Followerku..

Showing posts with label My Attire. Show all posts
Showing posts with label My Attire. Show all posts

Cerita Kami 8: Persalinan Untuk Bersanding

Assalamaulaikum. ..



Gambar atas ni la baju yang aku pakai untuk majlis bersanding dan outdoor.1baju je.huhu.Maafla baju kotor sebab pengantin tak reti duduk diam sepanjang majlis sampai photographer pon marah.wahaha :)

Dress biasa bukan luar biasa.Mesti nanti korang cakap cantik kan?Baju pengantin mana ada tak cantik.hahaha.Tapinya......baju sanding aku ni waktu aku dapat terus aku cakap aku tak nak pakai.Haaaaa....nampak tak betapa tak sukanya aku dengan baju sanding aku ni.hohoho.

Kisahnya aku ditipu.Redha jela.


Kesian suami kita berangan baju lain,dapat baju lain.Sedih!

Persalinan baju sanding tema warna jadi putih pink.Serius kecewa sebab kitorang nak baju semua putih.Terutama baju untuk suami kita tu la.Sekali dapat pink lepas majlis nikah tu.Perghhh.Marah dalam senyuman jela. :) Suami kita pon bersiap last minute sebab aku bersiap lambat.Suami jenis yang menepati masa ni memang semua kena cepat.hahaha.Navy kata yer!

Perancangan Allah itu yang terbaik kan?Sepanjang haritu kitorang nampak sweet je dengan baju sanding putih pink ni.Comel pon ye jugak.Kan B kan?eh?! Hahaha.Takdela.Apa pon yang penting kami berbaju dan masih nampak la pengantin dengan bukan pengantin.Majlis pon dah selesai.Alhamdulillah.

Tips:
1.Sesiapa yang memilih baju tema warna putih, sila pastikan anda mempunyai baju inner sebab warna tema putih pasti kainnya JARANG!

2. Sesiapa buat majlis sehari means nikah dan sanding terus silalah pastikan baju untuk lelaki terus diberi kepada pihak lelaki untuk memudahkan urusan.

Kalau yang pakai dress panjang macam aku ni sila dapatkan baju seperti di bawah ni.


Jangan jadi seperti aku kerana 1jam sebelum majlis baru terfikir.hahaha.Terasa kejam dengan diri sendiri :p Sayang kakak kita sebab dia bersusah payah tolong belikan.Nanti kita balas balik masa majlis kamu ye! :)

Itulah kisah baju sanding aku tema putih pink yang ala-ala cantik tu kan.Banyak kisah disebalik sepasang baju.hahaha.Ingat balik sangat indah dan macam tak percaya aku lalui dengan tenang je waktu tu.hohoho.Pengantin kan....kenala tenang. :)

Hai la baju sandingku putih pink!
^__^






Cerita Kami 5: Persalinan Semasa Nikah

Assalamualaikum...

Oleh sebab gambar daripada Official Photographer tak dapat lagi,aku guna dahulu gambar yang ada yer.Buat cuci-cuci mata je dulu.haha.Boleh gitu?Whatever la ko Ayut! Cerita pasal kami.Aku ingat nak sekali hentam dengan baju untuk sanding tapi belek balik panjang berjela aku punya tulisan dalam 1 entry ni nanti.Jadinya takpela.Aku buat cerita lain kali.Lain kali aku tu elakkan bulan depan jela ye kawan-kawan.hahaha.(gelak jahat!).

Aku kongsi pasal baju nikah aku tema warna purple yang tak purple sangat tapi nampak purple.Eh?!hahaha.Okla.Purple la tu kan.Cuma warna purple soft.Sangat soft.Sangat disukai oleh aku dan En hubby aku tu ha. ^^

Suami: Baju Melayu cekak musang
Aku: Dress + Lace kurung moden.

ok abaikan muka pengantin yang ntah apa-apa tu.hahaha ;p nak letak gambar penuh baju memang takde amik gambar berdua diri.Tak menyempat dah nak berdua masa tu sebab suami pon nak cepat balik homestay.
Nampak kan kitorang gayakan baju tu dengan penuh sopan. ;)

Dengar je Imam Rahman tu cakap apa :) Mas kahwin tergolek dah masa ni.hahaha.Biarkan saje ^^
Nampakkan veil aku dengan shawl hadiah aku tu?hihihi

Baju aku
Baju dengan lace luar aku jahit asing.Inspired by Blog Non-Cinderella Story.



