Followerku..

Showing posts with label Kebaikan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Shaklee. Show all posts

Siapa perlukan Vitamin C?

Assalamualaikum...

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang sangat penting pada badan kita. Kalau anda tahu, Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Sebab tu kita selalu digalakkan oleh doktor untuk selalu amalkan pengambilan Vitamin C.

Dengan mendapat keperluan Vitamin C yang secukupnya badan akan mempunyai imunisasi yang lebih tinggi dalam melawan penyakit. Jadi jangan abaikan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan seharian.



Shaklee juga ada menawarkan kepada pengguna mereka sumber Vitamin C iaitu, SR Vita C Plus. Sebelum ni juga saya dah kongsikan berkaitan dengan Kelebihan SR Vita C Plus. Harini nak kongsikan pula siapa yang angat memerlukan sumber Vitamin C.

  • IBU MENGANDUNG
  • IBU BERPANTANG
  • KERAP DEMAM
  • KANAK-KANAK
  • LELAKI PEROKOK
  • LELAKI KERJA BERAT
  • IBU MENYUSU
Mengikut indeks yang dikeluarkan Amerika Syarikat, jumlah kandungan vitamin C yang diperlukan adalah seperti berikut:

Lelaki Dewasa = 90 mg/harian 
Wanita Dewasa = 75 mg/harian
Kanak-kanak;  (1-3 tahun) = < 400mg , (4-8 tahun) = < 650mg, (9-13 tahun) = < 1200mg
Wanita Hamil/Menyusu = < 85mg

Jadi jangan lupa untuk ambil sumber Vitamin C anda setiap hari! Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya ok!

IG: @ayut_hidayah
FB: ayut hidayah
Whatsap/Telegram: 019-3627388 

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum...

Harini ada kelapangan sikit nak bercerita kembali pasal shaklee. Anda pasti ramai mengenali produk shaklee kan?Tapi anda pernah cuba? Kalau anda cuba pasti anda akan rasa JATUH CINTA untuk sekian kalinya. Percayalah. hihihihi.

Okla.Harini nak berkongsi mengenai SR Vita C Plus a.k.a Vitamin C Shaklee.Selalu tak anda rasa nak demam,dalam sebulan selsema 3 hingga 4 kali dan muka sering kali bermasalah?Itu di antara tanda-tanda anda kekurangan Vitamin C di dalam badan. Di pasaran sekarang juga terlalu banyak produk untuk dipilih sampai kadang akhirnya berlalu begitu je sebab tak tahu apa kelebihan dan kekurangan produk tersebut. Kali ni meh saya cerita kebaikan SR Vita C Plus Shaklee ya.


Apa itu SR Vita C Plus?

SR Vita C Plus adalah nama pendek bagi Sustained Released Vitamin C Plus.Perkataan SR itu sendiri dah menunjukkan kelainan Vitamin C shaklee ni daripada yang lain. Bila kita sebut Sustained Released bermakna,Vitamin C shaklee ini akan terurai secara perlahan-lahan di dalam badan. Bila badan kita kekurangan vitamin C,barulah SR Vita C Plus ini akan terurai sedikit demi sedikit. Jadinya, badan kita tidak akan kekurangan vitamin C secara mendadak.

Apa tu Vitamin C & Citrus Bioflavonoids?



Kalau tengok label pada botol SR Vita C Plus shaklee, akan ternampak perkataan Citrus Bioflavonoids.Apa fungsi sebenarnya? Bioflavonoids sebenarnya kulit oren yang telah diekstrak dan dipatternkan bersama vitamin C oren untuk menambahkan keberkesanan penyerapan vitamin C di dalam badan. Bila kehadiran Bioflavonoids ini membolehkan badan menerima Vitamin C semaksimum mungkin.

Apa lagi kelebihan SR Vita C Plus Shaklee??

Kandungan vitamin C di dalam sebiji kapsul. Sebiji kapsul SR Vita C Plus bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren. Berbaloi kan? Sekarang kalau kita beli 2 biji pon dah nak dekat RM10.00.Sangat tinggi kandungan Vitamin C yang diberikan shaklee kepada pengguna mereka. Setiap kapsul SR Vita C Plus mengandungi 500mg Vitamin C.

Kalau nak tau lebih lagi mengenai SR Vita C Plus shaklee boleh hubungi saya ye.


FB: Ayut Hidayah
Instagram: @ayut_hidayah
Whatssap/Telegram: 0193627388




Raya Tahun 2016

Assalamualaikum...

