Followerku..

Sporotrichosis!

Assalamualaikum...


Berjumpa lagi dalam entry seterusnya.Tajuk pon dah bahasa doktor-doktor.Nampak sangatla kan ada yang tak sihat kat sini.Sporotrichosis ataupun lebih mudah bahasanya Fungul disease telah menyerang Si Panjang aku.Haaaa....ingat tak aku cakap sebelum ni aku cakap Si Panjang tu telinganya luka tak baik-baik?Inilah sebabnya.Si Panjang tu ada Sporotrichosis disease.Fuhh..

Aku sendiri pon baru tahu ada penyakit ni ok.Sporotrichosis ni sangat bahaya kalau kena kat kucing kita.Aku baru tahu ni pon sebab aku dah bawak Si Panjang tu ke Veterinar.Bila dah ke sana memang dia periksa abis la Si panjang tu.Siap tengok bawah microscope lagi ok.Terus dia bagitahu aku yang Si Panjang ni sakit.Dia cakap penyakit ni bahaya sebabnya boleh berjangkit.Boleh masuk paru-paru dan boleh masuk ke dalam darah.Akhirnya boleh mati.Ayat last dia buat aku ...What??..mmm.Okla.Vet tu bagi aku ubat suruh Si Panjang makan.Ubat tu boleh tahan mahalnya.Aku dapat dalam 10 biji = RM80.Aku pon bagi jela Si Panjang tu makan.Tengok dekat seminggu ni mula menggering luka yang ada.Hope semuanya bolehlah baik.

Gambar lupa nak amik.Gambar ubat pon sekali lula nak snap.huhuhu.Aku cerita jela yer.

After a week.

Aku batuk-batuk tak berhenti.Aku dah pelik.Nak kata aku tak sihat macam aku tak rasa apa-apa masalah.2 hari aku biarkan.3 hari aku biarkan.Masuk seminggu.Fine.Aku dah macam suspek ni mesti ada kaitan dengan penyakit Si Panjang.Aku pon pergi jumpa doktor.Aku cerita-cerita.Dia pon cakap 'Ini kucing memang kadang-kadang masalah' huhuhu.Aku senyap jela.Doktor periksa aku semua dia cakap akan bagi ubat batuk dulu macam biasa dengan antibiotik.Fine.Aku baca kat internet antibiotik tak berkesan untuk melawat disease ni.Aku tak puas hati aku tanya lagi.Kalau tak baik macamana?Doktor tu cakap sambil senyum-senyum kat aku, I akan buat X-Ray.huhuhu.Doktor tu mesti fikir aku dah takut.Ofkos la takut.Bermain dengan nyawa aku kotttt...huhuhu.Nanges jap!

Aku sekarang makan ubat je dulu kalau dah abis tak baik jugak memang doktor tu jugakla aku jumpa.hihihi ^^ Selamat doktor handsome! :p Doakan aku selamatnya kawan-kawan.Risau la jugakkan kadang-kadang kita fikir macam tak serius tapi bila berkaitan dengan dalaman badan ni sukar untuk dijangka kan. ^^ Moga aku sihat dan Si Panjang tu pon teurs sihat.Amin.

Update oh Update! Cerita MyB...

Assalamualaikum...

Akhirnya hujung minggu ni boleh update blog.Yeay! ^^
Blog...
Rasa sekarang ni macam dah kurang je musim main blog.Kan?ke aku sorang je yang rasa macamni :p Mungkin sebab aku dah kurang aktif menyebabkan aku rasa dunia blog semakin kurang sambutannya.Kalau dulu aku aktif tu rasa macam dunia blog sangat meriah.hihihi.Biasalah kan.Perubahan arus kemodenan dan kemunculan pelbagai lagi social network yang ada.Lagipon sekarang ni banyak je yang 'sambil menyelam minum air' dalam dunia online.Satu kebangkitan melakukan perubahan dalam kenaikan harga minyak sekarang :p Semoga terus maju dalam bisnes online buat kawan-kawan semua.Sampai masa aku pasti akan mengikuti.Boleh gitu? hihihi ^^

Alhamdulillah.MyB kesayangan sekarang dah seperti asal sewaktu aku terima daripada En B.Apa yang aku buat kat belakang buntut MyB kesayangan aku yang kat bawah ni aku cat semua balik.Haaa...cat 1 panel bonet tu sekali.Menangis T.T hahaha ^^


Kemek tu dah rata cun cantik berkilat dah semula.Total aku kena buat semua tu RM400.Campur sekali tulisan Persona tu dengan cat sikit belah bawah tu.Fuhh...Setel.Mahal ke tak?Standard kah?Kebiasaannya memang kalau cat semula kereta 1 panel dalam RM300 ke atas kan?kan?hihihi ^^ okla tu.Sekali ni je insya Allah.

Ni cerita total aku keluarkan untuk MyB tersayang sangat ni kan.Cerita si Panjang takde lagi terupdate kan?hihihi.Si Panjang dah kena pergi klinik pastu siap kena makan ubat.Nanti aku cerita lebih lanjut yer.Baru cakap dia ok kan.Tapi sebenanrnya dia tak ok semula.mmm..Okla.Nanti kita cerita kisah si Panjang pulak la ea ^^ Jom nak blokwalking dah ni.Lama tak menjengah kawan-kawan.Maaf ye kalau aku terlambat ke tempat korang semua :) 

Pos Parcel ke Sabah!

Assalamualaikum...


Photo: im ready to go to Semporna...pos la saya cpat..hehe :p

Haaa....tu dia bungkusan ke Semporna!


Ni tracking minggu lepas.Dah sampai tempat proses di Tawau dah. ^^ Dari Tawau baru bungkusan tu akan diagihkan ke Semporna.Lepas je tahu dah sampai tempat proses terus la bagitahu kat En B kita tu untuk periksa parcel dia.Tapi faham-faham jela kan kalau namanya dah duduk kat Semporna tu nak keluar ke bandar ye jauh.Bila bungkusan kena amik kat tempat proses tu sendiri.En B cakap memang sampai dah pon ^^ yeay!!

Aku pos bungkusan ni guna pos laju daripada Pos Malaysia.Total kena pembayaran RM 40++.Penghantaran bungkusan ke Sabah/Sarawak sekarang dah ada tambahan yuran RM1.50/kg tau ^^ Lepas tu Pos Malaysia jugak dah ada sediakan kotak tersendiri untuk buat penghantaran.Maknanya kalau guna kotak tu kira esklusif la sikit tempat letak nya ^^ Harga tak pasti berapa.Kalau korang nak pos barang bungkusan boleh je periksa harga yang kemungkinan kena bayar kat laman web rasmi mereka.Maklumat lanjut boleh terus ke laman web PosMalaysia.

Moga-moga selamat la semua kuih raya dalam tu!
Kantoi sudah bagi kuih raya :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...