Followerku..

Showing posts with label Tips untuk gambar cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips untuk gambar cantik. Show all posts

Tips Jurugambar untuk Majlis Perkahwinan Anda

Assalamualaikum...

Ayut kembali! ^^
Sungguh terasa kesian kat diri sendiri kerana tiada masa untuk bersosial.Kesian kan.Balik rumah dah seharian kerja,penat terus tido.Kalau dah kahwin ni nanti ntah apa jadi la agaknya.huhuhu.Setiap manusia pasti boleh berubah kan ^^ Okla.Persiapan kahwin setelah tinggal lagi 2 bulan ++ Nampak gaya masih takde apa yang menarik aku lakukan.Cuma baju nikah nak siap dah.Yeay!Nanti kita ceritakan sikit-sikit ea ^^

iklan jap ^^
lama tak tepek gamabr sendiri kan? :p Yang pasti ini bukan angle yang menarik daripadaku ^^

Sekarang ni aku nak share gan bakal-bakal pengantin yang nak buat majlis kahwin.Tips ni pada aku memang membantu la untuk mendapatkan gambar yang cantik.Yela upah Official Photographer (OP) mahal-mahal takkan tak nak gambar cantik kan?Jadinya sebagai tuan badan yang mengupah OP tu kena la jugak membantu apa yang patut ^^ Jom kita check bersama-sama.

Tips Perancangan Majlis

1. Penegasan untuk ahli keluarga: 
    *pastikan OP senang nak pastikan siapa orang-orang penting terutama keluarga anda semasa majlis.Ini membolehkan OP mengambil shoot atau moment yang menarik untuk ahli keluarga anda sebagai kenangan.
Aku: Setakat ni aku buatkan badge untuk ahli keluarga aku.Tapinya tak tahu la kalau OP yang aku amik ni tak perasan.hihihi ^^

2. Warna Tema dan Warna Sekeliling:
    *warna putih adalah amat diperlukan untuk OP mendapatkan pencahayaan dan pantulan/kesan cahaya yang menarik.Pastikan tidak mempunyai warna-warna yang boleh mencacatkan gambar anda ataupun menyukarkan OP untuk mengedit gambar anda.
Aku: Alamak!aku ni bab warna FAIL sikit.Acane ni OP.Aku risau dah ni.huhuhu ^^ Tapi sebolehnya aku akan pastikan warna aku main yang soft-soft je.Kalau tak menjadi jugak nak salahkan sape ek?hohohoho.Planning...planning..

Tips buat Pengantin semasa Majlis

1. Nikah:
    *Pastikan OP mempunyai masa yang cukup untuk mencari angle/sudut yang sesuai untuk mengambil gambar anda.Kalau jurunikah tu nak suruh cuba dulu itu lagi baik kerana OP masih mempunyai masa untuk memilih ruang yang menarik.nak gambar nampak cantik kan??Lepas tu pastikan ada ruang untuk OP anda.Nikah kan event yang paling penting buat pengantin kan.Kalau boleh tak nak miss 1 benda pon.Lagi-lagi sarung cincin or pakai gelang or apa-apa jela.Pastikan tetap ada ruang untuk OP anda.
Aku: Woooo...aku buat kat rumah je nanti nikah.Mudah-mudahan cukuplah ruang untuk anda wahai OP.Masa?Ni lagi masalah.Aku buat semua 1 hari setel.Nikah pagi,majlis petang.Aaaahaa.Risau aku wei.Risau.Adehhh ^^

2. Tisu:
    * Ni tips penting buat pengantin perempuan semasa bernikah.Ha...tisu adalah benda wajib yang selalu akan korang pegang waktu ni.Yela,waktu touching-touching la katakan.Tapi sebolehnya janganlah dipegang tisu itu yer.Pastinya tisu itu akan mencacatkan gambar anda.Harap maklum.
Aku: Ok.Baru tahu.Lepasni aku suruh pengapit aku je pegang.Raja sehari la katakan.Bila nanges je aku bagi muka kat dia suruh lap.hahahaha.Nasiblah sape jadi pengapit aku ni kan ^^

3. Bersalaman/Bertemu tetamu:
    * Waktu bertemu dengan tetamu seeloknya pengantin borakla lama sikit dengan tetamu.Ala..jumpa kawan kan kena borak-borak lebih cikit.Sekurang-kurangnya OP dapatlah shoot perbualan anda nanti.Moment-moment indahla katakan.
Aku: Nak cakap apa nanti ek?hahahaha.Macam-macam tau.Okla.Aku borak panjang punya nanti dengan kawan-kawan,sedara-mara,penanggang,orang rewang kira smeualah yang aku jumpa nanti masa kahwin.hohoho ^^

4. Potong kek:
    * Potong jela kek tu.Tak payah sibuk nak cari OP.Pandailah nanti OP nak amik macamana gambarnya.
Aku: Ok.Aku memang akan fokuslah dengan kek nanti.tak pandang lain dah.hihihi ^^


Ok.Cukup ke tak tips yang tersenarai kat atas ni?Banyak jugakkan?mmmm.Kisah bunga tangan pon kalau nak dicerita protokolnya pon dah ada.lagikan keseluruhan majlis.Selamatla aku ni bukan ada VIP mana yang datang.hihihi.Sempoi jela kak oi.Mudah-mudahan aku dapatlah bekerjasama dengan baik bersama OP semasa majlis.Mudah-mudahan gambar yang terhasil memuaskan hati dan menggembirakan aku.eh?hahahaha.Jom kita buat yang terbaik untuk majlis kita nanti yer ^^

Perkongsian asal: Di Sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...