Halamakkkk... Nak cerita pasal raya la pulak kan. Hahaha. Kenangan sebenarnya. Nanti bosan-bosan baca balik blog sendiri. Baca balik kenangan raya bersama-sama. Kenangan yang menggembirakan. Kalau ada yang baca mana tahu dapat tempias kegembiraan. Hihihi... 

Raya dalam berpantang! Yes... Raya 2016 aku adalah dalam pantang. Aku tengok je orang makan ayam, makan ketupat, makan lemang, makan kuih, makan kacang. Eh... Semua la yang sedap-sedap aku sekadar memerhati je. Hahaha. Sedih???! Takla sedih sangat sebab aku dapatla turunkan berat badan indirectly kan selain aku telan set shaklee tu bagi kurus balik. Nampak tak aku main psikologi dengan diri sendiri.


UNTUNG BILA AMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE NI SEBAB DARI MENGANDUNG SAMPAI KE BERSALIN BOLEH MAKAN.. Baguskan? 

Raya 2016 aku turn rumah mertua. Hohoho. Tahun ni lagi sekali takde beli baju raya. Yes.. Suami kesayanganku juga berjangkit tak beli baju raya. Wafiy pon tak berbaju cantik mana pagi raya tu.  Pakai baju dia selalu pakai je. Adehhh. Suami cakap takde mood sebab aku tak beli baju. Jadinya pakaila baju yang ada. Aku pakai baju masa mengandung, suami pakai baju adik dia. Simple.


Gambar??? 
Ala.... Tak banyak pon. Tak macam kat keluarga sendiri kan. Ipar duai semua kepenatan masak. Aku tak boleh banyak gerak pulak tu. Takdela bergambar mana. Tapi gambar dengan mak WAJIB ADA. hihihi. We love our mak!


Raya 2016 walaupon macam tak menarik mana, tapi tetap bahagia dapat berkumpul bersama-sama semua. Alhamdulillah. Itu yang paling utamakan sebenarnya. Berkumpul. Bermaaf-maafan. 


Moga silaturrahim keluarga terus berkekalan selamanya. Aminnnn... Eh... Haaa... Raya 2016 ni jugak kakakku sayang bertunang. Korang doakan jodoh dia berpanjangan ye. Insya allah panjang jodohnya bersatulah mereka dengan lafaz akad nanti. 



Set Jerawat Shaklee

Assalamualaikum...

Sebelum ni dah kongsikan macamana jerawat boleh terjadi kan? Bila dah tahu punca,pasti kita nak cari penyelesaian masalah yang kita hadapi. 

Pada aku,ya aku stress bila jerawat kat Zone T akan selalu timbul. Sangat mengganggu. Tapi...secara tak sengaja aku jumpa penyelesaian. Sangat gembira! Jadi aku nakla kongsi apa yang aku dapat ni. ;)

Macam semua pernah tahu. Aku adalah PENGGUNA SHAKLEE PRODUK. Apa yang shaklee tawarkan buat kita yang mengalamai masalah jerawat? Set jerawat shaklee sangat la berkesan. Kadang tu bukan dapat kulot cantik je, tapi siap terSUBUR pulak.eh??! Hebat kan?

Jom tengok set jerawat shaklee:



Then....ada yang paling budget set jerawat shaklee!
Iaitu aku sendiri guna.
ESP + Vita C

Kita tengok pulak testimoni pengguna set jerawat shaklee ye:

My own sister!


Myself!

Nak lebih lagi testimoni dan set kesihatan/kecantikan shaklee,boleh tengok-tengok kat page bawah ni ye!

Instagram: Ayut.hidayah_shaklee
FB: Ayut Hidayah

Nak bertanya:
Call/Whatssap - 0193627388


Set Buasir Shaklee

Assalamualaikum...

Harini memang nak sangat cerita pasal buasir? 2 orang keliling aku mengalami masalah buasir. Macamana buasir terjadi?

Buasir terjadi bila terjadinya bengkak pada vena yang terletak pada dubur dan rektum. Vena ini boleh membonjol keluar dan menyebabkan perit,sakit,gatal dan berdarah. Adoiii...mesti sakit.

Kenapa boleh terkeluar?

Tekanan yang terlalu banyak pada bahagian rektum menyebabkan dinding vena teregang dan membonjol. Jika kritikal boleh menyebabkan pecah.

Nampak menyakitkan. Adoiii.

