Assalamualaikum...
Minggu lepas memang statistik blog aku meningkat secara tetibe.Pelik sungguh sebenarnya.Aku godek-godek la blog ni apa yang orang dok carik sebenarnya.Puas telek jumpa la keywords yang dicarik-carik.
Cerita pasal Maria Elena kahwin.
Kat sini memang terserlahlah fenomena menjadi seorang blogger/vlogger ala-ala retis memang menjadi perhatian ramai.Tengok Maria berapa ramai amek tahu pasal ko kahwin.huhuhu.Maria Elena adalah blogger pada asalnya dan dia sangat rajin merakam video dan dimuatkan dalam Youtube dan blog dia.Akhirnya muncullah perkataan Vlogger.Dia juga adalah seorang Engineer kini dan mempunyai kelulusan Ijazah daripada Universiti Teknoligi Petronas (UTP).Itulah Maria Elena.
Maria Elena kahwin dengan Dato' (panggilan yang Maria letak untuk suami dia) pertengahan bulan 12 lepas memang terus jadi hits bagi kalangan blogger yang mengenali beliau.Nice.
Apa pon Alhamdulillah,setel majlis dia.Semoga berbahagia buat mereka.
^____^