Veil dan Samping lelaki aku sewa sekali dengan bridal.Konon nak mencari tapi malaslah nak cerita kan.hahaha.Kesimpulan pakai saje apa yang ada ok.Beading baju.Tak payah.Dah cantik terletak kat situ dah baju ye.Less is more konon yer sangat.hahaha.Nikah a.k.a Kahwin itu kan mudah. :)
Cantik jugak!hohoho.ok perasan!

Sepanjang majlis aku sangat suka pakai baju nikah tema purple kitorang ni.Sangat-sangat suka ok.Tapi yang suka tu la aku dengan suami pakai sekejap.Takpe.Raya ada kan?








Keputusan Terakhir dengan Bridal

Assalamualaikum...

Akhirnya ada update pasal aku kahwin.huh! :p
Sekarang dah masuk bulan 9 dah kan.Ok tinggal 3 bulan lebih.Sebelum ni aku booking je dulu dengan bridal yang aku nak tu.Tak decide pape pon lagi pasal baju ke pelamin ke tema ke etc.Hari tu nak dijadikan cerita aku pergi rumah terbuka bridal aku ni.Alang-alang dah pergi aku terus jela decide time tu jugak.

Sebelum ni aku ada bagi 1 gambar baju yang aku berkenan sangat.Nak dijadikan cerita masa aku pergi bridal ni aku ternampak baju yang lebih kurang sama design ye.Aku pon saje la cakap.nak try baju tu boleh?Dia bagi aku apa lagi melaram jap.Tapinyaaaaaaaaaaa.....aku pakai design baju tu tak cantikkkkkk..Aku kurus.Kecik.Design tu tak kena.Aku dah macam pakai baju kelawar je gayanya.Acane tu??Menangis jap.hihihi ^^

Tu baju yer..

Baju tu cantik orang tu je yang pakai kalau aku pakai non cantek.huhuhu.reject untuk aku.

Aku belek-belek majalah pengantin kat Bridal tu.Padahal aku pon ada kot :p Pastu aku ternampak majalah yang aku rasa sebelum ni aku ada berkenan baju kat dalam tu.Aku belek-belek lagi.Sah.Ada dalam tu.Terus je aku cakap nak baju macam tu.Lepas tu pelamin tu pon nak macam tu.Haaa..Setel.Dalam 1 majalah je ok.hihihi.Majalah pengantin tu pon aku rasa pernah review kat blog aku ni.Majalah Pengantin bulan berapa tak ingat tapi pengisisannya pasal persiapan majlis mengikut budget. ^^

Untuk informasi..Baju baru yang aku nak buat ni tak kena tambahan apa-apa pon bayaran.Lepas tu warna pon ikut pilihan hati aku.Aku haritu main cakap je warna.Tak tahu la kena tak kena =.=" Best kan.Bridal aku ni memang best.hihihi ^^ Nanti aku cerita banyak-banyak lagi pasal Bridal aku lepas kahwin ea.Mudah-mudahan kerjasama yang terjalin dapat melancarkan dan memeriahkan lagi majlis aku kelak.Amin. :)

Tinggal nak tengok hasil je nanti.
Tak sabar! :p





Designer or Tailor?

Assalamualaikum...

Designor tu tailor jugak kan?
ke cane?hahaha.
Permulaan yang keliru dengan tajuk! :p

Dah.Ni nak cerita pasal nak hantar baju untuk dijahit.Baju nikah ni beli lama dah sebab buat hantaran time tunang haritu. Gambar kainnya 1 pon aku tak pernah amik.Sampai dah hantar tukang jahit kot!hahaha.Apa-apa la ko ni ayut!Aku tryla jugak check-check gambar hantaran.Ni je ada.....

Belakang buah tu kain yer..klik untuk pembesaran yer.

Aku amil keputusan hantar kat kakakku sahaja. ^^
Jimat kat situ.Eh?hahaha.

