Followerku..

Masker Shiseido!

Assalamualaikum...



Gambar ni sebenarnya Masker Shiseido yang aku beli baru-baru ni.Aku pon dah bagitahu kan tadi pagi aku beli kat mane.Mahluk hitam yang aku cakap tu mestilah aku sebab Shiseido Black Mask ni kalau pakai kat muka memang warnanya hitam.Masker Shiseido ni jenis Peel Off tau.1 paket boleh guna untuk 1 muka.Kalau terasa nak pakai bahagian hidung je,lebihan tu boleh disimpan dalam bekas.

Tujuan penggunaan Masker Shiseido ni adalah untuk mengeluarkan Balckhead/Whitehead di muka.Selain daripada fungsi itu Masker Shiseido dapat menyerap segala lebihan minyak di muka dan mengecilkan liang roma.

[google]


Mengikut pengalaman aku yang dah gunakan Masker Shiseido ni semalam memang adalah kelainannya dengan masker lain.Kulit muka rasa lebih ringan dan tidak berminyak.Pagi-pagi muka ala-ala kapas lembut gitu kan.hahaha.Untuk Blackhead/Whitehead memang Masker Shiseido dapat tarik keluar.Puas Hati kalau tengok.Aku tak dapat amik gambar sebab kameranya takde kat rumah.Tapi yang aku rasa tak best pakai Masker Shiseido ni adalah nanti akan terasa sakit sampai nak menangis masa nak menarik bila dah kering.


Cara pakai Masker Shiseido ni macam biasa: Basuh muka, Oleskan Masker ke seluruh bahagian muka/bahagian hidung (aku guna jari je tepek kat muka), Tunggu sehingga kering (30/35 minit - lama sungguh Masker Shiseido ni nak kering), Tarik dari bawah ke atas bila dah kering. Bila ada lebihan masker dimuka cucilah muka dengan air biasa.
#Kalau terasa nak basuh dulu muka dengan air suam pon digalakkan bagi membolehkan liang-liang pori terbuka sebelum pakai Masker Shiseido ni.



Mencuba sesuatu apa salahnya kan.Nanti bila dah tahu boleh kongsi-kongsikan.
Selamat Mencuba!
^___^



Wordless Wednesday (26) !!Mahluk Hitam!!

Assalamualaikum...




4 pcs = RM10

Segmen Follow Sampai Pengsan

Assalamualaikum...


Tengahari sudah.So,bila tengah-tengah hari ni sebelum balik rumah angkat baju nak la join segmen follow sampai pengsan yang dianjurkan Princess1405 ni.

Lama dah aku tak terlibat dengan segmen-segmen untuk tambah follower ni.Aku pon jenis payah nak bagi komitmen kadang-kadang bila join segmen.Kena tengok keadan yang free baru syok nak terjah sana-sini.Leh jugak tambah kenalan kan?Tengok banner segmen ni comel je gitu.Aku pon join la!




See?Comel kan banner Segmen ni?

Dalam segmen ni,penganjur target untuk tambah kenalan di samping mengenali sekali kenalan baru tu.Ha...dua dalam satu la kiranya segmen ni.Jom nak memenuhi segala keperluan Segmen Follow sampai Pengsan ni.

Nama Manja: Ayut
Tarikh Lahir: 15 Disember 19** (korang dah nak bulan 12 dah ni!hahaha :p)
Asal: Kelahiran Ayer Hitam,Johor.

Sekarang follower ada seramai 335.
Agak-agak bertambah berapa banyak ek nanti?hihihi..
Jom kita kenal-kenal!
Nak join klik banner yer
^____^


Tamat Tempoh: Belum ditentukan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...