Ok. Shaklee ada set bagi membantu masalah buasir! *tepuk tangan ramai-ramai*

Kenapa kena set?
Mestilah dia set sebab permasalahan buasir bukan kerana kesilapan satu je. Kita boleh tahu berdasarkan keterangan permasalahan buasir terjadi sebab:
✔ Masalah otot pada bahagian dubur.
✔ Masalah luka yang tidak baik dan menjadi berlarutan.
✔ Masalah proses pencernaan (usus)

Set Buasir Shaklee 

  • OSTEMATRIX:  MEMBANTU MENGURANGKAN SEMBELIT DAN MELANCARKAN PEMBUANGAN AIR BESAR SERTA MEMBERI KESELESAAN KEPADA ANDA APABILA MENGALAMI LUKA DI BAHAGIAN DUBUR.

  • OMEGA GUARD: BAIK UNTUK SENDI DAN OTOT.APABILA MENGALAMI BUASIR,KESAKITAN AKIBAT TEKANAN OTOT DUBUR KE ATAS BENGKAK YANG MENYEBABKAN KESAKITAN DAN OMEGA AKAN MEMBANTU UNTUK MENGECUTKAN OTOT YANG BENGKAK ITU.

  • ZINC COMPLEX: FUNGSI UTAMA ADALAH UNTUK MEMBANTU MENYEMBUHKAN LUKA DI BAHAGIAN DALAM DUBUR. JADI,LUKA YANG TERJADI AKAN LEBIH CEPAT SEMBUH DAN MEMBERI KESELESAAN PADA PESAKIT.
Jadinya, itu sebab Shaklee memberikan set pada setiap permasalahan. Kesan lebih spesifik dan berkesan. Nak cuba?

Boleh order dengan saya.
PM / email / Whatsap
0193627388
noorhidayah.khamis@gmail.com







Kepentingan kalsium pada Tulang

Assalamualaikum...

Hidup sihat,hidup bahagia!
Siapa setuju?
Pernahkah anda rasa seronok bila anda demam?
Ketawakah anda bila saat nak bangun dari duduk tapi rasa tulang macam nak patah?

Mesti rasa stress,sedih lepastu fikir apala nak jadi dengan aku ni. Kecewa dengan diri sendiri. PLEASE....STOP!

Ubah cara hidup anda.
Anda malas? Anda berkira? Anda yang rugi...  :)

******

Ostematrix bekalan kalsium tulang anda!


Eh...minum jela susu.Kan lagi baik.
Ya..itu betul.
Berapa ramai yang ada masalah untuk minum susu? Ostematrix memudahkan kerja anda seharian. Tak perlu nak menyudu bagai. Tinggal buka botol,telan. Minum air masak 3 liter sehari. WAJIB.

Anda MALAS,anda RUGI.

Semakin lama tulang akan semakin mereput. Terutama selepas ibu bersalin. Segala nutrien dalam badan anda berpindah pada anak yang anda kandung. Bekalan kalsium yang tinggi perlu buat para ibu. Jangan ambil mudah. Tulang adalah komponen penting dalam badan anda. Di situlah terdapatnya saraf,salur darah dan sum sum dengan sel darah merah dihasilkan.

*****

Menurut kajian, kalsium sangat bagus penyerapannya dalam badan jika diambil bersama dengan magnesium. 

Ostematrik telah dirumus bagi menghasilkan supplement yang mengandungi dua bahan penting ini. KALSIUM DAN MAGNESIUM. Menggunakan bahan semulajadi dan dipercayai tiada sebarang campuran bahan kimia.

Nak order dan khidmat nasihat boleh tanya lanjut ye. 

HIDAYAH
0193627388





Vitamin E Complex dan Zinc Complex

Assalamualaikum...

Lelaki selalu menganggap yang mereka tidak memerlukan sebarang makanan tambahan bagi menjaga kesihatan mereka. Tapi percayalah,setiap manusia akan semakin berkurangan vitamin apabila umur meningkat.


Shaklee ada rumusan khas dibuat untuk lelaki punya kebaikan. Insya Allah.

Vitamin E Complex 
✔ antioksidan badan
✔ pencegahan kanser & penyakit kardiovaskular (jantung)
✔ melancarkan peredaran darah
✔ mencegah kanser prostat

Zinc Complex 
✔ membantu dalam mengekalkan kecergasan
✔ membekalkan zinc yang cukup bagi keperluan sistem reproduktif lelaki
✔ baik untuk menguatkan rambut dan kuku

Pengetahuan am:
Sistem reproduktif lelaki sangat memerlukan zinc 15mg setiap hari. Kekurangan zinc akan boleh mengakibatkan masalah prostat.

Jangan anggap remeh kesihatan anda wahai sekalian lelaki. Kehidupan pasti lebih bahagia dengan adanya kesihatan yang terbaik!! Boleh Whatsaap atau Mesej untuk order ye. Harga dan khidmat nasihat akan diberikan terbaik untuk anda! 



