Followerku..

Siapakah Blogger Ayut?!

Assalamualaikum...


Tajuk tak nak kalah kan atas tu.Budget popular la kan orang nak carik nama tu kat Google.Perasan!Kata orang tak kenal maka tak cinta.Pada aku,nak kenal boleh tapi nak bercinta memang tak dapat nak menolongnya.Siapa pernah nampak ayat ni?hahaha.Kalau pernah nampak memang korang dah explore blog aku la jawab ye.Blogger ayut.Akula tu.Kenal ke dengan blogger Ayut.Ntah.haha.

Menjawab tentang Blogger Ayut.

Nama Manja aku Ayut.Sebab tu bila aku buat blog ni memang aku guna nama Ayut tu.Jadilah Blogger Ayut.Tapi masalahnya, aku ni bila berborak akan tetiba guna nama sebenar aku.Loser.hahaha.Nama dah banyak memang macam tu la jadinya.Ayu adalah kata akar di dalam rumah.Ayut muncul bila dibelenggu rakan-rakan di sekolah.Melekat dan merebak akhirnya dipakai sehingga sekarang tidak kira di rumah atau rakan-rakan.Itulah Blogger Ayut!



Blogger Ayut memang penggemar hijau.Baju Hijau,Tudung Hijau,Tempat duduk Hijau.Kalau boleh semua yang nak beli memang semua Baju Hijau tu cantik!
*Ada jugak lagi gambar tunang tema hijau ni*
En B sampai bosan dengan warna hijau.hahaha.


Blogger Ayut.Seorang yang fikir mudah.Simple.Orang tak nak tolong buat sendiri.Orang bising kita ikutkan.Tu aku.Lagi, aku memang malas nak fikir mengenai orang sangat melainkan orang tu sendiri mintak tolong dengan aku.Kalau ada pape yang tak sedap hati atau mata,memang tegur tetap tegur tapi sekali jela.Aku ni mulut memang cakap lepas bila tak puas hati tapi hati tak sampai pon macam apa dicakapkan.hihihi.Maknanya ayat kat atas blog tu memang tu la aku.Blogger Ayut.Jangan takut sebab memang tak amek tahu sangat pasal kamu-kamu.Kalau amek tahu pon sebab suka-suka je.Borak-borak kosong la katakan.ok?

Blog macam diari bagi insan bergelar Blogger Ayut.Aku kadang-kadang lebih suka bagi pendapat aku.Aku kongsi isu dan korang pon mesti ada pendapat sendiri kan.Memang pusing-pusing apa aku kongsi banyak ye aku bagi pandangan aku sendiri.Aku ni memang jenis tak kisah sampai ada orang yang berbunyi depan aku sendiri baru aku selidik setiap perkara.Aku suka dengan orang cakap depan-depan sebab aku macam tu.Lagipon aku jenis tak simpan dalam hati.Tu sebab jadinya ayat Itu kamu bukan Aku.Sebab tu kalau blog ni macam bosan,minta maaf la awal-awal.hihihi.


Satu sikap Blogger Ayut :
Memang suka terlibat dengan orang ramai (suka bersosial). Sosial baiklah tapinya.Kawan sana sini.

Satu masalah Blogger Ayut :
Terlalu fikir baik jer.Payah nak bersangka buruk.


Blogger Ayut berbaju hijau memang seorang pemalu!
hahahaha


Tu jela basic pasal Blogger Ayut merangkap owner Blog AkuAyut ni.Korang jangan la cakap aku syok sendiri.hahaha.Anggap satu informasi jela ea bila nak berkawan dengan aku ni.Kadang-kadang tahu sikit-sikit pasal seseorang tu lebih mudah nak berkawan kan?Tapi tidak semua orang boleh terima siapa kita dan juga sebaliknya.Lumrah berkawan.Sedangkan adik-beradik boleh bertekak,inikan pula kawan yang berbeza depan,belakang,kiri dan kanan.kan?




Selamat berkawan!
^___^




p/s: Motif letak gambar tunang tema hijau??kenangan!













Blog kena Review..Kelebihan?

Assalamualaikum...





Mula-mula sekali aku nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sudi review blog AkuAyut :Itu kamu bukan aku ni.Seronok baca bila ada orang review pasal blog kita ni.Sebelum ni ada jugak Blogger-bloger lain yang review tapi takla sampai jadi satu entry.Terima kasih daun keladi ye.Lain kali review la lagi blogger-blogger sekalian.hahaha.Pada aku,bila satu blog tu kena review, trafik boleh meningkat tau.Best apa.Lagi-lagi kalau blog review dibuat oleh blogger-blogger yang popular dan yang ramai follower.Lepas tu bila adanya review blog ni korang akan tahu apa patut korang perbaiki dan apa kehendak readers korang.Lagi-lagi kalau yang review blog adalah blogger-blogger otai.Blogger yang dah bertahun-tahun dalam dunia blog.Betul kan?


