Assalamualaikum...

Setiap hari kita mesti perlu berhadapan dengan pilihan.Macam gambar menentukan pilihan arah kat atas tu.Banyak cabang pilihan yang ada dihadapan kita.Kadang-kadang mahu ataupun tidak, kita tetap perlu memilih.Memilih apa yang terbaik.Memilih apa yang dapat membantu.Memilih sesuatu untuk kepuasan diri.Memilih sesuatu tanpa perlu menyendiri.Kadang-kadang sekecil-kecil keadaan juga melibatkan pemilihan.Setiap malam pasti akan kena membuat pilihan, baju apa nak pakai pergi kerja esok.Setiap pagi lipstick warna apa nak pakai pergi kerja(kalau ada banyakla..hihi).Memilih kasut apa yang sesuai ke tempat kerja harini.
Kadang-kadang kita memulakan kehidupan kita dengan sangat kompleks.Pelik.Seolah tak logik!Namun, memang begitulah kehidupan yang sentiasa wujudnya pilihan.Setiap manusia di anugerahkan akal fikiran untuk digunakan.Buatlah pilihan yang terbaik.Daripada sekecil perkara sehinggalah sebesar-besar permasalahan.Bermula yang kecillah akan timbulnya perkara yang besar.Fikir-fikirkan.Memang Islam tidak pernah menyempitkan,tapi hanya pilihan kita untuk difikirkan.
Happy Monday everyone!
^___^