Kebaikan Garlic Shaklee.

Assalamualaikum...

Garlic shaklee.
Pernah dengar?
Pernah nampak?
Pernah guna?

Aku kat sini nak bercerita sikit kebaikan Garlic Shaklee ni. Sebagai pengetahuan am,semua orang tahu garlic atau bahasa orang melayu ye bawang putih banyak digunakan oleh masyarakat cina dan juga luar negara. KENAPA??  Sesuatu yang baik itu biasanya kebanyakan orang Melayu kita sering ketinggalan. Jarang nak ambil tahu. Sebenanrnya nenek-nenek kita dulu pon ada bagitahu KEBAIKAN GARLIC ATAU BAWANG PUTIH.

1) Antibakteria semulajadi
2) Merawat jangkitan kulit
3) Melawan alergi
4) Petua bagi masalah pernafasan (selesema/demam)
5) Meningkatkan fungsi iron
6) Merendahkan tahap kolestrol
7) Petua bagi membuang masalah angin dalam badan

Khasiat bawang putih sangat banyak dan Shaklee telah mengambil langkah membentuk kapsul bawang putih bagi mudah pengguna menikmati kelebihannya! Tahniah buat Shaklee!!  :)


Aku sangat recommendkan kepada sesiapa yang ada masalah kulit berjerawat ambil lah juga Garlic Complex Shaklee ni sebab dia bertindak sebagai anti kulat dan antibiotik semulajadi pada badan. Penambahan antibiotik dalam badan membolehkan badan melawan bakteria yang mengganggu kulit kita.

Bila antibiotik dalam badan tinggi,jadinya kulit terhindar daripada sebarang rensangan yang boleh mewujudkan jerawat berkampung di muka. Lepas tu,bolehla makan VITAMIN C pula. Makin berseri la muka nanti. Yeay!!

Sesiapa nak order supplement shaklee boleh berhubung dengan aku ye. Aku akan bagi khidmat nasihat dan cadangan supplement yang baik buat muka bermasalah.

HIDAYAH
0193627388
SID:1195856


ESP SHAKLEE dan Kesannya pada aku!

Assalamualaikum...

Ada kelapangan nak cerita sikit kebaikan aku perolehi dengan ESP Shaklee ni. Aku consume ESP Shaklee start awal bulan 7 haritu. Tapi masa tu aku minum ESP Shaklee tak konsisten. 

Bermulanya pertengahan bulan 7 aku dah start minum ESP Shaklee secara konsisten. Tak pernah tinggal setiap pagi. Aku kerja masuk pukul 7. Jadinya aku jarang sarapan. Jadinya ESP Shaklee sekarang adalah sarapan aku.

Kesan pada aku:



- Perut rasa selesa
- Rasa kenyang berpanjangan
- Pembuangan semakin lawas
- Jerawat kat muka tak seteruk bulan sebelumnya. Gambar atas tu kanan bulan sebelum,kiri selepas minum esp shaklee.

Alhamdulillah.

Aku memang jarang ambil berat pasal kesihatan. Sejak ambil ESP Shaklee ni aku dapat rasa beza perut aku. Selalu sebelum ni cepat rasa pedih semua tapi sekarang aku boleh kerja tanpa risau. Sangat seronok!

Pada aku,kalau korang nak cuba makan supplement shaklee,cuba dulu ESP Shaklee ni. Korang akan dapat rasa bezanya. Aku tak nakla kebaikan ni rasa sorang-sorang. Korang cuba lepas tu korang rasa perbezaannya.

Kalau nak order boleh wassap dengan aku tau. Aku pengedar sah shaklee area batu pahat.  Sesiapa luar Batu Pahat, aku pon boleh buat penghantaran satu Malaysia. Jangan malu nak bertanya. Shaklee menawarkan pelbagai makanan tambahan untuk seisi keluarga. 

HIDAYAH
0193627388


Shaklee dan Aku.

Assalamualaikum...

Eh??! Macam rajin pula aku nak update 2 entri dalam 1 hari kan.hahahaha. Macam biasala aku nak borak santai la pula pasal Shaklee.

Macamana aku terlibat dengan Shaklee?

Secara kebetulan kakak memberi peluang kat aku. Eh...ko nak buat site income tak? Sambil tu ko gunala produk Shaklee ni. Macam biasa la orang MLM nak cari anak kan.heeee ;) Yes. Shaklee adalah perniagaan MLM. Aku boleh dikategorikan di bawah bumbung SPECTACULAR GROUP. Master aku Nana (pangkat aku dengan dia nanny). Kakak aku downline Master Nana. Aku pula downline Kakak aku, Umi. 