Sebenarnya blog aku direview disebabkan aku join segmen.Apa aku suka pasal segmen ni sebab tak payah kena buat entry.hahaha.Kan senang tu namanya.Komen je dah kena review blog kita.Segmen Blog Review ni dianjurkan oleh Careno ataupon Abah Akiff.Segmen yang yang dinamakan Segmen:Tolong Kutuk Kow2 Blog Saya dimulakan 20 November 2012.Tamat tempoh untuk Review Blog ni aku tak nampak pulak ada tulis.So,boleh la terasa nak kena review dan tengok kesannya, joinkan diri anda.Promosi jap.hihihi.


Dalam Review Blog aku tu Abah Akiff ada tanya-tanya jugak. Persoalan yang timbul membuatkan diri rasa nak menjawab (gedik).hahaha.Nanti aku buat entry la senang (boleh ea?).Korang setuju ke tak setuju apa yang Abah Akiff ni review blog aku,Jom Baca!Ada lagi tak blogger yang nak review blog aku ni ek?hihihi.



p/s: tak pasal-pasal ada idea buat entry.hihihi ^__^





|| PrayForGaza || - Rentetan Peristiwa di Palestin

Assalamualaikum...


Setiap ceruk aku pergi mesti ada cerita pasal kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza di Palestine.Aku mencari-cari punca utama segala ini bermula.Bagaimanakah pencabulan hak asasi ini tercetus sehingga saat ini beribu-ribu telah terkorban.Sehingga saat ini terlampau ramai wanita dan kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa.

Menyingkap mengenai bermulanya kekejaman zionis di bumi Palestine sebenarnya bukan pendek rentetan sejarahnya.Aku membaca.Aku terkesima dengan apa yang telah berlaku selama sejarah ini bermula.Kejam.Aku yang tidak berada di dalam suasana kekejaman zionis tetap merasa takut, inikan pula saudara kita yang berada di tempat kejadian.PrayForGaza!




Rentetan sejarah tercipta bermula 28 September 2000.Memikirkan bahawa Gaza adalah kubu kuat bagi kepimpinan HAMAS,rejim zionis mengisytiharkan untuk melakukan sekatan.Pergolakan FATAH (Mahmoud Abbas-dilihat banyak bersekongkol dengan zionis) dan HAMAS (pimpinan yang memperjuangkan hak Palestine) serta campur tangan negara seangkatan zionis telah mencetuskan pelbagai rancangan dan tindakan bagi menjatuhkan dan menghapuskan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh Rakyat Palestine bagi mempertahankan hak serta mengembalikan tanah air mereka.Hak Mereka!

Kenapa FATAH-HAMAS? Pengiktirafan FATAH terhadap Israel dan HAMAS pula sama sekali tidak mengiktiraf kewujudan Israel.Fahami Mengapa!


Awal 2008 bermulalah segala serangan berdarah.Dengan rancangan yang direncana,tercetuslah rentetan peristiwa dengan melibatkan ramai orang yang tidak bersalah terkorban dan ramainya kehilangan ahli keluarga,tempat tinggal,makanan dan segala keperluan sehingga kini serangan besar-besaran terhadap Gaza.PrayForGaza!


Mungkin ada lagi informasi yang lebih tepat.Namun pada aku,aku mulai faham bagaimana ini semua bermula.Sebenarnya memang inilah yang zionis mahukan.Setelah dendam dan kuasa yang diinginkan tersimpan sekian lama.Keinginan membina "Haikal Sulaiman" di runtuhan Masjid Al-Aqsa dan membina pusat pimpinan zionis antarabangsa adalah yang seterusnya.Gaza adalah permulaan bagi mereka.Ya Allah, Selamatkanlah Bumi Palestine!


Kenyataan.Serangan berdarah sedang melanda di Bumi Gaza.Fakta.Mereka adalah saudara-saudara kita.Sedih.Doalah senjata kami buat saudara-saudara di sana.Kekuatan.Memohon perlindungan Allah buat saudarasaudara seagama kita di sana.Amin.




Walaupun informasi yang ada adalah isu lama,namun di situlah wujudnya pemahaman kenapa ini semua terjadi.Wujudnya pemahaman, apakah sebenarnya yang diperjuangkan.Fahami bukan mengadili.




p/s: Blog ni ada UPDATE  mengenai Serangan Di Gaza.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...