Followerku..

Cerita dr Sabah: Memancing!

Assalamualaikum. ..

Semua ok untuk permulaan minggu ni?? Nak cerita yang dikhabarkan daripada Sabah walaupun baru seminggu yang lepas pulang daripada Semporna, Sabah.

Lelaki kalau dah minat sesuatu tu memang dahsyat kan. Sama jugak macam perempuan. Jadinya untuk golongan pertengahan macam aku ni memang rasa terancam. hahaha. Maksud aku kat sini golongan yang takde benda yang boleh membuat dia terlalu obses pada sesuatu. Contohnya lelaki kalau minat kereta sanggup perabis duit make up kereta. Sama jugak kalau perempuan sangat suka nampak cantik dan bersolek memang abis duit beli barang make up jela. Golongan pertengahan melihat dan terus melihat. Haaa...macam tu. :)



Suami aku ni a.k.a Mohamad Hafizal tengah gian memancing. Habis duty mancing. Duty pon mancing tapi tengok jela. Tak boleh tido mancing. Bosan mancing. Kalau tak memancing masa waktu malam tu memang pelik. Sekarang mood dia ke arah memancing sememangnya. Haritu dia mancing dapat ikan kerapu!!! I is jelous sebab I tak dapat makan ikan itu. Oh kerapu!!


Jeles yer tengok kerapu 3 pinggan atas tu!!!
Terliur..huhuhu


Bila ada geng memancing lagi seronokla suamiku ini. Selamat memancing kalau make up kereta menangis sayang ok!huhuhu. Modal untuk memancing tak sehebat mana. Yang penting ada joran ataupun tali tangsi dan umpan. 

Selagi namanya Sabah, nak dapat umpan ikan, udang atau sotong itu tak susah. RM2.00 je pon dah boleh guna untuk semalaman selama mana nak memancing. Selagi namanya pon Sabah pasti tak susah jugak nak cari lubuk ikan. Bila dapat hasil besar macam ni diorang hantar kedai suruh masak. Takda masalah punya. Bayar upah jela. Haaa...kan sedap tu!


Siapa satu geng dengan suami kesayangan aku ni yang suka memancing?? Silalah berkenalan. Nanti nak pergi mancing senang nak cari team.hahaha. Haila suamiku. :) Selalu tanya suami... 'Apa best ye memancing??'

Itulah yang suami kongsikan aktiviti dia. Aktiviti aku memang tak ekstrem macam gitu la. Bukan tak reti ataupon tak minat tapi MALAS. Sekian! Hihihi.






The Liebster Award -Angel Love Soldier

Assalamualaikum. ..

Setelah puas aku baca orang kena jawab soalan sebab kena tag akhirnya aku sekali kena tag. Menangis jawab soalan. Hahaha. Takpela aku rela je nak jawab soalan yang dibagi. Mekaseh sis Hawa sebab nak tag kita. Sis Hawa a.k.a Owner Blog Angel Love Soldier. Jom kita tengok soalan yang aku kena jawab banyak tak banyak. :) Macam jawab periksa soalan esei dah aku rasa.hahaha.




01. Antara smartphone Samsung dengan Iphone jatuh dalam air nak selamat mana dulu.

Jawapan aku: Secara logik Iphone lagi mahal kan? Jadinya aku mesti sayang Iphone lagi. Mustahil aku rasa kalau aku beli Iphone lagi murah dari Samsung.Oppss!hahaha

02. Manusia jahat jadi baik. Manusia sedia ada baik. Mana cenderung pilih jadi teman hidup.

Jawapan aku: Logiknya aku pon bukannya tahu lelaki tu dulu macamana secara yang betul pon kan. Kalau dia cerita pon tak semestinya betul semua. Boleh jadi tolak tambahnya dalam cerita dia. Jadinya aku pilih siapa yang sayang aku seadanya. Kisah lampau seseorang pengajaran buat diri orang tu sendiri masa akan datang.

03. Cerita personaliti berdasarkan penulisan.

Jawapan aku: Realitinya kalau ikut penulisan tu aku tak berapa arif. Tapi berdasarkan apa yang dikongsi aku rasa macam seorang yang suka mencuba sesuatu contohnya produk la. Selebihnya tak pasti. Sebagai bloggers its fun to read your blog. ;)

04. Cerita ringkas pasal blog aku.

Jawapan aku: Blog personal yang cerita pasal kehidupan seharian yang berdepan dengan perkahwinan jarak jauh dengan suami, apa yang dimasak, duduk di kampung bersama kucing tersayang dan isu semasa yang menarik diri aku untuk dikongsikan bersama.

