak guna khidmat Catering aku recommended Tanjak Service Catering ni.Cuma kena pastikan sentiasa berkomunikasi dengan betul.Masakan Catering ni sedap!!! ;)


Cerita Kami 3: Guestbook Corner Perkahwinan

Assalamualaikum...

Salam hari isnin buat semua.Hari isnin semula dah.Cukup rehat sudah aku sepanjang hujung minggu yang lepas.Tenang rasa. ;) Korang hujung minggu ok tak?

Yeay..Harini ada perasan nak buka cerita pasal perkahwinan 21.12.2013 yang lepas.Setiap malam tengok gambar kahwin kat telefon masih jugak tak puas.Nanti dapat gambar daripada Offocial OP lagi la agaknya.hihihi.Kahwinla katakan.

Ini cerita pasal Guestbook Corner.ok.Aku memang nak ada guestbook ni.Aku memang nak buat DIY cantik-cantik untuk guestbook ni.Ada memang dalam list DIY aku kena buat guestbook.Akhirnya........

 Mekaseh pak cikku... ;)

Mekaseh my staff... ;)

Kita ada guestbook masa majlis kahwin!!! Sukerrr!! Hihi..
Kisahnya Guestbook yang aku DIY ni sebenarnya separuh siap.hahahaha.Lawak kat situ.Serius ni.Tapi tetap jadi guestbook juga ;) Hebat rasa tetiba.wahahaha :p


Nampak gambar aku sorang kat situ?? Sampai kesudah, gambar aku kat depan guestbook ni sorang.hihi.Tak tahula ada yang perasan tak ;p Si Mohamad Hafizal tersayang tu lupa nak bagi malam tu.hahaha.So sweet!

Guestbook DIY Aku ni siap sehari sebelum majlis.Meja untuk guestbook aku ni pon sehari sebelum baru ada.Betul-betu depan tangga.Mekaseh abang-abangku sayang sebab sediakan.Sayang ketat-ketat.hihi.

MATERIAL GUESTBOOK DIY

Kertas lukisan
Kertas keras untuk kulit-aku guna kertas belakang sekali kertas lukisan tu je.
Kain felt
Manik
Marker pen- jangan guna pen sebab tak cantik

Petang 2hari majlis, aku pergi tebuk siap-siap dulu baru aku DIY guestbook ye.Gambar guestbook yang dah siap memang tak teringat nak snap.Ampun ye.Tapi korang deco jela guestbook tu.Sampai sudah majlis tak tanggal dah la.Tu je nasihat aku. ;) 

Sekarang guestbook ni aku telek malam-malam sebab suka baca apa ada dalam tu.Kad hadiah pon aku tepek dalam ni sebab ada lebih yang kosong.Sukerr!!At least aku tahu siapa datang.

Kesian kawan aku sorang datang jauh2x tapi tak jumpa.Tahu dia datang sebab dia tulis 'aku tunggu sampai pukul6 tapi ko tak balik lagi...' Sedih!Kalau ko baca post ni,maaf ye Fikri dan wife.


Ok.Thanks.It's done!
Sekian.




Carita kami 2: Pelamin tema PinkPurple

Assalamualaikum...


Selepas 25hari majlis baru ada kelapangan nak berkongsi dengan kawan-kawan pasal majlis.hihi.Takpela.Jadikan memori terindah jela kalau ada tulis dalam blog ni.Nanti boleh baca semula dengan suami tersayang. ;)

Pelamin tema warna pinkpurple.Pelamin pinkpurple ni sebenarnya bukan nak macamni.Aku nak lebih banyak putihnya.Pelamin ni lebih banyak pula warna pinkpurle.Aku pon haahkan jela sebab cantik jugak.hahaha.


Ni tepat-tepat lepas pelamin pinkpurple ni berdiri tegak dalam umah.Tak letak pon lagi bunga telur ke apa.

Eh..tepek gambar kitorang pulak ;p

Gambar atas tu ada nampak kan bunga telur crepe paper aku tu.Ada jugak bunga telur crepe paper warna putih.Itu ada cerita di sebaliknya.Lari tema kejap dari tema pinkpurple tapi hentam sajalah sebab dah buat dengan penat lelah semua.

Pelamin ni daripada bridal mana, nanti aku bagitahu bridal mana yer.Yang pasti pelamin aku suka.Ada bunga sakura sikit semua tu kan.Pastu ada bola-bola kristal pulak tergantung tu.Selamat cantik.hahaha.

Apa yang pasti senyum je ye masa majlis.Pesanan ikhlas ni.hihihi.

#macam-macam boleh berlaku masa majlis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...