MLM kan tak bagus....

Ok. Bagi jawab persoalan ni aku rasa bergantung pada diri sendiri. Kau ada Master untuk rujukan dan juga selalu memberi bantuan yang diperlukan. Masih tak bagus ke? MLM jadi tak bagus bila upline korang mengabaikan korang. Apa yang pasti ini adalah MLM yang korang nampak kebaikan barang dan barang tu depan mata ko. Haaa...jual beli sah kan?


Best ke Shaklee?

Pada aku Shaklee bagi aku peluang untuk buktikan aku ni rajin ke malas. PSIKOLOGI aku ni sihat ke tak sihat. Nak berjaya dalam perniagaan atau apa bidang pon kerja keras dan pengorbanan tu perlu!  ;)

Apa aku lakukan?

Sekarang memang aku fokus untuk menjual barangan keluaran Shaklee. Terlalu banyakkk kebaikan Shaklee produk. Korang nak dengan tak nak je untuk mencuba. Cari anak? Pada aku,rezeki aku akan sampai untuk ada downline. Semua ni aku kena yakinkan orang dulu. Kalau kita sendiri tak yakin,macamana nak yakinkan orang lain kan? Upgrade dulu diri sendiri,tapi sesiapa nak aku pandu dalam Shaklee,aku sedia membantu. :)


Apa yang aku tahu,ESP SHAKLEE sangat best! Dulu konon aku tak nakla minum yang pure punya. Sekarang.....setiap hari aku bancuh tak payah dah campur perisa lain. SEDAPPPPP!!! Korang try la. Nak try pon boleh contact aku tau.

Ok.time's up! 
Nak tahu apa-apa whatssap ye....


Kelebihan ESP Shaklee

Assalamualaikum...

ESP Shaklee...
Supplement paling laris dan kadang sampai kehabisan stok di HQ. Tak dinafikan memang pastinya barang yang baik dan memberikan hasil yang terbaik akan menjadi pilihan pengguna.

Okla. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Meh aku kenalkan semua dengn ESP Shaklee ni. Aku nak bagi sampai korang jatuh cinta.hihihi. ESP Shaklee berbentu serbuk dan diperbuat daripada soya NON-GMO. Perlu dibancuh dan boleh dicampur dalam pelbagai minuman lain kecuali kafein dan alkohol. Ingat tu ye.



Apebenda pulak tu kan. Non-GMO soy ni adalah sejenis kacang soya yang tidak dilakukan apa-apa modifikasi secara kimia mahupon penggunaan bahan kimia. Ada soya yang ditambah bahan kimia untuk percepatkan tempoh matang atau hasil yang baik. Namun, ITU BUKAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM ESP SHAKLEE. Pembuatan ESP shaklee adalah secara go green. No Chemical.

Pengenalan sudah. Sekarang masuk kebaikan. 


Kebaikan yang aku sendiri rasa sekarang ni pon memang luar biasa. Perut aku adalah jenis yang sensitif. Tapi sekarang bila dah mula minum ESP Shaklee ni perut tak rasa banyak angin dan lebih bertenaga. Ini berani cakap sebab sendiri gunakan. Lepas-lepas ni aku kongsikan lagi kebaikan ESP Shaklee ni lebih menyeluruh dan satu-satu. Baru betul korang akan jatuh cinta. Cewahhhh. 

Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu jangan segan untuk bertanya ye.
Teman SID anda sedia membantu.
Hidayah
0193627388



Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat

Assalamualaikum...

Ramadhan tiba.alhamdulillah.

Salam Ramadhan dan salam kemaafan kepada semua pembaca blog akuayut ye.Salah silap harap dimaafkan. Jangan simpan dalam hati. Tak baik untuk kesihatan diri. Heee  :)

Sempena Ramadhan ni juga nak bagitahu la kat sini, yang secara rasmi aku selamat menjadi pengedar sah shaklee area Batu Pahat.


Sebarang pertanyaan dan pesanan bolehla berhubung dengan aku ye. Shaklee menggunakan bahan semulajadi dan insya Allah makanan tambahan terbaik buat diri kita. Lepasni adala slot untuk produk yang aku guna.hehe.

The more we do,the more we get!

Berusahalah untuk apa yang kita ingin di dunia mahupun di akhirat. Allah suka kepada orang yang berusaha.  :)

Jadinya,marilah sihat bersama-sama dengan shaklee. Moga rezeki kita semua melimpah ruah selalu dengan keberkatanNya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...