05. Entry yang best kat blog sis Hawa a.k.a Angel Love Soldier.

Jawapan aku: Suka cerita pasal produk. Sebabnya memang selalu buat review produk kot. Link mana memang tak ingat sebab banyak.hihihi. Review macam tu memang sedikit sebanyak memang berguna untuk pengguna nanti.

06. Suka kecantikan tak? Produk apa?

Jawapan aku: Tak terlalu obses tapi jaga supaya sentiasa bersih dan sedap mata memandang. Produk - takde. aekarang guna Garnier je sebab nak jadi macam Lisa Surihani.boleh?hahaha

07. TDM, TUDM,TLDM, PDRM etc mana paling smart.

Jawapan aku: Jujurnya semua badan beruniform kalau diorang dah start pakai uniform diorang semua smart.hahaha. Tapinya kalau dalam ramai-ramai tu mestila suami paling smart - TLDM. sekian. :)

08. Ciri lelaki idaman.

Jawapan aku: Handsome. Gagah perkasa. Penyayang. Beragama. Berada. Lebih kan?? Ingat dapat ke...hahaha. Takpelah yang penting dapat terima aku seadanya. Susah senang bersama. Itulah idaman aku selama ni buat suami yang telah aku pilih dalam beribu lelaki di luar sana. :)

09. Anak perempuan nak rambut ikal ke lurus.

Jawapan aku: Nak rambut ikal sorang. Rambut lurus sorang. Boleh?hahahaha. Tak cakap kan anak perempuan berapa orang. :)

10. Nama anak.

Jawapan aku: Kalau perempuan nak letak ada Humairah tapi tak tahula nanti terletak ke tak. Lelaki ada Muhammad. Selebihnya tunggu baby ye kuar la dulu kot.hihihi

11. Tempat unik yang tahu.

Jawapan aku: Tak tahu la sebab jalan tak banyak mana. Menangis!

Ok. Siap dah jawab soalan yan sis Hawa berikan. Jawapan ikut skema tak ni sis?? Hahaha. Okla tu kan. Terjawab la serba sedikit. Korang pon baca jela ea. Hihihi. :)



Cara Menangani Kebosanan!

Assalamualaikum. ..

Anda bosan??!
Anda stressed??!

Setiap hari pastinya kita dapat rasakan 2 perasaan tanpa diundang. Bila takde keje nak buat timbul bosan. Bila ada keje tak boleh buat jadi stress. Ditambah kawan sibuk, pasangan ada keje dan sekeliling tak membantu. Contohnya nak keluar duit cukup makan je. Takpon nak berjalan tapi tak tahu nak ke mana. Alone feeling akhirnya kemurungan.mmmm. Stressed!!huhuhu.

Cara mengatasi kebosanan:

1) Buat apa yang korang suka dan boleh dibuat. Lebih berbentuk physical movement ye!
Contohnya basuh kereta, kemas rumah, memasak, mandikan kucing dan kemas keliling rumah. Lebih baik pergilah bersenam. Elakkan daripada tido kerana tido pastinya takkan membantu.

2) Membaca.
Cari buku yang dapat menarik perhatian korang. Jangan pulak baca sastera. Pada aku tu cari padah. Tapi ada je yang suka. Up to you. Bila dah penat buat yang pertama atas tu bolehla rileks. Jangan bosanje terus baca buku. Pastinya bosan itu akan berpanjangan.haha.

3) Keluar tengok alam.
Bila bosan keluarlah tengok alam. Tak tahu pergi mana pon jadilah ke depan pintu rumah tu. Sediakan kerusi santai duduk diam. Bolehla kurangkan kebosanan dalam setengah jam pada aku. Kalau duduk taman lagi best tengok budak-budak main, jumpa orang, tengok gelagat orang mesti tak bosan.

4) Melayari Internet
Pada aku yang ni optional sebabnya kalau aku buat aku makin bosan. Mental dapat tekanan dengan cerita yang Watever! Benda ni aku boleh buat kalau malam bosan. Korang kalau nak buat benda ni masa siang hari macam membazir waktu pon ada jugak.hahaha.

Setakat aku bosan tu jela aku buat. Korang buat apa ek? Share sikit kat aku ni. Ikut rasa aku ni dah kritikal jugak kalau hujung minggu. Dunia aku macam lebih suka pergi kerja sekarang. Tempat kerja ada kerja nak buat walaupun nanti akhirnya aku penat.hahaha. Nampak tak aku tengah parah sekarang ni. Tekanan perasaan yang datang tiba-tiba. Too much thinking. Too much conflict dalam diri. Ini ke permasalahan umur pertengahan macam aku ni. Terapi sikit please....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...