Followerku..

Showing posts with label Filem Menarik. Show all posts
Showing posts with label Filem Menarik. Show all posts

10 Days Challange: Day 2-2 Film

Assalamualaikum....

Masuk hari kedua dah. Hari kedua kena cerita pasal filem. Bila sebut filem aku pon teringat. Laaaa..aritu baru je tengok How to train your dragon 2. See? Boleh je kalau buat entri pasal tu dulu. Takla blog sunyi sepi kan.huhuhu.

Filem: How to train your dragon 2?

Google images

Ingat Hiccup? Ingat toothless? Ala naga hitam yang comel lagi bijak tu.hahaha. Cerita animasi yang sangat best pada aku. Tak bosan. Tak rugi tengok. 

Arahan: Dean DeBlois

Konflik How to train your dragon 2 ni bila Hiccup dan toothless terjumpa sebuah tempat dipanggil ice cave iaitu tempat ibu naga. Ice cave tu juga ada penjaga iaitu seorang perempuan. Siapa perempuan tu? Kena tengok. Konflik kedua bila ayah Hiccup mati. Hiccup kena menjadi pengganti sebagai ketua kumpulan di Pulau Berk mereka. Macamana Hiccup? Kena tengok.

Buat penggemar cerita animasi macam aku ni kena tengok. Boleh aku menangis tengok.hahaha. Part sedih tu memang menangisla. Bila masa kagum tu siap ..wahhhh..hahaha. Tak rugi tengok kat wayang masa baru-baru keluar waktu puasa haritu. :) 

Filem kedua aku cerita petang sikit. Kena bagi 2 filem kan...? Nanti taip lagi entri untuk filem. :) 

(Review) 300 Rise of an Empire

Assalamualaikum. ..

Janji malam tadi nak post entry ni tapi kepenatan sudah.Tak berdaya dah nak buka blog balik.Ampun ye kawan-kawan.Orang semangat jalan memang tak ingat apa dah kalau penat.heee :)

Okla.Filem aku tengok hari sabtu lepas adalah Filem 300:Rise of an Empire. Filem ni tak tahu la bila keluarnya tapi aku dengan si suami berkenan nak tengok lepas terpandang trailer depan wayang tu.haha.Nampakkan kitorang main aci redah je kalau bab menghabiskan masa bersama.hahaha.


Jalan cerita: 

Epic saga chapter that takes the action to a fresh battlefield-on the sea-as Greek general Themistokles attempts to unite all of Greece by leading the charge that will change the course of the wat. This film pits Themistokles against the massive invading Persian forces led by mortal-turned-god Xerxes and Artemesia, vergeful commander of the Persian Navy. 

Pelakon 300:Rise of an Empire: Eva Green - Artemesia, Rodrigo Santoro - Xerxes, Sullivan Stapleton - Themistokles. 


Mungkin ada tak pahamla kan lagi kalau tak pernah tengok.Secara simplenya cerita ni kisah pasal perjuangan Themistokles untuk membentuk negara demokrasi (Greek,Sparta dan Persian),  dan kisah pasal agenda membalas dendam Xerxes dan Artemesia.Cerita banyak lawan-lawan pedang gan darah sana sini la.huhuhu. Cerita menarik.Ada la membuatkan aku ni terfikir Ada jugakla buatkan aku macam ....eerrr.macamni tugas seorang ketua untuk menghadapi pertempuran.hahaha.Tapinya ada jugakla sampai aku tanya..b, kat laut atas kapal boleh ea diri tegak macam tu?hahaha.Means ada tak logiknya la kan.hahaha.

Rate aku: 8.5/10

Sesiapa nak tengok bolehje.Kalau untuk budak-budak tak digalakkanlah sebab kang ada pulak nanti belajar nak main pedang untuk benda bukan-bukan.huhuhu.Ok.Selamat menonton kepada yang terasa nak tengok filem 300:Rise of an Empire!





Filem: Aku,Dia dan Tong Sampah

Assalamualaikum...



Pelakon
Beto again!
Siti Saleha dan Razif.

Cerita ni dah lama sebenarnya.Aku rasa pernah terbaca kat blog,tapi tak ingat blog sape.Then baru-baru ni sewaktu dengan Filem Istanbul Aku Datang,baru dapat tengok cerita ni.Jalan cerita yang mudah dan tak berat.Kisah percintaan muda-mudi dan tak banyak konflik.Enjoy la mudahnya nak cakap kalau tengok.


"Jumpa tepi tongsampah kerana nak buang kisah cinta lalu,akhirnya terbit satu cerita cinta baru tanpa disedari"


Tong sampah yang menjadi simbolik.
ada jugak ceirta gini.hahaha.
Selamat menonton cerita lama!
^___^



p/s: Autopublish


 


Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum...


Filem yang mendapat sambutan hangat sepanjang berada di pawagam kan?
Aku tak tengok kat wayang pon sebenarnya.Nak pergi je mesti tak jadi pergi.hihihi.Ni aku tengok sebab Mawar download.Ada dalam laptop aku tu.Waktu birthday aritu Mawar amik.Aku pon apa lagi terus tengok.Sekarang,aku dah tengok 2 kali.Padahal baru seminggu je dalam laptop tu.Hebat jugak penangan cite Istanbul Aku Datang ni.hahahaha.


Pelakon Utama: Lisa Surihani,Beto Khusairy dan Tomok.

Point paling aku suka dalam cite ni

1. Lisa dan Blog
2. Lisa dan kasut high heel
3. Lisa,Beto dan kucing
4. Lisa menangis
5. Lisa,Beto dan Maggi Asam Laksa

5 part atas ni paling best pada aku dalam Filem Istanbul Aku Datang ni.Part lawak tu memang lawak abis.Tergelak-gelak aku tengok.Lapar,pastu gaduh pasal Maggi la.Takut kucing sampai memanjat-manjatla.hahaha.Pastu yang sedih walaupun satu scene je pada aku memang berkesan.Terharu kot dengan keprihatinan yang ditunjuk.Orang kecewa memangla tak mampu nak buat apa-apa untuk seketika kan.huhuhu.Patutla filem Istanbul Aku Datang ni orang cakap best sebab memang best.Korang tengokla jugak.Mesti korang suka.Filem yang ringan je penyampaiannya.Korang takkan terasa berat kepala punya.Pasti.


Sinopsis aku:
Lisa membawa watak sebagai Dian yang mempunyai impian untuk bersama kekasih hati,Azad lakonan Tomok.Terdapat beberapa rintangan yang akhirnya menyebabkan Dian terpaksa menyewa bersama Haris lakonan Beto secara tidak sengaja tanpa pengetahuan Azad.Namun akhirnya rahsia ersebut diketahui Azad menyebabkan telah berlakunya konflik antara mereka.Apakah kesudahannya?Kena tengok.Apa yang pasti,mestilah Happy Ending!!



p/s:Benci-benci,lama-lama jadi sayang ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...