Permasalahan hantar kakak sendiri:
1) Maybe kurang arif
2) Buat lambat

Kelebihan:
JIMAT

2 je kot pada aku. Kurang arif kat situ merujuk kepada fesyen yang aku mahukan.haha.Biasalah adik dia sorang ni melampau kalau berimaginasi. ^^ Kakak aku tu memang teliti la kalau jahit sebab dia pernah attend kursus giat mara la kan. Baju dia jahit untuk aku dulu-dulu pon cantik jer jahitannya. Cuma experience untuk dalam membuat fesyen itu kurang.Tukang jahit kampung je kan.Takla sehebat designer yang bukak kedai tu. Buat lambat tu mungkin dia fikir majlis aku lambat lagi kot.Takpe2x.Take your time my sister ^^

Jika hantar designer:
Baju yang korang akan dapat memang terbaik.Tapi tengok jugak designer tu macamane kan.Segala kemahuan korang pasti dia akan penuhi dan boleh jugak mintak idea dia. So,tak perlu risau.Yang pastinya,korang kena sentiasa update la.Takut jugak kalau korang hantar kat designer yang memang ramai pelanggan,payahla jugak nanti kan?

Jadi,terpulang pada masing-masing.Ada duit banyak dan mahukan kepuasan yang terbaik hantarlah pada designer yang ada berlambak kat seluruh Malaysia ni.hihihi.^^
Choose wisely!



>>autopublish<<

Design Baju Nikahku!

Asslamualaikum...


Aku punya baju nikah sebenarnya tak tahu nak macamana.Serius ikut hati nak buat peplum.Fikir semula macam nak kurung moden pulak.Tanya dengan En B kita tu lagi la pening.Dia boleh pergi carik gambar then cakap baju tu cantik,baju ni cantik dan semua la pada dia cantik.Dia berkenan sunguh baju ada lace.mmm..

Ok.Bila dah penat dengan persengkataan antara hati dan fikiran,aku buat jela Baju Kurung Moden ^^ Jangan cakap peplum cantik tau.Nanti bertukar lagi kehendak ni.hahaha.Diriku sangat susah untuk come out dengan 1 keputusan yang tetap -_-"



Ciri-ciri design baju nikah yang aku nak:
1) Baju kurung Moden
2) Nak ada reben
Kalau ikutkan,baju tunang aku ada jugak reben belakang.hihihi.Benda tu terjadi secara tak sengaja sebab baju tu size M.Size S takde.Kuarlah idea nak buat reben belakang.

thanks model belakang ^^
sangat cute!  *ok perasan sendirik!*
Reben pon dah tak betul time ni.huhu.My sister tak bagitahu pon time amik gambar ==!
Tak pon leh tengok kat entry Fatin Liyana ni...Comel ok baju ada reben ni...hahaha.


3) Kain ropol belakang
Nak buat meleret.Tapi kang memikirkan diri yang tak cukup ayu ni ada terpijak mana-mana kang.huhu.
Done.Nak ada ropol belakang je.

4) Nak beading/lace??
No 5 ni sape nak tolong bagi idea???Dua-dua cantik.. T_T En B tu cakap suka lace.Dia cakap cantik.Aku pon akui memang cantik.Tapi ntah..huhuhu.Dilema sugguh benda ni.mmmm..Nak kahwin pon ada dilema kan.Kelakar!

Conflict: Match Warna

Assalamualaikum...


Sorry to Model cause take your picture as sample ==!


Ni la lebih kurang warna baju yer yang si Mohamad Hafizal pilih.
Purple dah lebih kepada biru...ye ker?Tapi macam tu la warna kain aku.
Then aku pon agree je sebab memang cantik.
Italian Crepe nama kainnya.
Kainnya soft dan tak panas yang penting.
Kang berpeluh basah kuyup plakla nak akad nikah si Mohamad Hafizalnya.

Tapi sekarang...aku....
conflict nak match warna dengan tudung dan veil
(Si dia senangla....tengok nanti dia nak pilih samping cane.lom fikir lagi tu.biar dia.hahaha :D )

Tengok gmbar ni macam boleh je nak masuk warna purple gelap untuk tudung..
Namun realitinya tak masuk bile aku letak kat baju aku tu...
Nak bagi warna purple soft la plak untuk tudung..
Kang jadi pengantin kusam la pulak.
hahaha..

Warna purple kain ni dah soft dan akhirnya dia mati di situ.
Tak leh match warna lain..Kena warna dia jugak.
Tak mahu sooooo purple nanti..huhu.
Bila mengadu dengan En B...kena gelakkan ajer.huhuhu.

Idea??
Anyone?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...