Followerku..

Buah Delima

Assalamualaikum...


Kembali aku untuk memastikan blog ini masih ada pengisiannya.hohoho.Macam biasa aku punya entry blog kalau tak merepek mesti pasal makan. Lagipon aku rasa topik makan ni jela yang tak pernah habis isunya. ^^ Beberapa hari sahaja lagi dah nak Ramadhan. Sebelum terliur macam-macam baik aku cerita pasal makan-makan ni sebelum puasa.

Buah Delima.
Sebelum ni ada baca pasal khasiat Buah Delima. Khasiat Buah Delima ni sangat banyak samada untuk kesihatan luaran mahupun dalaman. Apa yang aku pernah dengar, salah satu khasiat Buah Delima ni adalah mengelakkan diri daripada terkena gangguan syaitan. Pernah dengar? Lagipon, Buah Delima ini adalah salah satu buah yang Nabi makan selain daripada Kurma. Lagi khasiat Buah Delima ni dikatakan dapat mencuci darah. Apa yang pasti jika Nabi juga makan pastinya banyak kelebihan buah delima ni. ^^

Ini kisah Buah Delima aku.huhuhu. Nak dijadikan cerita, suami tersayang aku ni beria suruh mencari Buah Delima. Pada awalnya sebab mak mertua yang mencari. Aku pon sebenarnya tak pernanh makan Buah Delima. Bentuk Buah Delima ni pon tahu dalam google je ^^ Rumah sewa aku ni dekatla dengan Pasaraya Nirwana. Tengah jalan-jalan tu terpandang buah. Tengok dekat sikit,'Ehhh!!Buah Delima la...!' Terus amik satu, bayar bawak balik rumah. Harganya jangan ceritala tapi biar gambar yang berbicara.


Isi Buah Delima ni pon pertama kali tengok. Ni pon biar gambar yang berbicara.



Rasa Buah Delima ni sedap.Kecik-kecik macam tu memang macam makan jajan ok.Sedap je masuk mulut. Orang cakap makan Buah Delima ni tak boleh kongsi sebab khasiat Buah Delima ni adalah 1 biji tu.Kalau kongsi nanti khasiatnya dah kurang.Gitu pulak...Ye ke??Pernah dengar? *Sekarang ni rumors bertebaran.Sesah nak percaya mana betul mana tak.mmmmm..

Apa pon khasiat Buah Delima memang banyak.Nak tahu lebih banyak boleh google lagi ^^ Aku bagi sikit jela. Sekarang ni pon ramai je yang dah jual Jus Buah Delima. Jadinya siapa yang nak cepat lagi mudah bolehla beli yang dibuat minuman jus tu.Siap tinggal minum je ^^ Korang pernah makan Buah Delima? teruja tak tengok dalam Buah Delima yang ketul-ketul kecik macam tu? Aku is sangat teruja ok.hahaha.

12 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

ayut bagus makan buah delima ni lebih2 lagi time pregnant.. anak kulit cantik kemerah2an macam hakimi..hihihi

Iola said... Reply To This Comment

pernah makan sekali saja buah ni..tu pun sepuluh tahun lepas kot haha

brohantu said... Reply To This Comment

buah ni memang favourite saya

Mummy MM said... Reply To This Comment

Tak pernah g makan buah Delima yang "live" tapi sekarang tengah minum supplement dari buah Delima. Kawan2 blogger cakap bagus untuk kulit.

nur anis said... Reply To This Comment

buah favourite ni..baru lepas borong hari tu..tak habis lagi..hehe..tapi sekarang tak musim..mahal sikit..

Unknown said... Reply To This Comment

sdp.byk khasiat plak tu..

try minum gursan..dari pati delima.. kalau mls nak beli buahla..hihi

salam ramdhan ayut

wakgelas said... Reply To This Comment

wak x penah try buah delima nih jugakk., ahHKs

- AZIE - said... Reply To This Comment

buah delima? apakah ayut sudah berisi...kalo btl bagusla amalkan buah delima ni..

unsecretostory said... Reply To This Comment

Feveret! Nyummmmm. Part biji dia sembur2 buang, hahaha :p

Fiza Rahman said... Reply To This Comment

Sedap nih. Masa pregnant dulu suka makan.

Cik Rose said... Reply To This Comment

Ros pun suka makan buah delima.. pasal harga tu, ada tempat yang jual murah, ada yang jual dengan harga yang agak tinggi :) tapi, tak ape kan, banyak khasiat dia :)

Mimie said... Reply To This Comment

buat air sedap

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...